Selasa, 29 Mei 2018

Bantah Pelonggaran Kemasukan Ke UITM Untuk Bukan Bumiputera. 7735.

-
Bantah Pelonggaran Kemasukan Ke UITM Untuk Bukan Bumiputera
Kenyataan Akhbar Rasmi Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) Berhubung Tuntutan Hindraf 2.0
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUiTM) yang mewakili 700,000 alumni UiTM di seluruh negara memandang serius tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) yang antara lain mendesak supaya membuka kemasukan UiTM dibuka kepada semua kaum.
PAUiTM dengan ini berdiri teguh dan secara sebulat suara membantah sebarang cubaan untuk membuka kemasukan ke UiTM kepada semua kaum. Ini berdasarkan premis bahawa kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan Bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Maka berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun PAUiTM sedar bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil maklum sebarang tuntutan yang mewakili pelbagai masyarakat di negara ini, namun perkara berkenaan perlu ditangani dengan tegas bersama kesemua komponen kerajaan Pakatan Harapan dalam konteks pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu.
PAUiTM bimbang kenyataan Hindraf seperti ‘menuang minyak ke api’ itu akan mencetuskan kemarahan umat Melayu Bumiputera di negara ini.
Sehubungan itu kami mahu kenyataan berbau hasutan seperti itu dihentikan sama sekali oleh mana-mana pihak sekali pun.
Sebaliknya PAUiTM mencadangkan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan terus mencari jalan bagi memperkasakan lagi institusi pendidikan ulung Bumiputera itu.
Bagi mempastikan UiTM tidak terus diganggu-gugat oleh mana-mana pihak lagi kami mencadangkan ia diletakkan di bawah satu inisiatif perlindungan Majlis Raja-Raja Melayu.
Presiden
Dato’ Mohd Zaini Hassan
Klik sini untuk sokongan: 
Start a petition of your own
This petition starter stood up and took action. Will you do the same?
Start a petition · Change.org

ref:
Petition · Kerajaan Malaysia: Bantah Pelonggaran Kemasukan Ke UITM Untuk Bukan Bumiputera · Change.org



Halaman Disukai · 9 jam 
Tuan tuan,🇲🇾 (sila viralkan)

#HINDRAF hari ini menafikan membuat tuntutan kpd Jawatankuasa Reformasi Institusi agar kemasukan pelajar ke Universiti Teknolog Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera. 


Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, tuntutan berkenaan dibuat bekas pemimpinnya, P Uthayakumar yang menggunakan nama Hindraf 2.0.

Waythamoorthy yang tidak mengiktiraf Hindraf 2.0 juga berkata tindakan kumpulan itu mengelirukan masyarakat terhadap kegiatan Hindraf.

“Tidak ada organisas dengan nama Hindraf 2.0. Pemimpinnya bernama P Uthayakumar itu adalah pemimpin Human Rights Party.".

Jadi tuntutan yg dibuat tersebut bukanlah Dari Hindraf. Seperti yg admi post sebelum ini.. 


UITM dan institution lain org Melayu masih dan Akan Status Quo

ref:
https://www.facebook.com/337923659975905/photos/a.338147443286860.1073741829.337923659975905/457605608007709/?type=3&theater&ifg=1
Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat

TUESDAY, MAY 29, 2018
KISAH MORSI DI MESIR UNTUK PANDUAN PAKATAN HARAPAN
Oleh VETEREN PEJUANG NEGARA LT KOL MOHD SANI ROYAN

Epistemology, whats in my mind?

ASSALAM.
SAYA VETEREN PEJUANG NEGARA LT KOL MOHD SANI ROYAN.

PH MASIH DALAM BAHAYA. 

Ancaman masih belum di Neutralise sepenuhnya. Battleroup musuh masih lagi utuh dan masih berupaya menyerang balas. 

Wang haram yang ditemui di rumah pemimpin penyamun berlambak menandakan ianya boleh digunakan untuk tujuan terrorist financing yang sangat dikehendaki dalam rancangan mereka untuk merampas kembali negara. 

Kita semua tahu serangan awal Tun Dr M adalah yang terbaik bagi mencapai Elemen Surprise iaitu Shock & Ave Effect. 

Malangnya ianya telah diganggu oleh rakan pakatan sendiri yang inginkan serangan dikendurkan dan berhemah/saya nak tanya sejak bila Bn berhemah dalam menyamun wang rakyat hampir 40 Bilion itu? 

Lagi zalim mereka meninggalkan hutang negara lebih 1 trillion? 

Taktik propaganda mereka yang menggunakan simpati ketua penyamun tidur di atas kusyen dan polis makan coklat telah berjaya menagih simpati di kalangan penyokong mereka. 

Namun hakikatnya rakyat umum masih menyokong padu tindakan Tun M menyiasat mereka dan tidak makan dengan propaganda mereka/mengejutkan raka Ph pula yang temasuk perangkap ini.  

Polis menyiasat secara profesional namun gambar Ds Najib dan Kak Mah tidur atas kusyen telah mendapatkan simpati dan diviralkan. 

Agak kecewa juga puteri PKR juga memberi ruang kepada penyamun ini untuk terus bersuara dan memberi kebebasan media, sedangkan fasa peperangan politik ini masih di peringkat eksploitasi dan atur semula. 
Gambar sebagai hiasan sahaja
Ruangan ini digunakan oleh pihak Bn untuk membuat persiapan serang balas atau counter attack dan mungkin menjadi ancaman lebih besar kepada PH. 

Faktur kemenangan dalam sesuatu peperangan adalah "surprise" atau "shock and awe" seperti mana yang telah dilakukan AS semasa menyerang Iraq. 

Menawan objektif atau lokasi musuh bukanlah suatu kemenangan yang mutlak kerana objektif masih lagi terdedah kepada serang balas musuh. 

Sekarang ini bukan waktu untuk mengembara kerana musuh masih kuat dan memiliki wang yang banya dan memungkinkan serangan terroris dilakukan bagi mengaburkan massa dengan suasana chaos. 

Ancaman terbesar PH ialah masih tidak membersihkan lagi negara dari semua bentuk ancaman politik dan ancaman terhadap Pengurusan A Good Govermance. 

Dengan kata lain tidak menangkap anasir jahat ini dan memenjarakan penyamun atau mafia-mafia ini. 

Rancangan Tun M untuk mengasingkan mereka dari massa atau rakyat telah dihalang dari mencapai Effect kesan "Shock and Ave" 

Rakan Pakatan begitu "Over Confident" bahawa merea telah memenangi peperangan, namun mereka belum pasti menawan dan memerintah negara dengan selamat. 

100 hari dan kestabilan negara masih belum lagi diperolehi, namun ada kalangan mereka yang sudah meraikan kejayaan. 

Tidakkah mereka belajar dari kesilapan Dr Morshi melawan Gen Mubarak di Mesir yang telah gagal memerintah tidak sampai 100 hari hanya disebabkan mereka leka? 

Dr Morshi hanya bercakap dan tidak melaksanakan tindakan memusnahkan ketua-ketua mafia Mesir seperti Ketua Hakim, Ketua Perisik yang masih bermaharajalela. 

#chedet
ref: 
al- Husseyn: KISAH MORSI DI MESIR UNTUK PANDUAN PAKATAN HARAPAN


TUESDAY, MAY 29, 2018
Bonus penjawat awam sebelum Aidilfitri - Dr M
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita akan bagi bonus, banyak mana tidak tau lagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya dekat sini, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira 3 jam itu ialah Presiden PPBM yang juga Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden PPBM yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dan Anggota Parlimen Langkawi berkata sambutan Aidilfitri parti itu akan diadakan di Perak, dengan lokasinya akan ditetapkan kelak.

Dalam Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada 1.6 juta penjawat awam.

Sebanyak RM1,000 sudah dibayar pada Januari lepas manakala bakinya dijadualkan sebelum sambutan Aidilfitri. - BERNAMA ~ bharian

ref: 

· 22hb Mei 
#BreakingNews.. SPRM mengesahkan Putera diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada Najib Razak TIDAK DAPAT menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.

SEBAB ITU dari dulu lagi Najib & Zahid Hamidi tidak berani nak dedahkan mana2 dokumen sokongan utk membuktikan 'derma' RM2.6 bilion datang dari putera Arab..

Hari demi hari kebobrokan Najib bakal terbongkar satu persatu..

TAHUKAH ANDA, hari ini sekali lagi peguam mewakili Najib tarik diri. Ini bermakna sekarang SUDAH 2 PEGUAM NAJIB TARIK DIRI !!


###

Siapa yg pernah mkn durian saja yg tau rasa durian tu mcmana...mknanya org yg pernah mencuri saja yg tau selok belokbutk mncuri.....hanya org yg biasa buat kerja tu saja yg rasa org lain pun sama mcm yg dia prnah buat...samada membohong ke...memfitnah ke...mcm2 la.....hanya krna mereka prnah buat la diaorg rasa .org lain akn buat jgk...





















Tiada ulasan: