Ahad, 6 Mei 2018

Ni kes sayang kawan atau jaga hati rakyat yang memberi amanah untuk terajui Kerajaan Malaysia?. 7464

Kerajaan Malaysia Rakyak Malaysia yang punya. Masih cuba naikkan calon yang tewas PRU, bila tewas ertinya rakyat dah xsuka dia jadi MP... Maksud lain umno tidak pernah jaga hati dan perasaan rakyat ramai yang telah menolak beliau dari jadi MP. 

BN akan melantik semula Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai salah seorang menteri kabinet sekiranya BN meraih dua per tiga majoriti undi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata walaupun Shahrizat tidak bertanding dalam PRU kali ini, namun beliau boleh dilantik sebagai anggota Dewan Negara kerana kesetiaannya terhadap parti termasuk tidak membuat sabotaj atau merajuk walaupun tidak dicalonkan untuk bertanding dalam PRU14. Baca seterusnya...

Hutang lembu bila nak bayar ,makcik? - Yusoffhashim Yusoff

Shahrizat bukan Serikandi yang sebenar hanya menumpang didahan yang rapuh. Jika ia berani dan yakin boleh menang letaklah dikawasan mana pon dia boleh menang tetapi isu kroni LEMBU "NFC" telah mengugat keyakinan pengundi. Beliau hanya bertenaga dalam parti sahaja itu pun sudah terlajak tangguh. Undurlah sendiri tumpang kasih wanita umno masih ada. Nanti bila dah jadi kupang tembaga habislah nama dan jiwa dilupakan begitu sahaja. - Zainal Hakimi Hussain 


Tak jdi calon pun takpa..250 sudah sapu pi ma - Amiro Harada 


40 Kerusi penentu penipuan 
awal terhadap ahli PAS...

1. Kenyataan terbaru Tuan Guru Presiden PAS, YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Rusila Jumaat lepas bahawa PAS hanya menyasarkan sekitar 40 kerusi untuk menang pada Pilihanraya Ke 14 (PRU 14) akan datang di mana 40 kerusi tersebut akan dijadikan alat 'tawar menawar' dengan mana-mana koalisi politik samada BN atau Pakatan Harapan (PH) menarik perhatian saya.

Menurut kenyataan Presiden PAS, beliau menjangkakan samada BN atau PH tidak akan mendapat kerusi majoriti di dalam PRU 14 untuk membentuk kerajaan, maka PAS dengan '40 kerusi akan menjadi penentu' siapa yang akan menjadi kerajaan dan PAS akan memihak kepada koalisi yang akan memenuhi tuntutan dan permintaan PAS.

2. Saya ucapkan terima kasih kepada Tok Guru Presiden kerana berterus terang mengenai matlamat dan halatuju PAS menghadapi PRU 14.

Pengakuan terkini Presiden PAS membawa maksud jelas bahawa pilihan saya untuk berhenti dari PAS adalah pilihan yang tepat dan begitu juga dengan tindakan rakan-rakan saya yang berhenti dari PAS dan menubuhkan Parti AMANAH Negara dua tahun yang lalu juga merupakan ijtihad yang tepat. Melalui kenyataan tersebut,saya nampak ada beberapa indikasi penting yang terhasil.

3. Pertamanya, PAS kini sudah mengakui secara terbuka bahawa mereka bertanding pada PRU 14 bersama dengan koalusi yang disebut ‘Gagasan Sejahtera’ bukanlah atas hasrat untuk menang dan membentuk kerajaan yang pemerintahannya berteraskan Islam sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh 'penyokong-penyokong taksub PAS' selama ini di media sosial mahupun di kedai kopi .

PAS rupa-rupanya hanya sekadar berhasrat untuk menjadi ‘oportunis politik’,maka PAS dan Gagasan Sejahtera tidaklah layak dipanggil alternatif atau ‘third force’ untuk rakyat.

Secara peribadi saya agak sedih melihat parti yang lebih 34 tahun saya berjuang di dalamnya selama ini merupakan antara parti politik utama di negara ini dan alternatif kepada BN akhirnya menurunkan mertabat dirinya sendiri kepada hanya sebuah parti pelengkap dan 'aksesori' sahaja yang tidak mempunyai sikap yang jelas dalam mendepani halatuju pemerintahan negara demi rakyat.

PAS bakal jual undi kepada kleptokrat UMNO/BN

4. Keduanya, apabila Tok Guru Presiden PAS tanpa selindung mendedahkan bahawa sasaran 40 kerusi PAS tersebut sekiranya dicapai, akan dijadikan 'alat tawar menawar' dengan BN atau PH di mana koalisi yang memenuhi permintaan PAS akan disokong oleh PAS untuk menjadi kerajaan menunjukan ianya adalah satu pengakuan besar dari mulut Presiden PAS sendiri bahawa PAS bukanlah lagi sebagai sebuah parti pembangkang yang relevan untuk melawan regim UMNO/BN di bawah YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

PAS terbukti sekarang menjadi parti yang tidak berprinsip apabila memberi bayangan akan kesanggupaan mereka untuk menyokong BN.

5. Oleh sebab itu, jika melihat kepada rentak politik PAS mutakhir ini terutamanya Presiden yang nampak tidak bersungguh menyuara di atas segala kerosakan dan skandal yang berlaku dari tangan UMNO/BN di dalam negara bahkan semakin mesra hubungan PAS-UMNO.

Saya yakin jika ditakdirkan PAS menang 40 kerusi dan BN atau PH tidak memiliki majoriti majoriti untuk membentuk kerajaan maka PAS sudah tentu tanpa ragu akan memilih untuk menyokong BN dan menyokong Datuk Seri Najib Razak untuk terus kekal menerajui kerajaan. Pendirian PAS ini merupakan penipuan awal pimpinan PAS terhadap ahli PAS yang diajak berlawan dengan UMNO/BN dan PH pada pru14 tetapi akan sedia berunding khususnya dengan UMNO/BN selepas keputusan Pru kelak.Sudah tentu PAS tidak akan berunding dan menyokong PH untuk membentuk kerajaan baru selepas pru14.

PAS tidak bersedia dilihat 'menjilat' ludahnya kembali untuk menerima PH setelah memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP yang dianggap menentang agenda Islam PAS,menolak PPBM yang di anggap parti penyangak dan menganggap AMANAH sebagai parti pengkhianat.

Mutakhir ini banyak kenyataan pimpinan PAS menunjukan mereka lebih selesa dengan kepimpinan Najib Razak. Oleh itu, bagi saya berapa pun jumlah kerusi yang dimenangi PAS, ianya akan menjadi penambah kepada kekekuatan kerusi yang dimenangi BN.

6. Justeru, amat malang jika sekiranya rakyat Malaysia khususnya ahli PAS yang masih menyimpan harapan kepada PAS terus terpedaya dengan angan-angan kononnya PAS akan menyertai PRU 14 untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN dan tidak melihat mainan sebenar politik PAS yang semakin terserlah niatnya untuk mengekalkan kerajaan kleptopkrasi BN di bawah Dato Seri Najib.

Ceramah PAS/BN kat Bandar Tun Razak Cheras

Mengundi PAS bermakna mengizinkan PAS menjual undi pengundi kepada Klaptokrat UMNO/BN dan undi kepada PAS akan hanya membawa ketidakstabilan politik negara.

Rakyat tidak perlu membuang masa mengundi parti sebegini jika rakyat Malaysia benar-benar ingin melihat perubahan yang lebih baik kepada masa depan negara dan mengheret kerajaan UMNO/BN terutamanya Perdana Menteri untuk bertanggungjawab di atas segala kesusahan dan kerosakan yang dilakukan ke atas rakyat dan negara seperti pengenaan GST, peningkatan kos sara hidup, skandal 1MDB, FELDA dan lain-lain, maka tiada pilihan lain melainkan untuk mengundi parti-parti dari gabungan Pakatan Harapan pada PRU 14 akan datang.

7. Maafkan saya Tok Guru saya terpaksa memberi komentar kepada kenyataan Tok Guru dalam hal ini.Walaupun saya telah meninggalkan Parti tetapi saya tetap sayangkan ahli ahli Pas.Mereka telah banyak berkorban dan akan terus diminta berkorban untuk Parti Pas.Saya tak sanggup melihat mereka terus di perdaya dan akhirnya undi mereka di jual pada Klaptokrat Najib dan Umno Bn selepas Pru14.Saya mohon maaf Tok Guru Jangan jual mereka Tok Guru.

PAS BERTANDING HANYA UTK PECAHKAN UNDI PEMBNGKANG AGAR UMNO/BN MENANG SELESA. CONTOH...

• Bayan Baru (Melayu: 39 peratus, Cina 49 peratus, India 11 peratus)

• Sungai Siput (Melayu 33 peratus, Cina 39 peratus, India 21 peratus)

• Teluk Intan (Melayu 38 peratus, Cina 42 peratus, India 19 peratus)

• Bentong (Melayu 45 peratus, Cina 44 peratus, India 9 peratus)

• Klang (Melayu 32 peratus, Cina 46 peratus, India 20 peratus)

Apa tujuan Pas bertanding di kawasan itu? Jika semua pengundi melayu undi Pas pun,depa takkan menang…jadi nya kita boleh baca niat sebenar mereka…hanya utk pecah undi melayu, *agar BN boleh menang*,

PERANAN PAS SEBAGAI “KING MAKER”

Pada masa sama PAS tidak meletakkan calon di kerusi yang dirasakan tidak penting. Antaranya:

• Sembrong (disandang Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menang dengan majoriti 10,631 undi. Populasi: Melayu 58 peratus, Cina 31 peratus, India 9 peratus)

• Pengerang (disandang Datuk Seri Azalina Othman Said yang menang dengan majoriti 22,508 undi. Populasi: Melayu 88 peratus, Cina 10 peratus, India 1 peratus)

• Johor Bahru (disandang Tan Sri Shahrir Samad yang menang dengan majoriti 10,134 undi. Populasi: Melayu 51 peratus, Cina 43 peratus, India 5 peratus)

Kenapa Pas tak letak calon disitu? *Untuk jamin kemenangan Umno* dan sekali lagi memainkan peranan mereka sebagai KING MAKER ?

PAS TAK letak calonnya lawan KM Melaka ;MB N9 dan Najib di Pekan KENAPA??? - f/bk Wfauzdin Ns



ref: 
tumpang sekole...?
9 Mei 2018 PRU MALAYSIA ke 14. 
Semua ahli politik profesional akan bercakap tentang Kerajaan BN yang rosak dan bagaimana PM Najib telah mencuri berbilion ringgit daripada rakyat Malaysia. 


Foto menunjukkan Dr Mahathir membaca *Ucapan politik saya* 
yang saya sampaikan kira-kira 2 bulan yang lalu, ketika parti Dr Mahathir PPBM 
mengadakan makan malam penjanaan dana di Hotel Riverfront, Ipoh. 

....

Tiada ulasan: