Ahad, 13 Mei 2018

Jangan jadi sudu di periuk. 7596.

Bismillah
Alhamdulillah
Salam semua
Hujan yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai gerimis petang rupa-rupanya satu banjir besar yang melanda. Banyak bangunan yang runtuh dan pokok yang tumbang, namun daerah ini belum jadi padang jarak padang tekukur. 

Dalam suasana seperti ini banyak pokok kecil akan berebut untuk meninggi  dan melebar. Kerana pokok besar dan tinggi sudah tiada lagi. 

Yang akan membantu pembesaran dan peninggian  pokok-pokok berkenaan ialah  geladak yang datang bersama banjir berkenaan. 

Bagaimana pun tidak kesemua pokok pokok itu akan berpeluang untuk membesar dan meninggi. Kerana selain daripada tanah berbaja yang datang dalam bentuk geladak tadi pokok berkenaan juga terpaksa berebut cahaya matahari dari sebelah atas. 

Amat malang sekali bagi yang gagal melonjak tinggi pada peringkat awal. Kerana besar kemungkinan ia akan menjadi pokok renek buat selama-nya. Dalam keadaan seperti itu besar kemungkinan ia akan menjadi belukar yang tidak diingini dan akan dipotong dari masa ke semasa.
Begitulah ibarat banjir besar politik yang melanda negara kita sekarang. Ia telah mengubah landskap politik negara ini dengan segala kesan baik dan kesan buruk yang terdapat di dalam nya.

Bagi kita ahli akademik (baca: bukan ahli politik), politik bukanlah medan perjuangan kita. Biarlah masalah politik ditangani oleh orang politik sendiri. Sebarang campur tangan kita dalam apa saja perbalahan mengenainya akan hanya meletakkan kita pada kedudukan yang janggal. Kerana, apabila kita telah memutuskan untuk menjadi sudu maka kita perlu berfungsi sebagai sudu, bukannya sendok.

Walau bagaimana pun kita perlu menerima hakikat bahawa  politik adalah persekitaran yang perlu diambil kira dalam segala tindak tanduk  kita. Mengambil contoh sudu dan senduk tadi, sebagai sudu kita akan mencedok kuah dari dalam mangkok dan tidak mencedok dari dalam periuk yang merupakan fungsi kepada senduk.

#dipetik dan diubahsuai drp penulisan asal Prof Emeritius Dato' Mahmood zuhdi
post kwn grop wsp

Tiada ulasan: