Ahad, 6 Mei 2018

Undi kita hari ini untuk generasi depan kita - Cita-cita negara maju yang tertangguh dari W2020 kepada TN2050. 7468.


PAKAR EKONOMI, RAMON NAVARATNAM MINTA RAKYAT SOKONG PH

Tokoh Ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam ketika ditemubual oleh wartawan MalaysiaGazette.Com di pejabatnya. Foto/SAFWAN MANSOR. 03 FEB 2013

Pakar ekonomi, Ramon Navaratnam minta rakyat sokong PH

Para penyokong Pas diajak untuk berfikir dengan wajar dalam pilihan raya ini dengan memberikan undi kepada Pakatan Harapan setelah Pas tidak mempunyai peluang untuk menang.
“Jika anda mahu menyokong Pas, teruskan menyokong mereka, tidak ada masalah.
“Tetapi untuk PRU 14 ini, undi Pakatan Harapan,” kata Tan Sri Ramon Navaratnam, pakar ekonomi yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.
Bagi beliau, semua orang tahu dengan jelas, Pas tidak mempunyai cukup sokongan dan pengaruh untuk menang kali ini.
“Anda tahu dengan pasti bahawa Pas tidak mempunyai cukup pengaruh untuk menang. Sekurang-kurangnya tidak di Sabah dan Sarawak.
“Mengundi Pas hanya memecahkan undi dan memberikan kemenangan kepada BN,” katanya.
Sokongan untuk BN menurun untuk semua kaum. Manakala Pas tidak cukup pengaruh untuk menang.
Kenyataan Ramon ini selari dengan kajian yang dibuat oleh beberapa badan kajian termasuk Merdeka Centre dan juga Institut Darul Ehsan (IDE).
Menurut IDE, mengundi Pas bermakna menghalang PH menang besar di Selangor kali ini ketika Pas tidak berpeluang untuk menang.
Menurut Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, BN hanya boleh menang tujuh kerusi sahaja di Selangor.
“Yang lain, kalau menang pun atas pertolongan Pas,” kata Redzuan dalam perbentangan hasil kajian IDE.
Ramon juga merayu agar penyokong BN memberikan undi kepada Pakatan Harapan kali ini.
“Jika anda ahli BN yang setia, tidak ada masalah. Kekalkan kesetiaan anda tetapi bersatulah dengan lain-lain rakyat Malaysia untuk mengajar pemimpin anda.
“Mereka telah mengabaikan anda selama ini. Selepas ini mereka akan bersama anda dengan lebih kuat lagi, dan yang lebih penting lagi untuk anak cucu anda.
“Undi lawan mereka kali ini. Jadikan mereka pembangkang yang kuat yang tidak pernah ada sebelum ini,” kata beliau dalam tulisan itu. 
ref: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PAKAR EKONOMI, RAMON NAVARATNAM MINTA RAKYAT SOKONG PH

...

Tiada ulasan: