Ahad, 27 Mei 2018

Tragedi penguasa pencuri dalam Kerajaan Malaysia. 7716.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat Tun M terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.

Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg utara, LGE tak berani menjawab..

Tun bertanya lagi... cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa kedahnya semakin pekat.

LGE, cukup Tun untuk rakyat cukup,

Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu (kalau) nak bagi 20% royalti minyak?

LGE dalam proses Tun.

Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat brim dan royalti tu.

Errr...pasal Tol tu tun? Takpa tu nanti saya panggil konsenssi tgk macam mana kita forfeited kos depa..

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun M mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangannya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana Najib, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tun M.

ref:

Macai umno pembangkang - xpernah jawab soalan bonus. 
Paling hebat maki hamun, melebel, beremosi dan berhujah di luar kotak pemikiran matang.  
 Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion.
Alhamdulillah telah Allah takdirkan dan tentukan menjadi realiti 
untuk masa depan Bumi Allah., Malaysia. 
Rabu - Rakyat akan buang umno  
Macai umnolah yang mengundi PRU14 untuk kekalkan GST 6%. 










Peristiwa







Back

Perletakkan Batu Asas Pusat Peranginan Genting

Pada hari ini dalam tahun 1969, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman telah meletakkan batu asas bangunan Hotel Genting di Genting Highlands, Pahang. Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor. Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, YB Tun V.T. Sambanthan dan Pengerusi Syarikat Genting Highlands Berhad, Tan Sri Mohamed Noah. Idea untuk membangunkan sebuah resort di atas bukit datang daripada Pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran YTM Tunku Abdul Rahman. Pusat peranginan yang berharga RM50 juta itu mempunyai pelbagai kemudahan seperti hospital, balai polis, pejabat pos, restoran dan sebagainya. Dalam ucapan perasmiannya, Tunku Abdul Rahman menyatakan rasa gembira kerana ada syarikat persendirian yang bersedia untuk membantu kerajaan dalam usaha memajukan pusat peranginan. Dengan pembinaan hotel dan pusat peranginan ini diharap dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong dan menambahkan lagi pusat pelancongan dinegara ini. 
ref: 
http://hids.arkib.gov.my/-/perletakakan-batu-asas-pusat-peranginan-genting
http://hids.arkib.gov.my/peristiwa?p_p_id=101_INSTANCE_WAhqbCYR9ww2&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-3&p_p_col_pos=1&p_p_col_count=2&_101_INSTANCE_WAhqbCYR9ww2_struts_action=%2Fasset_publisher%2Fview

Behind every great fortune lies a great crime - Honore De Balzac ... Umno Bn telah ternobat membuktikan kebenarannya. Nauzubillahminzalik. 

Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?

Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.

Cari punya cari… dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1,800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak di tengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang… sebab kena deal dengan dua negeri. 

Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh… sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung… bapak Menteri pun boleh dibeli. 

Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah. 

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad. 

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong. 

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau.. aku tak tau nak cakap la. 

Tun Razak pun aku tak payah cerita.. sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata apa la. 

Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong? 

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka di dunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri. 

Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia. 

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll. 

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.

Najib Razak pewaris Genting

Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.

Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa ke laut. 

Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. ~ msk Addin
.....
ref: 
http://peceq.blogspot.my/2018/05/bikin-panas-kasi-panas-7695.html



on

Tiada ulasan: