Khamis, 24 Mei 2018

Umno dengan dongeng roh keramatnya dan roh keramatnya dihancur leburkan oleh kepimpinannya sendiri. 7711.


Nujum Masai: Di mana terletaknya kekuatan parti 'WARISAN'? Di benderanya, kah? Pada presidennya, kah? 

Pak Belalang: Kekuatan parti 'WARISAN' bukan terletak di benderanya, atau pada presidennya. 😎

Nujum Masai: Di mana terletaknya? 🤔

Pak Belalang: Kekuatan parti 'WARISAN' adalah terletak pada huruf 'W' nya.

Nujum Masai: Huruf 'W'? Buktikan!

Pak Belalang: Oleh kerana huruf 'W' lah yang menguatkan ejaan 'WARISAN'. W-A-R-I-S-A-N. Cuba huruf 'W' ditukar kepada huruf 'B'. 🤗

Nujum Masai: 'BARISAN'.

Pak Belalang: Dato kenal pada parti 'BARISAN'? 😏

Nujum Masai: Kenal, parti 'Barisan National'.

Pak Belalang: Apa jadi dengan parti itu sekarang?

Nujum Masai: Bungkus. ###*??? 😭

Sultan Shahrul Nizam: Kita beroleh kemenangan yang seterusnya. 🤣

#pakbelalang
Proses membuang sampah sarap tinggalan pembangkang. 

Pembubaran Jasa jejas kecekapan kerajaan

WARTAWAN SINAR HARIAN 23 MEI 2018

KUALA LUMPUR - Pembubaran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan memberi kesan kepada kecekapan kerajaan, kestabilan politik dan ekonomi negara, kata Pengarah Bahagian Komunikasi Strategiknya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata, kerajaan memerlukan khidmat Jasa dalam membuat analisa pelbagai isu semasa, mendapat maklum balas rakyat, memberi penjelasan kepada rakyat, memperkukuhkan kestabilan politik dan keselamatan negara serta mendapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

"Ia secara langsung menjejaskan kecekapan kerajaan berikutan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) mungkin akan menggabungkan beberapa kementerian dan jabatan pada masa depan dalam langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan," katanya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Jasa antara tiga lagi agensi dan institusi kerajaan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Menurut Dr Mahathir, keputusan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pertama hari ini untuk memberi tumpuan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion.


Selain Jasa, Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) turut dibubarkan.
Tun Faisal Ismail Aziz Bekas Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik
ref: 
Tak habis² cuba mewujudkan ketegangan antara kaum. 

Perberhentiaan atau penamatan kerja bukanlah titik noktah kepada pencarian rezeki. Kenapa BN dan UMNO yang pemimpinnya menyimpan berjuta² ringgit di dalam rumah tidak menghulurkan bantuan, sedangkan jabatan² ini adalah jabatan yang diwujudkan oleh BN dan UMNO utk kepentingan mereka. 

Kenapa mereka ini lepas tangan dan mengabaikan mereka yang telah berkhidmat dgn cemerlang untuk BN dan UMNO? Jawapannya..kerana mereka hanya tahu mempergunakan bangsa sendiri utk kepentingan mereka dan hanya menyalahkan pihak lain. 

Buka mata sedikit..kemana pemimpin2 BN n UMNO pergi semasa bangsa melayu dan rakyat memerlukan bantuan? Jangan nak menyalahkan orang lain salahkan pemimpin terdahulu
Your Father Head..Stupid!
KENAPA KAMI TIDAK MEMILIH DSN!

Kenape perlu hormat dia?
Ini bukan pasal hormat menghormati bai..

Dia pecat orang sesuka hati tanpa kira bulan puasa..dia pecat kesemua orang yang tegur dia termasuk menteri.. hakim.. peguam.. sprm dan polis. Dia gantikan dengan orang yang menyokong semua kesalahan yang dia dah buat..

Dia suruh isteri Tun M datang ke balai dan soal siasat berjam jam.. dia pecat tukang masak Tun.. dia tarik balik pengiring Tun.. dia tarik balik kesemua bodyguard Tun.. dia buang nama Tun dalam pengajaran sejarah disekolah.. dia gunakan murid² sekolah untuk tunjuk sokongan kepada dia.. dia juga gunakan budak² tahfiz pegang sepanduk I LOVE PM semasa bagi sedekah dan sumbangan..

Dia telah haramkan gambar Tun diseluruh negara..dia padamkan gambar KLCC yang Tun bina.. dia gajikan beribu orang supaya kutuk Tun dan pembangkang tiap² hari di media sosial.. dia tak gunakan duit dia untuk bayar gaji kesemua pejuang sibernya.. dia buat majlis dan paksa artis sokong dia dan bukan Tun..

Dia tarik balik hak dan keistimewaan yang seorang Tun berhak dapat dan ini sudah pun termaktub tapi dia main langgar semuanya.. dia buat polis macam anjing belaan.. dia melanggar undang undang sesuka hati..dia hina keturunan Tun..dia hina keluarga Tun.. dia jadikan Jamal dari bodoh sampai ke bangang hanya untuk memburukkan Tun..disemua majlis dia perli dan kutuk Tun..

Dia berpantun pun dia kutuk Tun..dia hina rakyat yang tak undi dia.. dia gunakan agama untuk meraih simpati ketika di Mekah..dia putar belit kisah nabi saw dan agamawan tak berani tegur..dia suruh profesor kangkung kutuk Tun dalam majlis.. dia gunakan media untuk membutakan rakyat dan menipu tanpa batasan..dia boleh buat apa saja tanpa seorang pun membantah kecuali puak puak pembangkang dimedia sosial..

Dia arahkan polis kutip wanita sarat mengandung ditengah malam pasal kritik dia dalam fb.. dia arahkan supaya mereka yang kritik dia disoal siasat dan dihukum serta merta seolah-olah komen itu lebih berat dari kes bunuh.. dia buat akta berita palsu untuk melindungi dia dengan denda setengah juta dan penjara 10 tahun...

Dia pegang telor hakim dimahkamah..dia buat mahkamah macam hak mak bapak dia..dia bersihkan diri dari semua tuduhan tanpa perlu ke mahkamah.. dia buat cukai GST untuk bayar hutang 1MDB..dia bebankan rakyat sebab hutang itu akan habis dibayar pada tahun 2039.. dia hapuskan subsidi minyak dan lain² bantuan pada rakyat dengan alasan subsidi dan bantuan itu satu pembaziran..

Dia kenakan hukuman pada pelukis kartun yang sindir dia.. dia nak penjarakan orang hanya kerana belon.. saya ulangi.. belon.. dia suruh orang tua taubat sebab tua itu tandanya nak mampus.. dia bercakap seperti dia takkan mati dan hidup beratus tahun seperti kura kura galapagos.. ini bukan pasal dendam tapi KEADILAN..

Dia patut tahu ada rakyatnya dipenjara bertahun dan berbulan kerana sardin dan nutella..dia penjarakan Anwar bertahun tahun kerana fitnah liwat dan kalaulah kamu tahu berapa kali bulan puasa dan raya beliau tak bersama keluarganya.. dia kutuk Tun bila Tun berdamai dengan Anwar.. dia tak faham dah banyak musibat dia dah bawa pada negara.. dia langsung tak faham kenapa kedua tokoh ini sanggup bermaafan demi masa depan negara.. rakyat dan ekonomi.. dia memang patut kalah di PRU14 sebab dia dah tak faham apa yang dia dah buat itu bala..

Dia ingat hutang negara yang banyak itu tidak melibatkan rakyat dan menaikkan kos sara hidup dan dia berhak menerima balasan diatas segalanya.. dia telah melampaui batas dan mencabar kesabaran orang tua yang menjadikan dia PM bila mengatanya KEPALA BAPAK KAU STUPID..dia tak perlu sentap jika dia tak salah..dia kena faham apa yang polis buat dirumahnya adalah prosedur biasa.. dia tak perlu dikasihani sebab sesusah susah dia pun..

Dia ke hulu ke hilir naik Alphard Vellfire bukan Perodua Alza loan 9 tahun.. dia ada lebih dari 1 rumah dan ada kondominum di Pavilion.. dia ada 5 rumah kalau tak silap fakta.. dia kena terima itu semua proses dalam siasatan.. dia pun bodo melantun-lantun bila simpan terlalu banyak harta karun kat dalam rumah dan dia ada 9 peti besi.. saya ulangi.. 9 peti besi..

Dia juga menyimpan wang tunai 200 juta didalam rumahnya dan dia ada mesin kira duit tapi dia takde mesin cop duit.. dia punya bini ada 284 kotak handbag dan ada handbag yang harganya boleh buat banglo 2 tingkat siap dengan kolam renang.. dia punya anak ada wang tunai 537 ribu dalam rumahnya dan itu setengah juta ringgit malaysia.. dia anak beranak simpan duit tunai dalam jumlah yang banyak dirumah dan bukan dalam bank untuk elak dikesan pihak berkuasa..

Dia punya harta yang cukup banyak dan jumlahnya tak masuk akal.. dia tetap ada jasa pada negara semasa menjadi PM tapi malangnya jasa yang dia buat tak banyak sebab musibat yang dia buat lagi banyak.. dia dah tinggalkan hutang yang dah mencecah 1 trillion sedangkan dizaman Tun M hutang negara kita tidak pernah melebihi 300 billion.. dia dah gila sebenarnya.

Dia nak dimaafkan atau tidak itu terpulang pada individu.... Namun gunalah otak akal fikiran mata hati dgn timbangan yg jujur telus serta sebaik mungkin kerana disudut kechil setiap hati2 akal2 fikiran2 manusia ada sebuah kebenaran..... - AHLUL HAQ - -copyPaste

Ramai tidak sedar tanah sendiri terjual
19 Mei 2018 5:00 PM
SALKUKHAIRI
KES tanah dijual tanpa pengetahuan pemilik asal sehingga menyebabkan hak milik pada geran tanah bertukar menjadi milik individu tidak dikenali semakin banyak dikesan di seluruh negara termasuk melibatkan hartanah bernilai tinggi.

Walaupun agak pelik namun masalah yang kini sudah menjadi realiti itu didapati boleh berlaku berpunca daripada faktor kecuaian dan penipuan selain aspek teknikal dimanipulasi pihak tertentu dalam usaha menukarkan hak milik tanpa disedari pemilik asal.

Malah perkara itu diakui Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd. Sukor yang turut menyifatkan banyak mangsa terlibat terpedaya taktik penipuan, desakan termasuk salah nyata (diputar belit)

Menurutnya, apabila ia berlaku, ada di antara tuan tanah menandatangani dokumen pindah milik dan menyerahkan geran tanah asal dan lain-lain dokumen berkaitan kepada pihak tersebut dengan tujuan bagi mereka menguruskan atau menjalankan aktiviti lain dan bukannya untuk dijual.

“Selain itu, wujud juga pemalsuan tandatangan tuan tanah pada dokumen pindah milik ataupun pemalsuan geran tanah atau lain-lain dokumen berkaitan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyebabkan proses pertukaran hak milik dapat didaftarkan kepada pihak-pihak tertentu.

“Terdapat juga keadaan di mana tuan tanah memberikan surat kuasa wakil penuh (Full PA) kepada pihak-pihak tertentu sama ada secara mereka faham dan sedar atau tidak faham dan tidak sedar, sehingga memberi kuasa kepada pemegang wakil kuasa tersebut untuk memindah tanah itu kepada pihak lain,” katanya kepada S2 baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menafikan ada di antara tanah yang bertukar nama disebabkan kegagalan tuan tanah asal yang gagal membayar cukai tanah dan melanggar apa-apa syarat nyata pada tanah tersebut seperti membina bangunan komersial atas tanah pertanian dan sebagainya.

Menurutnya, pihak berkuasa negeri melalui pejabat tanah boleh merampas tanah tersebut di bawah peruntukan Seksyen 100 dan Seksyen 130 Kanun Tanah Negara dan tanah tersebut dianggap kembali menjadi milik kerajaan. Kerajaan seterusnya berhak menyerahkan tanah tersebut kepada pihak lain.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik tanah sentiasa mengemas kini atau menyemak status pemilikan tanah dengan membuat carian rasmi di pejabat tanah dari semasa ke semasa.

Salkhukairi berkata, ini kerana walaupun mungkin mereka masih menyimpan geran asal tanah mereka, tidak mustahil tanah mereka mungkin boleh terlepas ke tangan pihak lain melalui cara pelbagai cara tanpa mereka sedari.

Artikel Penuh: Ramai tidak sedar tanah sendiri terjual - Nasional - Utusan Online
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Ibrahim Abd Aziz  Yang sebenarnya menteri dan penasihat kerajaan hari ini kena tipu sebelum pru. Dahulu najib kata hutang negara terkawal, ekonomi mampan tiada pecah amanah. 

Tapi apabila ph dapat memerintah, bila disiasat Masya Allah rupa-rupanya ia lebih teruk dari apa yang disangkakan. Ingatkan hutang negara terkawal, rupa-rupanya hutang kerajaan rn700b campur hutang yang dijamin oleh kerajaan rm300b dah jadi rm1t. 
Pening kepala pakar ekonomi memikirkan rakyat Malaysia kena tipu selama ini. Untuk seketika sebelum kerajaan ph dapat mengurangkan beban hutang negara, pilihan terbaik untuk sementara adalah mengurangkan kadar tol untuk membantu rakyat mengurangkan beban perbelanjaan.
...
Rem dikit borak fb... baca idea pro dan kontra. 

Muhammad Raziff Arejib 
Apa citer 17000 kena buang spad kena mansuh kan grab dah xada

Wan Zainab Saupik 

Bnyk bunyi pulak

Muhammad Raziff Arejib 

Wan Zainab Saupik msti la

Muhammad Raziff Arejib 

Nal tnya je

Wan Zainab Saupik 

Kenapa ms najib dulu ramai pekerja yg diberhentikan korang tak bnyk bunyi?

Kan PM dh bg jaminan, pekerja bawahan yg diberhentikan akn diserap ke jbtn atau agensi lain. Yg mcm isa samad tu memang patut diberhentikan. Takkan tu pun tak fhm..


Wan Zainab Saupik 

Lagi pun sebagai pekerja kontrak mereka sepatutnya tahu yg mereka boleh diberhentikan bila² masa terutama atas lantikan politik

Muhammad Raziff Arejib 

Bagi akak semua kerajaan betul la

Muhammad Raziff Arejib 

Sedar kak sebelum.trlmbat

Muhammad Raziff Arejib 

Dap xdapat jd pm dia pgang kewangan kak tgok la kak skrg mmg xde dia buat apa2 nanti kak 2 3 tahun lagi kita tgok

Wan Zainab Saupik 

Muhammad Raziff Arejib tak semua betul. 
Tapi skrg ni sy nmpk apa yg cuba dibuat oleh kerajaan baru. Kdg² ada pihak harus dikorbankan utk buat dasar² baru. Hal mcm ni dh lama jd.. bkn luar biasa. Contoh bila pas keluar pakatan. Kerajaan penang buang org² yg mereka lantik atas sbb politik

Wan Zainab Saupik 

Tak sampai seminggu dap jd menteri kewangan dah ckp mcm² kat dia. apa yg lge dah buat? Umum pd rakyat 1mdb muflis? Itu kan perkara betul yg dia buat berbanding kerajaan dulu yg bayarkan hutang² 1mdb tp bgtau rakyat 1mdb berada di landasan yg betul

Muhammad Raziff Arejib 

Wan Zainab Saupik woi kak ko buta ke lge tu licik la kak mmg dorang nak hancurkan melayu kak ko xnmpak ke kak

Muhammad Raziff Arejib 
Nie madey kak


Jatuh kan tun razak naik kan tun hussien on jatuh kan tu hussien on dia naik 22 tahun dia rehat naikan tun abdullah jatuh kan tun abdullah naik kan najib jatuh kan najib lepas nie sape lagi jd mangsa

Wan Zainab Saupik 
Muhammad Raziff Arejib apa yg dia nk hancurkan melayu tu? Perdana menteri melayu. Timbalan perdana menteri melayu. Agong melayu. Raja² melayu pun melayu. Cuba bgtau cara mcm mne dia boleh hancurkan melayu? Awak ni sebenarnya minda dh diselaput dgn perkara mengarut yg dicipta oleh umno. Bkn sorang yg sy jumpa org² umno mcm awak.

Yg jelas sekarang, bila selongkar rumah pemimpin melayu ratus ribu dan juta² duit cash kita jumpa. Apa maknanya tu?
 


Terus bicaranya tamat. di:  Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat 
Mazally Mohd
21hb MeiKekalahan BN dan hilangnya jawatan Perdana Menteri akhirnya memungkinkan semua ini menjadi tatapan kita semua. Jika tidak, hari ini kita akan terus disajikan dengan keangkuhan, keegoaan, kepura-puraan dan gaya ucapan Najib yang memual serta menjengkelkan, terutama dalam menyindir dan mempersenda Tun Mahathir Mohamad.
Admin 100% tidak bersetuju penghapusan Sekolah Tahfiz. 
Akhir zaman. Saranan begini pun boleh keluar, 
cuma hal ini banar atau palsu akibat editing.  

Mohd Akmal Ishak
21hb MeiDisunting
Kehilangan UMNO mungkin akan kehilangan sekolah² tahfiz.. Adanya DSN sekolah tahfiz masih terbela....
Mohd Akmal Ishak
21hb Mei Dana Yayasan Tun Rahah pun dah berpuluh billion ringgit (rumus: tidak dinyatakan data sebagai bukti dan sekadar cakap-cakap dan suka dengar)
Melepas untuk jadi Menteri Kerajaan Pusat dan tidak layak untuk dinobatkan sebagai Menteri Besar Terengganu sekali lagi, kerana hanya bertanding Kerusi Parlimen sahaja. Cita-cita King Maker yang menjadi wacana parti Islam, akhirnya punah ranah. Allah tidak redhai ianya terjadi dewasa ini dalam Politik Malaysia. Alhamdulillah. Aamiin. 

King Maker neh lebih kurang strategi pembelot atau pengkhianat. Bahaya strategi ini kepada pihak yang menang dan lebih-lebih lagi kepada pihak yang tidak terpilih. Allah Maha Adil. Aamiin. 

Mazally Mohd 22hb Mei
Cita² Hadi nak jadi menteri pusat. Jadi, dia hanya bertanding kerusi PARLIMEN jerk. Malangnya, UMNO/BN kalah, dan bekas ahli PAS iaitu YAB Tuan Hj Mat Sabtu, YAB Salehudin Ayun dan YAB Dr. Dzulkefli pulak yg jadi Menteri. 

Aduuuuhhhhh...luruh hati dan jiwa Hadi Awang dan baru lah dia sedari bhw Allah telah jauh meninggalkannya. Doa²nya... adalah permintaan buruk dia kepada Allah untuk dirinya dan PAS itu sendiri.

Begitu juga lah ngan Najib, Zahid, Nazri Aziz, Azeez Mamak, Hishamuddin, Ahmad Maslan, Ku Nan, Bung Mokhtar, KJ..juga yg lain² dgn menyangka bhw mereka akan terus berkuasa dan menganggap bhw Allah tidak melihat kejahatan dan keceluparan mulut² mereka.

Mereka semua silap, silap yg amat besar yg hampir tidak boleh di maafkan... kerana mereka terlalu ego, bongkak dan gelojoh dalam mengejar kekayaan, kebendaan dan mereka terlalu suka memiliki serta mengumpul dosa.

Salah siapa tu? Salah Saya kah atau kamu ker atau anda, dia, mereka atau siapa? Saya tanya jer nih. 
Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat

Ustaz Kazim sindir Dr. Mahathir
Omar Zin

02 Mei 2018 12:00 AM
MOHD. KAZIM ELIAS
KUALA LUMPUR 2 Mei - Tuduhan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya pesawat peribadi yang dinaikinya untuk ke Langkawi telah disabotaj bukan sahaja dipandang sinis oleh orang ramai malah disindir oleh pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias.

Beliau juga menyatakan agak terkejut apabila dikhabarkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai calon Bebas.

"Saya kalau politik bukannya pandai. Jadi bila nampak dekat surat khabar saya terkejut bila dapat tahu saya akan bertanding calon Bebas, saya ini penceramah bebas bukannya calon Bebas.

"Ramai yang nak saya bertanding untuk parti itu, bertanding untuk parti ini, bertanding calon bebaslah, lama-lama saya menyampah saya pergi Jepun. Nasib baik kapal terbang tak kena sabotaj, ingat senang ke nak sabotaj kapal terbang, kamu biar betul. Yang faham faham, tak faham sudah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah perdana anjuran calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini malam tadi.

Pada masa sama, Kazim berharap rakyat memikirkan semasak-masaknya apabila mengundi pada 9 Mei ini.

"Kalau Bangladesh ke negara Afrika ke Indonesia ke bergaduh sesama sendiri tidak apa sebab mereka tetap lantik bangsa mereka jadi pemimpin.

"Tetapi kita ini ada pelbagai kaum, ada yang nak tukar pentadbiran padahal lima tahun bukannya lima minit, macam-macam boleh jadi, jangan sampai ada tanah yang tergadai," katanya.

Beliau turut menegaskan Malaysia masih memerlukan pemimpin yang bukan sahaja pandai mentadbir negara tetapi juga mampu menjaga bangsa dan agama. - UTUSAN ONLINE

ref: Ustaz Kazim sindir Dr. Mahathir - Nasional - Utusan Online

Apa khabar Pendakwah Bebas TERKENAL Datuk Mohd. Kazim Elias aka tali barut ubn.

1. 
Tu hari sindir Tun M seperti yang disiar utusan oleh Omar Zin pada 02 Mei 2018 12:00 AM semasa berceramah perdana anjuran calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tuduhan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya pesawat peribadi yang dinaikinya untuk ke Langkawi telah disabotaj bukan sahaja dipandang sinis oleh orang ramai malah disindir oleh pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias.

2. 
Antara Ucapan Alhamdulillah dengan Nasib Baik.

Lama-lama saya menyampah saya pergi Jepun. Nasib baik kapal terbang tak kena sabotaj, ingat senang ke nak sabotaj kapal terbang, kamu biar betul. Yang faham faham, tak faham sudah," katanya.

3. 
Sama bangsa boleh bergaduh eg Bangladesh, Negara Afrika, Indonesia?

-. Alahamdulillah Rakyat (pengundi sudah berkeputusan)

Pada masa sama, Kazim berharap rakyat memikirkan semasak-masaknya apabila mengundi pada 9 Mei ini.

"Kalau Bangladesh ke negara Afrika ke Indonesia ke bergaduh sesama sendiri tidak apa sebab mereka tetap lantik bangsa mereka jadi pemimpin.

4. 
Bahasa pecah perintah. Allah Subhanahuwatalla jadikan pelbagai kaum supaya bersatu padu. Bukan wacanankan isu perkauman dalam memenangi hati rakyat khasnya pengundi.

Lupa atau hipokrit, dalam Umno Bn ada MCA, MIC, Gerakan. Umno gadaikan Singapura, Pulau Batu Putih, KTMB Singapura, 1MDB (Duit rakyat dikikis buat bil out) dan lain-lain skandal yang masih dalam siasatan seperti LUTH, KWAP, KWSP, LTAT, Duit Zakat, Tanah Mindef dan sebagainya.

-. "Tetapi kita ini ada pelbagai kaum, ada yang nak tukar pentadbiran padahal lima tahun bukannya lima minit, macam-macam boleh jadi, jangan sampai ada tanah yang tergadai," katanya.

5.
Bukan sebab sesuap nasi dan seteguk air. Pengundi sedar pemimpin ubn sudah tidak pandai mentadbir negara, xmampu menjaga ISLAM dan bangsa, malah pemimpin ubn bertindak rakus, berkata kesat, membangsatkan Melayu jika tidak memilih mereka, mempersenda orang tua, egois, sombong dan bongkak dengan memecat menteri, pegawai kerajaan yang jujur, dalam erti kata yang salah jadi benar, yang benar dicari salahnya. Itu sebab dibersarakan sejak 10.Mei.2018.

-. Beliau turut menegaskan Malaysia masih memerlukan pemimpin yang bukan sahaja pandai mentadbir negara tetapi juga mampu menjaga bangsa dan agama. - UTUSAN ONLINE

ref: 
Masa kempin up UBN say 1MDB sihat. 

1 Malaysia Dia Bodohkan

"Saya sedang bercuti sehingga kontrak tamat pada Jun ini. Saya tidak tahu keadaan 1MDB yang kini sudah muflis, saya tidak tahu kewangan syarikat ini."

#HaramJadah

Hutang ni semua siapa nak tanggung? Bila dah tersingkap kebenaran di sebalik semua ni dan dan tu semua nak lari cuci tangan. Masa pru baru-baru ni boleh pulak dia cerita siap buat roadshow kononnya kewangan 1MDB ni kukuh. 


 — dengan Tengku Adnan Tengku Mansor,Najib RazakFriends of BN - Barisan Nasional dan Info 1MDB Anda.
teks ref:  Mahathir The Legend Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat

Najib Razak
16 jam yang lalu
'Jangan salahkan saya jika PH gagal tunaikan janji manifesto' - Najib
Beruang Viral May 24, 2018 2:19:00 PTG  Politik, Terkini
Bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menjaga kepentingan negara dan tidak meletakkan kesalahan kepada dirinya.

Beliau berkata, PH tidak boleh membuat dakwaan sebagaimana berapa di kerusi pembangkang kerana kenyataan mereka boleh memberikan kesan kepada ekonomi negara.

"Mungkin fitnah dan meletakkan kesalahan kepada saya akan memberi persepsi terhadap kedudukan kewangan yang buruk membolehkan mereka tidak menunaikan janji dalam manifesto dan mengurangkan penjawatan awam.

"Mereka harus ingat, rakyat dan negara perlu didahulukan. Mereka boleh beri kenyataan mengelirukan tentang 1MDB atau menceritakan separuh benar untuk menyalahkan saya. Tetapi masa untuk bermain politik sudah tamat." katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya lewat malam tadi bagi menjawab tohmahan pemimpin PH.

Dalam kenyataan itu juga, Najib mendkwa kerajaan tidak berkata benar mendakwa hutang kerajaan kini 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM1 Trilion. Kenyataan itu katanya akan membimbangkan pasaran kewangan dan menarik perhatian agensi penarafan dan menggocang keyakinan pelabur.

Selain itu, ia juga memberi kesan kepada Indeks Komposit Kuala Lumpur serta dana seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional BErhad (PNB).

"Kejatuhan itu menyebabkan hutang negara semakin meningkat pada kadar RM10 Bilion setahun dan mungkin menyebabkan yang meminjam dari pasaran antarabangsa berdepan kerugian.

"Ia juga mungkin menyebabkan modal besar mengalir keluar daripada pelabur asing dan menyebabkan ringgit semakin lemah," katanya.

ref:'Jangan salahkan saya jika PH gagal tunaikan janji manifesto' - Najib - Beruang Viral
Najib Razak
16 jam yang lalu
May 24, 2018
Political narrative or facts?

1. Words said and allegations made while in the opposition carries a very different weight now that you are in power and holding the positions of the Finance Minister or the Prime Minister.

2. Coming out to say that our country's government debt to GDP is now 65%, which is a big jump from the official 50.9% figure and saying that our debt is now RM1 trillion without giving any details of what you mean will just unsettle the financial markets, alarm the credit rating agencies and investors confidence in our institutions such as our Bank Negara Malaysia.

3. There must be a clear distinction between political narrative and facts. Mixing them will create doubts on the credibility of our numbers and the professionalism of the institutions that were involved in preparing them, governed by Malaysians laws and international standards.

4. As a result of these alarming and confusing statements, our Bursa Malaysia index fell the most among all worldwide stock markets resulting in tens of billions of ringgit in market value wiped out in one day. Our Bursa index fell 40.78 points today or 2.21% while the Indonesian stock index added 0.71%.

5. The business news-portal The EdgeMarkets said this sharp fall in our share market was contributed by concern on our public debt.

Surely this fall would affect our funds such as EPF and PNB and could lower the dividend rates for its members for the year.

6. Similarly, issuing statements that we should not worry about our country's sovereign credit ratings being downgraded will result in further rocking the confidence in our institutions.

7. A downgrade will result in higher debt financing costs of RM10 billion per year to our country and may result in our banks who had borrowed from the international markets to sustain losses. It may also result in large capital outflows from foreign investors and cause our Ringgit to weaken.

8. While you may want to slander and put all the blame on me to give a perception of a dire financial position to justify why you cannot deliver on your manifesto promises and to massively cut the civil service, you must remember that the country and our people comes first.

9. You can also issue misleading statements on 1MDB or tell half the story about it to blame me but the time to play politics is over.

10. Words spoken while in such positions of power result in actual losses to the country and the people, as was proven today in the stock market. It is no longer just about votes anymore.
'Raja Perlis Murka'
Beruang Viral May 24, 2018 2:55:00 PTG  Politik, Terkini
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada majlis ostoadat dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis, hari ini.

Baginda nyata kecewa kerana semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu.

"Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tetapi tuan-tuan pun tahu siapa.

"Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir... sebab apa (tidak hadir) saya pun tidak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.

"Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang.. Ini berdasarkan laporan yang saya terima," titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, di sini, pagi tadi.

Raja Perlis bertitah, sehingga malam tadi bagnda masih memikirkan siapa bakal menjadi Menteri Besar susalan terdapat dua nama yang di fikiran baginda.

"Seorang (calon) yang menjadi Menteri Besar sebelum ini kerana saya (beta) mahu pembangunan yang ada dan dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat dan saya tidak mahu ia terhenti.

"Seorang lagi calon pula mempunyai hubung kait dengan Pengerusi Perhubungan UMNO (Perlis).. apabila saya berjumpa semua wakil rakyat BN, mereka ini lebih patuh (kepada kepimpinan UMNO) yang di negeri daripada (kepimpinan) yang di pusat.

"Ia seperti ada grip (pegangan) lain.. saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim... saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi 'puppet' (boneka)," titah baginda.

Raja Perlis bertitah, baginda tidak mahu individu yang dilantik Menteri Besar kemudian dikawal pihak lain.

"Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah Menteri Besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet... tidak boleh keluar rahsia langsung.

"Tetapi kalaulah adik jadi Menteri Besar tentu dia akan beritahu kepada abang.. Saya tidak mahu... Saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar.

"Kalau Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim) nak patutnya dia bertanding di DUN tetapi dia bertanding di Parlimen.. Ini yang jadi masalah... saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar," titah baginda.

Baginda bertitah, pada mulanya baginda hanya menaruh syak wasangka, namun apa yang berlaku hari ini 100 peratus benar.

ref:  'Raja Perlis Murka' - Beruang Viral


















































































































































































































































































































































































































































































































































































ooooooooooooooooooooo

Tiada ulasan: