Ahad, 13 Mei 2018

Utamakan hal Negara Malaysia, bukan hal parti atau peribadi. 7597.

Dalam politik jangan sewenang-wenangnya bercakap ikut perasaan. Baik-baik dapat markah popular 99.99% terus down jadi markah hukuman 03%., kerana masalah sikap.  

Contoh:  
Rafizi Ramli dari Sekolah Rendah Kebangsaan Setapak. Wong Chen dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Setapak dan Ambiga Sreenevasan dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Segambut. 

Ketiga-tiganya terpilih sebagai Wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Pertandingan Olahraga MSSM (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.) 

Oleh itu ketiga-tiganya patut sangkut title sekolah masing-masing di pagar sekolah masing-masing. Sebab di bahu anda sekarang sedang memikul tanggung jawab dan amanah sebagai Wakil Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bukan lagi wakil sekolah masing-masing.  

Sekian. 
ref:
Matt Evo13 May 2018 at 13:27



Rafizi dan Wong Chen disekolahkan netizen 

MALAYSIA DATELINE 

Kerana silap langkah, dua tokoh besar kewangan dan ekonomi ini diserang netizen.

Setelah Rafizi Ramli diserang oleh oleh netizan kerana membuat teguran terbuka terhadap pengumuman tiga kabinet pertama Pakatan Harapan, ahli parlimen Subang, Wong Chen yang membela Rafizi pula diserang.

Ratusan komen dibuat oleh netizen terhadap tindakan beliau membela Rafizi dan lebih 90% darinya mengutuk tindakan kedua-dua mereka yang membuat perkara ini secara terbuka, bukan dalam bilik mesyuarat.

Seorang netizen, Saufi Dollah menegur, jika Wong Chen boleh berkata, PKR adalah parti yang paling banyak menang kerusi dan patut mendapat tempat yang baik, bagaimana pula nasib AMANAH di Johor dan Perak.

“AMANAH bukan parti yang diberi peluang bertanding paling banyak kerusi di Johor dan Perak pun walaupun layak bahkan paling sedikit. Tetapi AMANAH menang paling banyak kerusi. Di Perak, AMANAH menang 6 kerusi sedangkan Bersatu satu saja.

“Di Johor, AMANAH menang 9, Bersatu menang 8. Tetapi di kedua-dua negeri itu, bukan AMANAH pun yang jadi MB, walaupun sepatutnya AMANAH,” kata beliau.

Sebelum orang awam yang tidak dikenali membuat apa-apa komen terhadap Rafizi dan Wong Chen, penyokong utama PH, Ambiga Sreenevasan membuat teguran terbuka kepada Rafizi.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu meminta Rafizi menghentikan bersikap demikian.

“Berhenti mengarut,” tulis Ambiga, bekas pengerusi Bersih itu kepada Rafizi dan PKR.

Dalam ulasannya pada artikel FMT untuk isu yang sama, beliau berkata: “Saya sokong sepenuhnya pelantikan oleh perdana menteri. Tolong dahulukan negara berbanding hal lain. Rakyat sendiri berbuat demikian!”

ref: 
KERENGGA: Rafizi dan Wong Chen disekolahkan netizen

Sunday, 13 May 2018
"JANGAN MENCUCI KAIN KOTOR DI KHALAYAK RAMAI"
Walau apa pun hujah dan alasannya, apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli ini  di saat-saat Pakatan Harapan baru saja mengambil alih kuasa dan rakyat sedang bergembira dengan tumbangnya BN, adalah tidak wajar serta tidak kena sama sekali.

Rafizi tidak seharusnya merosakkan mood rakyat dalam hal ini. Jika pun ada isu-isu yang tidak selesai, ia harus dibincangkan secara dalaman dan tertutup melalui saluran yang betul, bukannya melalui media.

Mempertikaikan perlantikan yang baru dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri secara terbuka tidak ubah seperti perlakuan "membasuh kain kotor di khalayak ramai".

Ingatlah bahawa Pakatan Harapan kini bukan lagi gabungan pembangkang, sebaliknya sudah menjadi kerajaan.

Hormati kedudukan itu dan jangan lukakan hati rakyat yang membuat pilihan.

Adab sebagai kerajaan adalah berbeza dan tidak sama dengan ketika belum ada kuasa dahulu.

Tidak perlu diungkit tentang kelebihan kerusi yang dimiliki PKR untuk mewajarkan tindakan Rafizi itu kerana kemenangan Pakatan Harapan pada pilihanraya baru-baru ini adalah diperolehi melalui kerjasama serta kesepakatan antara semua parti dalam gabungan itu.

Semua pihak ada peranan dan sumbangan masing-masing yang perlu dihargai dan dihormati.

Episod ini harus dihentikan segera di mana Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR dan baru saja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri wajar berbuat sesuatu agar isu ini tidak terus berpanjangan.


Seperti kata S Ambiga, bekas Pengerusi Bersih - tolong hentikan karut-marut ini - ia adalah ungkapan yang barangkali paling tepat dan wajar difikirkan secara waras oleh PKR. (ShahbudinHusin 13/05/2018)

ref: 
Shahbudin dot com: "JANGAN MENCUCI KAIN KOTOR DI KHALAYAK RAMAI"

Sunday, May 13, 2018
Percayai Dr Mahathir jangan cepat melatah
ULASAN PAGI
Dr Mahathir perlu sokongan padu dari PH.
SECARA umumnya pengumuman kabinet Dr Mahathir Mohamad semalam yang menamakan tiga pemimpin tertinggi parti komponen PH memegang kementerian penting disambut baik oleh umum. Pelantikan mereka itu dilihat tepat dari sudut semangat perpaduan dalam PH juga mengikut hierarki PH.

Pembentukan kabinet awal Dr Mahathir itu menjelaskan dirinya berlaku adil dan saksama setelah memikir segenap aspek.

Semalam Dr Mahathir membentuk kabinetnya yang ditunggu-tunggu selepas PH memenangi Piraum ke 14, dengan menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu sebagai menteri Pertahanan dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN). 

Kombinasi mereka itu relevan dengan kedudukan mereka sebagai pemimpin utama parti masing-masing untuk memegang kementerian kanan. Menurut Dr Mahathir beliau akan melengkapkan kabinetnya dengan mengisi sekurang-kurangnya tujuh (7) lagi kementerian di kalangan anggota ke keempat-empat buah parti gabungan PH. 

Tujuh lagi kementerian yang akan diisi kemudian ialah, Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Multimedia, Sains dan Teknologi dan Luar Negara. Dr Mahathir mengecilkan saiz kabinetnya dimana beliau tidak mahu gah dengan kabinet yang besar tetapi kurang fungsi. 

Langkah segera membentuk kabinet itu bagi membolehkan kerajaan berfungsi. Negara tidak boleh dibiarkan lama tanpa ada kabinet. Dr Mahathir mengutamakan tiga kementerian itu dahulu untuk mengiringi beliau dan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilantik menjadi TPM memasuki pejabat PM secara rasmi pada Isnin (esok). 

Kabinet itu perlu dibentuk segera untuk menjalankan beberapa urusan penting negara. 

Beliau juga turut mengumumkan pembentukan Penasihat Perdana Negara yang bertanggungjawab menasihat Keeajaan terdiri daripada bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, bekas Presiden Petronas Hassan Marican, ahli korporat Robert Kuok dan bekas Gabenor Bank Negara Zetty Aktar Aziz.

Semua pihak khasnya para pencinta kerajaan baharu dan mahu melihat perubahan dapat menerima atau memahami tindakan Dr Mahathir itu tanpa ada sebarang keraguan. Kepercayaan sepenuhnya perlu diberikan kepada Dr Mahathir. Janganlah mudah menyimpulkan keraguan atas apa-apa dilakukannya tanpa memikirkan kesannya. 

Iya, saya sendiri tertanya-tanya kenapa Dr Mahathir tidak terus mengumumkan keseluruhan kabinetnya? 

Selepas memahami semua perkara dan ditilik, ada hujahnya kenapa beliau tidak berbuat demikian. Beliau perlu meneliti segenap aspek khasnya individu yang hendak dilantik sebagai menteri. Dalam hal ini sudah tentu beliau mementingkan aspek kemampuan, kualiti dan integriti orang yang hendak diletak dalam kabinet kerana itulah apa yang diingini oleh rakyat yang mengundi PH. 

Rakyat sudah tidak mahu lagi wajah "kabinet dapur" seperti dizaman Najib di mana orang yang tidak layak ikut sama dilantik kerana kepentingan-kepentingan bukan atas tuntutan negara. Kebencian umum kepada kabinet Najib pastinya akan dielak oleh Dr Mahathir. Makanya untuk memastikan kabinetnya tidak setaraf dengan kabinet Najib memerlukan sedikit masa dan penelitian yang mendalam. 
Satu hakikat yang kena sedar, walaupun beliau berpengalaman membentuk berpuluh kabinet semasa menjadi PM selama 22 tahun lalu, tetapi tidak kali ini. Keadaan dan kedudukan Dr Mahathir kini berbeza dengan apa yang berlaku dahulu. Beliau berhadapan dengan kesukaran kerana gabungan dikepalainya kini berbeza.  

22 tahun lalu beliau menguruskan gabungan bernama BN, yang mana kerenahnya tidak sama dengan gabungan PH hari ini. Beliau sudah tentu perlu menyesuaikan diri dengan sebijak mungkin dengan gabungan PH ini. Yang penting beliau mahu memastikan apa yang dilakukan kali ini syumul, sempurna. Kabinet atau tugas Dr Mahathir sebagai PM kali keduanya sesungguh lebih mencabar berbanding dengan sebelum ini.  

Kabinet Dr Mahathir akan dipantau dan dibuat perbandingan dengan kabinet Najib dimana kecacatan dan ketempangannya nanti akan memberi natijah buruk kepada kerajaan Harapan. 

Apa yang penting semua pihak perlu memberi kepercayaan kepadanya. Perlu memberi masa dan sokongan sepenuhnya. Persetujuan kita kepadanya untuk mengepalai pilihan raya lalu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan kleptokrasi hendaklah diterjemahkan dengan menyokong apa yang akan dilakukan sebagai perdana menteri hari ini. Yang paling penting ialah sikap toleransi yang perlu dipraktikan semua pihak.

Semua pihak khasnya anggota gabungan PH tidak perlu mudah melatah dan membuat tafsiran-tafsiran negatif yang boleh meretakkan keadaan. Kenyataan atau teguran kepada apa yang sedang Dr Mahathir lakukan kini, khasnya pembentukan kabinet tidak wajar diperkatakan tanpa memikirkan kesan daripada apa yang dikatakan itu. Seeloknya "polek" lidah dalam mulut lama-lama dahulu sebelum bercakap atau mengulas. 

Saya ingin merujuk kepada kenyataan atau ulasan Rafizi Ramli mengenai pembentukan kabinet awal Dr Mahathir itu yang menyebut ianya tidak ada perundingan dengan PKR. Menurut Rafizi pembentukan kabinet atau kementerian utama itu tidak melibatkan PKR dan ia juga tidak sah kerana perundingan sedang dijalankan.

Kenyataan Rafizi itu dilihat yang pertama bernada negatif terhadap apa yang telah dibuat oleh Dr Mahathir. Kenyataan atau reaksi itu merbahaya kerana ia boleh diambil kesempatan oleh musuh. Ini selalu terjadi kepada Rafizi beliau kurang daya diplomasi politik. Memang beliau seorang yang dilihat berani dan terbuka, outspoken, tetapi keterbukaanya menyebabkan sering kali "karung" yang didokongnya masuk angin. 

Ia boleh dirujuk kepada apa bidasan-bidasannya kepada kerajaan pimpinan Azmin Ali di Selangor sebelum ini. Beliau mempunyai niat baik untuk memastikan integriti kerajaan Azmin, tetapi kurang bijaksana kerana ia menganugerahkan modal atau isu kepada musuh. Masih kita ingat macam mana Rafizi membuat tuduhan kononnya pegawai kerajaan di Selangor menerima rasuah sek. 

Rafizi perlu memahami fikh dalam soal ini, niat yang baik itu akan menjadi baik apabila ia turut menggunakan kaedah yang baik dan bijaksana. Bagaimana pun niat yang baik itu akan menjadi mudarat kalau kaedaahnya tidak baik dan "lorak". 

Kenyataan beliau itu dilihat, bukan sahaja tidak cermat tetapi cuba menyalakan api baru selepas selesai pilihan raya. Kenapa perlu gopoh begitu? Sebagai pemimpin kanan (Naib Presiden) beliau tidak sepatut membuat ulasan begitu secara terbuka. Apa sebenarnya yang hendak disampaikan Rafizi dengan ulasan itu? Apakah kerana Dr Mahathir melantik Guan Eng sebagai menteri Kewangan maka ia dianggap tidak berunding dengan PKR?

Atau pun beliau mengira dirinya yang masih dalam "penjara" itu berkelayakan untuk menduduki salah satu kementerian utama itu maka beliau kurang berpuas hati. Rafizi perlu sedar akan kapasiti itu dan juga formula yang dipakai Dr Mahathir untuk melakukan itu.

Bukankah Dr Mahathir menjelaskan bahawa pelantikan seterusnya dibuat kemudian. Jadi tidak timbul kalau pembentukan kabinet itu tanpa perundingan bersama. Apakah Rafizi mendakwa begitu kerana beliau tidak ada sama dalam perundingan? Perlu diingatkan Rafizi bahawa beliau tidak merupakan salah seorang ahli Majlis Presiden yang boleh memainkan peranan lebih jauh dari itu.

Sebijak mana pun beliau, beliau tidak berhak berada dalam majlis presiden kerana beliau bukan presiden. Hendaknya telatah melampau pertama Rafizi itu tidak akan berpanjangan kerana apa yang lebih penting semua pihak dalam PH perlu memberi sokongan kepada Dr Mahathir untuk mencapaikan misi rakyat sebelum ini. 

Mungkin rasa skeptikal Rafizi itu kerana melihat pada hari pengumuman kabinet awal itu tidak ada wajah Presiden PKR Dr Wan Azizah dan juga pemimpin-pemimpin lain. Itu saya tidak tahu kenapa mungkin ketika itu Wan Azizah dilanda selesema atau pun demam begitu juga dengan pemimpin kanan PKR yang lain. [wm.kl.7:57 am 13/05/18]

Posted by mohd sayuti Omar at 8:14:00 AM  

ref: 
.: Percayai Dr Mahathir jangan cepat melatah





Tiada ulasan: