Jumaat, 11 Mei 2018

Pagi 1st Putrajaya. 7556.

Tun PM Pagi 1st di Putrajaya
Friday, May 11, 2018
Keadaan kritikal di Perak dan Kedah.
ULASAN 2

Ahmad MB penggal ke dua.

KELANTAN menjadi negeri pertama membentuk kerajaan baru selepas Piraum ke 14. Upacara mengangkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan MB berlangsung di Istana Kota Lama semalam, tidak sampai 24 selepas pilihan raya. Ahmad Yakob sekali lagi mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar untuk penggal kedua.

Terengganu menyusul negeri Kelantan. Malam tadi Sultan Terengganu menerima menghadap menerima perkenaan Dr Samsuri Mokhtar untuk mengangkat sumpah menjadi MB Terengganu bersama barisan Exconya.

Kemudian diikuti negeri Sabah, Musa Aman sekali menjadi Ketua Menteri untuk penggal ke lima dalam keadaan kontoversi. Ada laporan mengatakan berlaku "halangan" terhadap Shafei Afdal untuk menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) walaupun Warisan parti Shafei Afdal mempunyai kerusi lebih.

Pembentukan kerajaan Sabah juga suspen dan kritikal kerana BN tidak mendapat kerusi mencukupi dan memerlukan sokongan parti lain (UPKO) yang beritndak mendokongnya.

Negeri-negeri lain, Melaka, Selangor sudah membuat persiapan untuk membentuk kerajaan masing-masing. Selangor Mohamed Azmin Ali sekali lagi akan mengangkat sumpah sebagai MB. Mungkin hari ini atau esok. Manakala Johor dan Negeri Sembilan menyusul kemudian. Perbincangan dan maufakat lanjut masih diteruskan. Perkenaan Sultan atau Gebenur masih dicari menentukan siapa yang layak atau sebaliknya.

Yang jelasnya di kedua-dua negeri itu yang berhak untuk membentuk kerajaan adalah PH, kerana mereka mempunyai kuasa lebih. Di Johor PH menguasai 36 kerusi sementara BN 19. Di Negeri Sembilan pula PH menguasi 20 sementara BN 16. Di Selangir negeri paling bergaya, PH menguasi 51 berbanding BN hanya empat (4) kerusi dan Pas satu kerusi.

Cuma ada dua buah negeri, yang dikira sukar untuk membentuk kerajaan ini kerana parti yang mendapat majoriti mudah yang boleh diganggu atau terubah dengan ada parti ketiga yang boleh menyumbang kepada perubahan itu.

Negeri itu ialah Perak, PH menang 29 kerusi, sementara BN 27 kerusi. Walaupun PH mengatasi, tetapi dengan ada tiga (3) kerusi milik Pas, boleh merubah suasana. Tanpa campur tangan "king maker" daripada Pas sudah pasti PH akan dipanggil untuk proses membentuk kerajaan. Perkembangan terakhir ada tanda-tanda BN akan mendapat bantuan hayat daripada Pas untuk membentuk kerajaan.

Jika Pas bersama BN bermakna BN dan Pas mempunyai 30 kerusi berbanding dengan PH 29 kerusi. Sesiapa pun yang menjadi MB Perak berada dalam keadaan "ketar lutut" "bergeduk perut" sepanjang masa. Kelebihan dengan satu kerusi meletakkan kerajaan Perak seperti telor di hujung tanduk. Tidak mustahil peristiwa yang berlaku pada tahun 2009 akan berulang kembali di Perak.

Satu lgi negeri yang dilihat kritikal ialah Kedah. Dalam Piraum lalu PH memperolehi 18 kerusi semantara Pas mendapat 15 kerusi. Dari urutan jumlah kerusi PH ternyata melebihi berbanding Pas. Namun apa yang perlu diwaspada ialah peranan BN yang menang di tiga kerusi. Keadaan di Perak juga boleh berlaku seperti di Kedah.

Seandainya BN membantu Pas, menjadikan Pas campur BN mendapat 18 kerusi. Kedudukan setara apa lagi dengan kelebihan satu kerusi menjadikan keadaan sangat kritikal dan susah untuk diselesaikan. Ini menyebabkan Dun Kedah tidak dapat berfungsi kerana perlembagaan atau sistem demokrasi kita memerlukan parti yang mempunyai lebih kerusi untuk membentuk kerajaan.

Sekali lagi jika mengikut urutan angka, PH lebih berhak untuk membentuk kerajaan di Kedah Darul Aman memandangkan ia sudah memiliki 18 kerusi, lebih tiga berbanding dengan Pas yang mendapat 15 kerusi.

Dalam situasi di Kedah sekiranya Tuanku Sultan menggunakan budi bicaranya meletakkan keamanan negeri lebih utama, PH lebih berkelayakan untuk membentuk kerajaan.

Negeri-negeri Perlis dan Pahang tidak berbangkit lagi kerana kedua-dua negeri itu dikuasi oleh BN secara mutlak. Di Perlis BN menang 10 manakala PH hanya tiga (3). Di Pahang pula BN 25, PH sembilan (9) kerusi dan Pas lapan (8) kerusi.

Berbalik keadaan di Perak dan Kedah tadi, ia tidak menjadi masalah sekiranya baik Pas dan BN memahami keadaan dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Di Perak demi kesejahteraan Perak amnya, Pas boleh bekerjasama dengan PH untuk memudahkan pembentukan kerajaan. Apakah Pas sedia bertolak ansur atau pun terus berdendam dengan PH?

Sekiranya Pas terus membakar dendam dengan PH mereka akan bersama BN, hatta syarat yang diletakkan dan jaminan BN akan mengisi agenda Pas dalam hal Islam, Pas akan berpihak kepada BN. Sekiranya itu pilihan Pas bermakna parti itu tidak peduli apa cerca orang terhadapnya kerana sedia berbaik dengan musuh yang dinafikannya sebelum ini.

Manakala di Kedah pun begitu juga, sekiranya tiga orang wakil BN itu memahami keadaan mereka akan sedia mendokong PH untuk membentuk kerajaan. Apa pun untuk mengelakkan kedua parti itu Pas dan BN dituduh dengan pelbagai tuduhan huduh, lebih elok dan lebih jantan mereka kekal sebagai pembangkang kedua di Dun negeri-negeri berkenaan tanpa sedia melacurkan diri (politik). [wm.kl.10:58 am 11/05/18]

ref:
http://msomelayu.blogspot.my/2018/05/keadaan-kritikal-di-perak-dan-kedah.html

Tiada ulasan: