Google+ Badge

Jumaat, 11 Mei 2018

YDP Agong dan YAB Tun PM beramah mesra. 7562.


Agong sedia ampun Anwar - Tun Dr Mahathir

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberikan pengampunan diraja pada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan dengan Seri Paduka semasa istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur malam tadi.

Justeru, kata Mahathir, prosedur selanjut akan disusuli selepas ini.

“Jadi kami akan melalui proses sewajarnya bagi memperoleh pengampunan buat Anwar,” katanya.

Pengampunan itu akan membolehkan Anwar kembali menyertai politik.

“Ia akan jadi pengampunan sepenuhnya, yang sudah bermaksud ia bukan sahaya diampunkan tetapi juga dibebaskan serta-merta selepas diampunkan.

“Selepas itu beliau bebas mengambil bahagian penuh dalam politik,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Anwar mula menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau konsisten menafikan perkara itu dan mendakwa ia bermotif politik.

Mengikut jadual, Anwar yang kini di penjara Sungai Buloh, boleh dibebaskan pada 8 Jun ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan telah membentuk 10 kementerian-kementerian utama.

Bagaimanapun, nama-nama menterinya hanya akan diumumkan esok.

“Kami putuskan, buat masa ini, kami hanya akan membentuk kabinet yang kecil melibatkan kementerian-kementerian penting.

“Kami tidak mahu kabinet yang besar, tetapi terdapat beberapa kementerian yang perlu diisi segera,” kata,” kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian Kewangan
Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Pertahanan
Kementerian Pendidikan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kementerian Ekonomi
Kementerian Kerja Raja
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Teknologi, Sains dan Multimedia
Kementerian Luar Negeri

ref: 

...

Tiada ulasan: