Ahad, 17 Jun 2018

Berakhir sudah era batu bata sebiji RM4.50? Dari nilai sebenar 45 sen sahaja? 7778.



Nota:
Taipan condong adalah idea admin yang diselang seli dengan artikal-artikal yang berkaitan. Bismillah.

Umno yang tewas. 

Ada penyokong umno yang tidak segan silu, ingat Mat Sabu berjiwa seperti pemimpin umno mereka yang curang. In Syaa Allah jauh panggang dari api. 

Jiwa umno bila umno dan pemimpin umno yang kena... mereka kata itu tohmahan dan fitnah terhadap insan suci mereka dan insan terpilih kesayangan mereka. Semua sumber tidak betul. Tetapi bila diminta sumber yang benar mana? Terus berdiam diri tanpa jawapan. 

Waktu sudah berubah, mereka sudah bertukar wajah menjadi pembangkang. Kalau sewaktu diberi amanah sebagai pemerintah oleh rakyat, mereka boleh sorok kebejatan mereka, kali ini rahsia kedurjanaan mereka terbongkar satu persatu. 

Bukan atas sebab balas dendam, tetapi satu tindakan berprinsip. Satu usaha murni (In Syaa Allah dimakbulkan Allah berkat usaha dan doa makhluk Nya) untuk mengembalikan maruah ISLAM di Malaysia, maruah Melayu Malaysia, maruah Bangsa Malaysia, maruah Raja-Raja Melayu, maruah anak cucu Malaysia, maruah generasi masa depan Malaysia. Kita sedia maklum Malaysia digelar punya Pemimpin Kleptokrasi terburuk dalam SEJARAH DUNIA di era Perdana Menteri ke 6. Itulah bila umno membiarkan golongan bangsawan yang sombong sebab kaya rayanya mereka menguasai sepenuhnya kepimpinan parti. 

Maka hilanglah keramat parti yang kononnya tidak akan pernah tewas hingga kiamat berdasarkan kata-kata kononnya “DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA” Jika dikupas kata-kata tersebut dan diperhalusi ketara sungguh adalah hasil pemikiran akan seseorang yang sombong dengan mengenepikan ketentuan dan takdir Illahi” 

Sesetengahnya berselindung dengan kata-kata kononnya dia bukan berkata tentang umno tetapi sebab ISLAM, Melayu dan Raja-raja Melayu serta untuk masa depan generasi berikutnya. Pusing kata akhirnya berkata kononnya dia bukan menyalahkan sesiapa tetapi mengingatkan sesuatu yang telah dinyah guna zaman PM ke 6 hingga menjadi zaman Kleptokrasi terburuk dunia. 

Pesan untuk pemerintah sekarang... Gunalah kuasa kerana Allah dalam usaha mengembalikan kegemilangan Malaysia, maruah ISLAM, Maruah Melayu, Maruah Raja-raja Melayu dan Bangsa Malaysia hari ini dan masa depan. 

Berita dibawah adalah contoh serangan pihak lawan, untuk menyamakan menteri sekarang sama dengan menteri kesayangan mereka yang telah kecundang: 

SUNDAY, JUNE 17, 2018
Mat Sabu nafi beraya guna helikopter

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menafikan dakwaan beliau menggunakan helikopter yang merupakan aset kerajaan untuk beraya bersama keluarganya di Perlis seperti yang tular di laman sosial Facebook. 
“Tidak benar sama sekali. Saya tidak akan menggunakan aset kerajaan untuk kepentingan diri sendiri dan tidak berada di Perlis pun. Semuanya palsu dan dusta semata-mata,” katanya dalam catatan Twitternya @MSabu_Official. 

Video berdurasi 27 saat itu dimuat naik hari ini oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa kononnya Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara telah menggunakan helikopter kerajaan bersama keluarga isteri untuk bersuka ria pada Hari Raya Aidilfitri di Jejawi, Perlis selepas dilantik sebagai seorang menteri. 

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu bersama 12 lagi anggota kabinet yang lain mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada 21 Mei lalu selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14. hmalaysiakini

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 2:00 pm

ref:
al- Husseyn: Mat Sabu nafi beraya guna helikopter

Zaman Penjajah British 

Mana ada pemimpin umno yang British penjarakan. Yang dipenjarakan hanyalah pemimpin kesatuan, persatuan dan parti yang berasaskan ISLAM termasuklah pemimpin PAS. 

Boleh lagi bertanya, belum apa-apa lagi. Jika Najib didapati tidak bersalah, bagaimana? Alhamdulillah sebagai jawapannya bila Najib benar-benar pemimpin yang bersih, termasuklah ternafinya tohmahan atau fitnah terhadap isterinya Rosmah. 

Tapi mereka jugalah yang memperalat ISLAM, Melayu, Ketuanan Melayu, Raja-raja, batu api, melaga-lagakan orang lain dan mereka jugalah yang membuat, bersubahat dan menyibar fitnah. 
Contoh Melayu minta tolong Cina, sudah ditolong terus sembelih Melayu. Sisa-sisa kejahatan umno terus jadi amalan, walau sudah bertukar wadah kepada PPBM: 

SATURDAY, JUNE 16, 2018
Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat
Fong Kui Lun berkata, beliau mengeluarkan 
surat sokongan itu dengan syarat tiada pihak lain 
kecuali DBKL yang boleh mengenakan sewa. 

Ahli Parlimen DAP itu berkata, beliau hanya menulis surat sokongan kepada ahli Pemuda PPBM dan menafikan mengutip wang dari penjaja. 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata satu-satunya alasan beliau menulis surat sokongan untuk seorang ahli Pemuda PPBM kerana mahu membantu penjaja yang tidak mempunyai lesen mendirikan gerai di bazaar Ramadan Jalan Masjid India di Kuala Lumpur. 

Pemimpin DAP itu menafikan menerima wang daripada penjaja yang menyewa lot itu. 9 Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mempunyai kata putus terakhir untuk mengeluarkan lesen perniagaan. 

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penyelewengan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Fong yang juga bendahari DAP berkata, beliau hanya menulis satu surat sokongan kepada DBKL selepas ahli Pemuda PPBM, Mohd Noorhisyam Abd Karim meminta bantuannya pada 5 Jun lalu. 

Katanya, beliau mengeluarkan surat sokongan itu dengan syarat tiada sewa dikenakan oleh sesiapa, kecuali DBKL. 

Beliau berkata demikian selepas Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd Zain dipetik The Star semalam sebagai berkata, pada mulanya mereka menolak permohonan Noorhisyam, sebelum dipaksa meluluskannya selepas menerima surat sokongan Fong. 

Noorhisyam didakwa menyalahgunakan hubungan politiknya untuk mendapatkan 80 lot bazaar dan menyewanya pada harga setinggi RM5,000 bagi 1 lot. 

Fong berkata, beliau sudah menghubungi penjaja terbabit untuk mendapatkan penjelasan mereka dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung isu itu supaya menghubunginya atau membuat laporan polis. 

Katanya, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, jika menemui bukti untuk menyokong dakwaan itu  ~ freemalaysiatoday

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 6:00 pm

ref:
al- Husseyn: Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat

ISLAM Di hadapan Melayu sebagai keutamaan hidup. 

Melayu jika ISLAM jadi pegangan tidak kiralah apa pangkat sekali pun, tidak berpangkat (pangkat dan darjat dunia) berkhidmat kepada parti mana sekali pun yang menjadi pemerintah (jika kerajaan nanti Melayu cerdik tukar jadi KERAjaan) Amanah dan takutkan Allah Subhanahuwatalla jadi pegangan. 

Sebagai contoh tidaklah organisasi yang diberi amanah menjaga keamanan negara seperti POLIS menjadi sarang kejahatan, menaja un-kemanusiaan dan kedurjanaan manusia. 
Berdasarkan gambar di atas cuba perhatikan bahagian atas lambang PDRM (Polis DiRaja Malaysia) tertera Nama ALLAH Subhanahuwatalla dan NABI MUHAMMAD Sallahualaihiwassalam. Apakah lambang ini yang tersemat di topi mereka dan tubuh mereka, sewenang-wenangnya dibawa masuk ke dalam tandas? Nauzubillahminzalik. 

Penulis juga pernah dinasihati agar tanda nama diri sendiri tidak dibawa masuk sama bila mahu ke dalam tandas.  

Jika mereka betul perlukah surat aduan sebegini kepada Tun Perdana Menteri dan Tan Sri Menteri Dalam Negeri? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mengapa amanah rakyat dirogol demi kemewahan hidup di dunia yang sementara? Mereka tidak takutkan ALLAH Subhanahuwatalla? 


SATURDAY, JUNE 16, 2018
Skandal IGP dan Pengarah2 PDRM..???
Betoi kah ini surat dari SEORANG PEGAWAI KANAN PDRM..?? Tentang Skandal IGP dan Pengarah2 PDRM..???

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
No. 1, Jalan P8H Precinct 8, 
Putrajaya 62250 Malaysia

YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri,
Blok D1, D2 & D9, Kompleks D, 
Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 
62546 Putrajaya

Assalammualaikum warahmatullahi wabaraqatuh dan salam sejahtera Tun dan Tan Sri. Terdahulu saya ingin mengucapkan ribuan tahniah ke atas kemenangan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun pada pilihanraya ke 14 baru-baru ini dan kemenangan ini menunjukkan bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin kerana telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru di dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

2. Saya percaya kerajaan PH ini akan bertungkus lumus untuk menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat dan berusaha merealisasikan janji-janji dalam tempoh 100 hari yang pertama dan juga dalam tempoh mandat yang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat..

3. Saya sedia maklum dan Tun juga yang sebelum ini yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, bahawa untuk memastikan semua janji janji ini  dapat dilaksanakan setiap kementerian dan agensi serta anggota perkhidmatan awam menstilah memberikan komitmen 100% kepada kerajaan PH dan mereka mestilah mengikut the Rule of Law dalam menjalankan tugas mereka.

4. Ajensi yang saya ingin utarakan kepada YAB Tun adalah pasukan PDRM. Saya meminta maaf kerana saya sendiri adalah seorang pegawai PDRM dan saya ingin utarakan kepada Tun bahawa PDRM juga tidak lari dari gejala salah guna kuasa dan rasuah yang amat teruk sekali. Kata pepatah Melayu, ikan busuk dari kepalanya dan dalam konteks ini terdapat pegawai kanan di peringkat tertinggi yang telah menyalahguna kuasa dengan bantuan pimpinan kerajaan BN dahulu. Mereka ini adalah titik hitam yang perlu dilupuskan. 

Mereka-mereka ini mesti ditukarkan keluar ke jabatan kerajaan lain atau yang mana disambungkan kontrak mereka, diberhentikan serta merta supaya PDRM dapat menjalani transformasi mengikut Rule of Law, dan berpaksikan tanggugjawab kepada parlimen. Di sini saya akan utarakan segelintir dari pucuk pimpinan PDRM yang terpalit dengan skandal rasuah termasuk 1MDB dan juga salah guna kuasa dan kenapa mereka perlu diberhentikan kontrak mereka atau ditukarkan keluar serta merta dan juga segelintir permata yang bersinar tetapi telah dilenyapkan kerana tidak mahu bersekongkol dengan perompak dan penyamun harta negara dan perlu dinaikkan pangkat supaya tidak ada masalah dalam perjalanan operasi PDRM.

5. Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi bin Harun- 

Bekas pengarah Cawangan Khas yang telah memastikan kerajaan BN masih memerintah sehingga ditendang keluar minggu lalu. Ya, seluruh tenaga SB atau Special Branch atau Cawangan Khas telah digunakan untuk maksud ini.  Bahagian SB ini saya akan ceritakan kemudian. KPN ini dilantik oleh saudaranya iaitu bekas Menteri KDN yang lama iaitu Zahid Hamidi. 

Beliau dilantik kerana beliau adalah seorang yang terlalu baik sehingga tidak ada ketegasan dan boleh diarah-arah begitu sahaja oleh pihak yang ada tujuan tertentu. Tidak ada command and control dan dan tiada langsung leadership ability. Tujuan utamanya adalah untuk digunakan oleh pihak BN. Beliau pernah berkata bahawa tujuan beliau dilantik adalah supaya memastikan BN terus memerintah. 

Semasa dalam tempoh parlimen di bubarkan, cuba semak berapa kalikah aset PDRM seperti keanggotaan, peralatan dan kenderaan serta pesawat udara yang digunakan untuk kegunaan Zahid Hamidi di kawasan parlimennya untuk meraih undi. Pesawat udara sahaja yang digunakan oleh Zahid Hamidi dan staf kementeriannya yang sepatutnya bebas dari tujuan politik telah digunakan yang menelan belanja berjuta juta ringgit. 

Ini telah menyebabkan beberapa jumlah juruterbang PDRM yang telah menyampah sehingga ingin berhenti dari pasukan kerana tidak tahan dengan melayan perompak harta negara yang membazir masa penerbangan yang menelan beratus ribu ringgit. Audit perlu dilakukan untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Selain daripada itu, beliau juga telah menerima arahan supaya menyiasat ahli pembangkang dengan prejudis dan tanpa segan silu yang perbuatannya adalah selective investigation dan semua repot polis tehadap ahli BN tidak dihiraukan langsung. 

Beliau juga mengeluarkan kata-kata tidak puas hati yang kerajaan BN akan tumbang sekiranya PDRM tidak berbuat apa-apa. Ini menunjukkan dia telah menggunakan aset PDRM untuk memastikan kerajaan BN tidak tumbang dalam satu proses demokrasi yang sah disisi perlembagaan. 

Dia juga yang telah tamatkan siasatan terhadap pengarah JSJ CP Wan Najmuddin yang yang penuh dengan skandal rasuah di Australia semata-mata atas arahan Zahid Hamidi supaya dia dikekalkan sebagai Pengarah CID secara kontrak walaupun telah bersara.

KPN ini juga bertanggujawab kepada bekas KPN TS Khalid Abu Bakar dan Zahid Hamidi dan Najib supaya siasatan 1MDB akan selalu tidak selesai atau tidak dijalankan langsung supaya kedua-dua bekas Menteri ini tidak akan disiasat sampai bila-bila kerana kedua-dua menteri ini bertanggungjawab dalam wang yang RM2.6B yang masuk dalam akuan Najib dari SRC dan Zahid Hamidi yang telah memberi alasan yang tidak munasabah untuk bosnya kononnya ia adalah wang dermaan Pak Arab.

Dia juga telah mengumumkan bahawa Jho Low tidak terlibat dalam skandal 1MDB. Ini semua di buat untuk mengambil hati Zahid Hamidi dan Najib. Dia juga enggan mengarahkan RED NOTICE dipohon oleh pihak INTERPOL Malaysia walaupun didesak oleh pegawai kanan PDRM yang lain (saya akan ceritakan siapa mereka yang masih sayangkan negara ini dan sanggup tidak menjual maruah mereka kerana sayangkan PDRM dan negara sehingga mereka diketepikan) Sebab itulah Fuzi Harun ini dilantik sehingga sekarang. Dia juga enggan menyiasat MB Negri Sembilan dibawah sek 506 KK iaitu mengeluarkan kata kata ugutan dalam ceramah pilihanraya kepada sesiapa yang menentang BN dan akan pastikan mereka yang menyerang pihak PH sekiranya ditangkap akan dijamin oleh bekas MB itu sendiri. 

KPN ini juga bersuhabat dengan KP ROS yang telah mengharamkan PBBM dan lain lain parti politik pimpinan Tun dengan menukarkan seorang pegawai kanan PDRM yang bertugas dengan jabatan ROS dengan serta merta kerana telah memberi maklumat kepada orang ramai tentang kejahatan yang dilakukan oleh KP ROS.

Sudah tentu dengan kepincangan dan ketidakcekapan  seorang KPN yang tercalit dengan berbagai skandal, Jamal Pak Tongkol pun boleh mempermainkan PDRM ini.

6.  Tim Ketua Polis Negara- Tan Sri Rashid

Beliau yang sepatutnya bersara telah disambung perkhidmatannya adalah untuk memastikan juga kerajaan BN akan terus memerintah. Tiada pendirian tentang apa yang betul dan salah. Semasa dibawah pentadbiran bekas KPN Tan Sri Khalid , DIG ini  telah bersekongkol dengan bekas KPN itu untuk cover up kes 1MDB hanya semata mata untuk mempertahankan Najib dan Zahid Hamidi. 

Semasa ditanya oleh pihak akhbar dalam press conference selalu menjawab yang dia tidak tahu apakah status siasatan 1MDB padahal sebagai Tim Ketua Polis Negara setiap siasatan yang menarik perhatian akan dimaklumkan kepadanya. Jelas kedua-dua pucuk pimpinan PDRM dan bekas KPN telah bersuhabat untuk melindungi pencuri dan pengkhianat negara yang telah melenyapkan berbilion billion RM dan habuan mereka adalah jawatan tinggi dan penyambung perkhidmatan secara kontrak setelah bersara atau mendapat jawatan lain setelah bersara seperti pengerusi PRASANA seperti yang dikurniakan kepada bekas KPN Khalid Abu Bakar. 

DIG ini juga mempunyai anak anak yang tak berkualiti. Semua tahu yang seorang daripada anaknya adalah tokan dadah yang ganas di KL dan di Sabah. Pernah anggota yang menahan kereta anak-anaknya ditahan telah diherdik oleh anak anaknya dan juga oleh DIG ini sendiri. Sepatutnya bangkai hidup macam ini dibuang sahaja dan sekiranya ada bukti kukuh melindungi Najib dan konco-konconya, disiasat dan dituduh.

7.  BEKAS PENGARAH CAWANGAN KHAS MOKHTAR SHARIFF

Beliau dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas walaupun telah bersara untuk tujuan yang sama iaitu mengekalkan BN dalam kuasanya. Semasa baru mengambil jawatan PCK, dia telah memanggil semua KCK Ketua Cawangan Khas Negeri dan telah arahkan mereka dalam mesyuarat bahawa tujuan utama dia dialntik adalah untuk mengkekalkan BN dalam kuasa. 

Arahan supaya mendapatkan semua kesilapan parti pembangkang perlu diperbesarkan sehingga semua rakyat faham atau mengada- adakan kes yang tidak benar contohnya adalah kononya salah laku KM Pulau Pinang adalah satu contoh. Mereka juga tidak teragak-agak untuk mencipta skandal yang lain siap dengan bukti yang seakan-akan betul terhadap pemimpin pembangkang lain supaya rakyat benci pembangkang dan sekarang kerajaan PH. Arahan telah dikeluarkan untuk membuat operasi pengekoran terhadap semua ahli politik pembangkang serta keluarga mereka dan merakamkan perbuatan mereka dan upload dalam social media untuk memalukan mereka. Menutup semua kesalahan parti memerintah supaya mereka dilihat perfect. Ini tugas utama SB dibawah kawalan Mokhtar Sharif. 

Selain daripada itu untuk memastiakan semua ahli pembangkang yang keluar negeri disiasat dan diekori dan dirakam dengan menggunakan SBLO yang terdapat di semua negara. Sepatutnya SBLO ini digunakan untuk menyiasat rancangan jahat kerajaan asing terhadap negara kita tetapi telah disalah gunakan untuk mengekori pembangkang yang keluar negara, mengekori pelajar Malaysia diluar negara lebih-lebih lagi yang menerima tajaan kerajaan dan juga orang awam yang berada disana, Untuk lawatan Najib ke USA yang mana dikatakan di atas jemputan Presiden USA Donald Trump, 2 orang SBLO yang bertugas sepenuh masa telah memastikan setiap laporan yang disiarkan adalah positif dan menunjukan bahawa ianya adalah atas inisiatif Trumph dan Najib akan kelihatan sebagai hero. Sila semak dengan mereka berdua berapa kalikah bekas KPN itu telah dihantar ke USA di atas arahan Najib untuk berusaha supaya DOJ tidak mengambil tindakan drastik terhadap Najib Razak. Usaha ini telah dibantu oleh Duta Malaysia ke USA yang mana adalah lantikan politik Najib.

Untuk pilihanraya pulak pihak SB telah digunakan untuk membawa penyokong kerajaan dengan kereta sendiri untuk mengundi dan setiap KCKD Ketua Cawangan Khas daerah diarahkan memastikan semua MP atau ADUN Kerajaan di Kawasan masing masing dipertahankan agar mereka menang. Selain itu pihak SB ini pula menerima banyak wang dari calun-calun BN yang akan diketengahkan kepada BN pusat dengan memberikan laporan-laporan calun yang baik. Semuanya untuk habuan. Oleh kerana itulah ramai calun BN yang kalah kerana pada peringkat akar umbi tidak diterima tetapi dengan memberi habuan kepada SB diperingkat daerah maka nama mereka tetap akan diangkatkan. Ini lah tugas SB.

Untuk Pilihanraya Kecil pulak, mereka akan buat perang saraf. Ya Tun,  perang saraf yang digunakan untuk mengalahkan gerila kominis ini digunakan  untuk menukar pandangan masyarakat setempat semasa PRK untuk menyokong parti BN dan mengalahkan parti pembangkang. Yang paling ketara semasa PRK mereka akan gunakan wang yang berjuta-juta diagihkan dengan cara pergi rumah ke rumah dan berkempen bagi pihak BN. Inilah masalah kenapa poltik wang sukar dihapuskan kerana SB PDRM sendiri yang menggunakan untuk menangkan pihak BN.

Semasa siasatan 1MBD bekas KPN Khalid Abu Bakar telah menggunakan mereka untuk mengekori setiap ahli siasatan 1 MDB dari SPRM ke Gabenor BNM dan juga telah bertanggungjawab mengekori bekas Peguam Negara dan akhirnya telah melakukan serbun ke pejabat beliau di atas arahan saspek no 1 iaitu MO1 atau lebih dikenali sebagai Najib.

Pengarah SB ini juga pernah diserbu rumahnya kerana berjuta juta wang telah dijumpai dalam rumahnya di Johor Bahru semasa beliau menjadi KP Johor. Penyiasatan terhadap akaun peribadinya dan bagaimana beliau menjalani kehidupan seharian dengan wang berjuta juta dalam simpananya perlu dijalankan.

Selain daripada itu mereka juga adalah penyelaras propaganda BN supaya setiap laporan yang disiarkan oleh akhbar akan mendapat kelulusan mereka. Contoh yang paling ketara adalah setiap kehadiran penyokong dalam perhimpunan BERSIH dan setiap kehadiran untuk ceramah Tun perlulah dirujuk kepada SB untuk mendapatkan jumlah yang sepatutnya ditulis. Ini adalah supaya jumlah yang rendah disiarkan disemua akhbar perlu diselaraskan supaya orang ramai akan percaya. Mereka juga digunakan untuk meramaikan semua acara Najib diseluruh pelusuk negara dan memastikan kehadiran yang dilaporkan adalah sentiasa tinggi.

Jabatan Cawangan Khas perlu dikeluarkan dari PDRM dan tugas mereka perlu di selaraskan daripada menyiasat dan mengumpul risikan terhadap ahli politik kepada menukar mindset untuk mendapatkan risikan keselamatan dari ancaman kegananasn terrorism dan jenayah yang makin meningkat. Keanggotaan mereka perlu dikurangkan dan dihantar kepada jabatan lain seperti CID yang memerlukan kepakaran mereka dan juga dalam bidang  anti terrorism.

8. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik- Dato Sri Mohammad Salleh

Beliau adalah sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Apabila skandal Gopi meletup iaitu skandal menjalankan perjudian dan pelacuran haram di Melaka dan seluruh negara oleh SPRM, namanya dan nama KPN lama telah dipampang di rekod telepon mobil si Gopi diseluruh negara dan media sosial. Panggilan berpuluh kali terhadap kedua dua saspek, ya kedua-dua ini adalah saspek kerana pihak SPRM telah menamakan kedua-dua mereka sebagai saspek kerana mereka adalah orang yang yang telah menerima suapan berjuta juta ringgit dari sindikit Gopi ini. Mereka terlibat dalam penukaran pegawai kanan yang enggan terlibat dengan Tauke Gopi ini dan telah ditukarkan dengan pegawai kanan yang boleh dirasuah oleh Gopi. 

Dengan ini semua mereka akan dapat menikmati habuan wang rasuah yang akan diterima oleh mereka ini. Semua ini terhenti apabila bekas KPN telah menemui Zahid Hamidi yang jadi Menteri KDN pada masa itu dan meminta tolong. Dia telah hubungi DS Najib yang mana telah memaklumkan kepadanya bahawa sekiranya mereka kedua-dua ini ditangkap, maka mereka akan membongkar semua siasatan 1MDB. 

Apabila Najib mendengar ini terus dia telah arahkan SPRM yang mana ketuanya adalah konco Najib no 1 untuk memberhentikan siasatan terhadap mereka dengan memberikan sebab yang munasabah. Maka untuk menyelamatakan Najib, Zahid dan kedua dua pegawai ini iaitu DS Mohamhad Salleh dan bekas KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar, SPRM telah memberhentikan siasatan dengan memberikan alasan bahawa saspek utama dan saksi skandal ini telah melarikan diri. Cuba bayangkan sekiranya saspek utama ini hilang kenapa tidak dipohon PDRM untuk masukkan mereka dalam WANTED LIST tetapi dibiarkan mereka hilang begitu sahaja. 

Pihak Peguam Negara iaitu Apandi telah menghalalkan semua ini supaya mereka sendiri juga terselamat sekiranya skandal ini meletup. DS Salleh ini masih mempunyai sebuah restoren India di Bukit Bintang yang dikongsi bersama Gopi sehingga hari ini. Selain itu pihak D7 dibawahnya telah menerima jutaan ribu RM untuk menyediakan kes fail untuk sesetengah saspek dan kemudian membebaskan mereka dengan pembayaran yang sesuai. SPRM dibawah pimpinan yang baru  perlu menyiasat mereka ini sehingga akar umbi sehingga ke lubang cacing.

9. Dato Sri Acryl Sani- Pengarah Logistik dan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah Komersil. 

Dia ni telah bersekongkol dengam pentadbiran Najib supaya siasatan 1MDB tidak akan diselesaikan siasatannya sampai bila bila. Dia juga telah menjadi Ahli Suruhanjaya Diraja menyiasat kehilangan wang dalam pasaran matawang semasa Tun dan telah bersuhabat dengan Khalid, Zahid Hamidi dan Najib untuk melenyapkan siastan 1MDB dan lain lain skandal BN semasa menjadi pengarah Jabatan Siasatan Komersil. 

10.  Dato Sri Wan Ahmad Najmudin-Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Pegawai ini walaupun telah bersara telah disambung perkhidmatannya kerana diarahkan oleh KPN TS Fuzi untuk membantunya menutup kes 1MDB dan juga telah bersekongkol menutup semua kes ahli BN dan juga memastikan sekiranya siasatan dijalankan ianya akan menemui jalan buntu dan terpaksa dibebaskan. Bersekongkol dengan KPN untuk tidak menjalankan siasatan terhadap bekas MB NS yang telah mengugut sesiapa yang menyokong BN dengan menyerang mereka di kedai kedai kopi dan juga memberi jaminan akan menolong mereka untuk dijamin sekiranya mereka ditangkap. 

Yang terbaharu telah menjatuhkan imej diseluruh negara dan dunia apabila terkantoi terlibat dengan pengubahan wang haram. Peliknya siasatan dijalankan oleh pihak Australian Federal Police menunjukkan wang yang dimasukan adalah dari individu berlainan di seluruh Australia. Bagaimana pihak tatatertib PDRM dapat menyelesaikan kes tersebut dan di atas arahan siapa? Dia juga telah bersekongkol dengan KPN serta KP Kuala Lumpur untuk menyiasat Tun M secara terburu buru dibawah Akta Berita Palsu tanpa seorang pegawai penyiasat pun yang pergi menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kerosakan pada pesawat itu. Ini adalah selective investigation.

11.  Dato Mazlan- Ketua Polis Kuala Lumpur

Beliau telah menggunakan pengaruh istana untuk mendapat posisinya sekarang dengan cara paksaan kepada pucuk pimpinan. Mempunyai perniagaan bernilai jutaan ribu ringgit dengan pihak istana dan telah gunakan campurtangn istana untuk mendapatkan jawatan sekarang. Terlibat dengan siasatan 1MDB dan enggan membantu dalam apa apa serbuan atau siasatan di Kuala Lumpur. Bertungkus lumus ingin menangkap pihak pembangkang kerana telah dijanjikan jawatan salah satu Pengarah dengan pangkat CP oleh Zahid Hamidi. Selalu mengarahkan semua repot terhadap pihak pembangkang disiasat dengan cepat dan semua repot terhadap BN contohnya di NFA dan tiada siasatan dilakukan.

12. Ini lah Tun, diantara pucuk pimpinan PDRM yang telah menjalan tugas semata mata untuk diri sendiri dan bersekongkol dengan pemimpin yang tugasnya hanya berasuah siang dan malam. 

Kes 1MDB yang dicanang oleh DOJ USA dan beberapa negara diluar tidak sedikit pun mereka terasa untuk menyiasat.  Tidak kah mereka terasa sedikit pun tergerak hati mereka untuk membuat yang benar. Setiap pagi mereka sembahyang subuh dan kemudian memakai uniform. Ada 6 butang besar yang mereka pakai dan setiap butang itu ada lambang keramat PDRM dan mahkota diraja yang ditulis Allah Muhammad. Tidakkah mereka pernah terasa apa-apa bila jari lembut mereka terkena tulisan tersebut yang mereka perlu berbuat yang terbaik atau membetulkan keadaan yang salah atau sebenarnya mereka terasa tetapi oleh kerana tamak kuasa dan kekayaan dunia mereka hanya berbuat tidak menahu sahaja. 

Dan apabila mengenakan topi keramat mereka, dan melihat cermin untuk memeriksa kesegakan mereka, tidak kah lambang harimau yang berpusat ditengah lambang itu memberikan mereka semangat untuk berani sekiranya lambang mahkota yang bertahtakan Allah Muhammad itu tidak dapat menggerakan hati naluri mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tamak haloba yang berada dalam hati mereka.

13. PDRM mempunyai 12 orang di pucuk pimpinan yang tertinggi termasuk 6 orang penyamun yang bertopengkan manusia seperti yang diatas, YAB Tun Perdana Menteri Malaysia dan YAB Menteri dalam KDN mesti berbuat sesuatu dengan cepat bukan dalam tempoh 100 hari tetapi dalam tempoh 10 hari secepat mungkin supaya mereka-mereka ini ditahan kerja dan siasatan yang penuh dilakukan terhadap mereka. Mereka-mereka yang tidak terpalit adalah yang tidak mahu bersekongkol dengan gerembolan yang mencuri harta negara. Mereka ini perlulah diberi perhatian dan pangkat untuk menerajui PDRM kerana masih sayangkan negara dan mahu mengikut the RULE OF LAW seperti yang diwarwarkan oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN. Ianya juga akan memberikan impak kepada seluruh warga PDRM untuk bekerja mengikut rule of law dan bukan telunjuk pengkhianat negara. 

Saya juga cadangkan supaya “ COUNCIL OF EMINENT PERSON” mengganggotai Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia seperti artikel 140(3) Perlembagaan Malaysia dan bukan penyamun dan pencuri yang terpaksa membuat atau bersekongkol dengan mereka untuk kenaikan pangkat dalam PDRM. Selain daripada itu budaya memberikan atau penyambungan tugas selepas mereka bersara mesti dihentikan kerana ini juga dapat dilihat sebagai habuan rasuah untuk sesuatu pertolongan yang diberikan kepada pihak yang berkuasa.

14.  Sekian sahaja expose kali ini terhadap pucuk pimpinan PDRM yang telah mewarisi satu budaya kerja pengampu kepada sebuah kerajaan kleptocracy dan telah bertindak bukan dengan cara RULE of Law. Mereka ini perlu diambil tindakan segera supaya kerosakan yang telah dibuat itu boleh dibaiki dengan segera.

15. Saya juga mengakihiri surat ini dengan memohon ribuan kemaafan kepada Tun, kerana tidak dapat menandatagani sebagai penulis maklumat yang sah sebab di Malaysia ini seorang ‘WHISTEL BLOWER” masih di lihat sebagai penjenayah serta perlu dihapuskan dan orang yang di laporkan sebagai peyalahguna kuasa itu di lihat sebagai hero. Saya berharap satu tindakan yang drastic dan siaasatan yang menyeluruh dijalankan. Selain dari itu Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlulah di adakan secara cepat mungkin supaya senaraio sebegini tidak akan kembali lagi dan desakan mana mana pimpinan PDRM yang baru atau lama yang menghalang ianya diperkuatkuasakan perlulah dilihat sebagai serius dan mereka mereka ini perlulah di siasat. 

Akhirnya saya juga berharap Tan Sri Menteri KDN memberhentikan dengan serta merta pegawai kanan polis yang disambung perkhidmatan walaupun terdapat ramai lagi pegawai kanan yang lebih berwibawa dalam PDRM. Untuk memastikan pegawai kanan ini adalah berkualiti serta berintegriti, setiap calun KPN, TKPN, PEGARAH PENGARAH PDRM serta Ketua Polis dan Tim Ketua Polis Negeri ini perlu membuat pengistaharan harta khas terus kepada SPRM dan Menteri Dalam Negeri sendiri sebelum menerima lantikan tersebut. Saya boleh sahkan ramai pegawai kanan polis ini akan berhenti tugas kerena jumlah harta mereka tidak dapat di nyatakan dari mana datangnya sumber mereka. Percaya lah Tun dan Tan Sri ini adalah salah satu cara bagaimana mengembalikan integrity pada pucuk pimpinan PDRM di Pusat dan Negeri. 

Terima kasih Tun dan kami menaruh harapan yang sangat besar kepada Tun supaya PDRM ini boleh bersinar kembali dan menjadi sebuah organisasi yang disegani semula setelah tindakan pembersihan secara drastik di ambil. Sekian terimakasih.

SEORANG PEGAWAI KANAN PDRM YANG TAKUTKAN ALLAH.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 9:25 am

ref:
al- Husseyn: Skandal IGP dan Pengarah2 PDRM..???

FRIDAY, JUNE 15, 2018
Mat Sabu janji dedah penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan 

MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu berikrar mendedahkan semua salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam Kementeri Pertahanan sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini jika ia terbukti benar berlaku. 

Katanya, terdapat beberapa isu berkaitan kementerian itu sebelum ini ditimbulkan terutama berkaitan perolehan aset ketenteraan dan ia akan disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Khas bagi isu-isu tadbir urus, perolehan dan kewangan negara yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang. 

"Dalam kempen-kempen pilihan raya kita sentuh mengenai Kementerian Pertahanan ini antara yang menjadi sasaran dan perkara yang ditimbulkan termasuk oleh Rafidah Aziz (berkaitan penswastaan tanah Angkatan Tentera Malaysia). 

"Sebelum itu kita juga sentuh tentang pembelian kapal selam Scorpene dan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Pertahanan termasuk (pembunuhan model Mongolia) Altantuya Shaariibuu dan sebagainya, terlalu banyak," katanya dalam temubual bersama Bernama di Wisma Bernama di Kuala lumpur, baru-baru ini. 

Mohamad percaya jawatankuasa itu mampu merungkai pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini dan mengubah persepsi negatif masyarakat yang boleh mencalarkan imej kementerian itu. 

Dalam pada itu, Mohamad yang baru sahaja mengemudi kementerian itu kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu berkata, pada masa ini tidak banyak dasar yang telah dilaksanakan kementerian itu yang akan diubah, sebaliknya hanya akan ditambah baik terutama berkaitan pelaksanaannya. 

Katanya antara dasar kementerian yang akan diteruskan termasuk hubungan kerjasama ketenteraan dengan negara-negara jiran dalam mengawasi perairan selain komitmen untuk mengukuhkan perjanjian Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan).

Beliau turut mengulangi komitmen untuk terus memelihara kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan kesiapsiagaan mereka dalam menjadi benteng mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. 

"Kedudukan kewangan dan ekonomi negara kita sekarang ini mungkin memerlukan kita untuk menyesuaikan dengan keadaan itu tetapi walau apa pun hal, kebajikan dan kesiapsiagaan tentera kita itu tidak boleh kompromi," katanya. 

Mohamad turut berkata program dan perkara lain diputuskan sebelum ini termasuk status Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut akan dikaji secara mendalam sebelum cadangan untuk menentukan statusnya dikemukakan dan diputuskan Kabinet. – Bernama, 14 Jun, 2018. ~ themalaysianinsight

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 pm

ref:
al- Husseyn: Mat Sabu janji dedah penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan

‘Muslihat Tun M ke Jepun’

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan kunjungan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun baru-baru ini, bakal mencetuskan impak positif dalam dimensi geo-politik dan ekonomi negara dan serantau.

Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi berkata, impak kunjungan itu juga bakal menjadikan Malaysia sekali lagi sebagai jambatan Jepun-Asean melalui projek kenderaan nasional yang baharu.

“Pelaburan industri berteknologi tinggi bakal naikkan potensi ekonomi kita yang sekian lama dibelenggu pelaburan dan pinjaman China yang kurang berimpak,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Mahathir baru-baru ini berkunjung ke Jepun bagi mengadakan lawatan kerja di samping menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) Ke-24.

Di fahamkan kunjungan Dr Mahathir ke sana adalah atas jemputan Nikkei Incorporated selaku penganjur persidangan itu.

Selain menyampaikan ucap tama bertajuk ‘Keeping Asia Open – How to Achieve Prosperity and Stability’ yang juga tema Persidangan Nikkei tahun ini, Dr Mahathir dalam kunjungan itu turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Dr Mahathir juga telah mengadakan pertemuan dengan beberapa entiti perniagaan seperti Dewan Perdagangan dan Industri Jepun, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia.

Mengulas lanjut, perihal perkara ini, Muein berkata mesej kunjungan Dr Mahathir ini jelas bahawa Asia tidak boleh berpecah-belah, dan untuk tangani sikap China yang terlalu berkuasa, negara-negara Asia yang kecil boleh bekerjasama dengan ‘Middle Power’ seperti Jepun dan Korea Selatan untuk berunding secara Multilateral, bukan lagi secara bilateral.

“Jepun komited untuk bantu lonjakkan ekonomi kita dengan usahasama menang-menang. Dasar Pandang ke Timur 2.0 bakal menyaksikan pemindahan teknologi dan kepakaran dari Jepun ke Malaysia, usahasama dalam bidang pendidikan berkualiti tinggi juga bakal melonjak,” katanya.
- sinarharian

at 6/16/2018 11:15:00 PG

ref:
KERENGGA: ‘Muslihat Tun M ke Jepun’

Mat Sabu: Siasatan skandal Mindef, kementerian lain bermula lepas Raya
Looi Sue-Chern

MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu berkata siasatan ke atas kemungkinan salah laku dan dakwaan penyelewengan membabitkan kemneterian itu akan bermula selepas Hari Raya.

Beliau berkata hanya selepas cuti perayaan, jawatankuasa siasatan khas yang diketuai bekas ketua audit negara Ambrin Buang akan memulakan kerja. 

"Jawatankuasa perlu mencari kakitangan dan mencari pejabat. Ia merupakan tugas yang sukar. Tetapi saya yakin Ambrin boleh lakukan. 

"Beliau bekas ketua audit negara. Beliau boleh lakukan audit forensik sekiranya perlu. Kuasa diberikan kepadanya oleh PM adalah luas," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbukanya di Kampung Guar Petai hari ini. 

Terdahulu bulan ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Ambrin dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas siasatan berhubung isu melibatkan tadbir urus awam, peruntukan dn kewangan.

Siasatan akan bermula dengan Kementerian Pertahanan.

Mohamad berkata kementeriannya akan berkongsi semua maklumat berkenaan kemungkinan skandal dengan jawatankuasa Ambrin. 

"Saya ada dengar skandal dalam Mindef. Kami akan hantar jawatankuasa yang diketuai Ambrin semua maklumat yang ada. 

"Kita tidak boleh bertindak hanya dengan khabar angin," katanya tanpa mengulas lanjut mengena skandal itu.

Tambah Mohamad, buat masa ini tiada garis waktu untuk jawatankuasa berkenaan melengkapkan siasatan, tetapi perkara itu akan dibincangkan dengan perdana menteri.
at 6/17/2018 07:14:00 PG 

ref:
KERENGGA: Mat Sabu: Siasatan skandal Mindef, kementerian lain bermula lepas Raya

SATURDAY, JUNE 16, 2018
Dr M: Ada bukti cukup dakwa Najib, Rosmah
Perdana menteri memberitahu New York Times, 
kerajaan Najib bukan hanya 'merogol' 1MDB, tetapi juga inisiatif lain dibiayai kerajaan. 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati keadaan sebenarnya lebih teruk daripada sangkaan mereka sebelum pilihan raya umum ke-14, kata Dr Mahathir Mohamad. 

“Semakin dalam siasatan kita ke atas pentadbiran terdahulu, semakin banyak perkara buruk yang kita temui. Mana-mana organisasi yang mempunyai wang, kerajaan sebelum ini akan mencari cara untuk mengambil wang itu,” katanya kepada New York Times (NYT) di pejabatnya, Rabu lalu. 

Perdana menteri berkata, kerajaan pimpinannya sudah mengumpul “bukti secukupnya” untuk mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 dan mengetuai PH dalam kemenangan mengejut pada 9 Mei lalu, mendapati keadaan kewangan Malaysia lebih teruk daripada sangkaan mereka. 

Hutang negara di bawah pimpinan Najib yang berjumlah AS$170 bilion, dinilai semula bersama liabiliti kerajaan lain mencecah AS&250 bilion. Menurut laporan itu, itu ialah 80% daripada keluaran dalam negara kasar. 

Tetapi, Dr Mahathir memberitahu NYT, masalah itu tidak terhad kepada 1MDB sahaja, tetapi merangkumi pelbagai inisiatif dibiayai kerajaan. 

“Semua dirogol kerajaan terdahulu. Mereka ambil wang. Sekarang, mereka kehilangan wang.” 

Laporan itu memetik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai berkata: 

“Mereka merompak negara buta-buta. Saya mengalami mimpi ngeri hampir setiap hari, tertanya-tanya periuk api apa yang akan saya pijak keesokannya”. 

Lim mendakwa jika PH tidak menang, Malaysia “akan menjadi negara dilanda masalah ekonomi”. 

Laporan itu menyatakan Dr Mahathir dikritik kerana “dorongan autoritariannya”, bermain politik perkauman, mengongkong media dan menangkap musuhnya selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri semula. 

Bagaimanapun, menurut laporan itu, bekas pengkritik menegaskan beliau sudah berubah sekarang dan memahami kuasa tanpa kawalan di tangan yang salah boleh memusnahkan negara. 

Laporan itu memetik Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, James Chin dari Malaysia sebagai berkata: 

“Beliau kini lebih ‘lembut’ dan tidak seperti kali pertama memimpin negara, beliau kini sedar institusi bebas bukanlah perkara buruk. Sebelum ini, beliau hanya tumpu pemusatan kuasa di Jabatan Perdana Menteri”. 

Lim yang pernah dipenjarakan 2 kali di bawah pemerintahan 22 tahun Dr Mahathir bersetuju: 

“Saya rasa ia adalah versi 2.0 Dr Mahathir. Saya rasa ia amat berbeza daripada versi 1.0 yang kita nampak apabila beliau pertama kali menjadi perdana menteri. Beliau lebih reformis”.

Beliau menyifatkan Dr Mahathir sebagai “lelaki dengan satu misi, didorong keperluan untuk menyelesaikan tugas dalam masa paling singkat. Beliau bertindak dalam rentak “gila”. 

NYT bagaimanapun menyatakan masalah Malaysia tidak bermula daripada Najib. 

“Keadaan negara sekarang bukan hanya disebabkan salah tadbir Najib Razak, tetapi juga politik populis selama berdekad dan amalan separuh autoritarian,” kata Sophie Lemière, pakar Malaysia di Pusat Ash untuk Tadbir Urus Demokratik dan Inovasi Universiti Harvaed. 

Tetapi, laporan itu berkata, Dr Mahathir enggan mengakui sebarang kegagalan sistematik dalam sistem politik Malaysia. Beliau menyalahkan “ketamakan terlampau” Najib untuk keadaan negara yang memalukan. 

Laporan itu turut menyatakan Dr Mahathir menjauhkan diri daripada janjinya untuk menyerahkan kuasa dalam tempoh 2 tahun kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dr Mahathir berseloroh jangka masa itu dicadangkan hanya kerana ada orang yang berpendapat beliau akan nyanyuk pada usia 95 tahun. 

Lim memberitahu NYT yang Dr Mahathir tidak pernah menyuarakan kekesalannya kerana memenjarakan beliau dan berkata: “Saya memaafkannya, tetapi tidak bermakna saya akan melupakannya. Saya rasa perkara paling penting ialah melihat ke depan”. 

Ketika NYT menyatakan Dr Mahathir mempunyai peluang jarang untuk membentuk semula legasinya dan memadamkan reputasi orang kuat, Dr Mahathir menjawab: 

“Apabila anda mati, mereka akan menulis semula kisah anda. Jadi apabila saya tiada, mereka boleh kata apa mereka mahu”. freemalaysiatoday

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 pm

ref
al- Husseyn: Dr M: Ada bukti cukup dakwa Najib, Rosmah

Insan terpilih di mata penyokong tegar umno. 

Allah Subhanahuwatalla tentukan dan takdirkan Najib tidak sempat ke tahap sedemikian rupa kerana kecelaruan imej. Walau pun di mata sebahagian penyokongnya beliau adalah insan terpilih. 

SUNDAY, JUNE 17, 2018
NIKKIE - JAPAN.

Gugusan blok Negara Asia dari Australia, Negara Arab, China, Korea , Taiwan, Hongkong, Asia Tengara, sehingga ke Jepun, hanya seorang pemimpin dipilih dan di iktiraf sebagai Peneraju Asia 2018/2019, dia di berikan slot sebagai ucap utama dalam forum ekonomi rantau Asia.

Melihat beliau berdiri tegap dan kukuh di hadapan ratusan pemimpin Asia lain, diberi sambutan Negara berprotokol no 1 sama standard dengan pemimpin besar dunia lain seperti Presiden US, Presiden Rusia dan Pemimpin negara negara kuasa besar yang lain.

Apakah kelebihan Malaysia sehingga di iktiraf dan diangkat sebagai bertaraf "leader of asia"? Dari segi ekonomi dan sosial kita berada pada tangga ke 16 di Asia, dan ke 4 di Asia Tenggara, bagaimana Malaysia boleh dianggap peneraju Asia, sedangkan China, Jepun Korea jauh lebih hebat dari kita, jawapannya ialah bukan kerana kepesatan ekonomi negara sahaja di ambil kira tetapi siapa yang memerintah sesebuah negara itu dan apa strategy mereka untuk membawa negara tersebut ke mercu kejayaan.

Tun M berusia 93 tahun, disegani dan di hormati seluruh dunia, Negara negara blok Islam telah lama mengiktiraf beliau sebagai pemimpin Islam no 1 dunia. Kelantangan dan ketegasan beliau di forum antarabangsa mengutuk dasar US, dan Israel di persidangan dunia telah membuka mata banyak negara Islam, beliau dianggap wira negara Islam sejak sekian lama.

Dalam usia 93 tahun, pengacara Asia Review menjemput beliau ke pentas untuk memberi ucaptama sambil disambut tepukan gemuruh secara berdiri oleh pemimpin Asia yang lain. Beliau berjalan seperti seorang anak muda, pantas dan tegap ke atas pentas. Berdiri dengan penuh yakin, mengupas satu demi satu ekonomi Asia dengan memperincikan setiap data dan angka, dengan mengunakan bahasa yang mudah tapi difahami oleh semua negara.

Australia Post sama sependapat dengan Nippon Press, bertanya soalan yang sama didalam akhbar mereka, BAGAIMANA SEORANG BERUSIA 93 TAHUN, BERUCAP TANPA SKRIP, MENYEBUT SETIAP ANGKA DI SETIAP NEGARA DI ASIA DENGAN TEPAT DAN MEMBERI CADANGAN UNTUK ASIA DENGAN BEGITU TERTIB TETAPI KEMAS SEHINGGA TIADA APA LAGI SOALAN YANG PERLU DITANYA OLEH WARTAWAN.

Inilah world class leader, kita bertuah kerana memiliki Tun M, tiada lagi pengantinya setakat ini, beliau digeruni tetapi dihormati oleh dunia.

We love u Tun M.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:00 pm
ref:
al- Husseyn: NIKKIE - JAPAN.

Keyakian mengiakan Najib insan terpilih. 

Kepada sebahagian penyokong Najib, bila tahu berita ini tentu mereka jawab Najib difitnah dan berita itu hanya tohmahan. Kalau Najib salah kenapa masih bebas? Tidak didakwa? Hanya yang sudah biasa membuat tohmahan dan fitnah sahaja yang gemar menggembar gemburkan tohmahan dan fitnah sebagai dinding diri sebab bukan tidak mahu malu tetapi melindungi rasa malu yang teramat sangat. Jika tidak percaya tanyalah tv3 di era tv3suku mereka dahulu. Tanya juga dengan Berita Harian, The New Street Times dan Utusan Melayu (masih Meloya till now) Jadi sedemikian rupa sebab media perdana dikawal sepenuhnya oleh BEKAS kerajaan Najib. 

SUNDAY, JUNE 17, 2018
Kalau Najib tak salah 1MDB, kenapa BN kalah, soal MP
Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mengulas laporan penyokong Datuk Seri Najib Razak yang berkata bekas perdana menteri itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah berhubung skandal penyelewengan syarikat pelaburan negara, 1MDB. 

"Seronok juga membaca laporan media yang lapor komen setengah pengunjung yang hadir dalam majlis rumah terbuka 'eidul firtri mantan Presiden parti sarkas di Pekan. 

"Saya tak kata prinsip atau maxim tu salah. Cuma bila main pakai secara sembrono, tak tahu dan tak kena pada tempat, masa dan keadaan, ia nampak lucu," kata Hanipa yang juga seorang peguam pada suatu hantaran di Facebook. 

Pada Hari Raya pertama, kira-kira 500 orang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang. 

Tak kisah serbuan 

Sebahagian besar hadirin yang ditemui oleh Malaysiakini tidak ambil kisah dengan segala pertuduhan oleh kerajaan baru di Putrajaya terhadap Najib, termasuk serbuan yang dijalankan ke atas rumah atau kediaman yang dikaitkan dengannya. 

Bagi mereka, kerajaan berhak menyiasat, tetapi Najib tidak seharusnya dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Sikap dwi standard sesetengah penyokong BN terhadap pemimpin HARAPAN ketika gabungan itu menjadi pembangkang dulu ditegur Hanipa. 

"Hai dulu masa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, awat (kenapa) hentam dia hingga lunyai sebelum mahkamah putus lagi. 

"Masa kes komen Menteri Pertahanan dalam isu Bukit Kepong.. belum pergi court lagi pun hang (kamu) dah buli dan belasah dia sakan.. sampai suruh lucut kewarganegaraan beliau. Consistency brader!" Tegas beliau lagi. 

Menurut pemimpin Amanah itu lagi jika memakai logik pengunjung rumah Najib di Pekan, Barisan Nasional tidak patut kalah dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 

"Jika kita pakai dan ikut logik pengunjung di Pekan itu, logiknya parti yang didokong oleh MO1 tak wajar kalah teruk dalam PRU 14. Ya lah MO1 belum diputuskan bersalah pun dalam kes 1MDB, awat hukum dia dan parti dia kaw kaw dalam PRU?" 

"Logik politik dan logik undang-undang bukan 24 jam sama saudara dan saudari!"Katanya. 

Najib Razak sedang disiasat SPRM mengenai penyelewengan dana 1MDB dan telah dua kali memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya. 

Bagaimanapun, bekas presiden Umno itu secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan peguam negara pada era pentadbiran Najib, Tan Sri Apandi Ali turut membebaskan beliau daripada sebarang pertuduhan.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 6:00 pm

ref:
al- Husseyn: Kalau Najib tak salah 1MDB, kenapa BN kalah, soal MP

Najib Tak Salah, Tuduhan Terhadap Najib Tidak Benar Kata Penduduk Pekan.
June 15, 2018  Politik
Kira-kira 500 orang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri 
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang hari ini.

Walaupun jumlah yang hadir ternyata kecil berbanding semasa sambutan di Seri Perdana, Putrajaya, ketika beliau adalah perdana menteri, mereka yang mengunjunginya hari ini tetap memberi sokongan dan mengambil kesempatan untuk bersalaman serta berswafoto.

Sebahagian besar hadirin yang ditemui oleh Malaysiakini tidak ambil kisah dengan segala pertuduhan oleh kerajaan baru di Putrajaya terhadap Najib, termasuk serbuan yang dijalankan ke atas rumah atau kediaman yang dikaitkan dengannya.


Bagi mereka, kerajaan berhak menyiasat, tetapi Najib tidak seharusnya dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah.

"Kerajaan ada hak untuk menyiasat, biarlah, tugas mereka, biarkan mereka melakukan tugas mereka dan kami akan menunggu hasilnya.

"Saya bukan hakim (untuk mengatakan sama ada Najib bersalah atau tidak), biarkan mereka membawanya ke mahkamah.

"Dia tidak bersalah sehingga dibuktikan," kata Khairul Osman, 58 (gambar).

Beliau yang datang dari Kuantan mengakui dirinya sebagai penyokong Najib dan datang ke Pekan hari ini untuk meraikan Hari Raya bersama bekas perdana menteri itu.

Khairul berkata, beliau menghadiri rumah terbuka Najib di Pekan hampir setiap tahun.

Norita Mohd Yusof, seorang suri rumah yang berumur 40 tahun berkata, beliau juga menghadiri setiap acara yang diadakan oleh Najib di Pekan kerana dia adalah anggota Umno yang tinggal berdekatan.

Walaupun beliau percaya kebanyakan pertuduhan terhadap Najib adalah tidak benar, Norita berkata dia terkejut dengan jumlah barangan yang dirampas oleh polis dalam serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib.

“Memang terkejut dengan jumlah barangan yang banyak itu. Itu yang saya cakap kita tak boleh nak judge (hakimi) dia macam-macam, biar dia disiasat dulu.

“Kalau disiasat, silakan siasat dgn betul. Bukan kita defend (pertahan) tapi bila dah disiasat baru boleh kita cakap benda itu betul ke apa ke. Kalau belum lagi, cuma sekadar desas-desus, kalau cuma cakap-cakap aje, kita pun takkan simpan dalam hatilah.

“Tapi biarlah disiasat. Lebih baik dia disiasat, daripada kita nanti masih ada orang nak kata-kata,” kata Norita (gambar).

Seorang anggota Pemuda Umno yang menghadiri rumah terbuka itu berkata beliau tidak menyalahkan polis kerana menjalankan tugas mereka menyiasat Najib.

Bagaimanapun, Mohd Faznur Mohd Fadzir, 28, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan berdasarkan spekulasi.

“Kita jangan membuat fitnah dan tohmahan yang bukan-bukan. Selagi kita belum dapat sebarang bukti yang kukuh untuk mendakwa seseorang itu.

“Polis masih menyiasat, maka belum menjatuhi sesiapa hukuman. Polis nak buat siasatan menjalankan tanggungjawab mereka tidak ada masalah, tapi saya berharap semua rakyat jangan cepat terpengaruh.

“Jangan membuat spekulasi yang tak betul. Kita ambil kira faktor yang betul. Jangan kita suka hati membuat spekulasi yang boleh menjatuhnya maruah orang dan parti,” kata Mohd Faznur (gambar) kepada Malaysiakini.

Pada masa yang sama, beliau juga mengkritik serbuan yang dilakukan di rumah Najib di Jalan Duta, Kuala Lumpur sejurus selepas bekas perdana menteri pulang dari sembahyang terawih.

“Inikah cara mereka (kerajaan baru) yang nak memimpin? Dari pandangan saya, ini adalah tak sepatutnya berlakunya begitu, boleh memalukan keluarga dan imej negara,” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru, Mohd Faznur, yang mrupakan seorang ahli perniagaan, berkata beliau berharap pentadbiran baru itu akan memberi tumpuan lebih kepada memenuhi janji-janjinya kepada rakyat.

“Rakyat bukan nak tengok untuk mencari kesalahan siapa itu, siapa ini.

“Tapi rakyatnya sebenarnya nak tengok di tahap mana, setakat mana janji-janji, manifesto Pakatan Harapan terhadap rakyat,” katanya.

Seorang lagi pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Radin, 41 (gambar) dan berkerja sebagai seorang ejen hartanah berkata beliau hadir di rumah terbuka Najib di Pekan tahun ini kerana keluarganya, terutama isterinya, adalah peminat tegar bekas perdana menteri itu

Berkenaan dengan tuduhan terhadap Najib, beliau berkata beliau tidak mahu membuat penilaian mengenai isu itu kerana siasatan masih dijalankan.

“Kita tak boleh nak sangka buruk atau baik seseorang itu.

“Kita kena bersangka baik terhadap kedua-dua pihak. Sebab saya sendiri pun agen property so bila saya berurus dgn hal-hal hartanah ini, melibatkan purchaser dengan vendor jadi saya kena protect kedua-dua pihak,” katanya.

Bagaimanapun, Radin percaya bahawa beg berjenama yang disita oleh polis dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib hanyalah sekadar hobi bagi pengumpul.

“Kita nampak daripada golongan orang senang, dia akan dptkan benda ddengan mudah sebab dari segi kewangan dia pun okay jadi tak ada masalah bagi dia, jadi saya tak terkejut langsung.

“Dia ada akses untuk kekayaan tetapi tidak boleh terlampau menonjol-nojol,” katanya.

Pihak berkuasa telah melakukan beberapa serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib, termasuk rumah peribadinya di Jalan Duta, tiga unit kondominium mewah di Pavilion Residences dan sebuah banglo yang tidak berpenghuni di Precint 10 Putrajaya.

Mereka berjaya merampas wang tunai berjumlah RM114 juta dalam pelbagai mata wang serta 284 kotak mengandungi beg tangan mewah, barangan kemas dan jam tangan dari serbuan di Pavilion.

Sementara itu, polis masih menilai barangan yang dirampas

“Kita kena bersangka baik terhadap kedua-dua pihak. Sebab saya sendiri pun agen property so bila saya berurus dgn hal-hal hartanah ini, melibatkan purchaser dengan vendor jadi saya kena protect kedua-dua pihak,” katanya.

Bagaimanapun, Radin percaya bahawa beg berjenama yang disita oleh polis dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib hanyalah sekadar hobi bagi pengumpul.

“Kita nampak daripada golongan orang senang, dia akan dptkan benda ddengan mudah sebab dari segi kewangan dia pun okay jadi tak ada masalah bagi dia, jadi saya tak terkejut langsung.

“Dia ada akses untuk kekayaan tetapi tidak boleh terlampau menonjol-nojol,” katanya.

Pihak berkuasa telah melakukan beberapa serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib, termasuk rumah peribadinya di Jalan Duta, tiga unit kondominium mewah di Pavilion Residences dan sebuah banglo yang tidak berpenghuni di Precint 10 Putrajaya.

Mereka berjaya merampas wang tunai berjumlah RM114 juta dalam pelbagai mata wang serta 284 kotak mengandungi beg tangan mewah, barangan kemas dan jam tangan dari serbuan di Pavilion.

Sementara itu, polis masih menilai barangan yang dirampas dari serbuan lain.

Rampasan dilakukan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan penglibatan Najib dalam penyalahgunaan wang dari 1MDB. - Malaysiakini

ref:
Najib Tak Salah, Tuduhan Terhadap Najib Tidak Benar Kata Penduduk Pekan. - Online News

SUNDAY, JUNE 17, 2018
Putrajaya sambut baik SPRM siasat syarikat monopoli ubat
Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya memberi perhatian terhadap 
tuduhan monopoli ubat-ubatan itu dan ‘jika ada salah laku, maka 
SPRM akan mengambil tindakan’. (Bernama pic) 
Menteri kesihatan berkata, kementeriannya akan sentiasa memperbaiki perkhidmatan supaya dapat memberi bekalan ubat kepada rakyat pada harga bernilai untuk wang. 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan sebuah syarikat memonopoli bekalan ubat-ubatan di negara ini, kata Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad. 

“Kementerian tiada masalah (siasatan oleh SPRM)…tetapi mesti ada bukti dan bukannya tuduhan begitu sahaja,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini. 

Beliau berkata, kementeriannya memberi perhatian terhadap tuduhan monopoli ubat-ubatan itu dan “jika ada salah laku, maka SPRM akan mengambil tindakan”. 

 Katanya, Kementerian Kesihatan mahu melakukan yang terbaik dengan tadbir urus bertanggungjawab. 

“Kita kena tahu pasaran ada sentimen dan kena jaga semua pihak. Andai berlaku salah laku, pihak SPRM akan bertindak.” 

Dzulkefly berkata, kementeriannya akan sentiasa memperbaiki perkhidmatan supaya dapat memberi bekalan ubat kepada rakyat pada harga bernilai untuk wang. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR, Fahmi Fadzil sebelum ini menulis di Twitternya, meminta Dzulkefly memecahkan sebarang monopoli ubat-ubatan oleh syarikat yang dimiliki ahli politik dari pentadbiran sebelum ini. 

Rabu lalu, sebuah portal membuat pendedahan mendakwa syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik rapat dengan kerajaan terdahulu mengawal bekalan ubat berbilion ringgit. 

Menurut laporan yang memetik sumber itu, monopoli yang dimiliki syarikat itu mungkin menjadi punca peningkatan kos ubat-ubatan dibekalkan kepada hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara. 

Mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Dzulkefly berkata, kehadiran 80,000 pengunjung membuktikan semangat perpaduan membara di kalangan rakyat. 

Beliau yakin sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan diraikan dengan satu letupan patriotisme yang akan memberi lonjakan dalam membina semula negara, ekonomi dan memperkukuhan perpaduan. ~ freemalaysiatoday

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am

ref
al- Husseyn: Putrajaya sambut baik SPRM siasat syarikat monopoli ubat

SUNDAY, JUNE 17, 2018
Najib mungkin didakwa atas penyalahgunaan harta, pengubahan wang haram
Oleh Rozanna Latiff 
Pihak berkuasa Malaysia menyiasat skandal 1MDB mempertimbangkan untuk mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan dana, kata sumber yang rapat dengan perkara itu. 

Najib, yang menubuhkan 1MDB pada 2009 sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram selepas laporan bahawa berbilion ringgit didepositkan ke dalam akaun peribadinya yang dipercayai sebahagian dana dari syarikat subsidiari 1MDB, SRC International. 

Bekas perdana menteri itu menafikan sebarang salah laku berhubung 1MDB. 

Najib kalah pada pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu yang menyaksikan pertukaran kerajaan sejak Malaysia Merdeka pada 1957. 

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri, berikrar untuk mendapatkan semula dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB dan menghukum pihak yang bertanggungjawab. 

Peguam negara yang baru dilantik Tommy Thomas pada Selasa lalu berkata dia kini sedang meneliti pensabitan sivil dan jenayah yang mungkin, selepas menerima laporan 1MDB daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Dakwaan penyalahgunaan harta 

Sumber yang rapat dengan siasatan itu memberitahu Reuters bahawa Najib mungkin didakwa kerana pecah amanah dalam penyalahgunaan harta di bawah peruntukan undang-undang dan kanun keseksaan Malaysia. 

Sumber bagaimanapun tidak mahu didedahkan kerana tidak mempunyai kuasa bercakap tentang perkara itu. 

Jika sabit kesalahan akan membawa hukuman penjara lima tahun, denda dan sebatan. Hukuman itu bagaimanapun tidak membenarkan pesalah melebih umur 50 tahun disebat. Najib kini berumur 64. 

Denda akan diputuskan oleh mahkamah bergantung kepada kesalahan dan jumlah yang diselewengkan. 

Menurut sumber, Najib juga berkemungkinan berdepan dakwaan pengubahan wang haram, yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda tidak melebihi lima kali ganda jumlah hasil pengubahan wang. 

Kini terpulang kepada peguam negara untuk memutuskan sama ada mahu menerima atau tidak cadangan itu, memfailkan dakwaan lain atau meneruskan siasatan. 

Untuk rekod, peguam negara sebelum ini Tan Sri Apandi Ali membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku berhubung 1MDB. 

SPRM dan pejabat peguam negara tidak menjawab permohonan untuk ulasan lanjut perkara itu. 

Jurucakap Najib juga tidak menjawab permohonan untuk ulasan lanjut. Najib sebelum ini berkata sekiranya dia didakwa atas "alasan politik" dia yakin mahkamah akan membebaskannya. 

Siasatan antarabangsa 

1MDB ketika ini di bawah siasatan pengubahan wang di beberapa negara lain termasuk AS, Switzerland, dan Singapura. 

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa lebih AS$4.5 bilion diseleweng daripada 1MDB, dan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib. 

Polis pada Isnin lalu menyerbu satu lagi rumah yang dikaitkan dengan Najib di Putrajaya, yang merupakan premis terbaru digeledah dalam siasatan berhubung 1MDB. 

Pihak berkuasa sebelum ini merampas ratusan beg tangan berjenama dan sejumlah beg berisi barang kemas dan wang tunai dalam penggeledahan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib. 

SPRM minggu ini menggesa empat individu yang dikehendaki dalam siasatan tampil, termasuk pembantu Jho Low - watak utama dalam skandal 1MDB yang rapat dengan Najib dan keluarganya.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 10:00 am

ref:


SUNDAY, JUNE 17, 2018
‘Siasatan salah laku, seleweng di semua kementerian selepas raya’ 
Mat Sabu yakin dengan kemampuan dan kewibawaan bekas ketua audit negara, Ambrin Buang mengetuai Jawatankuasa Siasatan Khas itu.
Menteri Pertahanan, Mat Sabu berkata, Jawatankuasa Siasatan Khas akan menyiasat semua salah laku dan penyelewengan dalam semua kementerian, termasuk kementeriannya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Siasatan Khas yang dipengerusikan bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang akan membentuk keanggotaan dalam jawatankuasa itu selepas Hari Raya.

“Jawatankuasa itu baru diluluskan di peringkat Kabinet dan Ambrin akan bentuk keanggotaan dalam jawatankuasa lepas raya sebelum mulakan siasatan,” katanya dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Guar Petai, hari ini. 

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan kepimpinan Pakatan Harapan negeri. 

Katanya, Jawatankuasa Siasatan Khas itu akan menyiasat semua salah laku dan penyelewengan dalam semua kementerian, termasuk Kementerian Pertahanan.

Ahli Parlimen Kota Raja itu yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu berkata, kementeriannya sedia memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Siasatan Khas itu. 

“Saya dengar ada skandal dalam kementerian, jadi kami bersedia untuk memberikan segala maklumat yang ada untuk membantu siasatan.” 

Beliau turut yakin dengan kewibawaan Ambrin yang mampu menjalankan tanggungjawab berat itu. 

“Beliau (Ambrin) merupakan bekas ketua audit negara, jadi dia mampu membuat forensik audit dan penyelidikan dengan baik.” 

Katanya, setakat ini, tiada sebarang masa ditetapkan untuk siasatan itu.~ freemalaysiatoday

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 pm

ref: 

BERITA KAKI: 
Sedap jer nak salahkan Cina yang membantu Melayu untuk cekek darah Melayu. Sini menafi sana menuduh, eloklah siasatan oleh SPRM yang boleh dipercayai atau PDRM yang semakin boleh dipercayai. 
JIKA KELAKU MACAM INI BUKAN MALAYSIA BARULAH.


ref: 

Sebelum PRU Malaysia ke 14 mungkin mereka tidak yahin PH boleh menang. Itulah peranan king maker yang serba tidak menjadi. Itu sebab mereka menafikan 1MDB disebalik mengiakan Najib PM yang baik. Itulah politik, banyak kerenah dan tipu dayanya. Kawan makan kawan, dulu kawan sekarang lawan dan pelbagai lagi yang sudah menjadi habit politik Melayu dewasa ini. Rasa malu dan maruah (maruah diri, maruah ISLAM dan maruah parti) boleh tolak tepi dulu. Membiar diri terpengaruh, digula-gulakan untuk kuasa? Kuasa duniawi. Nauzubillahminzalik. 

PAS beri isyarat mahu berbaik dengan Pakatan

PEMIMPIN tinggi PAS kini menunjukkan sikap berbeza ke atas Pakatan Harapan (PH), tidak sampai sebulan selepas gabungan parti tersebut berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14. 
Veteran PAS Mustafa Ali memuji gabungan Pakatan Harapan yang menghimpunkan Bersatu, 
DAP dan PKR, dan juga pemimpin utamanya, Dr Mahathir Mohamad. 
– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2018.
Sebelum pilihan raya umum 9 Mei, PAS memutuskan hubungan dengan PH dan membentuk kerjasama tidak rasmi pula dengan parti utama BN, Umno.

PAS turut meletakkan calon di beberapa kawasan Parlimen dan negeri utama untuk menjadi pengacau bagi kemenangan BN.

Namun tidak sampai enam minggu selepas pilihan raya tersebut, lain pula yang disebut oleh veteran PAS Mustafa Ali ketika diwawancara The Malaysian Insight.

Mustafa memuji gabungan PH yang menghimpunkan Bersatu, DAP dan PKR, dan juga pemimpin utamanya, Dr Mahathir Mohamad.

"Ada kesungguhan kerajaan baharu ini untuk tunai janji khususnya apa yang ada dalam manifesto.

"Pada pengamatan saya, mereka khasnya Tun Mahathir sendiri sedang bekerja keras untuk cuba memenuhi apa yang dijanjikan itu," kata bekas setiausaha agung PAS itu.

Beliau juga berpendapat Dr Mahathir berjaya memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi Malaysia dalam khususnya berhubung tindakan dalam kes 1MDB.

"Ia sedang diuruskan dengan cara yang agak cepat dan baik," kata pengerusi Lembaga Penasihat PAS itu.

Sejak Dr Mahathir mengambil alih pentadbiran, siasatan dimulakan semula ke atas bekas perdana menteri Najib Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Siasatan berkenaan adalah berhubung dakwaan Najib menerima jutaan dolar ke dalam akaun peribadinya dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Pada tahun lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu berpuas hati dengan penjelasan oleh ketua pegawai 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung dakwaan berbilion dana syarikat disalurkan kepada individu tertentu.

Parti itu kemudiannya menjelaskan mereka hanya berpuas hati dengan pelan rasionalisasi untuk menyelesaikan hutang 1MDB. Penjelasan itu dibuat selepas Dr Mahathir membuka semula siasatan ke atas 1MDB.

Veteran PAS Mustafa Ali memuji gabungan Pakatan Harapan yang menghimpunkan Bersatu, DAP dan PKR, dan juga pemimpin utamanya, Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2018.

Veteran PAS Mustafa Ali memuji gabungan Pakatan Harapan yang menghimpunkan Bersatu, DAP dan PKR, dan juga pemimpin utamanya, Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2018.

PAS menegaskan, parti itu tidak pernah berpuas hati dengan penjelasan berhubung kerugian yang didakwa dialami firma berkenaan.

Mustafa turut menyebut mengenai keputusan dan tindakan besar yang dibuat oleh pentadbiran Dr Mahathir.

Ia termasuk penangguhan projek landasan kereta api RM110 bilion menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, serta mengkaji semula projek East Coast Rail Link (ECRL) bernilai RM66 bilion.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan sudah pun berada di landasan yang betul walaupun mungkin tidak akan dapat melaksana kesemua manifestonya dalam tempoh 100 hari pertama.

"Saya rasa ada pengakuan jujur, mungkin tak dapat tunai dalam 100 hari pertama kerana kekangan ekonomi tetapi mereka dilihat ikhlas mahu melaksanakannya," kata Mustafa.
Pemimpin tinggi parti itu juga nampaknya mula mengurangkan retorik anti DAP dan anti PH yang kuat dimainkan sebelum PRU14.

Pada bulan lalu, setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan menegaskan pendirian rasmi PAS berhubung isu besar hanya boleh dinyatakan oleh beliau dan juga presiden dan timbalan presiden.

Ia bagi menjauhkan PAS daripada pandangan anti DAP daripada pemimpin akar umbi yang lebih konservatif.

Ini termasuk pandangan Pengarah Pusat Kajian PAS Mohamad Zuhdi Marzuki yang mendakwa PH menggunakan tema “Malaysia Baru” untuk melaksana agenda “Malaysian Malaysia”.

Zuhdi mendakwa PH mahu menukar kontrak sosial dan menjejaskan kedudukan istimewa bumiputera dan status Islam sebagai agama rasmi.

Mustafa menegaskan pandangan Zuhdi itu hanya mewakili golongan minoriti dalam parti tersebut.

"Ia tidak gambarkan pandangan mainstream dalam PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau yang tidak faham realiti sebenar politik Malaysia," kata Mustafa kepada The Malaysian Insight.

Beliau percaya pandangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berbeza dengan pandangan Zuhdi dalam hal itu.

Mustafa berkata hubungan di antara parti itu dan DAP “agak tajam” beberapa tahun lalu namun berharap kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam perkara asas.

Realitinya, PAS adalah satu-satunya parti politik yang pernah bekerjasama dengan semua parti di negara ini termasuk dengan DAP, katanya.

"Memang kita ada perbezaan tetapi ada banyak juga persamaan untuk membolehkan kita memberi sumbangan kepada negara.

"Persamaan lebih banyak berbanding dengan perbezaan yang kecil saja jumlahnya," katanya. 

at 6/15/2018 04:34:00 PTG

ref: 

FRIDAY, JUNE 15, 2018
Bekas KP SPRM dipaksa bersara?
Oleh Anbalagan 
BERBALOI KAH CINTA (KPD BINI ORANG)? 
Sumber berkata Yang di-Pertuan Agong menerima nasihat kerajaan untuk melepaskan Dzulkifli selepas khidmatnya di Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ditamatkan pada 8 Jun.

Dzulkifli diminta bersara tahun lepas susulan ekoran dakwaan yang mengaitkan beliau dengan seorang wanita selepas timbul video yang mendakwa mereka bercuti bersama.

Sumber mengatakan Agong menerima nasihat kerajaan selepas khidmatnya di Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ditamatkan. 

PETALING JAYA: Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad sudah bersara, kata sumber. 

Sumber berkata Yang di-Pertuan Agong menerima nasihat kerajaan untuk melepaskan Dzulkifli selepas khidmatnya di Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ditamatkan pada 8 Jun. 

Sumber menambah Dzulkifli juga akan diberi pencen. 

Dzulkifli dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa belum dapat dihubungi. 

Dzulkifli meletakkan jawatan KP SPRM pada 14 Mei dan melaporkan diri untuk bertugfas di Jabatan Peguam Negara keesokan hari. 

Pegawai undang-undang berusia 50 tahun di Jabatan Peguam Negara itu dilantik KP SPRM atas dasar permindahan sementara dari 1 Oktober 2016 hingga 31 Julai 2021. 

Dzulkifli, yang sebelum ini pengarah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara di Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang menjadi perunding integriti di fakulti undang-undang di Universiti Teknologi Mara. 

Dzulkifli diminta bersara tahun lepas susulan ekoran dakwaan yang mengaitkan beliau dengan seorang wanita selepas timbul video yang mendakwa mereka bercuti bersama. 

Polis menjalankan siasatan ke atas perkara itu, dan timbul persoalan tentang dakwaan percutian mewah Dzulkifli di Bali, Indonesia, dan Hong Kong, China. ~freemalaysiatoday

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am

ref: 
Kementerian bayar 4 kali lebih mahal untuk ubat-ubatan?
FMT Reporters

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan digesa menjelaskan beberapa persoalan tentang ketidakcekapan pemerolehan ubat-ubatan yang ditonjolkan dalam satu kajian Universiti Harvard.

Sumber menjelaskan kajian 2016 menunjukkan antara 2010 dan 2014, kerajaan membelanjakan “3 ke 4 kali ganda” harga rujukan antarabangsa (IRP) untuk ubat-ubatan.

Perkembangan ini menyusuli dakwaan beberapa syarikat yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik yang rapat dengan kerajaan dulu mempunyai kawalan ke atas bekalan ubat-ubatan bernilai berbilion ringgit.

IRP secara meluas dianggap sebagai tanda ras harga utuk agensi pemerolehan ubat-ubatan serata dunia. Ia dikira sebagai harga median untuk ubat-ubatan oleh pelbgai agensi pemerolehan di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana tinggi.

Dalam hal pemerolehan sektor awam, harga ubat-ubatan akan dibandingkan dengan IRP menggunakan kaedah Sains Pengurusan Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menanda aras harga-harga pemerolehan bagi sejumlah ubat-ubatan tertentu.

Kajian Universiti Harvard itu, “Malaysia Health Systems Research Volume I”, yang tersedia di laman sesawang Kementerian Kesihatan, mendapati harga pemerolehan adalah 3 hingga 4 kali ganda lebih mahal daripada IRP antara 2010 dan 2014.

Kajian mengatakan walaupun keseluruhan harga pemerolehan menurun dari 2010 hingga 2014, hanya 22% (2012) hingga 30% (2013) ubat-ubatan dibeli bawah harga IRP.

Dalam tempoh yang sama, antara 45% (2012) dan 50% (2013) ubat-ubatan yang dibeli adalah 2 kali ganda lebih mahal dari harga IRP. Pada 2014, hampir 80% ubat-ubatan dibeli pada harga IRP atau kurang dari 2 kali ganda harga IRP.

“Ubat-ubatan ini bagaimanapun mewakili hanya 55% dari perbelanjaan keseluruhan, menunjukkan harga pemerolehan yang lebih tinggi untuk produk-produk yang berharga tinggi tetapi dibeli dalam jumlah yang kecil memberi kesan besar pada belanjawan untuk ubat-ubatan,” kata kajian itu.

“Perkara yang berlaku dalam pemerolehan ubat-ubatan di sektor awam ini antara perkara yang boleh diperbaiki.”

Sumber itu berkata kajian itu menimbulkan persoalan sama ada kerajaan dalam pentadbiran lepas membuat bayarn untuk ubat-ubatan lebih dari sepatutnya.

“Sebagai contoh, katakan ubat berjenama ‘X’ berharga RM2 sekeping, dan kajian itu menggambarkan pada 2010, kerajaan membayar RM8 sekeping (4 kali ganda) dan pada 2014, membayar RM4 sekeping (2 kali ganda).

“Pokoknya, harga ubat berjenama ‘X’ yang dibeli itu, sama ada pada 2010 atau 2014 adalah 4 atau 2 kali ganda lebih mahal dari harga IRP. Ya, terdapat pembaikan tetapi nampaknya kerajaan masih membayar lebih dari sepatutnya.”

Sumber berkata pegawai Kementerian Kesihatan, terutama yang berkhidmat dari 2010 hingga 2014, mesti tampil ke depan menjelaskan mengapa ubat-ubatan dibeli pada harga yang lebih mahal dari harga IRP.

“Inilah persoalan kebertanggungjawaban dan ketelusan yang perlu dijelaskan dan disiasat pihak berkuasa.”

FMT sudah menghubungi kementerian untuk mendapatkan komennya.

at 6/15/2018 07:28:00 PTG

ref:
KERENGGA: Kementerian bayar 4 kali lebih mahal untuk ubat-ubatan?

Ada satu lagi skandal kewangan terbesar negara - Guan Eng

Kementerian Kewangan mempunyai satu lagi skandal utama yang akan didedahkan kepada umum sebelum negara dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembersihan untuk memulihkan keadaan fiskal kewangannya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng, bercakap kepada Channel NewsAsia berkata beliau berharap dapat mendedahkan skandal terbaru "berkaitan dengan kementerian kewangan" dalam masa seratus hari.

"Kami berharap dapat membongkar semua ini dalam tempoh masa seratus hari, jadi selepas itu kita boleh teruskan (pada hal yang lain).

"Dan saya fikir di sinilah pembersihan bermula ... sebaik sahaja pengambil-alihan saham selesai, pembersihan dilakukan, proses membersihkan toksik selesai, Malaysia boleh kembali ke landasannya semula," katanya dipetik berkata.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan jika skandal terkini itu berkaitan dengan syarikat 1MDB yang diasaskan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikalahkan pada PRU14 lalu.

Suntikan dana RM7 bilion ke 1MDB

Sejak menjawat Menteri Kewangan, Lim telah membuat beberapa pendedahan 'berkenaan dengan syarikat pelaburan negara itu", termasuk suntikan dana RM7 bilion daripada kerajaan BN bagi menyelamatkan 1MDB.

Beliau juga mendedahkan beberapa bayaran lain yang dipersoalkan yang dibuat kepada syarikat dan anak syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mengenai hal ini, Lim berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menyerahkan ke panel siasatan dan mahkamah untuk memutuskan jika Najib bertanggungjawab.

Beliau berkata ini kerana Najib ialah perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu yang mengawasi masalah yang menimpa syarikat pelaburan negara itu dan tanggungan hutangnya yang mencecah berbilion ringgit.

Lim berkata terdapat "pertalian jelas" berdasarkan penemuannya setakat ini, sejak beliau mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei.

"Saya secara peribadi akan berfikir bahawa beliau (Najib) bertanggungjawab sepenuhnya, hanya menteri kewangan yang dapat memberi kuasa dalam transaksi ini.

"Sudah tentu, perkara ini akan diputuskan panel siasatan dan jika mereka fikir pendakwaan perlu dibuat, mahkamah akan membuat keputusan," jelas Lim dipetik sebagai berkata.

"Begitu pun saya merasa (perkara ini pernah) terhenti di meja bekas menteri kewangan, namun kami akan membiarkan penyiasatan dan proses yang sewajarnya berjalan," katanya.

Sejak Najib kehilangan kuasa pada 9 Mei lalu, beliau telah disiasat pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Tiada dendam peribadi

Sepanjang memegang jawatan perdana menteri keenam negara, Najib telah dibebaskan daripada sebarang salah laku oleh bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali.

Najib juga mendakwa tiada salah laku dalam syarikat berkenaan.

Sementara itu, Lim menegaskan siasatan terhadap Najib bukan atas dendam peribadi.

Jika benar demikian, Lim berkata sudah tentu Najib telah ditangkap sekarang.

Namun, sebulan telah berlalu dan Najib masih bebas walaupun terdapat pelbagai undang-undang yang membolehkan Najib ditahan kerana terlibat dalam skandal yang terkenal di seluruh dunia itu.

"Kerana kami mahu mengikut proses yang sewajarnya, kami mahu mematuhi undang-undang. Dan jika ada bukti yang perlu dikenakan, beliau akan di bawa ke mahkamah," katanya.
-malaysiakini

at 6/15/2018 09:23:00 PTG

ref:
KERENGGA: Ada satu lagi skandal kewangan terbesar negara - Guan Eng

Berita dibawah menjadi bahan ejekan sebahagian penyokong bekas PM ke 6 yang terpalit dengan pelbagai skandal. Di mata juak-juaknya PM 6 adalah insan terpilih untuk menerima ujian keimanan Allah Subhanahuwataalla.

Tun M terkejut apabila mula-mula memasuki Putrjaya pada 10 Mei

Terima kejutan jejak kaki ke Putrajaya - Tun M

SEJUMLAH beg plastik berisi dokumen yang dimusnahkan menggunakan mesin dan cebisan kertas ditemui bertaburan di beberapa pejabat kerajaan di Putrajaya sejurus kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14, bulan lalu.

Pendedahan itu dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temu rumah dengan akhbar New York Times (NYT) yang disiarkan, semalam.

Laporan itu menyebut Dr Mahathir dan pegawainya dikejutkan dengan penemuan berkenaan ketika mereka memasuki pejabat kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 lalu.

“Kami juga menemui makanan yang seperti baru disentuh dan terpaksa ditinggalkan dalam keadaan terburu-buru.

“Di pejabat Kementerian Kewangan yang terletak berhampiran, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menemui komputer yang hanya boleh diakses oleh individu tertentu saja.

“Dalam beberapa kes akses kepada beberapa fail penting di kementerian itu hanya didapati untuk seorang sahaja (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan).”

Dr Mahathir turut memberitahu NYT, kerajaan baharunya mendapati negara berada dalam keadaan kewangan yang amat buruk berbanding apa yang dikhuatiri beliau dan sekutu sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan berjaya mengumpulkan akaun dan angka daripada pelbagai jabatan dalam tempoh dua minggu serta mendapati kedudukan hutang negara sudah mencecah lebih RM1 trilion.

“Itu adalah 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Kerajaan sebelum ini akan mencari jalan untuk mengambil wang daripada mana-mana organisasi.

“Ini termasuk ‘kecurian daripada pelbagai dana negara selain 1Malaysia Development Bhd (1MDB), projek dibiayai kerajaan seperti program pembangunan luar bandar dan lombong arang batu di Mongolia.”

“Semuanya ‘diperkosa’ oleh kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri juga dipetik sebagai berkata, usaha membersihkan politik dipalit rasuah adalah sesuatu yang menyukarkan, malah terpaksa meminta ramai orang untuk meletak jawatan.

Dr Mahathir juga berkata, kerajaan sudah mengumpul bukti yang mencukupi untuk mendakwa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. -hmetro

at 6/16/2018 07:28:00 PTG

ref:
KERENGGA: Tun M terkejut apabila mula-mula memasuki Putrjaya pada 10 Mei












Tiada ulasan: