Jumaat, 25 Mei 2018

Kami memohon petunjuk, jalan yang benar serta pertolongan di dunia dan di akhirat hanya dari Mu Ya Allah. 7712.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ya Allah... Kau permudahkanlah segala urusan pemimpin-pemimpin kami, Pakatan Harapan dalam menerajui Malaysia negara kami, bumi Mu Ya Allah.


Ya Allah permudahkanlah mereka dalam menunaikan segala janji-janji untuk Islam, bangsa dan tanah air kami ini. Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami dan pemimpin-pemimpin kami agar mereka dapat berbakti kepada seluruh Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbilang agama, bangsa dan keturunan ini Ya Allah.


Kau bantulah kami untuk memartabatkan agama Mu dalam negara yang majmuk ini Ya Allah...dalam suasana yang harmoni serta muhibbah. Hanya Kau yang mengetahui segala-galanya.


Kami memohon petunjuk, jalan yang benar serta pertolongan di dunia dan di akhirat hanya dari Mu Ya Allah. Kau perkenankanlah doa-doa kami ini Ya Allah Tuhan sekelian alam.



آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Mat Sabu dah ada ‘bodyguard’, polis pengiring
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 MEI 2018
Mohamad Sabu keluar dari sebuah rumah teres yang dipercayai kediamannya 
yang terletak di Shah Alam, Selangor. - Foto: Facebook Ahmad Sayuti Bashiron

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bukan saja sering membuatkan orang ramai terhibur dengan ceramah politiknya tetapi aksinya ketika keluar rumah sebagai menteri juga menarik perhatian netizen di media sosial.


Memetik Astro Awani, menerusi perkongsian beberapa foto di media sosial hari ini kelihatan Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu keluar dari sebuah rumah teres yang dipercayai kediamannya yang terletak di Shah Alam, Selangor.


Menariknya, beberapa orang pengawal peribadi dan polis pengiring menantinya di luar rumah untuk pergi ke pejabat.

Gambar yang dirakam sekitar 7.55 pagi tadi dikongsi Ahmad Sayuti Bashiron menunjukkan Mat Sabu tetap dengan kehidupan yang ringkas cuma bezanya kali ini, beliau ditunggu dan disambut polis pengiring dan pengawal peribadi bersama kenderaan rasmi kerajaan.


Mat Sabu yang merupakan Presiden parti Amanah dan juga Ahli Parlimen Kota Raja dilahirkan pada 14 Oktober 1954 pernah bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pengajian dalam jurusan makanan di Institut Teknologi Mara (kini dikenali Universiti Teknologi Mara).



Beliau mula menyertai politik menerusi parti Pas pada tahun 1981 sehingga menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dari tahun 2013 sehingga 2015.
ref. 
Mat Sabu dah ada ‘bodyguard’, polis pengiring - Nasional - Sinar Harian
Khianat, hasad dengki itulah kelemahan Melayu yang diambil kesempatan oleh sesama sendiri dan apa lagi yang bukan Melayu. Oleh yang demikian buanglah sifat buruk tersebut kerana Allah. 

Jenis khianat ini antaranya kalau seseorang itu betul pun dicari salah dan kekurangannya untuk menutup kelebihan seseorang yang telah Allah Subhanahuwatalla kurniakan. Nauzubillahminzalik. 

Bahaya, Menteri Pertahanan Mat Sabu seorang syiah!

Adalah sesuatu yang perit dan menyedihkan apabila membicarakan isu perbezaan pendapat antara penyokong Islam dalam Pakatan Harapan dan penyokong PAS. Pilihanraya sudah pun berlalu. Rakyat majoriti memilih Pakatan Harapan untuk mentadbir negara. 

Rakyat juga memilih PAS untuk mentadbir urus Kelantan dan Terengganu mengikut ideologi politik masing-masing. Sepatutnya kita berlapang dada dan berterima kasih kerana rejim Najib yang sarat dengan skandal dan kerosakan kepada negara telah berjaya ditumbangkan. Bukan senang untuk menumbangkan gergasi yang sudah lebih 60 tahun memerintah.

Namun, sayang seribu kali sayang. Perbezaan idealogi masih berlaku dalam group-group whatsapp, facebook dan lain-lain platform media sosial. Mula kedengaran Islam liberal, mula mencanak naik isu Islam terhakis. 

Realitinya masih tidak dapat dibuktikan dengan nyata. Bukan niat penulis untuk menafikan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku itu hanya kerana penulis penburukonline.blogspot.com adalah seorang penyokong Pakatan Harapan, tetapi penulis berasa sedih dengan mudahnya sesuatu pihak melabel sesuatu pihak yang lain kerana ketidak samaan fahaman idealogi tersebut.

Sebelum pilihanraya kedengaran undi PH bermakna undi DAP. Akan jadi negara republik dan sebagainya. Bilangan Menteri Cina akan melebihi Menteri Melayu. Hakikatnya selepas Tun Mahathir mengumumkan barisan kabinet. Suara-suara itu tersumbat terus. Realitinya berbeza bukan?

Penulis harap sangat semua pembaca dapat mendengar ulasan di atas. Dengar dan pertimbang. Tetapi jangan terus menghukum wahabi. Label Mufti Perlis seorang wahabi tanpa mendengar dulu hujahnya. Ini yang menjadi payah.

Kemudian selepas pilihanraya, mula kedengaran pula tidak sepatutnya Lim Guan Eng memegang jawatan Menteri Kewangan. Sepatutnya bagi pada orang Islam. Malang sekali ketika ada Menteri Kewangan dari orang Islam yang terang-terang mencuri duit rakyat, tidak pula dipertikai. Malah ingin memberi tongkat agar UMNO yang hampir roboh tegak kembali. Alasannya atas dasar melayu dan Islam. Lebih baik menyokong melayu pencuri dari menyokong bukan Muslim. Benarkah fahaman ini ?

Satu demi satu pemimpin PH dipertikai. Kemudian timbul pula isu Mat Sabu seorang Syiah. Isu ini sudah lama. Malah tidak dapat dibuktikan dan tiada apa-apa kenyataan dari pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. Lucunya, ketika Mat Sabu berpuluh tahun di dalam PAS tidak pula kedengaran label Mat Sabu adalah Syiah! Apakah Mat Sabu ketika dalam PAS bukan Syiah dan selepas keluar dari PAS dan membentuk AMANAH maka labelnya terus bertukar menjadi Syiah!? Mudahnya kalau begitu.

Kemudian timbul lagi isu Siti Kasim dan golongan LLBGT menyokong PH. Maka semua rumah keseluruhan akan terbawa-bawa fahaman LGBT dan Islam liberal. Tetamu yang kecil apakah dapat sewenang-wenangnya mengubah corak rumah keseluruhannya? Apa mungkin Menteri-Menteri yang mengucap dua kalimah syahadah dengan mudahnya menukar haluan iman mereka? Andaian akan datang tidak menjamin kemenjadian.

Andaian-andaian ini terus berlegar-legar dalam kumpulan whatsapp. Niatnya apa? Untuk menakut-nakutkan rakyat. Untuk mempengaruhi orang lain. Yakin benarkah kita dengan tuduhan-tuduhan tersebut? Kita akan dipertanggungjawabkan di atas semua tuduhan kita. Nampak macam kecil tapi hakikatnya.

Jangan bilang penulis sengaja membuat provokasi. Buka whatsapp, group facebook dan ulasan-ulasan di media lain. Tengok apa yang keluar dari penyokong parti hijau. Betul atau tidak apa yang penulis katakan? Share banyak2.

'menconteng untuk peruahan' 24.5.2018

ref: 
Bahaya, Menteri Pertahanan Mat Sabu seorang syiah! ~ Menconteng Untuk Perubahan™
Pas terpinggir dari arus perdana politik negara
MALAYSIA DATELINE 

Pas akan menang lebih besar jika bersama Pakatan Harapan, kata Khalid.

Sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan Pas semakin terpinggir dari arus perdana politik negara.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa Pas telah berjaya dengan keputusan antara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu.

“Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi,” kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

Bagi beliau, cogan kata “Pas for all” kian tidak kedengaran dan Pas kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

“Kalau kita berhenti sejenak dan meninggalkan alam realiti dan menyelak seketika melalui imaginasi kita, mengintai pada ‘alam mungkin terjadi’, hanya yang beragenda akan menafikan bahawa Pas pasti mendapat kemenangan jauh lebih besar sekiranya ia telah istiqamah bersama Pakatan.

Sepertimana yang diperjuangkan oleh bekas pimpinannya yang akhirnya menubuhkan AMANAH, Pas akan dapat mengecapi kemenangan di peringkat Persekutuan juga.

“Tetapi malangnya bagi Pas, mereka terpengaruh, mungkin dengan keyakinan Najib, bahawa dia akan kekal sebagai Perdana Menteri
pasca PRU ke 14.

“Keyakinan Najib ini terhasil dari poket-poket yang sarat dengan duit rakyat untuk digunakan untuk membeli kembali sokongan rakyat!” kata Khalid dalam tulisannya di akhbar Mingguan Amanah yang bakal keluar Jumaat esok.

Bagi Khalid, sekiranya Pas kekal dalam Pakatan, berdasarkan keputusan yang diketahui sekarang, paling kurang 36 lagi kerusi di Semenanjung yang dimenangi BN akan jatuh kepada Pakatan.

“Ini adalah kerana 36 kerusi ini dimenangi BN atas sebab undi berpecah antara PAS dan PH,” tulis Khalid yang menang di parlimen Shah Alam dengan majoriti lebih besar kali ini.
at 5/24/2018 09:00:00 PG

ref:  KERENGGA: Pas terpinggir dari arus perdana politik negara


Ilutrasi tentang akhir zaman. Satu sindiran. 
PETANDA AKHIR ZAMAN
FIRAUN MENJADI PENYELAMAT UMAT.

1. Bapak segala Firaun iaitu MAHAFIRAUN sedang menyelamatkan umat. MAHAFIRAUN ini dikeji kerana meninggalkan sejadah dan tasbih dan membuat kerja keji iaitu menyelamatkan umat Muhammad yang sedang menderita.

2. Tentera-tentera Suci pula sedang bertasbih diatas tikar sembahyang serta bertadarus sambil meneliti jadual penggiliran menampal lubang serta menunggu royalti. Dah 14 kali pilihanraya, tak pernah menang.... tak faham lagi ka apa yang Tuhan tunjukkan....

3. Begitu juga dengan para mufti yang mulia yang antaranya ialah:

Mohd Yussof iaitu Mufti Negeri Sembilan yang dipetik Utusan, berkata, “”Ciri-ciri orang munafik adalah bermula dengan berbohong, selepas itu memungkiri janji seterusnya mengkhianati amanah dan semua perbuatan ini sedang berlaku dalam Pakatan Harapan.”

Mufti Pahang dan ulama PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dalam politik dan lebih banyak beribadat.

4. Mereka mulia kerana merekalah kita tahu yang mana haram yang mana halal dan sekejap halal dan sekejap haram. Begitu jugak bilangan rakaat solat tarawikh sama ada lapan atau dua puluh. Begitulah kerja mereka selama bertahun-tahun, dah 1400 tahun lebih dah Islam ni, masih tak selesai dengan fatwa. Masalah umat bukan masalah mereka.

5. Yang peliknya mufti yang dikatakan wahab-Bee ni, beliau dikeji oleh kawan-kawannya atas segala teguran terhadap pemerintah yang zalim. Depa nak mufti wahab-Bee ni, duduk diam-diam dan keluar fatwa korek hidung boleh batal puasa atau tidak, jangan ambik peduli tentang umat Muhammad ni. Kangkang sikit dan garu teloq macam kawan-kawan dia.....

Hampa ni tak tau malu ka? Aku rasa hampa ni tak tau apa-apa langsung....

6. Dengar ceritanya baru-baru ni Tentera Mahafiraun menang dan Tentera Suci yang dipimpin oleh pendekar dan pahlawan tersohor dan direstui para mufti tenggelam dalam Gelombang Merah yang membawa PANJI MERAH HARAPAN..............

7. Kemenangan berlaku tanpa dimulai dengan doa panjang dan restu mufti yang mulia. Cuma doa mereka yang teraniaya................

Itulah petanda akhir zaman bagi mereka......dan permulaan zaman bagi pembawa PANJI HARAPAN......

Thursday, 24 May 2018
TEMBELANG 1MDB SEMAKIN TERDEDAH.....

Berikutan pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam bahawa kerajaan telah menyelamatkan pembayaran hutang 1MDB dengan jumlah hampir RM7 bilion sejak April 2017, CEO syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy telah dipanggil  untuk menjelaskan beberapa perkara kepada Kementerian Kewangan.

Arul Kanda yang ketika musim kempen PRU14 lalu pusing seluruh negara menceritakan kekukuhan 1MDB, tetapi di hadapan Guan Eng beliau menyatakan tidak tahu menahu tentang kedudukan kewangan syarikat tersebut.
Arul Kanda juga menyatakan tidak pasti berkaitan dana pelaburan berjumlah RM9.8 bilion milik 1MDB yang disimpan dalam Brazen Sky Ltd atau sama ada ia benar-benar wujud atau tidak.

Sehubungan itu, Guan Eng melabelkan Arul Kanda sebagai tidak jujur dan tidak boleh dipercayai. 
Beliau juga kemudian mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan agar menyemak semula kedudukan Arul Kanda dalam 1MDB, selain mengambil alih pejabat syarikat itu.

Yang lebih mengejutkan, Guan Eng turut mendedahkan bahawa hanya Arul Kanda satu-satunya pekerja 1MDB sejak awal tahun ini.

Dalam pada itu, seorang ahli lembaga pengarah 1MDB, Kamal Mohd Ali  dalam pengakuannya kepada Guan Eng mengatakan pelaburan unit dana bernilai RM9.8 bilion yang disimpan oleh anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd adalah suatu bentuk penipuan.
"Kamal menggelarkan pelaburan itu suatu penipuan kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan kepada lembaga pengarah dengan sebarang bukti mengenai kewujudan pelaburan itu sejak lebih dua tahun lalu," tambah Guan Eng lagi.

Hakikat itu lebih terserlah apabila Arul Kanda sendiri yang sebelum berulang kali mengatakan pelaburan itu wujud, kini sudah berubah nada dengan berkata tidak pasti mengenainya.

Berkait perkembangan yang sama, Guan Eng juga memaklumkan mengenai pengesahan bertulis oleh bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir kepada Kementerian Kewangan pada Mac lalu bahawa syarikat itu tidak mampu membayar hutang faedahnya yang mesti dilunaskan sebelum akhir April dan Mei 2018.
Sehubungan itu, bagi hutang faedah 1MDB berjumlah RM143 juta yang mesti dibayar pada minggu depan, Guan Eng mengambil keputusan enggan menandatangani dokumen kebenaran agar Kementerian Kewangan melangsaikannya.

"Saya terkejut bila mendapati dokumen pertama yang harus saya tandatangani ialah untuk membayar hutang 1MDB.

"Saya enggan tandatanganinya kecuali saya lihat kesemua dokumen yang relevan terlebih dahulu," kata Guan Eng lagi.
Bagi maksud tersebut, Guan Eng  mengarahkan Arul Kanda  menjawab secara bertulis kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu sama ada 1MDB mampu membayar hutang RM143 juta itu atau sebaliknya.

Agak-agak apakah jawapan bertulis Arul Kanda nanti?

Bayangkan, baru dua hari Guan Eng memasuki pejabatnya sebagai Menteri Kewangan, beliau sudah mendedahkan banyak "kong kali kong" atau tembelang 1MDB yang selama ini tertutup rapi.

Segala-galanya tidak lain ialah kerana Najib Razak yang ada kepentingan dalam penubuhan 1MDB adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam waktu yang sama.

Selepas ini, pasti lebih banyak pembongkaran yang lebih mengejutkan lagi akan menjadi tatapan kita semua.
Sejujurnya, kita harus bersyukur kepada Tuhan atas keberanian rakyat Malaysia melakukan perubahan dengan menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu.

Jika BN masih kekal berkuasa, semua tembelang itu akan terus tertutup rapi dan kita sebagai rakyat serta pembayar cukai akan ditipu sepanjang hayat dengan pelakon utamanya ialah Najib sendiri. (ShahbudinHusin 24/05/2018).

ref: 
Shahbudin dot com: TEMBELANG 1MDB SEMAKIN TERDEDAH.....
'Tiada sesiapa yang akan dipecat' - 800 kakitangan SPAD diserapkan ke JPJ
May 24, 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan beberapa agensi dan badan kerajaan akan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kewangan negara. Pembubaran itu turut melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), menimbulkan tanda tanya di kalangan kakitangan SPAD akan kedudukan mereka.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa kakitangan SPAD tidak akan diberhentikan. Sebaliknya kita-kira 800 kakitangan tetap SPAD akan diserapkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


"Jangan bimbang, semua kakitangan SPAD akan diserapkan sebagai kakitangan tetap di bawah JPJ. Tapi kita akan kaji kalau ada mana-mana penjawatan yang bertindih. Kakitangan tetap di SPAD tidak akan dipecat," katanya memetik laporan dari mStar Online, hari ini.


Menurut beliau, terdapat 1,000 kekosongan jawatan di JPJ terutamanya di bahagian penguatkuasaan dan sebagainya akan diisi oleh kakitangan SPAD.


Anthony juga menafikan dakwaan liar bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak prihatin terhadap penjawat awam dan meminta semua pihak tidak membangkitkan isu tersebut.


"Kita juga menjaga kebajikan penjawat awam termasuk kakitangan SPAD. Mereka akan bekerja seperti biasam tiada sesiapa yang akan dipecat," tegasnya.


ref:  'Tiada sesiapa yang akan dipecat' - 800 kakitangan SPAD diserapkan ke JPJ - Beruang Viral


Tiada Bonus & Kenaikan Gaji Penjawat Awam, Antara 15 Diputuskan Kabinet
23/05/2018
Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan bonus dan kenaikan gaji kepada semua penjawat awam yang dijangka ditunaikan pada Julai 2018 ini.

Namun berbeza dengan kerajaan baharu ini yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH), tiada bonus untuk penjawat awam dan tiada kenaikan gaji sebab ia adalah janji pihak Pembangkang dan bukan kerajaan sekarang.

Mesyuarat pertama Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini telah memutuskan 15 perkara seperti di bawah: 


  • Majlis Profesor Negara dibubarkan
  • Gaji Jemaah Menteri dikurangkan 10 peratus
  • Harga petrol kekal
  • SPAD dibubarkan, diserap di bawah Kementerian Pengangkutan
  • Kerajaan komited dalam usaha mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion
  • GST sifar mulai 1 Jun
  • Kerajaan akan meneliti  semula gaji dan bayaran elaun pegawai kerajaan berpangkat tinggi
  • Semua kontrak dan projek rundingan langsung akan disemak atau dimansuhkan
  • Semua pelantikan berkaitan dengan politik dan kerajaan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dikaji semula.
  • Pejabat risikan luar Malaysia akan dikaji semula
  • Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan dimansuhkan
  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dilantik berdasarkan pengalaman beliau dalam kes 1MDB dan berani serta tidak berpihak dalam menjalankan tugas.
  • Tiada sebarang komen tentang projek PR1MA buat masa ini.
  • Tidak ada campurtangan politik di Proton, bergantung kepada apa yang  Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary dan Geely mahu lakukan.
  • Bonus dan kenaikan gaji penjawat awam, tidak akan dilaksanakan sebab ia adalah janji pihak Pembangkang dan bukan kerajaan sekarang.
ref: 
Tiada Bonus & Kenaikan Gaji Penjawat Awam, Antara 15 Diputuskan Kabinet

Senarai 72 Barang Rampasan Dari Kondo Mewah Najib Sangat Mengejutkan!
18/05/2018

Seperti mana yang kita maklum, malam tadi pasukan polis sekali lagi membuat serbuan ke rumah kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merampas kesemua bukti yang berkaitan dengan skandal 1MDB.


BACA : KONDO MEWAH NAJIB DISERBU LAGI!

Kesemua barang rampasan merupakan 50 buah beg tangan mewah yang dijumpai di ruang surau dan stor kondominium mewah Najib.


Selain itu, jam tangan berjenama Rolex dan jenama-jenama mahal yang lain turut dirampas di bilik anak Najib, Nur Ashman Razak Bin Dato Sri Mohd Najib.

Okay, ini adalah 72 senarai barang rampasan yang dirampas oleh pihak polis yang dikaitkan dengan skandal 1MDB :

1. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna merah jambu berlambang CC
2. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -light fatigure green- berlambang CC
3. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -royale blue- berlambang CC
4. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -fatigure green- berlambang CC
5. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -beige- berlambang CC
6. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna putih berlambang CC
7. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna merah berlambang CC
8. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -pink- berlambang CC
9. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna biru berlambang CC
10. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna hijau muda berlambang CC
11. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -fatigure green- berlambang CC
12. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -light pink- berlambang CC
13. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -maroon- berlambang CC
14. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -merah- berlambang CC
15. Satu kotak Chanel mengandungi satu beg tangan bewarna -pink fuschia- berlambang CC
16. Sebuah beg tangan Versace berwarna black w/stone
17. Sebuah beg tangan Versace berwarna purple w/green and blue
18. Sebuah beg tangan Gucci berwarna royal blue velvateberlambang “cc”
19. Sebuah beg tangan Gucci berwarna green leather
20. Sebuah beg tangan Gucci berwarna white navy”s red/flower embroidery
21. Sebuah beg tangan Gucci berwarna red leather
22. Sebuah beg tanga Oscar De La Rentaberwarna peach satin w/stone
23. Sebuah beg tangan Oscar De La Rentaberwarna blue purple snake skin
24. Sebuah beg tangan Oscar De La Rentaberwan peach pink snake skin
25. Sebuah beg tangan Oscar De La Rentaberwarna orange snake skin
26. Sebuah beg tangan Oscar De La Rentaberwarna yellow snake skin
27. Sebuah beg tangan Versace berwarna black
28. Sebuah beg tangan Gucci berwarna pink white mixed color green & burgundy
29. Sebuah beg tangan Versace berwarna gold
30. Sebuah beg tangan Prada berwarna brown w beige color
31. Sebuah beg tangan Gucci berwarna black skin
32. Sebuah beg tangan Versace berwarnapink embroidery
33. Sebuah beg tangan Versace berwarnablue purple
34. Sebuah beg tangan Michael Kors berwarna orange
35. Sebuah beg tangan berwarna hitam (Velentino)
36. Sebuah beg tangan Versace berwarna black
37. Sebuah beg tangan Channel berwarna red medium
38. Sebuah beg tangan Dolce Gabbana berwarna black
39. Sebuah beg tangan Gucci berwarna red
40. Sebuah beg tangan Versace berwarna black shiny
41. Sebuah beg tangan Gucci berwarna black
42. Sebuah beg tangan Prada berwarna green
43. Sebuah beg tangan Piana Clerico berwarna black
44. Sebuah beg tangan Louis Vuitton berwarna off white shining
45. Sebuah beg tangan Gucci berwarna light beise
46. Sebuah beg tangan Gucci berwarna green w mix color
47. Sebuah beg tangan LV berwarna blue croco skin
48. Sebuah beg tangan LV berwarna fuchsia pink w red
49. Sebuah beg tangan LV berwarna light peach w/brown
50. Sebuah beg tangan Loewe berwarna purple croco
51. Satu unit jam tangan berwarna perak bermuka warna hitam jenama Rolex Oyster Perpetual Day Date
52. Satu unit jam tangan kulit hitam bermuka warna perang jenama Rolex Oyster Perpetual Superlative Chronometer Officially Certified Cosmograph
53. Satu unit jam tangan kulit hitam bermuka hitam jenama Rolex Sky – Oweller Oyster Perpetual Superlative Chronometer Officially Certified
54. Satu unit jam tangan warna perak (putih) jenama Rolex Cosmograph Day – Tona
55. Satu unit jam tangan warna perak bermuka hitam jenama Rolex Cosmograph
56. Satu unit jam tangan perak bermuka putih jenama Oyster Cosmograph
57. Satu unit jam tangan kulit berwarna coklat bermuka kelabu jenama Patek Philippe Geneve
58. Satu unit jam tangan bertali getah hitam jenama Richard Mille
59. Satu unit jam tangan berwarna perak bermuka hitam jenama Rolex Oyster Perpetual Superlative Chronometer Officially Certified Cosmograph
60. Satu unit jam tangan bertali getah biru jenama Hublot
61. Pounds Sterling 2700
62. Wang tunai RM 537,000.00
63. Wang tunai Rupees Sri Lanka 2,870,000.00

64. Dua unit beg Roberto Cavalli

Kesemua barang rampasan dibawa balik oleh pihak polis ke pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya di bawah Sek 4(1) AMLATFPUAA 2001.





Kes ni masih dalam siasatan, mungkin barang rampasan tersebut tidak menggunakan langsung duit 1MDB seperti yang didedahkan oleh banyak pihak. Mungkin barang-barang tersebut dibeli hasil menabung dari kecil?

ref: 
72 Senarai Barang Rampasan Dari Kondo Mewah Najib Sangat Mengejutkan!
Wednesday, 23 May 2018
"PENDEDAHAN KP SPRM BUKTI NEGARA PERNAH DITADBIR ALA MAFIA"

1. Pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull pada hari ini bahawa beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu benar-benar menggemparkan negara. 

2. Kenyataan Datuk Shukri itu membuktikan bahawa Malaysia pernah di tadbir ala mafia atau gangster. Semenjak negara ini merdeka sehingga sekarang, belum pernah kita mendengar ada pemimpin melakukan tindakan luar batasan kuasa terhadap kakitangan awam sebagaimana yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. 

Tindakan seperti ini begitu melampau dan tidak mungkin dapat dimaafkan begitu sahaja. Semestinya rakyat yang mengikuti perkembangan beliau merasa sedih dan dukacita bagaimana beliau dilayan sedemikian sedangkan beliau dan SPRM berusaha keras mahu menegakkan kebenaran dan menyelamatkan negara.

3. Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Shukri Abdull kerana berani mendedahkan pengalaman beliau semasa menyiasat kes skandal 1MDB dan SRC. Jika tanpa pendedahan beliau, rakyat Malaysia tidak akan tahu bahawa ada segelintir elit politik era pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang mencengkam negara menggunakan kekuasaan dan kekerasan terhadap penjawat awam dan menjadikan negara ini seolah-olah milik peribadi mereka.

4. Jika pemimpin kanan SPRM sendiri mengakui diugut, diancam, ditukar dan dipecat ketika menjalankan tugas, bagaimana pula dengan kakitangan bawahan yang lain. Mungkin ramai lagi yang mengalami pengalaman yang sama atau mungkin lebih teruk tetapi enggan mendedahkannya kerana bimbang ancaman keselamatan terhadap diri dan keluarga mereka. 

5. Dalam hal ini, saya bersetuju agar siasatan menyeluruh dibuat bagi membuktikan kebenaran dakwaan Datuk Shukri tersebut. 

Jika ternyata ia benar dilakukan, pelakunya wajar dijatuhkan hukuman berat atas jenayah yang dilakukan itu. Ia juga sebagai pengajaran bahawa penyelewengan dan salah guna kuasa adalah jenayah berat yang tidak boleh dimaafkan dan sesiapa sahaja yang melakukannya wajar dijatuhkan hukuman setimpal.

6. Apa yang berlaku terhadap beliau menjadi sejarah hitam buat negara dan era pemerintahan baru Pakatan Harapan (PH) perkara sedemikian tidak akan berulang. Apa yang diharapkan kakitangan kerajaan agar terus dengan sikap profesional, menjalankan tugas atas profesionalisme dan tidak takut kepada sebarang ugutan oleh pemimpin politik yang berkuasa. 

Pentadbir kerajaan perlu bertindak mengikut lunas undang-undang dan bukan mengikut arahan secara semberono oleh pihak atasan. Jangan lindungi pemimpin yang korup tetapi bekerja untuk kepentingan negara tercinta.

Saya yakin, jika pemimpin dan kakitangan awam saling bekerjasama melindungi negara dan rakyat saya percaya Malaysia akan kembali utuh dan mengulangi kegemilangan pemerintahan negara suatu ketika dahulu.

DATO’ HJ MAHFUZ OMAR
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Pokok Sena 
23 mei 2018/7 Ramadzan 1439H.

ref: 
Shahbudin dot com: "PENDEDAHAN KP SPRM BUKTI NEGARA PERNAH DITADBIR ALA MAFIA"


Pembangkang jer xsuka kisah ini. Sebab terdedah 

kisah penguasa kliptokrat, rasuah dan pengkhianat. 

SPRM, BUAT SAJALAH KERJA! 

Mei 23, 2018
Antara agensi yang menjadi tumpuan pasca kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  Agensi ini memang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dan antarabangsa.  Sebabnya adalah mudah kerana agensi ini yang sepatutnya berfungsi secara bebas, khabarnya terikat tangannya apabila mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.

Kes terbaru pasca kerajaan baru selepas 10 Mei 2018, adalah kes yang berkaitan dengan 1MDB yang pengerusinya adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri.

Apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mengambilalih tampuk kepimpinan negara, antara agenda reformasinya adalah memperbaiki sistem yang telah rosak.  Yang paling terkesan adalah SPRM.  Ketika era Najib, SPRM diterajui oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang kini telah kembali ke Jabatan Peguam Negara, kerana meminta untuk dilepaskan daripada kontraknya.

Banyak nama-nama yang muncul, antaranya adalah Tan Sri Abu Kassim yang pernah menerajui SPRM sebelum dipinjamkan ke Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), akhirnya Perdana Menteri melantik Datuk Sri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru memulakan tugas dengan mengadakan sidang akhbar yang penuh sesak dengan pengamal media tempatan dan antarabangsa.  Datuk Sri Mohd Shukri bukanlah sosok yang baru dalam SPRM, telah berkhidmat selama 36 tahun dengan jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) dan memilih untuk bersara awal pada 31 Julai 2016.

Dalam sidang medianya, beliau menceritakan apa yang sebenarnya berlaku mengenai skandal 1MDB.  Beliau memilih untuk menceritakan kepada umum, kronologi mengenai siasatan 1MDB. 

Bukanlah niat sesiapa pun untuk mempertikaikan kisah tragis beliau dalam kes berkaitan 1MDB, tetapi sebagai seorang yang diamanahkan untuk menjalankan siasatan dan kini menerajui sebuah agensi pencegahan rasuah yang penting seperti SPRM, bukankah lebih baik terus sahaja menjalankan tugasnya yang belum selesai daripada memberikan gambaran-gambaran yang tentunya menimbulkan andaian dan spekulasi dalam kalangan rakyat.

Sebagai seorang Ketua Pesuruhjaya, beliau sepatutnya mempamerkan tindak tanduk dan ketegasannya dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.  Biarlah tindakannya yang menjadi cerita kepada media dan rakyat khasnya.

Tidak perlu bercerita mengenai ugutan, ketidakpuasan hatinya, kesedihannya apabila pegawainya dipindahkan, apatahlah kes 1MDB diklasfikasikan sebagai berprofil tinggi.

Kepada Datuk Shukri dan SPRM, eloklah buat kerja yang belum selesai, demi manfaat negara dan rakyat Malaysia! Kurangkan retorik.

ref:  SPRM, BUAT SAJALAH KERJA!



Thursday, 24 May 2018
Bekas Pengarah JPA Gesa Boneka Najib Disingkirkan
Bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara tidak langsung menggambarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pemain utama dalam kalangan “badut dan boneka” dalam kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Tan Sri Alwi Jantan dalam kenyataan hari ini berkata beliau malu melihat pegawai tertinggi kerajaan menjadi “badut dan boneka” parti pemerintah.

Beliau menggesa penyingkiran dijalankan dalam perkhidmatan awam, mengatakan kerajaan baru perlu “membersihkan” perkhidmatan awam daripada “watak tidak boleh dipercayai” bagi memulihkan imej dan moral perkhidmatan awam.

“Ada juga yang bertindak melangkaui tanggungjawab apabila berkempen secara terbuka untuk mereka. Mereka mengecilkan amanah dan kesaksamaan ke tahap ketidakajujuran dan tidak bermoral,” katanya.

Beliau menambah tidak ada keperluan untuk menamakan mereka terlibat kerana perbuatan mereka mendapat liputan meluas media.

Ahli kumpulan G25 yang diterdiri daripada pesara pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademi ini berkhidmat untuk kerajaan selama 32 tahun, bermula sebagai pegawai di Pejabat Penubuhan Persekutuan pada 1958 sehingga bersara pada 1990 sebagai ketua pengarah JPA.

Beliau tidak menyebut nama Ali Hamsa dalam kenyataannya, tetapi berkata ketua setiausaha kepada kerajaan, “sebagai ketua perkhidmatan awam, mungkin boleh menghentikan salah laku ini, tetapi beliau sendiri adalah pemain utama”.

Beliau menyeru kerajaan Pakatan Harapan “membersihkan” perkhidmatan awam daripada watak-watak seperti itu.

“Mereka bukan sahaja tercemar dan kesetiaan diragui, cara ini akan memulihkan imej dan semangat perkhidmatan awam ke tahap kemegahan dulu.” - free malaysia today

ref: Addin: Bekas Pengarah JPA Gesa Boneka Najib Disingkirkan

Pendedahan Mohd Shukri bukti kerajaan BN perintah negara ala mafia, kata Mahfuz
MALAYSIA DATELINE 
Pendedahan Mohd Shukri bukti kerajaan BN perintah negara ala mafia, kata Mahfuz
MALAYSIA DATELINE 

Pendedahan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull yang mendakwa terpaksa meninggal Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam, membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini ala mafia, kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata sejak kemerdekaan negara belum pernah rakyat mendengar terdapat pemimpin melakukan tindakan di luar batasan kuasa terhadap penjawat awam sebagai yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tindakan seperti ini (ala mafia) begitu melampau dan tidak mungkin dapat dimaafkan begitu sahaja. Semestinya rakyat yang mengikuti perkembangan beliau merasa sedih dan dukacita bagaimana beliau dilayan sedemikian sedangkan Shukri dan SPRM berusaha keras mahu menegakkan kebenaran dan menyelamatkan negara.

“Jika pemimpin kanan SPRM sendiri mengakui diugut, diancam, ditukar dan dipecat ketikan menjalankan tugas, bagaimana pula dengan kakitangan bawahan yang lain. Mungkin ramai lagi yang mengalami pengalaman yang sama atau mungkin lebih teruk tetapi enggan mendedahkannya kerana bimbang ancaman keselamatan terhadap diri dan keluarga mereka,” ujarnya dalam kenyataan.

Datuk Mohd Shukri Abdull (kiri) ketika sidang media pada Selasa yang mendedahkan apa yang beliau hadapi ketika menjalankan siasatan berkaitan skandal SRC dan 1MDB.

Mahfuz juga bersetuju siasattan menyeluruh dilakukan atas dakwaan Mohd Shukri yang mendedahkan pengalaman beliau semasa menyiasat kes skandal 1MDB dan SRC.

Jika tanpa pendedahan Mohd Syukri ujarnya lagi, rakyat Malaysia tidak akan tahu bahawa ada segelintir elit politik era pemerintahan BN yang mencengkam negara menggunakan kekuasaan dan kekerasan terhadap penjawat awam dan menjadikan negara ini seolah-olah milik peribadi mereka.

“Dalam hal ini, saya bersetuju agar *siasatan menyeluruh dibuat bagi membuktikan kebenaran dakwaan Datuk Shukri tersebut. Jika ternyata ia benar dilakukan, pelakunya wajar dijathukan hukuman berat atas jenayah yang dilakukan itu.

“Ia juga sebagai pengajaran bahawa penyelewengan dan salah guna kuasa adalah jenayah berat yang tidak boleh dimaafkan, dan sesiapa sahaja yang melakukannya wajar dijatuhkan hukuman setimpal,” ujarnya lagi.

Naib Presiden AMANAH ini juga berkata,apa yang berlaku menjadi sejarah hitam buat negara dan era pemerintahan baru Pakatan Harapan (PH) tidak akan berlaku sedemikian.

“Apa yang diharapkan kakitangan kerajaan agar terus dengan sikap profesional, menjalankan tugas atas profesionalisme dan tidak takut kepada sebarang ugutan oleh pemimpin politik yang berkuasa.

“Pentadbir kerajaan perlu bertindak mengikut lunas undang-undang dan bukan mengikut arahan secara semberono oleh pihak atasan.

“Jangan lindungi pemimpin yang korup tetapi bekerja untuk kepentingan negara tercinta.

“Saya yakin, jika pemimpin dan kakitangan awam saling bekerjasama melindungi negara dan rakyat saya percaya Malaysia akan kembali utuh dan mengulangi kegemilangan pemerintahan negara suatu ketika dahulu,” ujarnya.

Pada Selasa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull membuat pendedahan mendakwa, beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu.

Beliau kini kembali mengetuai operasi siasatan kes SRC dan bersama Pasukan Khas Siasatan 1MDB yang baru ditubuhkan untuk menyelesaikan isu yang mendapat tumpuan dunia, setelah cubaan mengagalkan usaha dilakukan beliau dan beberapa pegawai SPRM itu dibuat oleh kerajaan BN menerusi kuasa seorang perdana menteri, ketua polis negara dan peguam negara bagi menafikan individu yang terbabit secara langsung dalam skandal SRC dan 1MDB yang sedang disiasat SPRM.

Semalam turut dilaporkan sebuah rumah milik pegawai wanita berpangkat tinggi yang dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserbu hujung minggu lalu.

Wanita tersebut merupakan ketua unit pasukan perisik, Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan telah menerima beberapa dokumen penting dua hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Pegawai tinggi itu yang mempunyai 300 orang anggota hanya melaporkan kepada Najib sahaja.
at 5/24/2018 01:04:00 PTG

ref: KERENGGA: Pendedahan Mohd Shukri bukti kerajaan BN perintah negara ala mafia, kata Mahfuz


PECAT SAJA SHAHIDAN, SELESAI MASALAH!!

Shahbudin Husin pada Shahbudin dot com - Seminit yang lalu
Politik Perlis bergolak lagi. Apa yang berlaku hari ini boleh dikata merupakan ulangan kepada pergolakan tahun 2008 dahulu. Pada tahun 2008 dahulu, isu perlantikan Menteri Besar Perlis juga menimbulkan masalah, tetapi ia akhirnya selesai apabila Mohd Isa Sabu dipilih dan Shahidan Kassim diketepikan. Kali ini, watak Shahidan sekali lagi yang menjadi masalah dan puncanya. Sejak awal lagi, beliau sudah menamakan adiknya, Ismail Kassim sebagai bakal Menteri Besar Perlis, walaupun UMNO belum berkata apa-apa. Ketika itu, UMNO Pusat tidak berkata apa-apa kerana semua pihak bagaikan terke... lagi »
Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 2 jam yang lalu
Menggunung lagi ego si Shahidan ni meskipun UMNO/BN dah kalah teruk PRU14 lalu.. “Apa itu murka? You tell me (kamu beritahu saya) apa itu murka?” Begitu reaksi Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditanya pemberita berkaitan kemurkaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang memulaukan istiadat angkat sumpah menteri besar. Mengulangi beberapa kali soalan sama, Shahidan berkata murka itu cuma “bahasa yang diperindahkan” lapor MalaysiaKini di SINI Kemurkaan Raja Perlis telah dilaporkan oleh ... lagi »

7 soalan untuk Shahidan Kassim

PBO™ pada Menconteng Untuk Perubahan™ - 2 jam yang lalu
“Umno perlis dan BN Perlis memecat Azlan Man berkuatkuasa hari ini. Jadilah menteri besar tanpa parti,” katanya dalam sidang media bersama Umno Perlis di ibu pejabat Umno, di sini, hari ini. Shahidan juga memohon Raja Perlis supaya tidak campur tangan pentadbiran negeri dan meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan dalam pelantikan menteri besar itu. Katanya, Azlan

Kereta Roti John.... Yb Mat Sabu

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 3 jam yang lalu
Ada source bg tau... umah abg mat jauh.. so drver dtg umah utk jemput ke ofis... dia kata lepas ni, esok blh tak klu sy pergi ofis sendiri.. takyah lah dtg amik.. segan sy.. dgn esort polis tentera lagi.. dgn siren polis lagi... lagi pun sy sorang aje yg naik keta panjang ni.... campur driver jd 2 org. Itu pun bukan bknnya blh berbual.. sy kat belakang driver kat nu nu nu depan.. So tentera pun tanya.. YB nk dtg ke mindef naik apa? Abg mat selamba jwb... ehhh sy bwk lah keta viva sy ni...laju viva ni.... smpi mindef klu ada urusan kerajaan barulah sy naik keta kerajaan.. Tent... lagi »

Azeez Letak Jawatan Pengerusi Tabung Haji

Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 jam yang lalu
Lembaga Tabung Haji mengesahkan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji. Bahagian Hal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji melalui kenyataan media hari ini berkata, Abdul Azeez menyerahkan surat peletakan jawatan, semalam. “Lembaga Tabung Haji mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di atas perkhidmatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Tabung Haji,” kata kenyataan itu. Abdul Azeez dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 2011 dan kemudiannya dilantik sebagai Pen...lagi »

Shahidan Kassim kalau nak jadi MB tanding la DUN -Raja Perlis

kerengga pada KERENGGA - 3 jam yang lalu
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkata Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim patut bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mahu menjadi menteri besar Perlis. "Kalau Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim) nak patutnya dia bertanding di DUN tetapi dia bertanding di Parlimen... ini yang jadi masalah... saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar,"

Raja Perlis murka pada 9 ADUN BN

kerengga pada KERENGGA - 3 jam yang lalu
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat BN tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah menteri besar Perlis, hari ini. Baginda kecewa kerana semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu, lapor Berita Harian. "Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan

Kemelut politik Perlis, Syahidan Kassim tuntut Azlan Man dipecat sertamerta

kerengga pada KERENGGA - 4 jam yang lalu
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini menuntut Datuk Seri Azlan Man mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perlis pagi ini dipecat serta merta. Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, beliau berkata Azlan sepatutnya tidak terima pelantikan itu kerana tak mendapat sokongan majoriti. Sidang akhbarnya itu turut dihadiri oleh sembilan ADUN BN Perlis yang gagal hadir pada majlis

Cara Semak Pos Laju Tracking Secara Online dan SMS (Track and Trace)

Que Achmad pada Que Achmad Dot Com - 4 jam yang lalu
[image: Check online] Perkhidmatan menjejak atau tracking shipment (Poslaju Track and Trace) iaitu mengesan barang yang dihantar atau kiriman barang menggunakan Pos Laju, Pos Mel, Pos Ekspres (Express), Pos Parcel dan Pos Malaysia International sememangnya disediakan oleh Pos Malaysia Berhad untuk kegunaan orang ramai yang membuat penghantaran barang atau apa saja melalui poslaju (National Courier). Dengan perkhidmatan PosLaju tracking code number ini anda boleh membuat semakan status kiriman dan penghantaran barang anda pada bila-bila masa sahaja sama ada bila dihantar, apakah pr... lagi »

Tidak bertajuk

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
WANG TUNAI DIRAMPAS DI PAVILION RESIDENCES BERJUMLAH RM120 JUTA [image: Wang tunai dirampas di Pavilion Residences berjumlah RM120 juta] Wang tunai dirampas di Pavilion Residences berjumlah RM120 juta Posted By: Pentadbiron: May 24, 2018 Print Email Wang tunai yang dirampas di Pavilion Residences, Kuala Lumpur sudah habis dikira dan ia dilapor bernilai kira-kira RM120 juta. “Proses kiraan wang tunai itu bermula pada Isnin (21 Mei) dan penyiasat mengambil masa lama bagi memastikan proses itu dijalankan dengan teliti. “Sebanyak 30 beg wang tunai dikira oleh pegawai polis dengan bantuan pe... lagi »

WANG TUNAI DIRAMPAS DI PAVILION RESIDENCES BERJUMLAH RM120 JUTA

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
[image: Wang tunai dirampas di Pavilion Residences berjumlah RM120 juta] Wang tunai dirampas di Pavilion Residences berjumlah RM120 juta Posted By: Pentadbiron: May 24, 2018 Print Email Wang tunai yang dirampas di Pavilion Residences, Kuala Lumpur sudah habis dikira dan ia dilapor bernilai kira-kira RM120 juta. “Proses kiraan wang tunai itu bermula pada Isnin (21 Mei) dan penyiasat mengambil masa lama bagi memastikan proses itu dijalankan dengan teliti. “Sebanyak 30 beg wang tunai dikira oleh pegawai polis dengan bantuan pegawai Bank Negara. “Jumlah keseluruhannya kira-kira RM120 juta... lagi »

TUN MAHATHIR TIDAK PINDAH KE KEDIAMAN RASMI

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
[image: Tun Mahathir tidak pindah ke kediaman rasmi] Tun Mahathir tidak pindah ke kediaman rasmi Posted By: Pentadbiron: May 24, 2018 Print Email Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak akan berpindah ke Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya, kata anak perempuan mereka Datin Paduka Marina Mahathir. Sebaliknya, mereka akan terus tinggal di rumah sendiri, katanya dalam catatan Facebook beliau hari ini. “Ia selesa tapi tidak ada ruang lagi untuk barang-barang lain,” kata Marina sambil menyampaikan permintaan Dr Siti Hasmah kepada ... lagi »

TUN MAHATHIR TIDAK PINDAH KE KEDIAMAN RASMI

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
[image: Tun Mahathir tidak pindah ke kediaman rasmi] Tun Mahathir tidak pindah ke kediaman rasmi Posted By: Pentadbiron: May 24, 2018 Print Email Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak akan berpindah ke Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya, kata anak perempuan mereka Datin Paduka Marina Mahathir. Sebaliknya, mereka akan terus tinggal di rumah sendiri, katanya dalam catatan Facebook beliau hari ini. “Ia selesa tapi tidak ada ruang lagi untuk barang-barang lain,” kata Marina sambil menyampaikan permintaan Dr Siti Hasmah kepada... lagi »

PASUKAN KHAS SIASATAN 1MDB JUMPA JUSTO

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
[image: Pasukan khas siasatan 1MDB jumpa Justo] Pasukan khas siasatan 1MDB jumpa Justo Posted By: Pentadbiron: May 24, 2018 Print Email Pasukan petugas khas bagi menyiasat skandal 1MDB ada berjumpa dengan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo semalam. “Jumpa dia semalam,” kata anggota pasukan itu Tan Sri Abu Kassim Mohamed ringkas. Pada jam 3 petang tadi difahamkan pasukan petugas khas berkenaan bermesyuarat berkaitan skandal 1MDB. Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB itu akan memberi tumpuan antara lainnya bagi mendapatkan semula ... lagi »

TEMBELANG 1MDB SEMAKIN TERDEDAH.....

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 jam yang lalu
Berikutan pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam bahawa kerajaan telah menyelamatkan pembayaran hutang 1MDB dengan jumlah hampir RM7 bilion sejak April 2017, CEO syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy telah dipanggil untuk menjelaskan beberapa perkara kepada Kementerian Kewangan. Arul Kanda yang ketika musim kempen PRU14 lalu pusing seluruh negara menceritakan kekukuhan 1MDB, tetapi di hadapan Guan Eng beliau menyatakan tidak tahu menahu tentang kedudukan kewangan syarikat tersebut. Arul Kanda juga menyatakan tidak pasti berkaitan dana pelaburan berjumlah RM9.8 bilion milik...lagi »

Azlan Man angkat sumpah MB Perlis, semua ADUN BN tak hadir

kerengga pada KERENGGA - 5 jam yang lalu
Datuk Seri Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Balai Menghadap, Istana Arau bagi penggal kedua. Ini sekali gus menamatkan penantian 14 hari selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Istiadat mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Bagaimanapun, timbul persoalan baharu apabila semua

Perhatian kepada penjengok sekalian

mohd sayuti Omar pada . - 6 jam yang lalu
*REAKSI SAYA* *Sejak saya membuka seluas-luasnya kotak komen dalam blog ini saya menerima banyak komen, berbagai-bagai. Saya percaya mereka yang komen ada idea dan buah fikiran tersendiri untuk dikongsikan. Tetapi sayang masih ada juga yang membawa emosi sendiri, sampai isu-isu yang diposting tidak dapat difahami dengan jilan. Itu saya masih tidak melepaskannya.* *Ada juga penjengok yang meminta saya memberi penjelasan dan penghuraian lanjut ke atas komennya, (ia bersifat peribadi) tentang sesuatu isu. Namun saya sedia untuk melayannya jika pengomen itu menggunakan nama orang, maks... lagi »

Najib Di Soal Siasat Lagi

Din pada Addin - 6 jam yang lalu
*Najib Di Soal Siasat Lagi*. Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir untuk meneruskan sesi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada masa sama seorang lagi saksi penting kemelut 1MDB sedang disoal siasat di bangunan sama. Najib hadir pada 9.45 pagi, kira-kira 40 minit selepas ketibaan Xavier Justo yang pernah dipenjarakan di Thailand kerana membocor maklumat berkenaan salah laku bekas syarikatnya Petro-Saudi International dengan 1MDB. *Najib Di Soal Siasat Lagi*. Ia merupakan sesi kedua untuk Najib dan Justo. Selasa lalu, Najib disiasat selama leb... lagi »

Jawatan Ahli majlis, JKKK ditamatkan

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 7 jam yang lalu
IPOH – Jawatan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri ini ditamatkan serta-merta. Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat, hari ini. “Lantikan baharu bagi jawatan ini akan dibuat dalam masa terdekat melalui perbincangan di pihak PBT, sudah tentunya kita ambil kira pandangan rakan parti politik yang lain,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Beliau berkata, ahli yang bermesyuarat turut membuat ketetapan bahawa semua jawata... lagi »

JPP Kelantan juga perlu dimansuhkan

mohd sayuti Omar pada . - 7 jam yang lalu
*PENDAPAT * PENGUMUMAN pemansuhan lima agensi dan jawatan kuasa kerajaan yang dikira tidak memerlukan, dan dapat menjimatkan perbelanjaan wang negara oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas mengadakan mesyuarat kabinet pertamanya semalam sangat dialu-alukan. *Ahmad cadang nakjumpa Dr Mahathir.*Tindakan itu ia dianggap bijak sebagai langkah awal penjimatan wang negara serta bagi menyelamatkan keadaan kantung kewangan negara yang dalam keadaan"kasik" kini. (*Kasik* ialah sesak, miskin dan terdesak). Agensi atau jawatankuasa tersebut ialah, Majlis Profesor Negara (MPN), Jaw... lagi »

Pas terpinggir dari arus perdana politik negara kerana gopoh, dakwa AMANAH

Pejuang Perubahan pada AGEN PERUBAHAN ® - 7 jam yang lalu
Pas akan menang lebih besar jika bersama Pakatan Harapan, kata Khalid. *i**klan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com* Sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan Pas semakin terpinggir dari arus perdana politik negara, dakwa AMANAH. Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, walaupun akan ada yang berkata bahawa Pas telah berjaya dengan keputusan antara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. “Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kamp... lagi »

Di Washington, saya menangis seperti budak kecil depan Mat Salih - Mohd Shukri

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 8 jam yang lalu
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau hampir mati sepanjang menjalankan siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Shukri berkongsi pengalaman ngerinya itu selepas dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. "Saya sudah janji nak cerita pengalaman siasatan SRC dan 1MDB. Sebelum itu saya sebenarnya tidak mahu kembali ke SPRM ini, sebab saya dah bersara. Saya bahagia jadi pesara. "Tetapi apabila dipanggil berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad say... lagi »

































































































































































aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 

Tiada ulasan: