Rabu, 23 Mei 2018

Tinggalan umno untuk tabung tembolok mereka was close dan badan politik umno was die. 7006.


Alhamdulillah ,,, In Syaa Allah seleweng dana dan kuasa di kampung-kampung pun dapat ditamatkan serta dorang kebanyakannya pro umno sakan. Kuasa bertindan agensi dihapuskan dan pemakan gaji buta dikuburkan. Profesor pun meninggal dan membawa sama kangkungnya. Aamiin. 

Wednesday, May 23, 2018

PM UMUM BUBAR JKKK, PEMANDU, SPAD, JASA, MAJLIS PROFESOR NEGARA

Posted By: Pentadbiron: May 23, 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan – Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau membuat pengumuman itu semasa sidang akhbar mesyuarat pertama Kabinet yang baru hari ini, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Dalam kes JKKK yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, perdana menteri berkata jawatankuasa berkenaan menjadi terlalu berunsur politk sedangkan peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan lain.

Sementara itu, peranan SPAD akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, proses penamatan penjawat awam lantikan kontrak yang berkaitan politik akan diteruskan namun kerajaan akan mengambil kira golongan yang berpendapatan rendah

ref: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PM UMUM BUBAR JKKK, PEMANDU, SPAD, JASA, MAJLIS PROFESOR NEGARA

Wednesday, May 23, 2018

GAJI MENTERI DIPOTONG 10% – TUN MAHATHIR

Gaji menteri dipotong 10% – Tun Mahathir

Posted By: Pentadbiron: May 23, 2018 Print Email

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji jemaah menteri akan dipotong sebanyak sepuluh peratus.

Beliau berkata ia bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap masalah kewangan kerajaan.

“Jemaah menteri setuju supaya gaji menteri dipotong 10 peratus…(Potongan) ini berdasarkan gaji asas,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya pagi ini.

Beliau berkata sesetengah pegawai kerajaan kini mendapat gaji lebih tinggi daripada menteri kabinet.

Namun, katanya lagi, kabinet tidak bercadang untuk menaikkan gaji anggotanya.

“Ini tabiat saya. Ketika pertama kali menjadi perdana menteri (pada 1981), perkara pertama yang saya buat adalah potong gaji menteri dan pegawai kanan kerajaan,” katanya lagi.

ref: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: GAJI MENTERI DIPOTONG 10% – TUN MAHATHIR
Wednesday, May 23, 2018

LEBIH PERUNTUKAN KEMENTERIAN KESIHATAN SELESAI MASALAH

Posted By: Pentadbiron: May 23, 2018 Print Email
Lebih peruntukan Kementerian Kesihatan selesai masalah

Kementerian Kesihatan akan memohon lebih peruntukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi kementerian itu ketika ini.

Menteri Kesihatan yang baharu dilantik, Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara masalah utama dihadapi kementerian ialah proses penempatan graduan perubatan sebagai pegawai perubatan siswazah atau ‘housemanship’, harga ubat mahal, tempoh menunggu pesakit di hospital dan sasaran mencapai nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk menjelang 2030.

“Masalah ini berikutan peruntukan diterima Kementerian Kesihatan dalam Bajet 2018 tidak mencukupi untuk menanggung kos yang ditanggung kementerian membabitkan isu-isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat dan mendengar taklimat daripada Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan anggota pengurusan tertinggi kementerian itu semalam.

Dzulkefly berkata kementerian juga akan memberi perhatian serius terhadap isu kebajikan serta beban kerja kakitangan profesional perubatan dan akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasinya nanti.

“Ini cabaran dihadapi kementerian ekoran daripada peruntukan bajet yang tidak mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Dzulkefly berkata beliau juga merancang melaksanakan Skim Peduli Sihat yang dilaksanakan di Selangor untuk diperkenal ke seluruh negara bagi memenuhi manifesto Pakatan Harapan dalam memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Di Selangor, rakyat berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan yang berdaftar dengan Skim Peduli Sihat akan menerima rawatan hospital secara percuma, katanya. 

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: LEBIH PERUNTUKAN KEMENTERIAN KESIHATAN SELESAI MASALAH

Nie part meracau... sebab tidak terpilih sebagai calon PRUM 14. So late nak bunyi bagai. Xngam dengan H2O kot... tanya jer. sekian. 

Punca Umno kalah: Najib tidak dengar desakan letak jawatan
Posted By: Pentadbiron: May 23, 2018 Print Email

Bekas timbalan menteri dalam negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa Datuk Seri Najib Razak enggan meletakkan jawatan sebagai presiden Umno susulan kekalahan besar parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini sehinggalah beliau dipaksa melakukan sedemikian.

“Walaupun selepas kami kalah pilihan raya, beliau enggan meletakkan jawatan sebagai presiden parti sehinggalah beliau dipaksa melakukan sedemikian pada 12 Mei,” katanya kepada FMT.

Nur Jazlan yang kalah di kerusi Parlimen Pulai di Johor kepada Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, berkata ahli Umno mahu Najib meletakkan jawatan secara sukarela, seperti bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini untuk memastikan parti itu “tidak berpecah”, katanya.

Susulan kehilangan majoriti 2/3 untuk Barisan Nasional pada 2008, Abdullah memutuskan untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada penggantinya yang terpilih bagi mengambil alih parti pemerintah yang kelihatan semakin lemah selepas 5 dekad berkuasa.

Apabila disoal sama ada terdapat seruan sama terhadap Najib meletakkan jawatan sebelum PRU pada 9 Mei, Nur Jazlan berkata:

“Bagaimana anda tahu sama ada kami ada melakukan sedemikian? Apa pun, beliau tidak mendengar.”

Apabila ditanya berkenaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memanggil Najib untuk disoal tentang bagaimana RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, dimasukkan ke dalam akaun banknya, Nur Jazlan berkata: “Mereka hanya menjalankan tugas.”

SRC ditubuhkan pada 2011 oleh kerajaan untuk mendapatkan pelaburan luar dalam sumber tenaga, dan merupakan unit 1MDB sehinggalah ia dipindahkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Nur Jazlan baru-baru ini memberitahu akhbar The Sun, Najib seharusnya dapat meramal kejatuhan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau mengaitkan kekalahan mnegejutkan itu dengan kegagalan Najib menjelaskan dakwaan korupsi terhadapnya dan isu-isu berkaitan 1MDB.

Beliau juga berkata Najib sepatutnya tahu berkenaan perkara itu berdasarkan komen-komen di media sosial tentang isu dikaitkan dengan dirinya dan keluarga.

Nur Jazlan mengulas kenyataan Najib yang pemimpin BN sepatutnya lama bersuara jika mereka fikir pimpinannya bermasalah.

Ia selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata Umno sudah tidak nampak realiti dengan memikirkan ia tidak akan kalah.

Nur Jazlan berkata Najib seharusnya mampu menjawab semua dakwaan terhadap dirinya dan keluarga semasa beliau berkhidmat sebagai perdana menteri kerana ini akan memulihkan kredibiliti parti

ref: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PUNCA UMNO KALAH: NAJIB TIDAK DENGAR DESAKAN LETAK JAWATAN


Wednesday, May 23, 2018


USAHA BAWA PAS SERTAI PH? 

Ada usaha dilakukan orang ketiga yang merupakan salah seorang bekas pemimpin tertinggi Pas untuk membawa Pas bersama Pakatan Harapan. 


Keperluan itu difahamkan untuk kebaikan dua pihak, menstabilkan kerajaan Pas di Kelantan dan Terengganu dan ia juga memastikan Dr Mahathir Mohamad mentadbir dengan baik. Kedudukan dua kerajaan Pas di Kelantan dan Terengganu itu tidak berada dalam kondusif sekiranya Pas terus dengan sikapnya kini, berada di luar kerajaan. 


Makanya pendekatan persefahaman perlu dibentuk segera. Alasan usaha itu juga kononnya bagi mengukuhkan kedudukan Dr Mahathir yang disifatkan sebagai berada dalam keadaan tidak mantap


Tidak dijelaskan apakah maksud tidak mantap itu ia berkemungkinan ada gangguan dari dalaman terhadap Dr Mahathir? Usaha ini bagaimana pun peringkat awal, ia belum dibawa kepada pimpinan teratas Pas dan juga Dr Mahathir. 


Dalam pada itu disyaki permintaan MB Kelantan Ahmad Yakob untuk bertemu dengan Dr Mahathir bagi membincangkan isu-isu berkaitan Federalisme ada sangkut paut dengan usaha berkenaan? MSO


ref: 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: USAHA BAWA PAS SERTAI PH?

Rumah Pengerusi Tabung Haji diserbu SPRM rampas RM500k, barang kemas - Azeez sahkan SPRM serbu rumah, pejabatnya
MALAYSIA DATELINE 
Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan rumah dan pejabat beliau diserbu oleh SPRM dan beberapa dokumen dan fail telah dirampas.

“Mereka datang ambil fail dan sedikit dokumen,” kata Azeez kepada laman aplikasi berita, Malaysia Decides.

Bagaimanapun, kata Azeez, SPRM tidak menyerbu pejabat beliau di Tabung Haji.

Azeez juga mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tavbung Haji dan surat mengenainya telah diserahkan kepada pihak pengurusan Tabung Haji.

Sementara itu, Malaysiakini pula melaporkan, Abdul Azeez berkata dia perlu menyemak semula jumlah wang tunai dan barangan kemas yang dilaporkan dirampas kerana dia tidak berada di rumah ketika kejadian.

“Mungkin ada wang tunai (yang dirampas). Saya perlu semak semula kerana saya tak ada di rumah di Baling.

“Saya akan semak dan maklumkan semula,” kata pengerusi Lembaga Tabung Haji itu kepada Malaysiakini.

Abdul Azeez berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan Malay Mail yang memetik sumber SPRM sebagai berkata bahawa pegawai siasatan merampas lebih setengah juta wang tunai, beberapa dokumen dan barang kemas ketika serbuan berkenaan.

Diminta mengulas lanjut, Azeez hanya berkata “saya tidak tahu.” Abdul Azeez perlu semak jika SPRM rampas RM500k, barang kemas Alyaa Alhadjri 

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengesahkan bahawa pejabat parlimen dan rumahnya di Baling, Kedah diserbu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketika dihubungi, Abdul Azeez bagaimanapun berkata dia perlu menyemak semula jumlah wang tunai dan barangan kemas yang dilaporkan dirampas kerana dia tidak berada di rumah ketika kejadian.

"Mungkin ada wang tunai (yang dirampas). Saya perlu semak semula kerana saya tak ada di rumah di Baling. "Saya akan semak dan maklumkan semula," kata pengerusi Lembaga Tabung Haji itu kepada Malaysiakini.

Abdul Azeez berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan Malay Mail yang memetik sumber SPRM sebagai berkata bahawa pegawai siasatan merampas lebih setengah juta wang tunai, beberapa dokumen dan barang kemas ketika serbuan berkenaan.

Diminta mengulas lanjut, Azeez hanya berkata "saya tidak tahu." Dia bagaimanapun berikrar akan memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan SPRM itu. "Sudah tentu (saya akan beri kerjasama). Tapi mereka tidak maklumkan sama ada mereka akan panggil saya," katanya. 

Berita Harian awal hari ini memetik Pengarah SPRM Perlis Mohd Shukor Mahmud yang juga mengesahkan serbuan di rumah dan pejabat Azeez. "Serbuan itu dilakukan oleh SPRM Putrajaya. SPRM Perlis sekadar membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.

"Kes apa yang dia disiasat, itu perlu rujuk kepada Putrajaya. Kes ini dikendalikan oleh Putrajaya," kata Mohd Shukor dipetik sebagai berkata.

ref: at 5/23/2018 05:00:00 PTG 
KERENGGA: Rumah Pengerusi Tabung Haji diserbu SPRM rampas RM500k, barang kemas
o
o
o
o
o

Tiada ulasan: