Ahad, 6 Mei 2018

Komen molek-molek cekut. 7465.

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Ya Allah Ya Tuhan kami... 

9hb.nti pangkah.je apa yg suka.ok

KERAJAAN MALAYSIA tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum

Amalan Negara Demokrasi... 
Yang bertanding ialah parti-parti politik untuk mendapatkan kepercayaan dan amanah RAKYAT MALAYSIA untuk menerajui KERAJAAN MALAYSIA. 

Dalam Kerajaan Demokrasi KERAJAAN MALAYSiA bukan hak milik parti politik tertentu. RAKYAT MALAYSIA adalah pemilik KERAJAAN MALAYSIA.  Berbeza dengan amalan Negara Komunis, yang mengamal sistem satu parti. 

Nota tambahan: 
Kedua-dua amalan Politik Demokrasi dan Komunis adalah ciptaan yahudi laknatullah, antaranya Karl Marx untuk menguburkan Sistem Pemerintahan Islam Khalifah. 

Terima kasih.
Resis

Ayat-ayat orang Umno dan video Umno. Resis... Gaya pecah perintah untuk kekal berkuasa. 1969 time dengar kempen Umno ...sudah rasa menyampah. Sebab isu perkauman. 

1. JANGAN SAMPAI TANAH MELAYU TUMPAS KE TANGAN ORANG ASING (Kafir). ☝

2. JIKA ORANG ASING (KAFIR) MEMERINTAH NEGARA KU TERCINTA INI, SUARA AZAN AKAN   HILANG SEPI BERKUMANDANG AKHIRNYA nanti. SUBAHANALAH.
Orang Umno kata superman Dap? 
Risalah Akhlak ISLAM. 

Natijahnya umno adalah... 

1. Umno juga yang bagi kepada kaum Cina, Singapura tu. Tanjung Pagar yang jual Umno juga... Umno jual Tajung Pagar kepada orang Melayu ke? Siapa punya kerja Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura? Jawapannya Umno juga. Astaghfirullahalazim. 

2. Belum pernah PM (Mr Presiden Umno) ajak orang Islam Malaysia penuhkan, mengimarahkan Surau dan Masjid pun... note: Untuk Solat Subuh ...Tu pejuang Islam? Lagi-lagi say Azan tak berkumandang. Datang Surau Masjid? Datang ...Alhamdulillah. 

3. Jangan buta Sejarah. Sejarah xkan pernah mampu menipu. Kecuali ada tangan-tangan ghaib yang memalsukan Sejarah. Nauzubillahminzalik. 

Sedarlah. 

Janganlaa terikut-ikut main sentimen bangsa untuk pecah belah Bangsa Malaysia. Walhal Umno yang gadai Tanah Melayu

Kalau betul Umno sokong Pejuang Melayu ... tengok apa jadi dengan Pusara Allahyarham Lt Adnan di Lavender ...Langsung Umno xpernah peduli. Lagi-lagi Peristiwa Bukit Kepong, zaman penjajah juga. Nama-nama Pejuang Melayu yang berteraskan Islam terus terpadam dari memori Melayu hari ini seperti (Allahyarham) Dato Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Pawang Salleh dan sebagainya. Mungkin sebab mereka tidak berjuang atas nama Umno. Tercatat Pemimpin Umno tidak pernah dipenjarakan oleh British. Pemimpin Kesatuan Islam, Parti Islam semua kena jel dengan British seperti Allahyarham Dr Baharuddin Helmi dan ramai lagi. 

Note: Syukur pada Allah ... bukan kepada makhluk. 

Yang bagi kerakyatan tanpa syarat untuk Kaum Cina dan India ..Umno juga. Mengapa hingga berpuluh-puluh tahun sentimen perkauman juga yang Umno mainkan. Laga-lagakan untuk pecah perintah dan untuk kekal berkuasa hingga ke akhir zaman? sedangkan pemimpin pun tidak berkualiti, dinobat jadi menteri. Calon kalah di PRU dilantik jadi Menteri. Jaga hati kawan? Sedarlah diri rakyat telah menolak individu agar tidak mewakili Kerajaan mereka. Barisan kepiminan yang cerdik bukan ahli-ahlinya pengampu, lebih utamakan Islam, Melayunya, Negaranya dan rakyatnya. 

Try laa banding harga rumah Bumi dengan Bukan Bumi ..lebih murah harga Bukan Bumi walau sudah less 15% <<<ni zaman umno perintah ...

Banyakkan membaca bukan dengar kempen sahaja... or see tv3suku jer atau media perdana yang lebih bersifat mengampu atau baca soalan wartawan yang langsung mengarah kepada soalan negatif bila mendatakan pihak lawan. Seolah-olah lawan tu besi buruk dan yang menjawab soalan itu besi suci. 

Nafikan kalau nota sy ini salah.
Juga di siar di: shahbudindotcom


Di bawah komen-komen molek-molek - cekut. (Maaf komen-komen penyokong Umno berbahasa kesat, walau mengandungi firman-firman Allah. Amal Al Quran dan Hadis serta mempergunakan ke arah peradaban dan akhlak mulia tuntutan Allah Subhanahuwatalla.) Video Risalah Akhlak ISLAM. di atas memperjelaskan untuk pencerahan, 


NAJIB TABUR DEDAK LAGI DI LANGKAWI

Antaranya:
Sebuah SYARIKAT DARI CHINA akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menghasilkan 40 video promosi tentang Langkawi untuk tontonan kira-kira 980 juta orang di negara itu dan 10 juta orang di Malaysia.

Ini juga kata Najib beberapa hari lepas:

“Yang buat (projek ECRL) itu CCCC. CCCC milik 100 peratus kerajaan China. Kalau dibatalkan kerajaan China kata kami takkan hantar pelancong ke Malaysia. (MAKSUDNYA NANTI KITA AKAN DIUGUT)

“Ada kedai bebas cukai (tetapi ) tak ada orang (datang) dah. Tauke kedai lap saja meja hari-hari. Ini bukan main-main, kawan-kawan,” kata Najib.

**************************

Apa pula yang akan terjadi pada Langkawi:

1) Pelancong China akan mendominasi Langkawi dan pelancong EROPAH dan ARAB akan BERALIH ARAH.

2) China terutamanya CCCC akan demand untuk DIRIKAN HOTEL UNTUK PELANCONG MEREKA termasuklah HOTEL BUDGET, apa akan jadi pada industri hotel tempatan, sanggupkah bersaing terutamanya harga bilik?

3) Pekerja China akan diambil bekerja dan orang tempatan menganggur kerana HOTEL TEMPATAN terpaksa diTUTUP disebabkan tidak mampu bersaing.

4) Industri KERETA SEWA akan dimonopoli oleh pemilik hotel dari China dimana mereka menyediakan kereta dan bilik.

5) Begitu juga kedai cenderamata. Mereka mampu menawarkan pada harga yang lebih murah.

6) Mereka akan monopoli kedai BEBAS CUKAI.

7) Mereka akan sediakan kedai makanan China. Adakah kedai makanan melayu akan bertambah maju?

8) Najib baru-baru ini ada mengatakan tentang Pulau Jeju:

Najib kemudian menceritakan bagaimana perbalahan antara Korea Selatan dan China pada tahun lalu menyaksikan Beijing mengharamkan pakej lawatan ke Pulau Jeju.

Pada satu ketika dahulu pelancong China dilaporkan menyumbang sehingga 80 peratus pengunjung ke Jeju. Pulau itu kini dikatakan hampir sunyi akibat perbalahan kedua-dua negara berkenaan.

Maksudnya suatu masa nanti terpaksalah penduduk dan pengusaha di Langkawi serta kerajaan SELAMANYA TUNDUK KEPADA CHINA.

9) Langkawi akan menjadi tempat pelancungan "low class".

10) Aparment dan condo akan dibina dengan banyaknya di tepi laut dan dijual pada rakyat China.

11) Ia akan menjadi FOREST CITY KEDUA selepas di Johor yang akan didiami oleh warga China dan sesetengah kawasan hanya boleh dimasukki oleh warga China sahaja.

12) Orang melayu menjadi penduduk minoriti dan bekerja dengan pengusaha dari negara China.

13) Semasa semua ini terjadi, Tun dah tiada untuk jadi penyelamat.......


Persoalannya:

Sanggupkan orang Langkawi menghadapinya........kalau sanggup maka undilah BN.......


Macy & semua rakan2 seperjuangan,
Assalamualaikum.

Gay boy Kejora dgn samaran baru tak abis2 dgn berita palsu lucah kotor tanda puak2 Bini Najib (BN) dah ketandusan & kemuflisan idea.

Saya menganggotai unit khas dalam polling agent bersama-sama veteran komando2 tentera udara, laut & darat untuk mencegah apa2 jua tindakan penipuan puak Bini Najib/BN, khasnya berkaitan daftar pemilih/pengundi, peti undi awal & peti undi pos. Semuanya akan dirakamkan.

Kami semua ada pengalaman dan saksi mata dari PRU sudah2 - kini siap-siaga akan titek tangan2 yg cuba nak menipu.

Sementara itu, maklumat terkini menyatakan semua ceramah2 BN & PAS hambar berbanding gelombang badai ceramah2 PH, terutama sekali yg dihadhiri Tun Mahathir.

Sokongan Melayu kpd PH semakin kuat bila orang2/penyokong2 PAS lebih cenderung kpd PH setelah 3 anak kandung Almarhum2 Ustaz Ustaz Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor & Ustaz Nik Aziz menjadi calon PH.

Sementara orang2/penyokong2 UMNO pula berduyun-duyun menyertai PH bila melihat Otai2 hebat seperti Tun Daim, TS Rais Yatim & TS Rafidah Aziz berada dalam Pakatan Harapan.

SPR sekarang - Suruhanajib Penipu Rakyat.

Undi Pakatan Harapan > Humbankan Najib > Terhapuslah GST > Makmur Negara > Selamatlah Rakyat.....!!

Insya Allah....kita akan berjaya dgn penuh gaya & gemilang.

Aku tak faham apa yang tersirat dalam benak fikiran sesetengah orang-orang Melayu di Malaysia khusus nya masih lagi nak mempertahankan regime kleptokrasi atas dasar apa pun tak jelas ,,malahan perintah dalam agama Islam pun menyuruh kita membanteras rasuah dan menjauhi kemungkaran,, apalah yang masih Rakyat harapkan dari Umno lagi waullahu aklam.......!!!




"Stowaways, and so they walked the plank
We were searching for the given treasure
Impatient hearts the dream seemed too far
A raging sea causing fear and pressure

Shipwrecked but only for awhile, we'll build again
Sail through stormy wind and rain
Hungry hearts holding on to faith
The sea will calm, we'll conquer once again

Abandon ship, for those who dreamed to small
Abandon ship in the sea of shame they fall
Abandon ship again we sail alone
Abandon ship their dreams become unknown

Years have passed and so the story carries on
The expedition, where answers may be unfound
Sailing through horizons, we've never seen before
Healing the wound, never looking homeward bound

A time ago, courageously they joined
All as one, we shared that golden dream
The course grew rough, their weakness took control
The journey to success was not all it seemed

Who has the will, who dares climb aboard
Sail beyond, where there is no truth, there are no lies
A destiny where time will tell
The vision of our dreams is still gleaming in our eyes"

words by helstar.

equanimity has been impounded. dumno barge (that is the quality of dumno, corroded barge) is sinking. make your choice.....sink and swim with kepala klepet or redeem yourselves....

ahoy!

ph supertanker is sailing....more and more crews are boarding...bye bye old barge....

ref: 
Shahbudin dot com: TUN DAIM, RAIS, RAFIDAH MESTI TERUS MARA SEHINGGA BN HILANG KUASA


Saturday, 5 May 2018
TUN DAIM, RAIS, RAFIDAH MESTI TERUS MARA SEHINGGA BN HILANG KUASA

Pemecatan Tun Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz daripada UMNO, manakala Rais Yatim pula sedang disiasat untuk maksud yang sama selepas ini, sebagaimana yang diumumkan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, bukanlah tindakan yang memeranjatkan sesiapa sebenarnya.

Tun Daim dan Rafidah sendiri pun tentu tidak terperanjat dengan perkara itu, malah sudah menjangkakannya.

Ini kerana tindakan mereka menyertai majlis kempen Pakatan Harapan adalah dilakukan dengan penuh kesedaran, meskipun kedua-duanya masih merupakan ahli UMNO ketika itu.

Jika mereka takut untuk dipecat daripada UMNO atau masih sayang kepada parti itu, sudah tentu mereka tidak turun berkempen untuk Pakatan Harapan.
Dengan Tun Daim dan Rafidah sedia berkempen untuk Pakatan Harapan ia adalah suatu bukti jelas mereka sudah hilang keyakinan kepada UMNO dan BN yang dipimpin oleh Najib Razak yang sedang ditolak rakyat ketika ini.

Pengumuman pemecatan itu sebaliknya menandakan UMNOlah yang sedang terperanjat dengan tindakan kedua-dua bekas menteri itu berkempen di atas pentas ceramah Pakatan Harapan.

Oleh kerana terperanjat, tanpa sebarang surat tunjuk sebab dan dipanggil membela diri, UMNO melalui Tengku Adnan terus memecat Tun Daim dan Rafidah begitu saja, walhal orang yang didapati membunuh pun akan dibicarakan dan dipanggil membela diri terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman.

Mengapa proses itu tidak dilakukan kepada Tun Daim dan Rafidah?

Tetapi, pemecatan itu memberi ruang yang lebih terbuka dan bebas kepada Tun Daim dan Rafidah untuk terus berkempen di hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi pada 9 Mei nanti.

Kedua-dua mereka kini tidak perlu lagi menoleh ke belakang, sebaliknya perlu terus mara sehingga UMNO dan BN tumbang, sekaligus membuktikan pilihan mereka memihak kepada Pakatan Harapan bukanlah suatu kesilapan.

Yang lebih menarik ialah berhubung kedudukan Rais Yatim. Sementara sebelum ini beliau banyak mengkritik UMNO dan kepimpinannya dan dengan Tengku Adnan mengumumkan bahawa penasihat sosio budaya bertaraf menteri itu sedang disiasat untuk tindakan yang seterusnya, beliau dalam waktu yang sama sudah pun mengesahkan untuk berada di pentas Pakatan Harapan Jempol malam esok.

Rais dilaporkan akan berceramah di pekan Batu Kikir untuk membantu kempen calon Pakatan Harapan Jempol, Kamaruzaman Kamdias.
Apakah maknanya semua ini?

Ia memberi erti Rais tidak takut untuk dipecat, bahkan dengan tindakan itu beliau seolah-olah mahu memudahkan lagi UMNO untuk segera memecatnya selepas program malam esok itu nanti.

Sekali lagi, tentunya ini membuatkan UMNO dan Tengku Adnan terperanjat buat kali yang seterusnya. Jangkaan beliau kemungkinan Rais akan kembali wala' kepada UMNO dengan pengumuman bahawa kedudukannya sedang disiasat itu, ternyata meleset sama sekali.

Menjelang hari-hari terakhir kempen sebelum pengundian pada 9 Mei ini, sementara kebangkitan rakyat yang menjurus kepada berlakunya tsunami rakyat terlihat semakin nyata, tindakan tiga bekas menteri ini tentu saja merupakan satu lagi pukulan buat Najib, UMNO dan BN.

Penglibatan mereka di hari-hari terakhir kempen untuk memihak kepada Pakatan Harapan adalah isyarat jelas bahawa Najib bersama UMNO dan BN semakin tidak dikehendaki  lagi di Putrajaya selepas 9 Mei nanti. 

Adakah lagi bekas-bekas menteri atau timbalan menteri daripada UMNO akan muncul memihak kepada Pakatan Harapan selepas ini? (ShahbudinHusin 05/05/2018).

ref: 
Shahbudin dot com: TUN DAIM, RAIS, RAFIDAH MESTI TERUS MARA SEHINGGA BN HILANG KUASA



















.......................................

Tiada ulasan: