Khamis, 10 Mei 2018

Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN). 7539.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata HARAPAN kini memiliki 135 kerusi.

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) at RAKYAT MARHAEN - 55 minutes ago
Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengesahkan bahawa jumlah kerusi parlimen yang dimiliki gabungan pembangkang itu bersama sekitunya adalah pada 122. Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat HARAPAN, Datuk Saifuddin Abdullah, HARAPAN memiliki 113 anggota parlimen. Lapan adalah dari WARISAN dan calon Bebas P Prabakaran kini adalah sekutu gabungan itu. Awal hari ini, bakal Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata HARAPAN kini memiliki 135 kerusi. Meskipun ia mungkin satu kesilapan, Mahathir berkata HARAPAN telah memperoleh sokongan dari WARISAN untuk menyokong pencalonannya sebaga... more »


Selepas BN kalah, ini tajuk akhbar cetak hari ini

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) at RAKYAT MARHAEN - 1 hour ago
Sorotan tajuk akhbar 'arus perdana' yang sebahagiannya dilihat pro-BN dan menghentam pembangkang selama ini. Hampir kesemua akhbar aliran utama yang rata-rata pro-kerajaan Barisan Nasional (BN) mengakui kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam kejutan keputusan pilihan raya umum semalam. Berikut senarai berita muka depan akhbar utama pelbagai bahasa pada 10 Mei. Akhbar berbahasa Inggeris The Star tampil dengan tajuk muka depan, “Dr M to be sworn in” iaitu Dr Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Selain meletakkan carta kerusi yang dimenangi setiap parti, ia juga men... more »
UPKO bentuk Pakatan dengan Warisan
https://youtu.be/3hHHvo74GqQ

UPKO bentuk pakatan dengan Warisan


PEMANGKU Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau (duduk tengah) semasa sidang media, 
di Magellan Sutera Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk bekerja sama dengan Parti Warisan Sabah untuk membentuk kerajaan negeri.
Perkara itu diumumkan pemangku Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau pada sidang media di Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu sebentar tadi.
Beliau kemudian ke Istana Negeri untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, bagi memaklumkan keputusan UPKO untuk membentuk pakatan dengan Parti Warisan Sabah.

ref: 
UPKO bentuk pakatan dengan Warisan | Politik | Berita Harian

Khamis, 10 Mei 2018 | 12:13am

BN Sarawak kekal 'negeri penyelamat'
Oleh Hardi Effendi Yaacob; Adib Povera; Muhd Amirul Faiz Ahmad dan Ekhwan Haque Fazlul Haque
cnews@nstp.com.my

KUCHING: Di sebalik kedudukannya sebagai 'kuasa penentu' Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Barisan Nasional (BN) Sarawak hanya sekadar selesa dengan 19 kerusi dimenangi dalam keputusan diumum malam tadi.

Ia menyaksikan parti itu tewas di enam kerusi dikuasainya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), masing-masing di Mas Gading, Puncak Borneo, Lubok Antu, Saratok, Julau dan Selangau.

Namun, ia disifatkan sebagai keputusan amat mengejutkan kerana BN Sarawak sebelum ini menyatakan keyakinan mampu menyumbang sekurang-kurangnya 28 hingga 29 kerusi.

Ini termasuk empat 'kerusi bonus' yang disasarkan mampu dimenangi dalam pilihan raya kali ini, masing-masing di Stampin, Sarikei, Sibu dan Miri, atas faktor sokongan di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, misi menawan semula 'kerusi bonus' berkenaan, yang digalas Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) gagal apabila keempat-empatnya terus dikuasai DAP dan PKR.

Namun, di sebalik pencapaian kurang memberangsangkan itu, Sarawak kekal menjadi 'negeri penyelamat' BN apabila tetap mengekalkan penguasaan 19 daripada keseluruhan 31 kerusi dipertandingkan.

Keputusan PRU-14 turut menyaksikan Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak tumbang di Stampin, menyaksikan kemenangan besar Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Ia disifatkan sebagai pertembungan 'Dua Singa', lebih-lebih lagi selepas Chieng Jen menyatakan 'penghijrahan' beliau dari Bandar Kuching ke Stampin sebagai misi 'memburu' Kui Hian.

Malah, Chieng Jen menang bergaya dengan memperoleh 33,060 undi majoriti, menewaskan Kui Hian (18,839 undi), menyaksikan kelebihan 14,221 undi majoriti.

DAP turut mengekalkan penguasaan empat kerusi iaitu Bandar Kuching, Lanang, Sibu dan Sarikei, selain menawan kawasan majoriti Bumiputera pertama mereka, Mas Gading.

Ia menyaksikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Anthony Nogeh Ngumbek, yang juga penyandang kerusi Mas Gading kecundang.

Sementara itu, PKR, yang pada PRU-13 hanya memenangi satu kerusi di Miri, menambah tiga lagi kerusi dalam pilihan raya kali ini.

Selain mengekalkan penguasaan di Miri melalui calonnya, Dr Michael Teo, PKR turut menang di Puncak Borneo (Willie Mongin), Saratok (Ali Biju), Selangau (Baru Bian).

Malah, keputusan pilihan raya kali ini cukup mengejutkan calon 'underdog' yang bertanding atas tiket Bebas, Jugah Muyang, berjaya memenangi kerusi Lubok Antu dalam pertembungan tiga penjuru dengan Robert Pasang Alam (BN) dan Nicholas Bawin (PKR).

Lebih mengejutkan apabila kerusi itu dikuasai BN sejak sekian lama melalui parti komponennya, Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Seperti dijangka Presiden Parti Pekerja Sarawak, Larry Sng Wei Shien yang bertanding atas tiket Bebas berjaya 'menundukkan' penyandang kerusi itu, Datuk Joseph Salang Gandum (BN).

Keseluruhannya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak merekodkan hanya 62 peratus (756,580 pengundi) dari 1,220,960 juta pemilih berdaftar di negeri ini keluar menunjukkan hak memilih mereka sehingga pusat pengundian ditutup 5 petang tadi.
ref: 
BN Sarawak kekal 'negeri penyelamat' | Politik | Berita Harian
...

Tiada ulasan: