Khamis, 10 Mei 2018

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) tidak mengaku kalah dan terus cari jalan untuk kembali berkuasa. 7538.


DYMM Sultan Johor. 
PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berucap pada sidreang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Farizul Hafiz Awang

Beri kepercayaan kepada Agong tentukan siapa PM
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif Abdul Karim
cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu memberi kepercayaan kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk menggunakan budi bicara baginda memilih Perdana Menteri baharu selepas tiada parti yang mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, berkata pelantikan itu adalah berdasarkan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan dibuat berdasarkan prinsip Dewan Rakyat.

Katanya, BN akan menghormati apa juga keputusan yang dibuat baginda serta meminta rakyat berada dalam keadaan tenang.

"Beri kepercayaan dan kebijaksanaan baginda dalam membuat keputusan sebaik mungkin.
"Pelantikan ini adalah keputusan baginda dan dibuat berdasarkan prinsip siapa yang akan dapat kepercayaan ahli Dewan Rakyat," katanya pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Najib berkata, tentu sekali akan berlaku perubahan dan pihaknya komited untuk menentukan penyelesaian dan keputusan terbaik yang akan dilandaskan mengikut kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kerana diberi peluang memimpin negara serta mengucapkan terima kasih kepada rakan dalam kepemimpinan parti yang setia bersamanya.

ref: 
Beri kepercayaan kepada Agong tentukan siapa PM | Nasional | Berita Harian

Tiada ulasan: