Rabu, 30 Mei 2018

Sepak terajang PAS dalam Pakatan Rakyat, menyusur keluar selepas ketiadaan ATGNA. 7736

Al Fatihah.

Abdul Hadi terlalu prejudis, kata Penasihat Umum AMANAH
ARIF ATAN
Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang menyifatkan mesej Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada AMANAH yang menggunakan perlambangan “sebesar zarah semangat Islam” sebagai tidak berasas.

Menurutnya, Abdul Hadi tidak wajar berkata demikian memandangkan perkara-perkara asas berkaitan kedudukan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan telah diberi penegasan akan dipertahan bahkan akan diperkasa.

“Pada saya, tidak wajarlah (Abdul Hadi) sebagai seorang yang pernah menjadi ketua saya dan saya sudah 40 tahun bersama Pas.

“Kalau ‘sebesar zarah keimanan mereka itu,’ seolah-olah terlalu begitu prejudis,” katanya dalam slot 100 Hari Malaysia Baharu di Astro Awani malam tadi.

Terdahulu, Ustaz Ahmad diminta perantara forum, Nazri Kahar untuk mengulas mesej Abdul Hadi kepada AMANAH dalam program sama di sebelah petangnya.

Abdul Hadi sebagai panel tunggal dalam slot selama sejam itu berkata, ‘suara Islam’ mesti tanpa segan dibawa dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

“Mesej saya sekiranya masih ada sebesar zarah semangat Islam di dalam diri mereka (AMANAH), mereka mesti mempertahankan kedudukan Islam dengan tidak rasa malu dan segan dalam Pakatan Harapan.

“(AMANAH) mesti membawa suara Islam dalam kerajaan. Ini mesej kita. Mereka dulu bersama Pas kerana Islam maka jika keluar pun kerana Islam juga dan mesej ini mesti dibawa dalam kerajaan.

“Ini tanggungjawab yang amat besar,” tegas Abdul Hadi lagi yang turut menganggap parti komponen PH mempunyai ideologi dan pendekatan yang berbeza walaupun mendapat kemenangan dengan Harapan yang satu iaitu menjatuhkan BN.

Mengulas lanjut, Ustaz Ahmad berkata, Pas sebenarnya balik ke 30 tahun ke belakang bukan anjakan paradigma seperti yang dianggap apabila berfikir seolah-olah Malaysia ini hanya dihuni masyarakat Melayu Islam.

Menurutnya, kecenderungan untuk menakut-nakutkan atas nama kaum dan agama masih terus berbangkit walaupun hakikatnya majoriti pimpinan tertinggi parti komponen PH adalah beragama Islam.

“Tentang isu kaum dan agama, ini adalah lanjutan daripada apa yang ditegaskan oleh Umno-BN dan juga dikukuhkan Pas terutama semasa kempen PRU-14.

“Dulu ditakutkan kalau PH memegang tampuk pemerintahan Putrajaya, DAP akan dominan, dan ditakut-takutkan sampai hari ini pun masih dibangkitkan sekarang dalam PH, jumlah Ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai,” ujarnya.

Jelasnya, pendekatan PH dalam memerintah tidak sama dengan BN walaupun memang Umno sebagai parti teras memandangkan dalam PH terdapat Majlis Presiden yang dianggotai keempat-empat parti komponen iaitu AMANAH, PKR, Bersatu dan DAP.

Sehubungan itu, Ustaz Ahmad berpendapat kuasa Agama Islam perlu dikembalikan kepada Majlis Raja-raja Melayu yang telah dicabuli oleh Kerajaan BN terdahulu.

“Kita (PH) tidak ikut cara kerajaan dulu (BN). Pentadbiran Islam di peringkat Kerajaan Pusat mesti dengan perkenan Majlis Raja-raja, mengangkat kuasa Majlis Kebangsaan Islam.

“Pelbagai himpunan atas nama Islam ketika kerajaan BN dahulu tak nampak imej raja-raja. Kenapa program berkaitan Islam, Raja-raja tiada? Padahal, merekalah Ketua Agama Islam.

“Apa yang dimaksudkan mereformasi institusi itu adalah mengambil jalan terbaik, dalam pada masa sama mengekalkan kuasa kepada Majlis Raja-raja,” tambahnya lagi.

at 5/29/2018 11:00:00 PTG
ref: 
KERENGGA: Abdul Hadi terlalu prejudis, kata Penasihat Umum AMANAH
Barang sumat, orang Kelantan kata... 



TUESDAY, MAY 29, 2018
Committed Government Guarantees - Makhluk Apa Ni?
Oleh Syukur Muhamad

Semalam YB Menteri Kewangan keluarkan butiran tentang hutang negara yang sebenarnya dah melebihi RM 1 trillion (RM1  juta juta, atau RM 1,000,000,000,000).

Termasuk dalam penemuan baru ni ialah makhluk yang bernama 'Committed Government Guarantees' (CGG) sebanyak RM 199.1 billions. CGG ni apa sebenarnya? 

Dalam bahasa mudah, ada beberapa syarikat yang pinjam duit. Pinjaman ni dijamin oleh kerajaan, 'Kalau hangpa tak bayar, tak apa, aku boleh settlekan'. Sepatutnya hasil syarikat tu cukup lah untuk bayar pinjaman, tapi syarikat-syarikat ni atas sebab masing-masing tak boleh bayar. 

Jadi kerajaan dah masuk fasa, 'Aku kena settlekan' untuk pinjaman-pinjaman ni. Sebab tu nama dia 'committed', kerajaan dah komit dah pun untuk bayar. Ada banyak lagi pinjaman yang dijamin kerajaan, tapi kerajaan tak perlu komit sebab syarikat ni cukup hasil. Bila kerajaan kena bayar, duit tu duit cukai kita lah! 

Syarikat apa yang tak cukup hasil ni? Ada 5 yang disebut: 

1) Danainfra (RM 42.2 billions)

- PInjam duit untuk buat MRT & Pan Borneo highway.

2) Prasarana (RM 26.6 billions) 

- Pinjam duit untuk naiktaraf RapidBus, monorail & LRT.

3) Malaysia Rail-Link (RM 14.5 billions)
- Pinjam duit untuk buat ECRL.

4) Govco holdings (RM 8.8 billions)
- Ini makhluk istimewa, pinjam duit untuk bantu orang yang pinjam duit. Antaranya bantu Proton yang masa tu tengah sesak.

5) 1MDB (RM 38 billions)
- Ini makhluk paling istimewa. Pinjam duit untuk apa pun kita belum tahu sepenuhnya.

Kalau siapa kira betul-betul, 5 syarikat ni tak sampai RM 199.1 billions. Baru RM 130.1 billions. Ada lagi RM 69 billions hutang oleh beberapa syarikat lain yang kita akan tahu nanti. 

Maksudnya: 

Buat macam-macam pengangkutan awam yang besar, nak bagi ada legasi, nak bagi rakyat sokong, tapi tak bagi tahu rakyat yang  hutang-hutang ni tak boleh servis. Tak telus. 

Kalau macam pengangkutan awam tu boleh diampunkan lagi sebab keretapi susah nak buat duit, tapi macamana dengan makhluk-makhluk istimewa yang duitnya dimasukkan dalam 'black hole' yang tidak diketahui?


Inilah sebab kenapa kita tak boleh tutup sebelah mata terhadap isu-isu pentadbiran baik (good governance) dan ketelusan ini, membiarkan pemerintah buat sesuka hati dengan alasan 'asalkan saya masih aman' atau pun 'tak apa, yang penting orang kita memerintah'. Tutup sebelah mata terhadap 'orang kita' itulah yang akan memakan diri...

ref: 
al- Husseyn: Committed Government Guarantees - Makhluk Apa Ni?

Muzakarah ckit : Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan 1 soalan kpd si Ustaz. 

BARBER: Saya nak tanya 1 soalan. 

USTAZ: Ya, silakan. 

BARBER: Benarkah Tuhan itu wujud? 

USTAZ: Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni. 

BARBER: Kalau betul Tuhan itu wujud, knp ketika manusia dlm kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dlm kesusahan di dunia ini.

USTAZ: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

BARBER: Knp Ustaz diam?? 

USTAZ: Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai. 

Si tukang gunting ni pun dgn segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap. 

BARBER: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

USTAZ: Berapa harga?

Barber: RM10 sahaja. (masih menunggu jwpn) 

USTAZ: "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yg agak pelik. Tiba² Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dgn membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis jalanan (gambar).

USTAZ: Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dlm dunia ni?? 

BARBER: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting. 

USTAZ: Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yg rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus. 

BARBER: Dia yg tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

USTAZ: Jadi, itulah jawapan saya utk soalan kamu tadi.

BARBER: "Terdiam seketika".

USTAZ: Manusia yg tidak mencari Tuhan, sombong dgn Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dgn kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti yg rambut yg dijaga. 

BARBER: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dlm keadaan menitis air mata".

Moral of the story, hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jgn sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.


#SharingIsCaring 
Gambar sekadar hiasan sahaja. 


PAS tak mudah dipengaruhi keluar Pakatan Rakyat – Tok Guru Nik Aziz
Posted on Ogos 11, 2009 by Pelapor
PAS tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata PAS tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa PAS supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindak-tanduk DAP terhadap PAS.

Tok Guru Nik Aziz berkata keputusan PAS tidak mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sudahpun dibuat dalam Muktamar Pas di Ipoh tidak lama dahulu. – Sumber BERNAMA

Advertisements

https://jiwokelate.wordpress.com/2009/08/11/pas-tak-mudah-dipengaruhi-keluar-pakatan-rakyat-tok-guru-nik-aziz/


Kenyataan Qaradhawi


"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 -


Pendapat penyokong PAS dalam PR dulu: 
1
PAS, PKR dan DAP seperti aur dengan tebing. Saling membantu antara satu sama lain. Sama2 mengaut keuntungan masing2. Dalam pada masa itu siapa yang sedang mengaut lebih untung? PAS, PKR atau DAP?
Hasil dari bersepakatan PAS, PKR dan DAP berjaya menawan 5 buah negeri pada PRU 12 yang lepas.
Sebenarnya apa yang di namakan “Pakatan Rakyat” ini tidak ujud dalam ertikata yang sebenarnya. Ianya cuma di sebut ketika menghadapi PRU atau PRK sahaja, lepas itu mereka membawa haluan masing2.
Sebagai contoh, P Pinang walaupun PAS telah memenangi satu kerusi DUN, tetapi PAS tidak di beri sebarang jawatan dalam pemerintahan negeri P Pinang.
Begitu juga dengan Kedah, DAP ada satu kerusi DUN, ianya juga tidak ada sebarang jawatan. Akan tetapi, DAP Kedah lebih bijak dari PAS P Pinang. DAP Kedah cuma ugut keluar PR kerana perkara kecil bab rumah potong babi saja PAS Kedah sudah ‘pucat muka’, kini PAS terpaksa adakan fortpolio khas untuk DAP supaya boleh bersuara dalam hal pentadbiran negeri Kedah.
PAS P Pinang macamana? Kecut telok atau pun tadak telok langsung. Walaupun PAS banyak membantu menangkan banyak kerusi kepada DAP dan PKR tetapi PAS dianjing kurap kan. Sanggup jadi anjing kurap kepada DAP dan PKR kunun kerana “Pakatan Rakyat”.
Di Perak pula ujud kerajaan “boneka” PAS@DAP. Menteri Besar PAS, 70% EXCO nya cina dan india. PAS sangat berbangga dengan kerajaan “boneka” di Perak. Apabila kerajaan “boneka” ini runtuh ada penyokong PAS yang sanggup mati bunuh diri atas jalan raya.
Sekarang kita sedang saksikan PAS Selangor pula di anjing kurap kan oleh DAP dan PKR. Sanggup kah PAS terus di anjing kurap kan selama2 nya dalam Pakatan Rakyat?

2
Eh…eh … lebih sudu pada kuah hang , bunyi macam mainstream media , crito tuler …
Ikut suko dio laaa….. pas tk nok keluar pakatan….
menyibok sangat sal pe….toK RETI sokmo…

3
Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang ‘kuasa politik’.
Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna ‘kuasa politik Melayu/Islam’ tidak ujud.
Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.
Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan ‘kuasa politik’ nya.
Fikir2 kan……

4
salam,
wak labu, sape yg sebabkan kuasa politik melayu & islam berkurang? jawabnya UMNO!!! mereka yg mengubah sempadan pilihanraya dgn cara memperbanyakkan lagi kawasan2 majoriti non-muslim spaya mereka dpt kekalkan kuasa pd pru 2004. ini disebabkan pru 1999 majoriti melayu menolak umno-bn…skrg mereka pula yg bertempik mengatakan PAS & ANWAR pengkhianat melayu..mudahnya mereka lupa

5
Sekilas pandang nampak ade logiknya, tapi sebenarnya, sape yang selalu merubah persempadanan melalui kuasa SPR ,sehinggakan telah banyak kawasan2 majoriti melayu ,
di ‘ persiat-siatkan ‘ sehingga menjadi kecil , terutamanya ,
di negeri – negeri bukan majoriti melayu yang ketara , kononnya , untuk tambah representasi rakyat .
Sedangkan , negeri-negeri majoriti melayu seperti di pantai timur dah tak di buat persempadanan .
Hari ini , siapa sebenarnya , yang lebih memerlukan undi bukan melayu ,tatkala cina malaysia , tak nak sekapal dengan tekong mereka yang lama ?

6
Kuasa politik mesti diterajui oleh melayu/islam, itulah modalnya dibawa oleh umno berpusing-pusing setiap hari, bulan dan tahun semenjak kejutan didalam pilihanraya ke 12 pada tahun 2008. Kalau dah cerdik sangat mula dari sekarang kempen orang-orang melayu agar mengundi pas didalam pru yang akan datang supaya banyak kerusi melayu diterajui oleh pas.

7
Itu kata Nik Aziz. Tapi kepala satu lagi akan berkata di sebaliknya. Nik Aziz bukan nakhoda mengikut perlenbagaan parti. A.Hadi yang jadi nakhoda secara perlembagaan parti. Nik Aziz adalah penasihat sahaja.

8
Itu kata Nik Aziz. Tapi kepala satu lagi akan berkata di sebaliknya. Nik Aziz bukan nakhoda mengikut perlenbagaan parti. A.Hadi yang jadi nakhoda secara perlembagaan parti. Nik Aziz adalah penasihat sahaja .
Waima pejuangan di teruskan untok mendapatkan kemerdekaan yang tulin.
Mari berbahas sama ada kita telah merdeka ataupun kita di merdekahahaha kan ?
Rujuk rencana “Merdekahahaha !” di…

9
salam
setiap isu dibahaskan dengan mengutarakan kelemahan / tindak tanduk parti masing dan tiada penyudahnya. sementara kuasa ada di tangan, adakah PAS meneruskan kesinambungan pemerintahan ala UMNO atau adakah PAS berani melakukan perubahan pemerintahan Islam di 5 negeri ?

10
Sebenarnya Pas takut kalau hilang pengaruh dlam Pakatan Rakyat,yelah dah DAP DAN PKR yang majoriti konker semua setakat nie..Pas nak taknak kenalah ikut apa saja kata diorang,tak malukah orang MELAYU yang pergi berdemonstrasi kat KL baru-baru nie…orang2 atau ketua-ketua pemimpin macamnie ker yang kita nak terajui kita semua..emosi sendiri tak terkawal macamana nak kawal negara.Kalau tengok senario sekarang nampak gayanya kalau Pas jadi pemerintah satu hari nanti ikut jerlah apa kata orang kafir……..dulu dap ckp pas macam2 tup tup sekarng jadi member baik……tolonglah jangan sebab gila sangat kat politik sampai nak jual agama dan bangsa sendiri,tanahair sendiri..abis besok kalau malaysia ni dah bukan islam memerintah pas nak dok mana,dok kat afrika ker?…

One more genG. 
Bila Pas langgar pesanan Tok Guru
KHALID SAMAD 21 APRIL 2017
Allahyarham TGDatuk Nik Aziz bin Nik Mat. 
DRAMA pelaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya.

Pada peringkat kesudahannya Umno/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat.

Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan Pas.

Tindakan Umno/BN untuk mensasarkan Pas melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap Pas menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh.

Kebergantungan terhadap Pas oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan Pas secara muktamad walaupun itulah apa yang dituntut keadaan dan kebijaksanaan.

Dengan itu, tindakan Amanah untuk turun sebagai pengganti kepada Pas terpaksa mengharungi jalan yang lebih sukar dari sepatutnya. Walaupun begitu, ianya semakin menunjukkan hasil. Namun itu kisah lain.

PERMULAAN DRAMA

Drama ‘perundangan Islam’ ini bermula pada bulan Oktober 2014, apabila DS Jamil Khir mencadangkan supaya seorang ahli parlimen Pas dari Kelantan membawa usul persendirian memohon kebenaran dari Dewan Rakyat untuk Kelantan melaksana undang-undang yang berbeza dengan undang-undang persekutuan.

DS Jamil Khir, sebagai Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, telah membuat cadangan tersebut di dalam Dewan Rakyat sambil menjanjikan bahawa Ahli Parlimen Umno akan menyokong usul persendirian tersebut sekiranya ianya dibawa. Mengikut beliau, usul persendirian ini hendaklah dibawa atas perkara 76 (1) A perlembagaan persekutuan dan kerajaan sanggup membantu ke arah itu melalui penubuhan Jawatan kuasa teknikal bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

Cadangan DS Jamil disambut baik oleh Pas, khususnya Pas Kelantan, yang melihatnya sebagai peluang keemasan untuk melaksanakan hudud dan oleh itu mesti diambil dan tidak boleh dilepas.

PEMBENTUKAN JK TEKNIKAL

Hasil dari cadangan tersebut maka sebuah JK Teknikal bersama antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat telah ditubuhkan. Dalam perbincangan JK Teknikal ini telah dipersetujui pindaan terhadap Akta 355 sebagai tindakan awal ke arah pencapaian matlamat perlaksanaan perundangan Islam di Kelantan.

Ini adalah atas alasan pindaan terhadap Akta 355 hanya memerlukan majoriti mudah sedangkan permohonan atas perkara 76 (1) A memerlukan sokongan dua pertiga ahli dewan.

Terbentuknya JK Teknikal ini dan keberlangsungan mesyuaratnya beberapa kali telah menyebabkan Pas Kelantan yakin dengan kesungguhan dan keikhlasan kerajaan Pusat dalam usaha membantunya ke arah perlaksanaan syariah Islam.

MB Kelantan begitu yakin dengan janji Umno/BN sehingga sanggup berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya undang-undang Islam tidak dilaksanakan di Kelantan pada tahun 2015!

Cadangan untuk Pas membawa usul persendirian untuk meminda Akta 355 telah dibawa ke mesyuarat bulanan Pas Pusat. Dalam mesyuarat tersebut ada beberapa ahli mesyuarat yang menyuarakan pandangan supaya usul itu dibawa oleh kerajaan.

Cadangan itu ditolak atas alasan kredit terhadap usul tersebut hendaklah menjadi milik Pas dan bukan milik Umno/BN.

MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN PR FEB 2015

Pada Februari 2015, berita mengenai usul persendirian yang akan dibawa oleh Pas telah menjadi pengetahuan umum. Oleh itu, apabila mesyuarat Majlis Presiden PR diadakan pada bulan tersebut, maka pimpinan DAP telah bertanya mengenainya.

Presiden Pas telah mengesahkannya dan apabila diminta supaya deraf usul berkenaan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden terlebih dahulu sebelum dibawa ke Parlimen, Presiden Pas telah bersetuju.

Soal sama ada parti-parti rakan PR bersetuju dengan isi kandungan Usul Persendirian tersebut atau sebaliknya adalah persoalan kedua.

Yang penting adalah supaya dimaklumkan terlebih dahulu supaya semua mengetahui isi kandungannya dan boleh menetapkan pendirian berhubungnya.

Malangnya persetujuan untuk membawanya terlebih dahulu ke mesyuarat Majlis Presiden telah diabaikan Presiden Pas.

Pada bulan Mac Parlimen bersidang untuk sesi pertamanya bagi tahun 2015. Pada hari pertama sidang Parlimen berkenaan didapati bahawa usul persendirian YB Marang ia itu Presiden Pas telah tertulis dalam peraturan mesyuarat persidangan!

Ini menyebabkan pimpinan DAP mengeluarkan kenyataan “tidak boleh berkerjasama dengan seorang Presiden Pas yang sebegini”. Kenyataan DAP adalah atas sebab Presiden Pas ‘cakap tidak serupa bikin’.

PERBALAHAN PAS DAN DAP

Melalui peristiwa ini maka perbalahan Pas dan DAP mula mengambil pentas utama politik negara. Presiden Pas mula menyerang DAP sebagai musuh Islam walaupun sebenarnya beliau yang tidak berpegang pada janji. Hubungan antara Pas dan DAP menjadi semakin renggang dan golongan dalam Pa yang berusaha menyelamatkan hubungan tersebut turut diserang sebagai ‘khadam DAP’.

Pada masa sama, Usul Persendirian tersebut tidak diberi laluan untuk dibentangkan pada sesi berkenaan.

Ianya kekal atas kertas sebagai peraturan mesyuarat tetapi tidak dapat walaupun dibaca oleh Hadi.

Sambil Pas dan DAP berentap, usul itu terus menjadi alat permainan dan teka-teki Umno/BN. Matlamat pertama sebalik cadangan Usul Persendirian yang dibawa oleh Jamil Khir telah mula membuahkan hasil.

MUKTAMAR ‘PEMBERSIHAN’ 2015

Pada muktamar Pas 2015 maka pimpinan yang mempertahankan kebersamaan

Pas dalam PR telah dijatuhkan secara setandan oleh perwakilan Pas.

Ini adalah hasil usaha yang telah dimulakan sejak sebelum 2013 lagi. Pada masa sama usul supaya diputuskan hubungan dengan DAP telah diluluskan muktamar berkenaan tanpa bahas.

Melalui dua tindakan ini maka strategi Umno untuk memecahkan PR telah tercapai.

Tiada lagi pimpinan yang akan bersuara mempertahankan keberadaan Pas bersama PR. Pada masa sama hubungan Pas dan DAP telah terputus tanpa adanya harapan untuk dipulihkan kembali.

Sambil ini semua berlaku, Usul Persendirian masih tidak dibenarkan untuk dibawa di dalam Parlimen. Ia kekal tertulis di atas kertas peraturan mesyuarat tetapi tidak diberi laluan walaupun untuk dibaca.

SIDANG-SIDANG PARLIMEN SETERUSNYA

Usul Persendirian yang dibawa YB Marang terus tertulis di atas kertas peraturan mesyuarat tanpa diberi laluan untuk dibentang dan dibahas dari sejak sidang pertama 2015 sehingga sidang terakhir ia itu sidang bajet 2015.

Sambil itu hubungan Pas dan DAP menjadi semakin parah dan pimpinan Pas yang pro-PR telah keluar Pas dan membentuk Amanah.

Pada sidang pertama 2016, pada hari terakhir sesi berkenaan, YB Marang telah akhirnya dibenarkan untuk membaca usul persendirian untuk meminda Akta 355.

Namun demikian, hanya sekadar membacanya dan seterusnya, meminta supaya perbahasan mengenainya ditunda ke sidang akan datang. Ramai yang menjangkakan beliau mengikuti skrip yang telah ditetapkan Umno/BN dalam persoalan ini.

Pada sidang seterusnya sekali lagi usul tersebut didapati tertulis atas kertas peraturan mesyuarat tetapi sekali lagi ianya tidak diberi ruang untuk dibentang. Pada sidang bajet 2016, usul persendirian telah dipinda buat kali keduanya dan kali ini ianya mengandungi hukuman denda RM 100,000 dan penjara 30 tahun serta sebat syarii 100 sebatan.

Pada sidang ini, YB Marang dibenarkan untuk membaca pindaan yang dibuat ke atas usulnya. Namun sekali lagi perbahasan ditunda ke sesi akan datang.

SIDANG PARLIMEN MAC 2017

Pada sidang Parlimen baru-baru ini, sekali lagi pada hari terakhirnya, YB Marang sekali lagi dibenarkan untuk membaca Usul Persendiriannya.

Kali ini dia dibenarkan membentangnya dan pembentangannya mengambil masa dalam 15 ke 20 minit. Penyokong usul berkenaan, YB Kota Bharu, dibenarkan mensyarahkannya selama sejam setengah! Selepas sahaja YB Kota Bharu mengakhiri syarahannya maka Speaker Dewan, TS Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang melalui kata-kata yang telah menjadi masyur, ia itu, “If you have power, you are powerful. If you do not use the power, you are bloody fool”.

Dengan kata-kata sedemikian maka sidang ditamatkan dan perbahasan ditunda hingga ke sesi akan datang.

Dengan itu usul berkenaan tetap kekal sebagai Usul Persendirian yang belum dibahas dan jauh sekali diluluskan. Walaupun disyarahnya selama hampir dua jam, hakikatnya tiada kemajuan dan statusnya seperti sejak asal.

KESIMPULAN

Strategi Umno/BN menggunakan isu perlaksanaan syariat Islam untuk mengumpan Pas telah berjaya sepenuhnya. PR telah berpecah sambil BN kekal bersatu.

Usul Persendirian YB Marang sekiranya dibenarkan dibahas dan seterusnya diundi akan menyebabkan BN sendiri berpecah. Maka dibenarkan setakat mana diperlukan oleh BN, iaitu cukup untuk memecahkan PR dan melaga-lagakan pembangkang tetapi tidak untuk dibahas kerana perbahasan akan menyebabkan BN sendiri berpecah.

Oleh itu saya yakin bahawa kita telah melihat adegan terakhir drama Akta 355 ini. Tiada yang lebih yang perlu dilakukan Umno/BN. Matlamat mereka telahpun tercapai.

Melalui drama ini pembangkang telah berpecah dan PRU ke 14 akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di hampir semua kerusi, khususnya di Semenanjung dan di kerusi majoriti Melayu, ia itu kerusi yang ditandingi Umno. Mengikut perkiraan Umno, bila pertandingan 3 penjuru ini berlaku, maka Umno akan menang hampir kesemua kerusi yang ditandinginya.

Saya berkeyakinan sekiranya PH dapat membina kekuatannya sebagai gabungan 4 parti, ia akan tetap merupakan pilihan bagi yang inginkan kerajaan baharu menggantikan BN. Maka perancangan Umno/BN tetap masih boleh digagalkan.

Pas sebaliknya hampir pasti akan kehilangan semua kerusinya. Ini yang dikatakan pepatah Melayu, “menang sorak kampung tergadai”. Inilah hasilnya percaya pada Umno dan melanggar pesanan almarhum TGNA.

Wallahu 'Alam

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam (Amanah).

ref: 


------









































'Dia bukan ahli agama!'
NURUL HIDAYAH HAMID 3 MEI 2018

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta merujuk maksud munafik dengan mufti terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Dr Mahathir diharapkan membuat rujukan sebelum mengelarkan dirinya dengan panggilan munafik.

Abdul Hadi berkata, Dr Mahathir bukanlah ahli agama untuk mengelarkan dirinya dengan panggilan sedemikian, sedangkan munafik atas istilah agama.

"Yang pertamanya, munafik ini istilah agama, sedangkan dia bukan ahli agama. Jikalau tanya tentang penyakit tibi, tentang perubatan, dia layaklah bercakap.
Hadi (tengah) dalam sidang media selepas Ceramah PRU14.
"Sepatutnya, saya tak jawab. Biarlah, biarlah dia tanya mufti tentang agama, apa makna dia munafik itu biar munasabah mendapat takrifnya yang betul," katanya.
Beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas Program Ceramah PRU14 anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Anak Bukit, di Medan Ilmu Sungai Baru Gunung, semalam.
Abdul Hadi berkata sedemikian ketika diminta mengulas  dakwaan Dr Mahathir terhadap dirinya yang didakwa sebagai munafik kerana kononnya menjalin kerjasama dengan Umno.

"Yang keduanya, dalam ucapan saya tidak pernah menyebut si anu, si anu kafir. Apa yang kita sebut, ialah batas-batas iman dan kufur kepada orang Islam, itu sahaja.

"Mereka yang membawa budaya kafir-mengkafir dalam Pas masuk Umno. Dia tinggalkan Pas masuk Umno. Pas selamat daripada hal ini," katanya.

Menurutnya, dalam politik kita tidak boleh bermusuh selama-lama dan berkawan selama-lama, bagaimanapun kita diajar berkawan ada batas, bermusuh ada batas.

"Jangan 100 peratus bermusuh tak ada batas, tak dak limit, kerana suatu hari nanti akan ada perubahan. Sebab itu, saya nasihatkan orang Pas kalau berkelahi ada batas, politik matang dan sejahtera. Ini diamalkan Pas," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi  Pakatan Harapan (Harapan), Dr Mahathir mendakwa Abdul Hadi sebagai munafik apabila didakwa bekerjasama dengan Umno dalam  Sesi Santai Negarawan di FELDA Bukit Goh, Kuantan, kelmarin.

ref: 

Tiada ulasan: