Khamis, 10 Mei 2018

Wakil rakyat jangan angkuh dan lupa diri. Ingatlah rakyat akan balas. 7537.


PH jangan angkuh, jika tidak akan dihukum rakyat, kata Salahuddin


PH akan menghadap Sultan Johor esok dan akan mengadakan mesyuarat pimpinan PH untuk membentuk kerajaan negeri. JOHOR BAHRU: Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Salahuddin Ayub mengingatkan kemenangan di Johor sebagai pengajaran untuk gabungan itu untuk tidak bersikap angkuh, dan melaksanakan mandat rakyat dengan baik. Jika tidak rakyat akan menghukum PH pada pilihan raya umum seterusnya. “Kita rasa cukup terharu dengan sokongan ini. Bagi pengajaran sekiranya mandat tak tunaikan pemimpin dilantik jadi anggota kerajaan, wakil rakyat jangan angkuh dan lupa diri. Ingatlah rakyat akan balas... 

9 negeri boleh bentuk kerajaan, 3 masih tergantung. 


Sembilan negeri boleh membentuk kerajaan negeri setelah parti-parti yang bertanding berjaya memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Negeri berkenaan ialah Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Pembentukan kerajaan negeri di Perak, Kedah dan Sabah pula masih ‘tergantung’ memandang tidak ada parti yang melepasi majoriti mudah.

Bagi 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah, Barisan Nasional (BN) memenangi 29 kerusi, PKR (dua), DAP (enam), Parti Warisan Sabah (21) dan Parti Solidariti Tanah Airku (dua).

Daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan di Kedah pula, PKR menguasai 18 kerusi, PAS menang 15 kerusi dan BN (tiga) manakala di Perak, PKR menang 29 kerusi, BN (27) dan PAS (tiga) daripada keseluruhan 59 kerusi DUN.

Bagi PKR, ia memerlukan sekurang-kurangnya satu lagi kerusi Dun untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Perak dan Kedah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood berkata suruhanjaya itu hanya boleh mengumumkan bilangan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding tetapi tidak boleh memutuskan parti mana yang layak membentuk kerajaan negeri.

“Terpulang kepada parti masing-masing untuk berbincang. Kita tidak boleh tentukan siapa yang bentuk kerajaan,” katanya.

PKR menguasai negeri-negeri di Pantai Barat untuk membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

BN pula akan membentuk kerajaan negeri di Perlis dan Pahang manakala Pas di Kelantan dan Terengganu. BERNAMA 

ref: 
KERENGGA: 9 negeri boleh bentuk kerajaan, 3 masih tergantung

Perbincangan Shafie, pemimpin UPKO cetus spekulasi
Oleh Team NSTP
cnews@nstp.com.my
DATUK Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) menerima kunjungan daripada Pemangku Presiden Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (kiri) dan Setiausaha Agung UPKO, Datuk Donald Peter Mojuntin di kediamannya, Bukit Padang. - Foto Khairull Azry Bidin

KOTA KINABALU: Kehadiran Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau menemui Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menimbulkan spekulasi parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan memihak kepada WARISAN.

Madius yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Setiausaha Agung UPKO, Datuk Donald Mojuntin mengadakan pertemuan itu di rumah Mohd Shafie di Bukit Padang di sini, yang berlangsung selama kira-kira 30 minit.

Turut menyertai perbincangan itu ialah Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking. Selesai perbincangan itu, penyokong WARISAN yang berada di rumah Mohd Shafie melaungkan 'Sabah Ubah' kepada Madius dan Donald.

Ketika ditemui media, kedua-dua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sekadar menjawab 'tiada komen', namun Madius didengar berkata: "Kami akan kembali."

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semalam, UPKO menang lima kerusi DUN iaitu di Paginatan (Datuk Abidin Madingkir), Kadamaian (Ewon Benedick), Nabawan (Datuk Bobbey Ah Fang Suan), Kuala Penyu (Datuk Limus Jury) dan Kuamut (Datuk Masiung Banah).

Pembentukan kerajaan baharu Sabah genting apabila parti komponen BN dan pakatan WARISAN bersama DAP dan PKR masing-masing terikat 29 kerusi.

Baki dua daripada 60 kerusi DUN lagi dimenangi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan, namun setakat ini parti itu belum menyatakan pendirian untuk menyokong mana-mana pihak sekali gus membolehkan kerajaan negeri dibentuk.

ref: 
Perbincangan Shafie, pemimpin UPKO cetus spekulasi | Politik | Berita Harian

BERITA»Nasional
Khamis, 10 Mei 2018 | 11:50am
Istana Negara. - Foto Yazit Razali

Tiada majlis angkat sumpah PM hari ini

KUALA LUMPUR: Istana Negara mengesahkan bahawa tiada majlis angkat sumpah bagi melantik Perdana Menteri baharu, hari ini.

Kepemimpinan Pakatan Harapan pula difahamkan akan mengadakan mesyuarat di Hotel Sheraton, di sini, pagi ini.

Setakat ini, tiada butiran lanjut berhubung tujuan mesyuarat berkenaan, namun sumber menjelaskan mungkin mempunyai kaitan dengan majlis angkat sumpah.

Antara yang hadir, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sumber turut mengesahkan beberapa peguam ternama dilihat tiba untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

ref: 
Tiada majlis angkat sumpah PM hari ini | Nasional | Berita Harian

....

Tiada ulasan: