Jumaat, 11 Mei 2018

Tun PM Solat Jumaat 25 Syaaban 1439. 7561.


Suara anak muda mengiringi kepulangan Tun PM 
selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara. 
Jumaat 11 Mei 2018 Bersamaan 25 Syaaban 1439. 
Tun mengangkat sumpah ikrar taat setia sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang ke 7. 

Friday, May 11, 2018

Upacara yang membulu hati


SETELAH menanti dengan penuh resah dan debaran selama hampir lima jam upacara penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri kepada Dr Mahathir Mohamad akhirnya ia selesai dengan jayanya.

Tempat jam 10:05 minit tadi Dr Mahathir menerima watikah pelantikan dan mengangat sumpah memegang rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di hadapan Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad Ke V. Dr Mahathir kini sah menjadi perdana menteri Malaysia yang baru.
Dr Mahathir melafazkan sumpah menyimpan rahsia.

Sebelumnya orang ramai dibalun seribu keresahan dan kegusaran menanti upacara itu kerana kelewatannya. Sejak jam 3:00 petang lagi orang ramai menanti upacara itu apabila ia dimaklumkan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar sebaik PH mendapat mendapat majoriti mudah diketahui.

Penantian upacara itu menjadi lebih menarik minat lagi apabila Dr Mahathir mengumumkan yang beliau akan ke Istana jam 3:00 petang. Pengumuman Dr Mahathir itu dikira berani kerana mendahului panggilan pihak Istana untuk melangsungkan majlis itu.

Kenyatan Dr Mahathir itu sekali membalas sidang akhbar khas dibuat Najib Razak jam 11:00 pagi yang turut menyatakan soal pelantikan PM terserah kepada atas budi bicara Yang DiPertua Agong apabila tidak ada parti tunggal yang mendapat majoriti. Kenyataan Najib itu dilihat mempunyai unsur menghasut dan tidak ikhlas menerima kekalahan memalukan. Bekas perdana menteri itu mahu memberi gambaran Dr Mahathir tidak diberi perkenan untuk menjadi PM.

Najib cuba melukiskan bahawa Dr Mahathir yang juga pengerusi PBBM tidak layak kerana partinya tidak mempunyai majoriti mudah untuk menguasai kerajaan.

Kenyataan Dr Mahathir itu yang dilihat "menyerang kenyataan Najib" menyebabkan orang ramai mula makin memberi perhatian serius dan beranggapan ada sesuatu yang masih belum lendik berlaku. Ada setengahnya berkumpul di sebuah hotel di Petaling Jaya yang menjadi markas PH sejak malam pengundian untuk menyaksikan saat-saat bersejarah penuh bahagia itu.

Bagaimana pun pada waktu yang dijangkakan akan berlangsung majlis itu tidak berjalan seperti mana dirancang. Majlis itu diganjakkan ke pukul 6:00 petang. Ganjakan ini menyebabkan orang ramai yang sudah mula membayangkan ada sesuatu yang tidak lurus, menjadikan majlis itu penuh dengan suspen dan seribu kemungkinan boleh terjadi.

Namun begitu orang ramai tentunya termasuk juga Dr Mahathir dan para pemimpin lain digodam cemas dengan perubahan itu. Apa lagi Dr Mahathir, bersama pemimpin utama ketua-ketua parti gabungan, Muhyiddin Mohd Yassin, Mohamad Sabu, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng sudah pun lebih satu jam berada di Istana Negara. Orang ramai tidak sabar untuk melihat perdana menteri mereka menghadap Agung dan melafazkan sumpah memegang jawatan.

Di mana-mana rakyat memberi tumpuan, ada yang pergi ke Istana Negara untuk menyaksi sendiri suasana majlis itu dari luar manakala yang lain tidak melepaskan mata dari skrin tv, atau pun smart phone masing-masing untuk mengikuti siaran langsung acara itu.

Dalam penantian penuh debaran itu jantung orang ramai sekali lagi berdenyut kencang apabila dimaklumkan pula upacara itu sekali lagi ditunda ke jam 9:30 malam. Wah... makluman ini menjadikan orang ramai semakin tidak menentu, bingung dan mulai menyumpah dalam hati. Sudah tentu perubahan itu mencemaskan Dr Mahathir serta para dif jemputan yang sudah "berminggu" berada di Istana Negara.

Apa yang terlintas di hati bagaimana keadaan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang berumur itu menghadapi detik-detik atau "permainan" begitu lama. Tidak seharusnya mereka berdua yang menjadi orang penting negara diperlakukan demikian.

Saya sendiri yang berada di markas khas PH di sebuah hotel di Petaling Jaya itu untuk sama-sama mengikut upacara itu bersama ratusan wartawan dalam dan luar negara, para pemimpin PH serta wakil rakyat tidak dapat menahan diri dengan keadaan itu bertindak meninggalkan pusat itu untuk pulang ke rumah. Satu perasaan halus menyelinap dalam diri, bahawa upacara itu seperti sengaja di lewatkan untuk tujuan sesuatu yang tidak baik.

Sebenarnya bukan saya seorang yang berasa kurang senang dengan kelewatan itu. Ada ratusan malahan ribuan orang lagi yang juga resah gelisah. Tidak sepatutnya upacara yang begitu penting dilengah-lengahkan. Ia seakan sengaja mahu menjera Dr Mahathir. Kenapa? Orang ramai jadi semakin bingung apabila keluar kenyataan daripada Ketua Polis Negara yang memperakui keadaan keselamatan negara terkawal dan proses peralihan kuasa hendak dijalankan.

Sekurang-kurang tiga orang Raja atau Sultan juga turut sama mengeluarkan titah berkaitan dengan proses berkenaan dan ini menjadikan orang ramai bertambah suspen dan tertanya-tanya kenapa Raja-Raja juga turut mengelurahkan titah berkaitan pelantikan perdana menteri itu. Jika tidak ada sesuatu yang pelik masakan sampai ada titah pandangan daripada Raja atau Sultan?

Dan seperti mana digambarkan di atas tadi, akhirnya majlis penyerahan watikah dan angkat sumpah memegang jawatan PM selamat diadakan. Majlis yang ringkas tetapi penting dan bermakna itu berjalan tidak sampai pun setengah jam.

Kelambatan proses itu walaupun ada hikmahnya juga tetapi ternyata disebalik itu ia mencungkilkan perasaan kurang senang yang tidak sepatutnya berlaku. Apapun selepas ini keadaan-keadaan yang kurang senang dan selesa itu tidak akan berlaku lagi atau ditimpakan ke atas bahu Dr Mahathir. Pelantikan Dr Mahathir sebagai PM ke 7 itu perlu dihormati dan kita semua perlu menghormati mandat diberikan rakyat.

Tahniah kepada Dr Mahathir dan seluruh rakyat yang menyokong Pakatan Harapan. [wm.kl.7:21 am 11/05/18]

ref: 
.: Upacara yang membulu hati



Tiada ulasan: