Ahad, 6 Mei 2018

Sultan dengan Menteri Agamanya. 7467.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Firman Allah Subhanahuwatalla yang bermaksud; “Sesungguhnya, kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan, jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” [Surah Muhammad: 36.] 

Firman Allah Subhanahuwatalla yang bermaksud: “..Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185.] 

Dunia tidak pernah kejam kepada sebarang manusia, malah manusialah yang sebenarnya berlaku kejam kepada dirinya sendiri. Nauzubillahminzalik. Astaghfirullahalazim. 


Hikmah... disebalik kisah. 

Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz sebagai Menterinya. 

Maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.!

Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan.


PERTAMA!
Apa itu Dunia..?
KEDUA!
Apa itu Akhirat..?
Dan KETIGA!
Apa itu Iman..?

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu sahaja. Tidak mahu syarahan yang panjang². 
Menteri Agama terpinga² mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya.

Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu untuk mencari jawapannya.

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kepada Menteri itu dan menitahkan bahawa segala kemewahan yang diberi akan dirampas, jika gagal memberi jawapan yang dikehendaki.

Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan, akan kehilangan segala²nya, jika gagal memberi jawapan.

Menteri sudah tidak dapat tidur, makan pun tidak lagi berselera, Cakap pun sudah lain gayanya. Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan, tetap gagal.

Akhirnya Menteri telah keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang dimilikinya.

Masa hampir tiba.

Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut, dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sedang dia termenung, si Menteri tadi terpandang seorang tua yang sedang berkebun.

Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri makan bersama. Menteri yang kerunsingan memikirkan jawatan, istana dan kemewahan yang akan lesap, langsung tidak berselera untuk makan.

Orang tua itu bertanya, "Tuan, nampak seperti ada masalah?
Boleh hamba tolong?"

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan² Sultan beserta syarat²nya kepada orang tua yang baik hati tadi.

Soalan pertama, Apakah itu dunia?

Maka dijawab orang tua tadi! "Dunia ialah apa² amalan yang kita buat untuk ditinggalkan. Hal ini diketahui oleh hati masing²lah!"

Soalan kedua, Apakah itu akhirat?

Maka dijawab orang tua tadi! "Akhirat ialah apa² amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa² maksud dunia di dalamnya. Ini pun diketahui oleh hati masing²lah!"

Dan soalan ketiga, Apakah itu iman?

Maka org tua itu pun memberitahu, Akan aku bagitahu petang nanti selepas solat Asar!

Bila waktu Asar, Mereka Solat Asar berjemaah dan selepas solat, si Menteri terus bertanya, "Apa itu iman?"

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa² makanan tengahari.

Orang tua itu memberi syarat sebelum menjawab soalan yang ketiga, Dia mesti mkn bersama anjing² itu.

Si Menteri berfikir berkali². Makan dengan anjing ini, najis berat. Tidak makan pasti jawatan akan lesap, harta akan melayang dan hidup menjadi susah dan melarat!

Hendak dapat kerja lain bukan senang sekarang ini. Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun membuat keputusan untuk makan bersama anjing² itu.!

Apabila sahaja si Menteri duduk untuk makan bersama anjing² itu, orang tua tadi pun memegang kolar baju si Menteri seraya berkata,

"Wahai Tuan.! Inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, mereka sanggup kerugian segala hal dunianya dan tetap tidak akan sanggup melanggar perintah Allah.!

Akan tetap mereka yang tidak ada iman, akan sanggup melanggar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.!"


ref: 
ISLAM Agamaku™
....

Tiada ulasan: