Rabu, 23 Mei 2018

Sejarah terpahat Pasangan suami isteri pernah dan telah menjadi TPM di era Tun Mahathir menjadi PM Malaysia. 7705.


Bismillahi Walhamdulillah

Utusan Melayu biar dorang terus jadi Utusan Meloya. Gugur nama Melayu tu lagi afdal. Buat malu Melayu sahaja. Melayu penipu kerrr? Puas hati bohong orang-orang kampung dan felda sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia? Biar minda mereka xberkembang? Senang hendak tipu? Senang nak keramatkan umno? Pegeeeedaaaa. Walhal harta warisan mereka telah tergadai, eg felda, fgv, harga komoditi sawit dan getah.  

Akhirnya senjata makan tuan bila semua organisasi lupa Kuasa Allah Subhanahuwatalla. Nauzubillahminzalik. Tujuannya takdir dan ketentuan Allah Subhanahuwatalla itu nak tengok hamba² Nya bertaubat., wartawan², wartawan² penyiaran yang cari makan sekarang dan dulu-dulu tu dapat rezeki halal dan diberkati Allah Subhanahuwatalla Termasuk kepala-kepala dan yang bersubahat. 

Ramai-ramai buat macam Karnibal Hari Raya yang korang buat kat tv tuu minta ampun terbuka sebab menipu bulat², bersekongkol dengan penguasa tegar penipu. Siarkan di tv selama seminggu. Tak ada alasan teknikal tekanan dari atasan. Cara tidak menghalalkan hukum. Bayangkan berapa ramai orang yang kalian tipu itu telah kembali ke Rahmatullah. Dosa xberampun beb. Noktah.

Wassalam.
3v0 Malaysia. 



ade kwn wsp: “Dlu² mak pesan klu xtahan separuh hari jer.” adekew huhuhu
SISI BUKIT
keadilan,kebenaran,kebersamaan

NIK OMAR DATANG TAIPING PADA 28 MEI.

Ralat: Atas masalah teknikal Ustaz Nik Omar datang Taiping ditunda pada 28 Mei, Isnin. In Syaa Allah. 

ref:
Nik Omar datang Taiping pada 28 Mei. | SISI BUKIT


Gomen Najib guna wang rakyat 'bailout' hutang 1MDB...

Najib dan kerajaan BN telah membuat satu pembohongan besar-besaran kononnya program rasionalisasi adalah untuk membayar hutang2 

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan syarikat 1MDB menerima RM6.98 bilion dalam bentuk ‘penyelesaian’ (bailout) oleh kerajaan ketika ditadbir Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Kementerian Kewangan telah membuat ‘pembayaran’ bagi pihak 1MDB berjumlah RM6.98 bilion.

Jumlah itu termasuk pembayaran yang dibuat kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.

“Ini mengesahkan kecurigaan umum bahawa 1MDB sebenarnya telah berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa kononnya dibayar melalui ‘amalan rasionalisasi yang berjaya’.

“Perkara sebenarnya, selama ini pihak kementerian yang telah melakukan bail out kepada 1MDB,” kata Guan Eng pada sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Beliau turut mendedahkan perkara penting yang perlu diselesaikan dalam kadar segera ialah pembayaran faedah pinjaman 1MDB sebanyak RM143.75 juta yang perlu dibayar 1MDB itu pada 30 Mei 2018.

“Justeru saya telah memberi arahan kepada Arul Kanda untuk menjelaskan sama ada 1MDB mampu untuk membayar sejumlah wang tersebut,” katanya.

Menurutnya, Arul Kanda masih kekal sebagai Presiden dan CEO 1MDB sehingga 30 Jun 2018.


Selain jumlah faedah pinjaman RM143.75 juta yang perlu dilangsaikan hujung bulan ini, Guan Eng berkata terdapat sejumlah RM810.21 juta lagi kadar faedah antara September dan November 2017 perlu dibayar. 
Duit2 dibayar oleh Kementerian Kewangan bagi pihak 1MDB. Melalui 1MDB dia ambik loan, duit loan tu  dijoli sakan dek Najib dan gang. Hutang 1MDB pula dia guna duit rakyat untuk membayarnya,ya duit U and me... Najib kepada najib, najib say wait, than najib luluskan kepada najib. 

Sementara itu, pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan mendakwa mereka dihalang daripada mengakses "fail sulit merah" tertentu oleh pentadbiran BN sebelum ini ketika menjalankan kewajipan profesional mereka dengan integriti.

"Terdapat juga aduan bahawa 'fail sulit merah' tertentu hanya boleh diakses oleh orang tertentu, yang menghalang pegawai dan juruaudit menjalankan kewajipan profesional mereka dengan integriti," kata Lim pada sidang akhbar di kementerian kewangan hari ini.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah memperdaya orang awam mengenai beberapa perkara kontroversi terutama berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malah telah menyalahlaporkan mengenai kedudukan kewangan negara di Dewan Rakyat.


Lim bekata, beliau dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa bahawa penyelesaian faedah pinjaman 1MDB itu adalah antara perkara paling penting diselesaikan di tempoh-tempoh awal lantikannya. - mk/ Roketkini.com 
Restricted 'red files' and 1MDB...

Finance Ministry top officials were barred from accessing certain "red files" and prevented by the previous BN administration from carrying out their professional duties with integrity.

Finance Minister Lim Guan Eng said he received the complaints during a series of meetings today with all senior Treasury officials, led by deputy treasurer-general Siti Zauyah Mohd Desa.

Since clocking in for his first day in office this morning, Lim said he also met with auditor-general Madinah Mohamad and her team of officers.

"Both of them briefed me on the current status of the nation's finances and the shocking revelation that they were not able to access certain accounts and reports.


"There were also complaints that certain 'red files' were only accessible to certain parties, which impeded officials and auditors from carrying out their professional responsibilities with integrity," he said at a press conference at the Finance Ministry today. 
As such, the finance minister said that he has issued a directive that all accounts must now be opened to both the Treasury and the auditor-general, and there is an ongoing process of consolidating previously inaccessible figures.

"It is clear that the previous government has conducted an exercise of deception to the public about certain hot-button items, especially 1MDB, and even misrepresented the financial situation to Parliament," he stressed.

Lim, meanwhile, also confirmed a statement made by Prime Minister Dr Mahathir Mohamad yesterday that the country's national debt has exceeded RM1 trillion.

"Yes, I would like to confirm what Tun said, the debt is indeed above RM1 trillion and I think this (figure) will be reviewed during our discovery exercise when all relevant departments can start consolidating their numbers and accounts.


"Because right now certain accounts and files are not accessible," he said. 
Meanwhile on 1MDB Lim Guan Eng wants 1MDB CEO Arul Kanda Kandasamy to ensure that the company can fork out RM143.75 million for an upcoming interest payment due on May 30.

Lim said that this was based on Arul's insistence under the previous BN administration that 1MDB was capable of paying its own debts, though it has now been revealed the company received almost RM7 billion in bailouts.

"I have been informed by deputy treasurer-general Siti Zauyah Mohd Desa that among the most urgent items to be resolved in my first days of office is the payment of interest for 1MDB borrowings.

"This is because the amount of RM143.75 million is due to be paid by 1MDB next week.

"Arul Kanda has to date insisted that 1MDB is fully able to service its debt obligations. Therefore, I have given instructions for Arul Kanda to brief and clarify if 1MDB is able to pay the above sum due next week," he told a press conference in Putrajaya today.


Lim added that another RM810.21 million in interest from 1MDB's debts are due between the months of September and November. - mk 
Pembongkaran KP SPRM siasatan 1MDB, SRC
Patutlah Kita Ditipu Hidup-Hidup...




Kuih raya. 
cheers.

ref: 
tumpang sekole...?: Gomen Najib guna wang rakyat 'bailout' hutang 1MDB...
23/05/18
Tidak UG Pas membuat keputusan tepat
DALAM tempoh dua hari selepas PRU14, ramai orang tertanya-tanya: Adakah Pas akan bergabung dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Kedah dan Perak?

Ini berikutan keputusan pilihan raya yang meletakkan politik di dua negeri itu dalam situasi tidak menentu.
Di Kedah, PH gagal mendapat 19 daripada 36 kerusi Dun minimum untuk membentuk kerajaan manakala di Perak, pakatan itu hanya mendapat 29 kerusi Dun berbanding minimum 30 kerusi majoriti mudah.

Dengan bekalan 15 kerusi Dun di Kedah, Pas dilihat mempunyai ruang untuk memujuk tiga Adun BN menyokong parti itu ‘merampas’ peluang membentuk kerajaan.

Namun mujur pimpinan Pas bertindak bijak. Meskipun parti itu boleh dikira sudah hampir ke pintu kuasa, mereka lebih rela untuk terus bergerak sebagai pembangkang daripada memilih jalan tidak bermaruah.

Bayangkan, apa pandangan rakyat dan bagaimana masa depan Pas jika keadaan menjadi sebaliknya?

Sekiranya mereka memilih jalan untuk menumbangkan kerajaan bermajoriti tipis di luar proses pilihan raya, imej sebagai parti yang memperjuangkan Islam sudah pasti terjejas teruk.

Kekal membangkang dengan kekuatan 15 kerusi di Dun Kedah dan hanya berbeza tiga kerusi dengan parti pemerintah sebenarnya telah membuka laluan yang selesa bagi Pas untuk hadapi PRU15.

Ini dengan syarat mereka harus menunjukkan prestasi sebagai pembangkang yang konstruktif dan berkesan dalam persidangan dewan selain pada masa yang sama proaktif dalam mengambil tahu masalah rakyat.

Di Perak, situasinya hampir serupa. Pas dengan tiga kerusi Dun berbanding 29 (PH) dan 27 (BN) tiba-tiba menjadi kuasa penentu (kingmaker).

Apa yang menarik dalam kes di Perak, pimpinan Pas bukan sahaja tidak mencadangkan kerjasama atau gabungan secara bilateral sama ada dengan PH atau BN sebaliknya membawa satu gagasan yang begitu ideal, Kerajaan Perpaduan Tanpa Pembangkang (KPTP) sebagai solusi.

Bagi tukang tulis, idea itu mungkin sukar untuk dilaksanakan dalam keadaan sekarang tatkala PH yang baru mendapat kuasa sedang ghairah mahu memerintah, namun gagasan itu harus dikaji dan mungkin ada keperluan untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Dari sudut yang lain, ada kemungkinan idea itu dikemukakan sebagai pendekatan berhemah oleh pimpinan Pas yang memahami bahawa kuasa melantik Menteri Besar adalah prerogatif Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Hakikatnya, dari sudut mana pun ia dilihat, pendekatan pimpinan Pas dalam menghadapi situasi di Kedah dan Perak telah membawa politik kita ke satu dimensi yang lebih maju dan menarik.

Ini yang membezakan Pas dengan parti-parti lain. Pimpinan Pas perlu sentiasa membuktikan mereka tidak kemaruk kuasa dan tidak pernah menjual agama untuk kepentingan politik sebagaimana yang ditohmahkan.

Pas bukan semata-mata parti politik tetapi juga adalah organisasi dakwah. Matlamat Pas sejak ditubuhkan pada 1951 adalah mahukan kuasa untuk melaksanakan pemerintahan Islam.

Justeru, kuasa harus diperoleh secara bermoral dan mengikut proses.

Kerana itu, Pas tidak boleh serupa dengan parti politik biasa yang dalam perjuangan mereka dilihat oleh sarjana Barat sebagai ‘more of the same’ iaitu ‘sama tapi tidak serupa’.

Dalam kata lain, perjuangan dan tindak tanduk setiap parti itu seakan sama, hanya parti yang berbeza.

Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini menyatakan kemenangan Pas di 18 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dun pada PRU14 telah membuktikan aspek moral semakin jadi pilihan dalam pola pengundian orang Melayu.

Maksudnya, kelompok yang boleh dikategorikan sebagai mementingkan moral semakin ramai mengundi Pas.

Ini sekali gus telah membawa harapan yang cerah untuk Pas hadapi PRU15 yang mungkin tidak cerah lagi jika pimpinannya tersilap langkah di Kedah dan Perak baru-baru ini.

Dari sudut yang lain, pertambahan kerusi Dun yang dimenangi daripada 82 kerusi (PRU12) dan 85 kerusi (PRU13) kepada 90 kerusi pada PRU14 membuktikan Pas masih kuat walaupun bergerak secara bersendirian berbanding bersama PKR dan DAP pada dua pilihan raya lalu.

Begitu juga bagi kerusi Parlimen yang mana Pas mendapat 18 kerusi pada PRU14 berbanding 23 (PRU12) dan 21 (PRU13).

Meskipun dikatakan tidak lagi mendapat undi bukan Melayu pada pilihan raya ini berbanding dua pilihan raya lalu, Pas mendapat jumlah undi yang agak membanggakan iaitu kira-kira 17% atau lebih dua juta undi  pada PRU14.

Ini menunjukkan pertambahan yang ketara dipercayai daripada kalangan pengundi Melayu/ Islam yang ‘lari’ kerana tidak bersetuju dengan tahaluf siyasi parti itu bersama DAP sebelum ini dan pada PRU14, mereka telah ‘kembali’.

Mungkin ini kumpulan yang dikatakan oleh Dr Shamsul Amri sebagai telah meningkatkan undi untuk Pas daripada kelompok yang mengutamakan moral itu.

Siapa pun mereka, kumpulan itu adalah aset terpenting untuk Pas hadapi PRU15.

Kerana itu, hati mereka perlu dijaga dan sebarang tindak tanduk yang boleh mencetuskan isu moral harus dielakkan.

 * Penulis ialah Felo di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia

ref:  Batu vs Kayu: Tidak UG Pas membuat keputusan tepat


Wednesday, 23 May 2018
Berita Gembira Untuk Rakyat

Menteri Komunikasi dan Multimedia baru, Gobind Singh Deo berkata beliau akan berusaha mewujudkan sistem jalur lebar “double the speed, half the price” (dua kali lebih pantas pada separuh harga) bagi kemudahan rakyat.
Beliau berkata pada masa ini, ramai membuat aduan berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza dengan negara maju.

Gobind yang memulakan hari pertamanya bertugas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam, berkata pihaknya akan melihat pelbagai aspek termasuk masalah dihadapi syarikat telekomunikasi dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkenaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara ini.

“Kalau kita lihat jalur lebar di negara lain, perkhidmatan yang diberikan itu taraf berbeza dengan apa yang kita (Malaysia) ada, jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh mencontohi sistem-sistem lain yang ada di luar negara. Itu adalah satu perkara yang saya akan cuba, juga sebahagian daripada pelan 100 hari,” katanya dalam rancangan Bicara Khas yang disiarkan secara langsung oleh RTM malam ini.

Justeru kata beliau, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat telekomunikasi untuk membincangkan perkara tersebut.

Gobind berkata beliau juga komited untuk menjamin kebebasan media dalam melaporkan berita dan membuat kritikan kepada kerajaan.

Beliau berkata laporan berita dengan tepat tanpa berat sebelah mampu mencorak pemikiran masyarakat, membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

“Dalam Pakatan Harapan (PH) memang kita bersandarkan kepada gelombang kita mahu menegakkan sistem kebebasan lebih kepada semua pihak dan satu aspek yang penting ialah media,” katanya.

Gobind berkata rakyat negara ini juga sudah matang untuk menonton program perdebatan di kaca televisyen bagi mendapat maklumat dan memahami sesuatu isu yang timbul.

“Kalau kita nak adakan satu debat, perbahasan, saya rasa tidak ada masalah, kita sebenarnya setiap hari ada perdebatan walaupun di kedai kopi,” katanya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Puchong yang terkenal kelantangannya di Dewan Rakyat itu turut mengalu-alukan kritikan terhadap kerajaan PH oleh pihak pembangkang ketika di Parlimen.

“Saya harap mereka diberikan ruang sepenuhnya untuk berbahas di Parlimen dan bawa isu-isu yang dekat dengan hati rakyat, kritik kerajaan kita sebagaimana perlu, kita tidak seharusnya mempunyai speaker yang menyekat pembangkang membawa isu-isu dan itu perbezaan kita dengan kerajaan terdahulu,” katanya. -  free malaysia today

ref:  Addin: Berita Gembira Untuk Rakyat

Fuh TEDia !!! "Sah! Selama ini MoF bayar hutang 1MDB" - Guan Eng
"Sah! Selama ini M0F bayar hutang 1MDB" - Guan Eng
Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 6:12 PM 

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) membayar obligasi hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak April tahun lepas, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata berdasarkan senarai pembayaran oleh MoF, bagi pihak 1MDB, berjumlah RM6.98 bilion, termasuk pembayaran yang dibuat kepada Petroleum Investment Company (IPIC) yang merupakan sebahagian daripada Perjanjian Penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.

“Ini mengesahkan syak wasangka orang ramai bahawa 1MDB sebenarnya memperdaya rakyat Malaysia dengan mendakwa hutang itu dibayar menerusi ‘proses rasionalisasi yang berjaya'.

“Selama ini MoFlah yang membayar hutang 1MDB,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan Beliau berkata senarai pembayaran setakat ini hanya melibatkan faedah, pembayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.

“Ini belum mengambil kira berbilion ringgit hutang yang perlu dibayar mulai tahun 2022.

“Saya dimakumkan bahawa selain RM143.75 juta yang perlu dibayar pada akhir bulan ini, sejumlah RM810.21 juta faedah perlu dijelaskan antara bulan September dan November tahun ini,” katanya.

Lim yang sebelum itu mengadakan siri mesyuarat bersama semua pegawai kanan Perbendaharaan yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad, mengarahkan kajian mendalam dilakukan mengenai butiran hutang dan liabiliti 1MDB dan mencadangkan langkah untuk menyelesaikan krisis yang berlaku akibat skandal tersebut.

“Kami juga akan mengemukakan hasil semakan itu kepada pasukan petugas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya

Posted by Abu Luqman at 8:43 AM 

ref:  http://kachipemas.blogspot.my/2018/05/fuh-tedia-sah-selama-ini-mof-bayar.html


Kebijaksanaan, pengalaman PM mampu bawa Malaysia kembali disegani, kata TPM
Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan   10:56 PG

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yakin kebijaksanaan dan pengalaman  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara sebelum ini mampu membawa Malaysia kembali disegani selepas ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata selaku orang baharu dalam kabinet, beliau amat teruja untuk turut serta mencurah bakti membina Malaysia baharu bersama-sama jemaah menteri yang lain.
“Saya amat teruja untuk memulakan tugas bersama-sama rakan membentuk satu pasukan yang mantap untuk membangunkan negara tercinta.

“Dengan kebijaksanaan dan pengalaman yang ada pada Tun (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad), saya yakin kita boleh mencipta lebih banyak kejayaan untuk rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melapor diri kepada Perdana Menteri di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini sebelum memulakan tugas rasmi hari pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Wan Azizah juga menyifatkan perjumpaan itu sebagai amat bermakna dan mereka berbincang beberapa perkara mengenai hala tuju untuk sama-sama menerajui kerajaan Malaysia yang baharu.

Wan Azizah tiba di perkarangan bangunan yayasan itu pada 9 pagi dan meninggalkannya 45 minit kemudian.mdl

ref:  Kebijaksanaan, pengalaman PM mampu bawa Malaysia kembali disegani, kata TPM - AGEN PERUBAHAN ®


Melayu takut Dap sebab umno yang salah. Main isu perkauman. Parti kaum dalam bn seperti MCA, MIC dan Gerakan jadi kuda tonggangan umno. 

Wednesday, 23 May 2018
DAP DALAM KONTEKS MEMBINA NEGARA DAN BAGAIMANA TUN M SEDANG CUBA MENGHILANGKAN KETAKUTAN RAKYAT KEPADA PARTI ITU

DAP selama ini hanyalah berperanan sebagai pembangkang dalam politik negara dan peranan mereka lebih terlihat dalam kecekapan serta keseriusan membangkitkan pelbagai isu demi kepentingan awam tanpa pernah jemu, meski kadangkala ganjarannya adalah lokap atau bermalam di penjara.

Meski bertahun-tahun kita menyaksikan DAP memainkan peranan yang berkesan sebagai pembangkang, parti itu juga adalah "punching bag" bagi UMNO dalam usaha menakut-nakutkan orang Melayu agar tidak lari daripada mengundi BN.

Untuk itu, DAP tidak saja sering digambarkan sebagai parti chauvinis Cina yang mengancam ketuanan Melayu, malah kadang-kadang juga dilabel sebagai komunis.

Bagi orang Melayu kampung yang kurang arif bahawa komunisne hanyalah satu bentuk fahaman, tetapi perkataan itu akan langsung dikaitkan dengan gerakan komunis dalam hutan yang sebelum ini pernah memberi ancaman gerila, keganasan serta  pembunuhan dari hutan dan memberi ketakutan kepada orang-orang Melayu.

Dengan itu, selama lebih 60 tahun, setiap kali pilihanraya umum diadakan, UMNO dan BN sentiasa dapat mengekalkan kuasanya dengan antara lain menjadikan DAP sebagai sasaran utama kempennya.

Namun demikian, bermula selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, semua itu pasti akan beruba selepas ini.

DAP bukan saja sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan, malah Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah memberi kedudukan penting kepada wakil parti itu.

Dalam pembentukan kabinet awal Pakatan Harapan, daripada empat jawatan menteri yang diberikan kepada DAP, dua daripadanya adalah posisi penting dan strategik kepada negara iaitu Kementerian Kewangan yang disandang oleh Lim Guan Eng serta  Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang dipegang oleh Gobind Singh Deo, anak kepada mendiang Karpal Singh.

Lantaran itu, perlantikan mereka itu terus menjadi bualan pro dan kontra di mana-mana juga.

Dua lagi jawatan menteri yang dipegang oleh DAP iaitu Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dan M Kulasegaran sebagai Menteri Tenaga Manusia, tidaklah menjadi isu besar atau diperbualkan sangat kerana selama ini pun wakil daripada MCA, MIC atau lain-lain parti yang biasa memegang jawatan tersebut.

Meskipun di awal kemerdekaan dulu Tun HS Lee dan Tun Tan Siew Sin pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan, tetapi bertahun-tahun kemudian semua pemegang jawatan itu adalah pemimpin Melayu daripada UMNO.

Rakyat Malaysia secara umumnya telah terbiasa bahawa mesti Melayu menjadi Menteri Kewangan, lebih-lebih lagi apabila menunggu detik pembentangan belanjawan negara setiap tahun yang menjanjikan pelbagai habuan, insentif atau pemberian.

Tetapi, tahun ini belanjawan negara tentu bakal dibentangkan oleh Lim Guan Eng, seorang pemimpin Cina daripada DAP.

Begitu juga dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau dulunya Kementerian Penerangan yang antara lain bertanggungjawab menjaga RTM, Jabatan Penerangan, JASA dan sumber berita Bernama, sejak merdeka lagi pemegang jawatannya adalah pemimpin Melayu daripada UMNO.

Namun, dengan Gobind Deo menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kementerian itu buat pertama kali dikendali oleh bukan Melayu, malah daripada DAP.

Apakah signifikannya Tun Mahathir memberi jawatan itu kepada wakil bukan Melayu daripada DAP?

Jika kita masih berfikir dalam kepompong perkauman yang tebal, kita mungkin sentiasa terdorong untuk tidak setuju dengan perlantikan oleh Tun Mahathir itu. Tetapi, jika kita rasional dan menyedari bahawa sama ada Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain adalah rakyat Malaysia juga, pertimbangan kita pasti lebih mudah untuk menerima mereka itu.

Dan itulah yang barangkali cuba ditanamkan oleh Tun Mahathir kepada kita sebagai rakyat Malaysia untuk menuju persaingan yang sihat di hari-hari yang mendatang. 

Selagi kita melihat cerminan kaum sebagai asas sesuatu perkara, selagi itulah bibit masalah dan rasa tidak setuju akan terus berakar dalam kepala kita.

Dalam hal ini, daripada langkah awal Guan Eng dan Gobind Deo sebagai menteri pada hari pertama selepas mengangkat sumpah, harus diakui bahawa kedua-duanya terlihat begitu meyakinkan dalam fungsi masing-masing.

Guan Eng dengan pendedahan RM7 bilion wang rakyat untuk menyelamatkan 1MDB di sebalik Najib Razak dan Arul Kanda sebelum ini berdegar-degar mengatakan pelan rasionalisasi telah berjaya serta Gobind Deo mahu menyediakan perkhidmatan jalur lebar internet dengan kelajuan dua kali tanda tetapi pada harga yang diturunkan separuh daripadanya, semua ini pasti memberi kegembiraan serta kelegaan kepada kita.

Terlihat bahawa  meskipun Guan Eng dan Gobind Deo bukan Melayu, kecintaan mereka kepada rakyat dan negara ini tidak berkurang sedikit pun berbanding pemimpin Melayu, malah intergiti dan wibawa mereka mungkin lebih terpuji.

Selepas ini, jika kedua-dua menteri itu terus menunjukkan komitmen dan kecemerlangan dalam berkhidmat kepada rakyat dan negara, bukan saja nama mereka akan meniti dari bibir ke bibir rakyat Malaysia, malah DAP juga akan terpahat menjadi komponen penting dalam catatan sejarah sebagai antara pembina kepada negara ini.

Tidak lain ternampak bahawa Tun Mahathir memberi tugas penting itu kepada DAP, selain bertujuan agar kita menipiskan salut-salut perkauman dalam pemikiran kita, ia juga untuk kita membiasakan menerima DAP sebagai antara penyumbang kepada pembangunan negara, seterusnya membuang ketakutan atau stigma buruk terhadap parti itu.

DAP yang didakwa sebagai chauvinis, perkauman, ektremis dan pengancam kepada orang Melayu akan perlahan-lahan diterima baik oleh seluruh rakyat berdasarkan sumbangannya dalam sama-sama membina negara, malah UMNO dan BN bakal kehilangan senjata utama dalam kempennya mulai pilihanraya akan datang.

Ini satu lagi antara sumbangan terbesar Tun Mahathir buat masa depan rakyat Malaysia, meskipun tempoh masa beliau menerajui kerajaan Pakatan Harapan baru saja mencecah dua minggu. (ShahbudinHusin 23/05/2018).

ref:  Shahbudin dot com: DAP DALAM KONTEKS MEMBINA NEGARA DAN BAGAIMANA TUN M SEDANG CUBA MENGHILANGKAN KETAKUTAN RAKYAT KEPADA PARTI ITU

Wednesday, May 23, 2018
Dr Mahathir usah lama menjera hati rakyat negeri sebelah Timur banjaran Titiwangsa
ULASAN KABINET
Azan, Husam, Aziz dan Fauziah perlu diberi perhatian.

NASIB negeri-negeri di sebelah timur banjaran Titiwangsa; Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak sebaik nasib negeri-negeri di sebelah barat banjaran itu; Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Dalam kabinet Harapan, kerajaan baru, negeri-negeri di sebelah barat banjaran Titiwangsa yang menang besar dalam Piraum lalu mendapat hadiah istimewa apabila wakil rakyat mereka dilantik menjadi menteri. Walaupun pelantikan menteri bukan sesuatu yang didambakan, tetapi pelantikan itu boleh dianggap saguhati dan penghargaan kepada rakyat negeri-negeri itu yang padu menyokong PH.

Dengan adanya wakil rakyat menduduki jemaah menteri, sudah pasti berlaku timbunan projek ke negeri-negeri tersebut kerana sudah menjadi kebisaan menteri akan menumpukan pembangunan di kawasan masing-masing. Negeri yang wakilnya tidak ada dalam kerajaan (Kabinet) biasanya akan berputih mata atau mengharap baksis daripada menteri lain.

Negeri Selangor memonopoli dalam hal ini apabila lima orang wakil rakyatnya dilantik menjadi anggota kabinet; Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan) dilantik menjadi TPM merangkap Menteri Kebajikan dan Pembangunan Wanita, Mohamad Sabu (Kota Raja), Menteri Pertahanan, Gobind Singh Deo (Puchong) Menteri Komunikasi dan Multi Media, Zuraidah Kamaruddin (Ampang) Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) Menteri Kesihatan.

Selepas Selangor negeri Johor menjadi negeri kedua memperolehi lebih seorang menteri, Muhyiddin Yassin (Muar), Menteri Dalam Negeri dan Salahuddin Ayub (Pulai) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Lain-lain negeri masing-masing mendapat seorang sahaja menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng (Bagan), Menteri Kewangan, Perak, M Kulasegaran (Ipoh Barat), Menteri Sumber Manusia, Negeri Sembilan Loke Siew Fook (Seremban) Menteri Pengangkutan, Negeri Kedah Dr Mahathir Mohamad (Langkawi ) sebagai Perdana Menteri manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rina Mohd Harun (Titiwangsa) Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Negeri lain di sebelah barat banjaran Titiwangsa yang wakil rakyatnya belum dilantik menjadi kabinet ialah Melaka dan Perlis. Mungkin tiada wakil rakyat dari Perlis akan dilantik kerana negeri itu masih dibawah BN. BN kalah teruk dalam Piraum lalu dan bekas PM pula sedang berhadapan dengan siasatan skandal 1MDB. Oh..

Jika dilihat komposisi kabinet itu ia semacam tidak adil dan tidak mencerminkan wajah Malaysia. Bagaimana pun ada alasan untuk Dr Mahathir tidak memberi tumpuan kepada negeri-negeri di sebelah timur banjaran Titiwangsa kerana kesemua negeri-negeri itu tidak dimenangi PH. Terengganu dan Kelantan dimenangi oleh Pas manakala Pahang kekal kepada BN. Bagaimana pun di Pahang beberapa kerusi dimenangi oleh PH.

Warna kabinet Dr Mahathir setakat ini sedikit sebanyak mengilankan terutamanya bagi rakyat Terengganu dan Kelantan. Dr Mahathir perlu menggunakan kaedah lain untuk melantik wakil  kabinet dari kedua-dua buah negeri itu. Di Pahang tidak menjadi masalah kerana ada kerusi parlimen di menangi oleh PH; Indra Mahkota (Saifuddin Abdullah), Temerloh (Mohd Anuar Tahir), Raub (Tengku Zulpuri Shah Raja Puji) Kuantan (Fauziah Salleh) dan Bentung (Wong Tack).

Jika diikutkan logik sepatutnya kabinet pertama Dr Mahathir itu sudah mengambil kira kedudukan negeri Pahang. Salah seorang wakil rakyat perlu dilantik menjadi anggota Kabinet untuk tidak menampakkan ia sengaja diabaikan. Mungkin Dr Mahathir ada perkiraan lain, atau pun kerana nama-nama mereka tidak diangkat oleh parti masing-masing disebabkan kedudukan atau senioriti mereka.

Mungkin untuk Kelantan dan Terengganu ia boleh diabaikan buat sementara (sebagai mendera) kerana di negeri itu tidak ada satu kerusi parlimen bahkan kerusi negeri juga tidak dimenangi oleh PH. Kekalahan sipir Kelantan dan Terengganu itu menunjukkan pengundi di negeri itu tidak bijak berpolitik atau mereka tidak memerlukan wakil dalam kabinet.

Adalah tidak adil sekiranya kekalahan di Kelantan dan Terengganu itu dijadikan faktor untuk Dr Mahathir tidak melantik sesiapa untuk menganggotai kebinetnya. Walaupun kesemua calonnya kalah tetapi masih ada mekanisme lain untuk melantik mereka menyertai kabinet dengan melantik menjadi ahli Dewan Negara.

Mungkin hal ini dalam perhatian Dr Mahathir. Kita tidak terfikir Dr Mahathir akan melupai hakikat dan keperluan ini. Tokoh-tokoh utama PH di Kelantan seperti Pengerusi PH, Husam Musa, timbalannya, Kamaruddin Md Noor, Nordin Salleh dan Aziz Kadir boleh dipertimbangkan untuk menyertai kabinet atau dilantik memegang apa-apa jawatan setaraf dengan kedudukan menteri demi masa depan PH di Kelantan.

Misalnya peranan dan tanggungjawab dimainkan Husam di Kelantan tidak boleh diperkecilkan dan peranannya perlu dihargai. Apa lagi semasa pembentukan PH dahulu Husam antara pemin utamanya. Begitu juga dengan pemuka parti PH di Terengganu, Azan Ismail, Raja Baharin Shah dan lain-lain juga boleh diambil kira.

Kita yakin dan percaya 10 orang lagi anggota kabinet dicadangkan dan belum isi Dr Mahathir orang-orang ini akan diambil kira sebagai untuk menjadikan komposisi kabinetnya menyeluruh di semua negeri.

Dengan mengambil kira dua peruntukan menteri masing-masing satu dari Sabah dan Sarawak yang terdapat lapan anggota lagi diperlukan dalam kabinet yang bersaiz kecil itu. Kekosongan lapan anggota Kabinet itu mungkin ia akan diisi oleh nama-nama atau tokoh disebut tadi.

Diharap rakyat di kedua buah negeri itu Kelantan dan Terengganu khasnya ahli dan penyokong PH bersabar dan berdoa. Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaknya ia. Dengar lagu Ahmad Jais berjudul "Mengharap Sinar Menelan Kabus". Betapa pun luas luka di hati jika diubati ia insya-Allah akan sembuh.

Dr Mahathir juga mungkin akan mengwujudkan timbalan menteri yang akan menjadi pembantu kepada menteri-menteri tertentu. Mungkin tidak semua menteri mempunyai timbalan. Sebagai mengemaskan komposisi ini menampakkan wajah Kabinet Harapan yang menyeluruh mana-mana wakil rakyat akan diambil mengikut negeri untuk mengisi jawatan berkenaan. [wm.kl.12:25 pm 23/05/18]

Posted by mohd sayuti Omar at 12:57:00 PM 
ref:  .: Dr Mahathir usah lama menjera hati rakyat negeri sebelah Timur banjaran Titiwangsa


PANAS!!! Rumah perisik wanita kepada Najib diserbu
MALAYSIA DATELINE

Sebuah rumah milik pegawai wanita berpangkat tinggi yang dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserbu hujung minggu lalu.

Menurut laporan Malaysia Decides, wanita tersebut merupakan ketua unit pasukan perisik, Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan telah menerima beberapa dokumen penting dua hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Wanita itu dilaporkan sedang bercuti sementara menunggu siasatan ke atas Najib.

Portal berita itu turut melaporkan bahawa polis Bukit Aman turut menyerbu rumahnya di Seri Kembangan.

Mereka juga menyita dua buah bangunan di Putrajaya dan Jalan Bellamy yang dipercayai digunakan untuk menjalankan operasi tersebut.

Bagaimanapun, tiada dokumen ditemui.

Menurut sumber kerajaan yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysia Decides, pasukan itu mendapat pembiayaan besar-besaran dan digunakan untuk mengesan pengkritik kerajaan di dalam dan luar negara.

Pegawai tinggi itu yang mempunyai 300 orang anggota hanya melaporkan kepada Najib sahaja.

“Ia pada dasarnya sebagai agensi pengintip, dan semua aktivitinya untuk menjaga kuasa Najib,” lapor portal itu.

ref: at 5/23/2018 02:00:00 PTG 
KERENGGA: PANAS!!! Rumah perisik wanita kepada Najib diserbu



























oooooooo

Tiada ulasan: