Rabu, 9 Mei 2018

In Syaa Allah start Khamis ada yang cuti terus. 7505.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

In Syaa Allah ...Allah Subhanahuwatalla beri hidayah kepada hamba-Nya (pengundi)  untuk memenangkan Pakatan Harapan.

Najib umum cuti umum Isnin & Selasa.
Rakyat balas dengan cutikannya bermula hari Khamis.

Warkah Ambang PRU14 Dato Seri Anwar Ibrahim
Kemenangan Pakatan Harapan(PH) InsyaAllah lebih terjamin dengan kemaraan rakyat turun mengundi esok, hari bertuah 9 Mei 2018.
Semua banci dalam negara, pemerhati bebas dan media asing menjangkakan kemenangan PH. Ini akan hanya menjadi kenyataan dengan tekad rakyat mengundi menjunjung hasrat mewujudkan pemerintahan adil dan saksama.
Saya ingin menyeru semua rakyat memastikan proses pengundian dijalankan dengan aman dan teratur.
Rakyat juga diminta memantau proses pilihanraya untuk memastikan ia dilaksanakan secara adil dan saksama. Maka semua petugas diminta peka dan tekun menyempurnakan tanggungjawab.
Proses pengiraan undi harus terkawal rapi dan sebarang ketegangan harus dielakkan. InsyaAllah jikalau PH menang, maka berilah keyakinan kapada Tun Mahathir, Dr Wan Azizah dan pimpinan PH yang lain untuk mengendalikan keadaan dengan baik.
Proses peralihan kuasa atau transisi perlu aman dan menurut proses undang-undang. Kita bertekad menggalas tugas dengan menggembeling tenaga seluruh rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim
Ketua Umum PH
ref: 
Anwar Ibrahim - Siaran

...

Tiada ulasan: