Isnin, 7 Mei 2018

Subhanallah Alhamdulillah walailahaillah Allahhuakhbar walahaulawala quwwatailla billah. 7475.

 Memelihara, Memperteguh dan Memperindah Agama Allah dalam diri hamba-hamba Allah. 

Bismillahhirrohmaanirrohiim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Allahhumma sholli ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Sayyidina Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata pada suatu ketika Rasulullah Sallahualaihiwassalam datang ke tempat kami... 

Lalu bersabda; Ambillah perisai kamu sebagai pertahanan diri. Para sahabat bertanya, Apakah ada musuh sudah datang? 

Baginda Sallahualaihiwassalam bersabda lagi; 

Ambillah perisai untuk mempertahankan diri kamu daripada api neraka. Ucaplah Subhanallah Alhamdulillah walailahaillah Allahhuakhbar walahaulawala quwwatailla billah. Kalimah ini akan datang pada hari kiamat ke arah penyebutnya dari bahagian depan, belakang, kiri dan kanan dan ia akan menyelamatkan tuannya dan kalimah-kalimah inilah merupakan amalan soleh yang ganjarannya akan didapati secara berterusan. (Majma'ul-Bahrain).

Keterangan,

Kenyataan dari Hadis di atas, Kalimah-kalimah ini akan datang pada hari kiamat ke arah penyebutnya dari bahagian depan. Membawa maksud bahawa kalimah ini akan maju ke hadapan tuannya untuk memberi syafaat kepada tuannya. Dan ia akan datang dari kiri, kanan dan belakang membawa maksud ia akan memelihara tuannya dari azab. Allahu'lam bissowab..

In Syaa Allah bermanfaat buat kita semua.
.😀😀

..................

Tiada ulasan: