Khamis, 10 Mei 2018

Tun Mahathir menang kerusi Parlimen Langkawi. 7533.

Kosmo Online/Terkini/
Keputusan PRU-14: Tun Mahathir menang kerusi Parlimen Langkawi
AMMAR JAZLAN MAT LELA
10 Mei 2018 12:36 AM
Calon PKR bagi DUN Ayer Hangat, Juhari Bulat (dua dari kanan) dan Calon PKR DUN Kuah, Mohd. Firdhaus Ahmad (kanan) meraikan kemenangan mereka di kedua-dua kerusi berkenaan.

Langkawi
Calon PKR bagi DUN Ayer Hangat, Juhari Bulat (dua dari kanan) dan Calon PKR DUN Kuah, Mohd. Firdhaus Ahmad (kanan) meraikan kemenangan mereka di kedua-dua kerusi berkenaan.

LANGKAWI - Pengerusi gabungan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya mencipta kejutan apabila memenangi kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) malam tadi.

Bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun itu menewaskan pencabarnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ir. Nawawi Ahmad dan calon Pas, Zubir Ahmad dengan majoriti 8,863 undi.

Dr. Mahathir memperoleh sebanyak 18,954 undi manakala Nawawi dan Zubir masing-masing memperoleh 10,061 undi dan 5,512 undi.

Selain Parlimen Langkawi, BN turut terlepas dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat dan Kuah.

Calon PKR DUN Ayer Hangat, Johari Bulat menewaskan penyandang dari BN, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid serta calon Pas, Azlina Azinan dengan majoriti sebanyak 1,532 undi.

Johari memperoleh sebanyak 7,550 undi manakala Mohd. Rawi mendapat 6,018 undi dan Azlina hanya mendapat 4,034.

Sementara itu, di DUN Kuah pula, calon PKR, Mohd. Firdaus Ahmad berjaya mengenepikan cabaran calon BN, Nor Saidi Nanyan, wakil Pas, Mazlan Ahmad dan seorang calon Bebas, Mohd. Ratu Mansor dengan majoriti 2,452 undi.

Mohd. Firdaus memperoleh sebanyak 8,276 undi manakala pesaingnya, Nor Saidi (5,824 undi), Mazlan (2,685 undi) manakala Mohd. Ratu hilang wang pertaruhan selepas hanya mendapat 86 undi. - K! ONLINE

Keputusan PRU-14: Tun Mahathir menang kerusi Parlimen Langkawi - Terkini - Kosmo Online

Tiada ulasan: