Ahad, 13 Mei 2018

Semua salahkan orang lain. Yang lain cuci tangan?. 7598.

POKOK TUMBANG BERUK PUN LARI 
Kuala Lumpur Malaysia
Itulah kata² orang tua² utk menggambarkan keadaan politik dlm negara kita sekarang. BN yg telah memerintah sejak PRU pertama 1955 akhirnya tewas pada 2018 di tangan rakyat. 

Di sana-sini kedengaran suara² dari saf kepemimpinan Umno sendiri meletakkan tanggung jawab kpd DS Najib di atas kekalahan tak terduga BN ini. 

Masing2 mahu mencuci tangan dan menunding jari kpd President parti. Soalnya selama ini di mana mereka ini? Apa yg mereka buat dlm parti dgn jawatan yg mereka sandang itu? Kenapa bila kalah semua tidak mahu mengaku bertanggung jawab? Apakah ini ciri kepemimpinan yg diasuh Umno?

Khabarnya ramai pemimpin, wakil rakyat dan ahli Umno akan berpindah ke PH. Ada yg kata demi rakyat dan demi negara/negeri. Soalnya ada harga kah puak2 ni? 

Mereka inilah yg berdiri teguh menyokong polisi kerajaan lalu. Di mana kepentingan rakyat pada waktu itu? Tapi apabila kerajaan lalu jatuh mereka mahu lari dan berpindah ke kerajaan baharu. 

Yg nak diutamakan bukan kesejahteraan rakyat tetapi keselesaan hidup, kemewahan dan kesenangan yg mereka kecapi selama ini. 

Bank akan mula mencari mereka tidak lama lagi. Rumah mewah, kereta mewah akan mula ditarik satu per satu. Inilah mimpi ngeri mereka. 

Jadi utk mengelaknya tiada cara lain melainkan dgn menyertai kerajaan yg menang.

Harapnya pihak yg menang jangan terima mereka dgn mudah. Menerima mereka ke dalam parti akan membawa masuk penyakit lama BN ke dalam PH. Akhirnya PH akan jadi jelmaan BN.  

Menerima mereka ke dalam PH akan menyebabkan ahli2 PH luka hati dan kecewa. Hormatilah pandangan dan perasaan ahli yg telah berjuang dan berhadapan dgn pelbagai penderitaan akibat perbuatan mereka ini. 

Biarlah mereka melalui pengalaman jadi pembangkang supaya mereka lalui perit getir dan akhirnya bertaubat.

- Prof Dr Abd Muati.
UPM.

Tiada ulasan: