Sabtu, 12 Mei 2018

Umno - Lengit dan ketengi. 7581.

Kali ini Allah Subhanahuwatalla takdirkan unmo hanya menang sorak dan menang tabur dedak rasuah, tetapi undi tergadai dan menyungkurlah mereka dari tampuk kuasa.
Aamiin.

Harus diingat Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan pernah ajar ahli-ahlinya sebut perkataan "Ubah" dan "Ini kalilah" tetapi jadi bahan ejekan umno. Tetapi disebalik itu bila kita berkata baik dan bersangka baik dengan Allah Subhanahuwatalla ... In Syaa Allah ...Allah makbulkan kata-kata yang baik dari kita. KATA ITU DOA. Aamiin.
Video ini jadi modal pihak yang tewas. Sudah tewas tidak mengaku dan cipta video bagi membuktikan mereka mengamal game politik lengit dan ketengi. Hingga berkata sedemikian rupa:

Serba tak kena..masjid letak di bawah kuil tokong menerajui masyarakat majoriti melayu muslim.# MOGA ALLAH SWT AMPUN KAN MELAYU2 KHIANAT😁😁😁

Hingga sanggup menjadi Islam sebagai isu, seolah-olah umno perintah Malaysia dulu penuh dengan Islam dan pemimpin mereka jujur dan warak. 1MDB bagai tidak wujud salah tadbir urus sebab ketika itu mereka hanya dengar dan tonton tv3suku, tv1 dan tv2 serta Berita Harian dan Utusan Malaysia serta NST yang diperalat untuk menjaga Najib itu bersih suci orangnya.

Kononnya umno sahaja pejuangkan Islam? Parti lain xtahu.
Wassalam.

Tiada ulasan: