Google+ Badge

Sabtu, 12 Mei 2018

Kisah duit habis beli dedak. 7582.

Sepasang suami isteri telah memperolehi derma dari seseorang yang berada di negara asing. Mereka merancang untuk menjadi penternak ayam yang berjaya.

Penternak ayam dan isterinya, membelanjakan banyak wang dalam Ringgit Malaysia untuk membeli dedak. Mereka berdua meletakan beberapa orang yang boleh dipercayai sebagai pembantunya. Penternak juga membina pagar, supaya ayam-ayamnya tidak terlepas keluar.

Malangnya bila hari untuk memungut hasil, banyak ayamnya yang telah tiada. Rupa-rupanya pagar yang dibina telah dicurangi oleh orang kepercayaannya. Setiap kali pulang pekerjanya akan membawa pulang lima ekor ayam sebagai hidangan famili, selain dari itu orang kepercayaan ini telah menjual ayam-ayam secara diam-diam. 

Kejadian ini telah menggagalkan rancangan pasangan penternak itu untuk melancung ke Indonesia. Di sebalik itu orang kepercayaannya juga telah melarikan diri (menjauhkan diri daripadanya) atas sebab kesalahan yang mereka lakukan.

Sekian dan itulah takdir yang telah menimpa diri penternak ayam itu. Tidak seperti sebelumnya tabur dedak ayam datang. Berbeza dengan sekarang tabur dedak, ayam datang. Ayam pun lari bila sudah kenyang. Sadis.






















Tiada ulasan: