Sabtu, 5 Mei 2018

Dengan izin dan kehendak Allah ...Allah tutup segala jalan pintas untuk bekas pengemudi kerajaan bagi memenangi hati rakyat. In Syaa Allah. 7456.

Dengan izin dan kehendak Allah ...Allah tutup segala jalan pintas untuk bekas pengemudi kerajaan bagi memenangi hati rakyat. In Syaa Allah. 

Asas seseorang jadi penjahat: 
Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. 

Balasan kepada seseorang yang jahat: 
Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua akhirnya. - Erti : Bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga. 


Din,

Najib tak boleh tinggalkan Malaysia.
Kita nak hukum dia. Dan geng2 dia. Dia dah banyak dosa. Macam Dr.Mahathir cakap semalam dia nak perah Najib bagi balik semua duit yang dah hilang.

Hang mintak dia pi pack barang buat apa ?

Bukti Tsunami Rakyat -

(Ma'af menyiarkan laporan M'Kini versi Bahasa Inggeris, sebab lebih tegas bunyi mesej nya)

Day 7: Malacca rally spills onto streets

10.18pm: Bukit Katil, Malacca - The crowd goes wild when Pakatan Harapan chairperson Dr Mahathir Mohamad arrives at the ceramah perdana here.

Cheers and applause fill the air as his arrival is announced.

As Mahathir made his way through the crowd with his entourage, the crowd pushed to get a better view of him, with many climbing onto chairs to take pictures of the ex-premier.

Another round of cheers greet his arrival onstage. His wife, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, receives similarly resounding applause.

The crowd is well over 5,000 now, with half of the crowd spilling over to part of the main road parallel to the shop lots.

DAP secretary-general Lim Guan Eng addresses the crowd spilling over to the main road behind the stage during his speech.

“I didn’t know there were more of you behind,” he says.

Night turns electric as 10,000 chant Dr M's name

11.35pm: Bukit Katil, Malacca - At its peak, the crowd at the Pakatan Harapan ceramah perdana here is close to 10,000.

The atmosphere is electrifying as the crowd cheers and applauds throughout Harapan chairperson Dr Mahathir Mohamad’s speech.

Mahathir says caretaker prime minister Najib Abdul Razak has his own philosophy in life. Before he can complete his sentence, however, the crowd shouted back, “Cash is king.”

“Wow, you already know. I don’t have to ceramah anymore,” he joked, to laughter from the crowd.

At one point, he turns around to face the crowd behind the stage, which spilled out onto the main road.

Without even saying anything, the crowd there begin to cheer. He turns just slightly to the side, where more of the crowd was gathered, and got a similar reaction.

“This has never happened to me before,” he says, before the crowd began to chant “Hidup Tun” (long live Tun) over and over again.

When Mahathir ends his speech, the crowd breaks out into thunderous applause and chants of “Hidup Tun” ring out again.

Many rush towards the stage in an attempt to take pictures with the prominent figures on the stage, especially Mahathir, his wife Dr Siti Hasmah Mohamad Ali and former Umno ministers Rafidah Aziz and Daim Zainuddin.

Saya percaya najib mmpunyai plan sampai D,E atau F bagaimana atau aps yg perlu dilakukan mrngikut keperluan situasi! Melarikan diri bukan salah satu drpnya!! Najib tidak akan mempunyai plan yg akan mrletakkan lehernya diatas papan pemotong selagi kuasa dan segala jentera kerajaan berada dlm tgnnya.

No matter how ridiculous it may looks, najib will find his way to power. Trust me, he will!! Q

He will force hid rejected leadership onto the people and cling on to power!!! Otherwise MKN act would not meant anything!!!

BN mengajar rakyat menjadi jahat. Sia-sia sahaja guru di seluruh negara mengajar murid menjadi baik. Semuanya terhapus oleh ajaran jahat BN.
Reply

Tak cukup tanah najib nak lari, matilah najib kali ini

ref: 
Shahbudin dot com: TSUNAMI RAKYAT KIAN PASTI, NAJIB SUDAH BOLEH BERKEMAS-KEMAS UNTUK TINGGALKAN SERI PERDANA

Saturday, 5 May 2018
TSUNAMI RAKYAT KIAN PASTI, NAJIB SUDAH BOLEH BERKEMAS-KEMAS UNTUK TINGGALKAN SERI PERDANA

Kebangkitan rakyat berterusan lagi.  Setiap program ceramah atau jelajah Pakatan Harapan, dengan yang terbaru di Melaka malam tadi, terus mendapat limpahan kehadiran daripada rakyat pelbagai kaum.

Sebenarnya, bukan majlis yang dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad saja yang mendapat sambutan yang luar biasa, bahkan di beberapa tempat yang tiada kehadiran beliau juga turut menunjukkan sokongan  yang hangat daripada rakyat.

Lantaran sambutan hangat daripada rakyat kepada program jelajah dan majlis ceramah Pakatan Harapan di seluruh negara setakat ini, sukar untuk menolak bahawa tsunami rakyat tidak  berlaku pada 9 Mei ini.

Tsunami rakyat kian pasti akan berlaku. Rakyat kini ternyata telah bangkit untuk menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan dan ingin melihat tumbangnya UMNO serta BN.

Sudah tentu, berdasarkan semangat rakyat yang sedang meluap-luap ketika ini, program dan majlis seterusnys menjelang 9 Mei nanti akan terus mendapat sambutan yang luar biasa daripada rakyat di seluruh negara. Sekali rakyat bangkit, mereka akan terus bangkit dan bangkit sehingga berjaya.

Dengan hakikat ini, mahu tidak mahu, Najib Razak harus mengakui masa depannya semakin sukar dan kekalahan semakin menghampirinya.

Apa pilihan yang sebaiknya buat Najib?

Apakah beliau perlu terus berjuang sehingga ke hari pengundian dan kemudian menerima berita kekalahan itu dengan linangan airmata?

Sebagai seorang penulis yang turut menghadiri beberapa majlis jelajah Pakatan Harapan dan melihat sendiri sambutan serta aura kebangkitan rakyat, jika tidak menjadi kesalahan, saya ingin menasihati Najib bahawa sekiranya mulai hari ini keghairahan rakyat kepada perubahan tidak juga surut, bahkan tambah memuncak, adalah lebih baik beliau segera mengangkat bendera putih, mengaku kalah dan cepat-cepat meninggalkan negara ini.

Tidak guna lagi Najib terus bertahan, menabur pelbagai janji dan habuan kerana rata-rata rakyat tidak percaya lagi kepada semua pemberian itu.

Sebaliknya, mulalah daripada sekarang mengemas barang-barang dan mengumpul beg untuk keluar daripada Seri Perdana dan juga meninggalkan negara ini.

Rakyat kini terlalu inginkan perubahan. Rakyat mahu hidup tanpa GST, rakyat mahu harga minyak yang stabil, rakyat tidak mahu pemimpin yang ada skandal, rakyat sudah letih dengan kos sara hidup yang tinggi, sedangkan pemimpin ada wang beribu juta ringgit dalam bank dan memiliki perhiasan yang mahal-mahal.

Najib sudah tentu ada pelbagai laporan risikan mengenai tahap sokongan rakyat terhadapnya. Apa yang penting, dapatkan laporan yang betul dan bukan daripada pihak yang bertujuan hanya untuk menggembirakan hatinya.

Laporan itu, jika pihak berkaitan bersikap jujur dan berterus-terang, pasti akan menyerlahkan hakikat bahawa rakyat tidak lagi memihak kepada UMNO dan BN.

Untuk itu, pilihan yang terbaik bagi Najib tidak lain ialah segera meninggalkan negara ini sebelum hari pengundian dan carilah mana-mana negara di dunia ini untuk mendapatkan perlindungan. Ini satu-satunya pilihan baginya.

Terus menunggu sehingga hari pengundian dan kemudian menyaksikan kekalahan serta penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN di depan mata, hanya menjanjikan keadaan yang lebih buruk bagi kehidupan beliau yang seterusnya.

Harus disedari bahawa antara komitmen Tun Mahathir dan Pakatan Harapan ialah untuk menangkap dan menyiasat Najib berhubung skandal 1MDB dan kewujudan wang sebanyak RM2,600 juta yang ada dalam akaunnya dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kerajaan.

Situasi itu sangat-sangat mungkin membawa pengakhiran suatu kehidupan yang panjang di penjara kepada beliau akhirnya.

Sedia dan sanggupkah Najib menghadapi semua kemungkinan itu?

Selain itu, selepas kekalahan UMNO dan BN nanti, percayalah juga bahawa majoriti pimpinan UMNO yang ada hari ini akan segera menyalahkan Najib sebagai punca utama kehilangan kuasa yang dipegang sejak lebih 60 tahun selama ini.

Tidak ada sesiapa yang akan membela dan mempertahankan Najib lagi ketika itu. Semua orang UMNO akan mengutuk dan menghentamnya, malah tidak mustahil beberapa pemimpin seperti Tengku Adnan Tengku Mansor, Annuar Musa dan ramai yang lain sudah pun berpeluk dan mencium tangan Tun Mahathir sambil menangis dengan cucuran air mata tanda penyesalan.

Majoriti pemimpin UMNO adalah jenis "cari makan". Di mana ada kuasa, ke situlah kiblat mereka. Setelah UMNO dan BN hilang kuasa di peringkat Pusat, tiada sebab lagi untuk mereka bertahan dengan parti itu.

Kekalahan UMNO dan BN hanya akan menyebabkan Najib menanggung pedih dan kesakitannya secara bersendirian. Tun Mahathir dan Pakatan Harapan pasti mengotakan segala janji dan kata-katanya kerana itulah juga kehendak rakyat sebenarnya.

Oleh itu, jalan yang selamat bagi Najib hanyalah dengan segera meninggalkan negara ini sebelum hari pengundian dan carilah tempat yang selamat untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan selepas itu.

Najib, ini nasihat ikhlas daripada saya!! (ShahbudinHusin 05/05/2018).
























































































































































































































































































































































































































































































































































































Tiada ulasan: