Khamis, 10 Mei 2018

Felda menyambar wakil lama Parlimen Johor Bahru. 7532.

Tan Sri Shahrir Samad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru selepas tewas kepada calon Pakatan Harapan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir pada PRU-14. 
Kes felda meleburkan karisma. 

Kosmo Online/Terkini/
Keputusan PRU-14: Pakatan Harapan menang kerusi Parlimen Johor Bahru
10 Mei 2018 1:09 AM

JOHOR BAHRU - Ketua Publisiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir diumumkan memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru menewaskan penyandangnya, Tan Sri Shahrir Samad (Barisan Nasional) dengan meraih majoriti 19,782 undi.

Akmal Nasrullah mendapat 50,053 undi manakala Shahrir (30,270 undi).

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng, pula berjaya mempertahankan kerusinya untuk penggal yang kedua dengan meraih 24,002 undi, berbanding pesaingnya, Ang Boon Heng daripada BN iaitu 11,532 undi.

Ahli DUN Larkin, Mohd. Izhar Ahmad menang selesa dengan menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Yahya Jaafar daripada BN dan Zakiah Tukirin daripada Pas.

Mohd. Izhar memperoleh majoriti dengan 25,012 undi, manakala Yahya meraih 16,422 undi dan Zakiah pula 3,233 undi.

Keputusan rasmi undi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya Parlimen Johor Bahru, Md. Rofiki A. Shamsudin di Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya (JKR), di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Johor, setakat pukul 1 pagi untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, PKR telah memenangi sebanyak 14 kerusi iaitu Jementah, Pekan Nanas, Semerah, Bukit Naning, Simpang Jeram dan Bentamyan.

Selain itu, Serom, Tangkak, Kemenlah, Gambir, Pemanis, Kota Iskandar, Tenang dan Bekok.

BN pula telah memanangi tiga kerusi DUN iaitu Buluh Kasap, Kukup dan Endau.

Bagi Parlimen, PKR telah memanangi kerusi Iskandar Puteri, Segamat, Tanjung Piai, Kluang, Sekijang, Bakri dan Labis manakala BN mempertahankan kerusi Parit Sulong, Pengerang dan Kota Tinggi

Bagi kerusi DUN Johor sebanyak 56 kerusi dipertandingkan manakal 26 kerusi bagi Parlimen. - K! ONLINE http://www.kosmo.com.my/terkini/keputusan-pru-14-pakatan-harapan-menang-kerusi-parlimen-johor-bahru-1.670042

Tiada ulasan: