Selasa, 12 Jun 2018

Bermewah dengan duit pembayar cukai apabila membayar sejumlah penasihat dalam pentadbirannya. 7771.


Tuesday, June 12, 2018
Penasihat kerajaan BN gaji RM200,000 sebulan?
Posted By: Pentadbiron: June 12, 2018 Print Email
Bekas perdana menteri Najib Razak sangat bermewah dengan duit pembayar cukai apabila membayar sejumlah penasihat dalam pentadbirannya antara RM70,000 hingga RM200,000 sebulan.

Sejak memerintah selepas pilihan raya umum yang baru lalu, kerajaan baharu di Putrajaya sudah menyemak beberapa fail sulit. Semakan itu mendapati seorang bekas menteri yang dilantik sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dibayar RM200,000 sebulan – 10 kali ganda gaji perdana menteri.

Beberapa penasihat ini sudah diminta untuk meletakkan jawatan.

Dapatan itu mengesahkan trend pegawai kerajaan, penasihat dan eksekutif kanan syarikat berkaitan kerajaan dalam pentadbiran Najib membayar diri mereka sendiri atau dibayar gaji melebihi sektor swasta.

Dari beberapa sisi, pelantikan itu adalah timbal balas memastikan mereka menyokong Najib dengan memberikan mereka gaji yang tinggi.

“Kebanyakan mereka menerima gaji antara RM70,000 hingga RM200,000. Setakat ini, kami hanya jumpa seorang yang dibayar gaji RM200,000 sebulan,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

“Ini hampir 10 kali ganda daripada gaji perdana menteri. Kita masih menyemak.
“Mereka bukan dapat gaji tinggi, mereka juga menikmati banyak kemudahan dan imbuhan yang datang dengan kedudukan itu.”

Sumber juga mendedahkan semua pegawai lantikan Putrajaya tidak masuk pejabat sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14.

Difahamkan pegawai kanan yang mendapat gaji RM200,000 sebulan itu dilantik sebagai ketua sebuah unit di Pejabat Perdana Menteri selepas khidmatnya sebagai menteri Kabinet berakhir.

Seorang lagi pegawai yang menerima gaji tinggi diberi tugas mengendalikan jenama 1Malaysia.

“Semua pegawai ini tidak lagi digajikan oleh kerajaan. Kebanyakan mereka sudah mengosongkan pejabat selepas BN kalah.

“Mereka sama ada keluar sendiri, tanpa memberitahu kami, atau diminta meninggalkan pejabat serta merta,” kata sumber itu.

Putrajaya kini sedang berusaha mengawal pembaziran dan ketirisan selepas mendapati hutang negara mencecah sampai RM1 trilion.

Antara yang mula-mula ditangani oleh pentadbiran sekarang ialah bekas pegawai kanan yang diberikan kedudukan tinggi bertaraf menteri dan mempunyai pasport diplomat.

Semakan kerajaan juga mendedahkan ada banyak bekas pegawai kanan kerajaan yang dilantik ke lembaga syarikat berkaitan kerajaan, lebih kerana kesetiaan mereka berbanding pertimbangan kelayakan.

Pegawai kerajaan memberitahu The Malaysian Insight pegawai kerajaan yang bersara ini akan dikeluarkan surat penamatan kontrak atau kontrak mereka tidak akan diperbaharui.

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PENASIHAT KERAJAAN BN GAJI RM200,000 SEBULAN?

Selasa, 12 Jun 2018 | 1:19pm
Bharian BeritaKes Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
KENYATAAN SPRM pada Disember 2015 memaklumkan kenyataan Najib diambil berhubung siasatan SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Kami ambil keterangan Najib - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan ia pernah mengambil keterangan Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Disember 2015.

Ia sekali gus menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri itu semalam yang mendakwa SPRM tidak pernah mendapatkan keterangannya dan tidak pernah membuat kertas pertuduhan terhadapnya.

Keterangan itu diambil oleh beberapa pegawai yang menemui Najib di pejabat Perdana Menteri pada tarikh berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika mengulas perkara itu berkata, SPRM telah memulakan siasatan sejak kes itu diketahui pihaknya.

"Sekitar Disember 2015, kami sudah bertemu Najib di pejabatnya dan mengambil keterangannya selama tiga jam, SPRM juga telah merekod keterangan beliau pada ketika itu," katanya kepada BH, hari ini.

Ditanya mengapa Najib mendakwa keterangannya tidak diambil dalam kes itu, Azam enggan mengulas namun berkata itu adalah hak bekas Perdana Menteri itu berkata demikian.

SPRM juga pernah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 5 Disember 2015 bertajuk 'Perkembangan Siasatan Kes SRC International dan Dana RM2.6 bilion' memaklumkan kepada umum berkaitan siasatan berkenaan.

Siaran akhbar tiga perenggan itu mengesahkan SPRM pernah merekod kenyataan Najib (ketika itu Perdana Menteri) pada tarikh terbabit dalam pertemuan selama dua jam setengah.

Kenyataan itu juga menyebut Najib memberi kerjasama baik dalam pertemuan itu dan kenyataan itu turut menyebut, SPRM akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Pada Januari 2016, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kemudian mengeluarkan kenyataan iaitu dana yang diterima Najib adalah derma peribadi daripada satu keluarga diraja Arab dan bekas Perdana Menteri itu tidak terbabit dalam sebarang salah laku rasuah.

Semalam Najib dalam kenyataan berkata beliau tidak pernah menerima sebarang faedah atau mencuri wang 1MDB atau dari mana-mana pihak malah mendakwa SPRM tidak pernah mengambil apa-apa kenyataan beliau pada 2015 seperti didakwa ada kertas pertuduhan yang viral.

Beliau juga yakin mahkamah akan membuktikan beliau tidak bersalah dan akan terlepas jika didakwa atas alasan politik.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/437069/kami-ambil-keterangan-najib-sprm
https://soscili.my/mahathir-raja-sultan-agong-krisis-perlembagaan-1993/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/437163/malaysia-minta-kredit-yen-daripada-jepun
Tuesday, June 12, 2018
PRN Kedah: Pas tamak kuasa – Dr Ismail
Posted By: Pentadbiron: June 12, 2018 Print Email

Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh menggesa PAS menghentikan polemik politik berhubung isu pemilihan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang belum selesai sehingga kini.

Beliau berkata tindakan PAS itu menunjukkan sikap sebenar parti tersebut yang tidak mahu memahami kehendak rakyat selain ingin merampas kuasa dengan cara yang tidak betul.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, rakyat telah memilih dan memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan 18 kerusi, PAS 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN) dengan tiga kerusi. Jelas di sini, rakyat telah membuat keputusan jadi mereka (PAS) perlu hormat.

“PAS menunjukkan sifat sebenar mereka yang gila kuasa untuk memerintah di Kedah dengan mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan diwujudkan namun cadangan itu telah ditolak oleh HARAPAN Kedah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjangkakan kemenangan PAS sekiranya pilihan raya negeri (PRN) benar-benar diadakan di negeri itu susulan isu pelantikan speaker DUN yang belum ada kata putus sehingga kini.

Ismail yang juga wakil rakyat Pengkalan Kundor berkata selepas cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan tersebut ditolak oleh HARAPAN Kedah, PAS tidak berputus asa dan menzahirkan sifat tamak dengan meminta supaya jawatan speaker DUN diberikan kepada mereka.

“Cadangan mereka itu tidak logik dan tiada asas untuk diterima dan sebab itu HARAPAN sekali lagi menolak cadangan tersebut. Mereka turut menamakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Fakhrudin Fakhrurazi sebagai bakal speaker.

“Bila ditolak, dengan nada ugutan mereka kata akan berlaku PRN apabila pemilihan speaker nanti berakhir dengan undian sebanyak 18/18 kerana PAS mengharapkan BN menyokong mereka dan memberi tiga undi tersebut,” katanya.

Ismail berpandangan buat masa sekarang tiada siapa yang mahukan PRN, justeru PAS perlu mengetepikan rasa ego dan tamak mereka dalam tempoh lima tahun ini dan berusaha menjadi pembangkang yang konstruktif serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. – Mkini

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PRN KEDAH: PAS TAMAK KUASA – DR ISMAIL

Tuesday, June 12, 2018
Tiada dokumen China import AS$2 trilion barangan Malaysia
Posted By: Pentadbiron: June 12, 2018 Print Email

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendakwa kenyataan Datuk Seri Najib Tun
Razak bahawa China komited mengimport barangan bernilai US$2 trilion sebagai sebahagian daripada perjanjian dua projek saluran paip bernilai RM9.4 bilion, sebagai tidak benar kerana tidak ada dokumen seumpamanya.

“Semua pegawai yang ditanya menyatakan dakwaan Datuk Seri Najib itu sebagai tidak benar,” katanya.

Tidak ada sebutan mengenai pelbagai ‘komitmen’ yang dibuat oleh China seperti yang dikatakan oleh Najib dalam mana-mana kertas Kabinet pada 2016 dan 2017, yang meluluskan projek Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

“Melainkan ada kertas-kertas Kabinet tertentu yang disembunyikan atau minit-minit ‘merah’ Kabinet yang tidak boleh diakses kecuali oleh bekas perdana menteri itu,” katanya.

Najib yang juga bekas menteri kewangan mengeluarkan kenyataan pada 5 Jun, 2018 yang mempertahankan kelulusan pentadbirannya ke atas dua projek saluran paip dan petrokimia bernilai RM9.4 billon kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) oleh SSER.

“Datuk Seri Najib secara sengaja tidak memberi tumpuan kepada persoalan utama skandal saluran paip RM9.4 bilion sebaliknya fokus kepada manfaat yang bakal diperoleh negara apabila menandatangani kontrak RM9.4 bilion itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Najib mendakwa Perdana Menteri China, Li Keqiang, ‘menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk projek saluran paip itu bersama projek-projek lain semasa di Beijing pada 14 Mei, 2017.

China juga komited mengimport barangan bernilai US$2 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang dari Malaysia, melabur sehingga US$150 bilion di Malaysia serta menawarkan 10,000 tempat latihan dan pengajian di pelbagai institusi di China sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

“Kami juga mendapati ada beberapa sebab tertentu projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan projek SSER dibentangkan bersama dalam kertas Kabinet yang sama oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu untuk kelulusan Kabinet,” katanya.

Ini kata Lee menimbulkan pertanyaan memandangkan projek ECRL dan SSER jauh berbeza dari segi bentuk dan perniagaan, melibatkan pelbagai syarikat, kontraktor dan geografi yang berlainan, walaupun ia dibiayai oleh syarikat yang sama iaitu China EXIM Bank.

“Datuk Seri Najib dengan sengaja enggan menjawab soalan utama mengenai skandal RM9.4 bilion ini tentang mengapa pembayaran sebanyak RM8.3 bilion, yang bersamaan dengan 88 peratus daripada nilai projek, dibuat walaupun hanya 13 peratus kerja progresif telah selesai.

“Kenapa dia membenarkan pengeluaran sedemikian dibuat dalam tahun pertama kontrak 3 tahun?

“Lapan puluh lapan peratus daripada dana telah dikeluarkan walaupun projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) masing-masing merekodkan hanya 14.5 peratus dan 11.4 peratus kemajuan, masing-masing pada akhir Mac 2018, atau purata 13 peratus,” kata Lim, sambil menambah kadar penyiapan itu juga masih belum disahkan atau diaudit.

MPP melibatkan pemasangan saluran paip petroleum pelbagai produk sepanjang 600km, yang menghubungkan Melaka dan Port Dickson ke Jitra, dengan kos RM5.35 bilion.

TSGP pula melibatkan pembinaan saluran paip gas 662km dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau, dengan kos RM4.06 bilion.

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: TIADA DOKUMEN CHINA IMPORT AS$2 TRILION BARANGAN MALAYSIA

Monday, 11 June 2018
APAKAH NAJIB BENAR2 YAKIN TIDAK BERSALAH?

Wahhh...bukan main tinggi lagi keyakinan Najib Razak kononnya beliau tidak bersalah dalam siasatan kes 1MDB yang sedang dihadapinya!!
Apakah sandaran Najib kepada keyakinannya itu?

Adakah beliau benar-benar yakin tidak bersalah atau sekadar untuk memujuk hatinya sendiri?

Bolehkah kenyataan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan kerajaan perlu mendapatkan bukti kukuh terlebih dahulu sebelum mendakwa Najib di mahkamah sebagai asas keyakinannya bahawa beliau tidak bersalah?

Hakikatnya, kenyataan Tun Mahathir itu bukanlah bermakna tiada bukti terhadap salah laku dan skandal melibatkan dirinya, cuma bukti-bukti yang ada perlu diperkemaskan agar tidak tidak mudah dipatahkan oleh peguam-peguam yang tentunya dibayar mahal oleh Najib ketika perbicaraan nanti.

Tidakkah dalam apa juga kes, bukti kukuh memang perlu dikumpul terlebih dahulu sebelum memulakan pendakwaan?

Sabarlah dulu Najib....jangan cepat sangat melahirkan keyakinan tidak bersalah sebelum siasatan selesai dan pendakwaan pula belum bermula lagi!!

Segala-galanya belum berakhir lagi.

Sebelum ini, pada November 2017 lalu, Najib juga dengan yakin mengatakan Tun Mahathir tidak akan berjaya menyingkirkannya sebagai Perdana Menteri.

Tetapi, apa jadi akhirnya pada keputusan pilihanraya 9 Mei lalu?
Siapa yang tersingkir dan siapa yang kini menduduki kerusi Perdana Menteri?

Jika pada pilihanraya lalu, orang yang berjaya menyingkirkannya ialah Tun Mahathir, Najib harus ingat orang yang bersungguh-sungguh mahu menangkap dan mengheretnya ke mahkamah berkaitan skandal 1MDB juga adalah Tun Mahathir yang disokong oleh majoriti rakyat.

Apakah Najib fikir Tun Mahathir akan gagal dalam misi yang seterusnya? (ShahbudinHusin 11/06/2018).

ref:
Shahbudin dot com: APAKAH NAJIB BENAR2 YAKIN TIDAK BERSALAH?

Monday, June 11, 2018
Komitmen China Import Barang AS$2 Trilion Adalah Auta Najib
Menteri Kewangan hari ini sekali lagi menyerang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan dakwaan komitmen China untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion sebagai sebahagian daripada dua perjanjian paip bernilai RM9.4 bilion.

Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan hari ini berkata, tidak ada yang didokumentasikan seperti itu dan dakwaan itu nyata tidak benar dan palsu.

"Semua pegawai yang ditanya menyatakan tuntutan oleh Datuk Seri Najib tidak benar. Tiada komitmen dibuat oleh China seperti didakwa oleh Najib dalam mana-mana kertas Kabinet yang dibentangkan pada 2016 dan 2017, seperti yang meluluskan projek Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

"Kecuali jika ada kertas Kabinet tersembunyi atau “merah” yang tidak ada akses kecuali Perdana Menteri sendiri," katanya.

Najib, yang juga bekas menteri kewangan, mengeluarkan kenyataan pada 5 Jun 2018 mempertahankan pemberian dua projek petrokimia dan gas bernilai RM9.4 bilion kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) oleh SSER.

"Datuk Seri Najib sengaja tidak menumpukan perhatian kepada soalan-soalan utama yang merangkumi skandal bernilai RM9.4 bilion tetapi sebaliknya memberi tumpuan kepada faedah yang bakal dinikmati oleh negara daripada menandatangani kontrak RM9.4 bilion ini," kata kenyataan itu.

Najib mendakwa, beliau dan Perdana Menteri China, Li Keqiang menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk projek-projek tersebut bersama-sama dengan projek lain di Beijing pada 14 Mei 2017.

China juga komited untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang dari Malaysia, melabur hingga AS$150 bilion di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat latihan dan kajian di pelbagai institut di China sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.

"Kami juga mendapati, Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan projek SSER sentiasa dibentangkan dalam Kabinet bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai kelulusan Kabinet, "katanya.

Selain itu, timbul tanda tanya antara ECRL dan SSER kerana dua projek itu berbeza yang melibatkan beberapa syarikat serta kontraktor yang berlainan di lokasi yang berjauhan dari satu sama lain, walaupun kedua-dua projek milik Malaysia ini dibiayai oleh China Exim Bank.

"Datuk Seri Najib dengan sengaja enggan menjawab soalan utama mengenai skandal RM9.4 bilion ini tentang mengapa pembayaran RM8.3 bilion yang bersamaan dengan 88 peratus daripada nilai projek, dibuat walaupun hanya 13 peratus kerja progresif telah selesai.

"Kenapa dia membenarkan pengeluaran sedemikian dibuat dalam tahun pertama kontrak 3 tahun?

"Sebanyak 88 peratus daripada dana dikeluarkan walaupun projek-projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) merekodkan hanya 14.5 peratus dan 11.4 peratus siap , masing-masing pada akhir Mac 2018, atau purata 13 peratus, "katanya.

Sebagai rekod, MPP melibatkan saluran paip petroleum sepanjang 600km yang menghubungkan Melaka dan Port Dickson ke Jitra, dengan kos RM5.35 bilion.

TSGP pula melibatkan pembinaan saluran paip gas sepanjang 662km dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau dengan kos RM4.06 bilion lapor Sinar

ref:
Anak Sungai Derhaka: Komitmen China Import Barang AS$2 Trilion Adalah Auta Najib

Kerajaan belum dakwa Najib sebab tak ada bukti kukuh?

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan amaran supaya tidak terburu-buru mendakwa Datuk Seri Najib Razak di mahkamah, sebaliknya mengumpulkan bukti keterangan yang kukuh terhadap skandal 1MDB.

Bagaimanapun, dalam kenyataan balas hari ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap hal ini membuktikan (kerajaan) tiada bukti kukuh mengenai perkara itu, kata bekas perdana menteri Najib Abdul Razak.

"Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

"Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku HARAPAN membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh," kata Najib dalam hantaran di Facebook.

"Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka," jelasnya lagi.

Mahathir telah memberi amaran semalam agar tidak terburu-buru mendakwa Najib di mahkamah kerana mungkin akan menyebabkan beliau terlepas daripada pertuduhan.

Najib berkata kenyataan Mahathir juga membuktikan dakwaan pertuduhan terhadapnya pada pertengahan 2015 tidak benar dan sebahagian daripada konspirasi oleh beberapa pihak dalam kerajaan untuk menggulingkannya.

Katanya, ia tidak dapat dibuat untuk mendapatkan helaian caj jika SPRM belum mengambil kenyataannya.

"Pada ketika itu (2015), kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?" Soal beliau yang pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

ref:
Kerajaan belum dakwa Najib sebab tak ada bukti kukuh? ~ Menconteng Untuk Perubahan™

I'm impressed to you. 

Ur words to others is totally terrible and sometimes horrified. U seems to be a muslim guy as sometimes u shows ur undifined identity as though ur are only the typical malay and an islamic schoolar. 


I'm so blanked about ur identity just because u normally used the words 'babi', 'betina'and so on. I'm aware and sometimes feels fear just because u shows as though ur is pure supporter to islamic's way of life as an Addin. 


These could be diminished to the non muslims and non malays towords islam and malays, just because of ur impolite words and language. 


Sorry for my message if make u un happy. 



The real truths is as a muslim, I felt u simply make islam as a horrible way of life, but the truth islam is the best known principal of life in Msia.

Dahsyat ilmu mantiq bro, buang dunia yg fana, terbaik. Facebook uninstall dulu boleh x bro, dlm ni byk yg fana, x sesuai dgn ahli akhirat mcm bro ni


I once asked him after he had delivered a lecture as a guest speaker at UIA on what is the best book he had read?


He told me Boris Pestranak's Dr. Zhevago. He said the book is about a man's saga; sorrow, happines with the backdrop of a revolution in Russia. 



Bought a second hand book at a flea market in Amcorp Mall and saw the movie starring Omar Sharrif. The book is better. Thank you Pak Samad.

Noriah Muda Logik

HEBAT NYA APEK LIM KIT SIANG....


Beliau tidak perlu banyak bercakap...
Beliau tidak perlu buat banyak Press Comferance
Beliau tidak perlu hina dan perlekeh YDP Agong dan Raja2 Melayu
Beliau tidak perlu kata Hak Keistimewaan Melayu patut dihapuskan
Beliau tidak perlu banyak komen tentang ISLAM
Beliau tidak perlu high-lightkan diri beliau dalam mainstream rakyat.....

Kerana beliau adalah MASTERMIND dalam agenda Melayu SCREW Melayu atau ISLAM TIKAM ISLAM....Matlamatnya biar ISLAM menang SORAK...Kampung TERGADAI......

Anda rasa Mahathir dan Anwar sudah cukup hebat.....?...Mereka berdua sekadar khaDUMB beliau peringkat tinggi.....selain.mereka berdua hanyalah khaDUMB2 dan.penyokong2 PH yang rela kena kencing dan berbau sangat hancing

Adanan Bakar 
LAWRENCE OF ARABIA & KEBODOHAN UMAT YANG MELUPAKAN AL-QURAN.

Apabila mengamati sejarah pemberontakan Arab ke atas Uthmaniyyah, pasti akan muncul satu watak yang berperanan besar melobi pemimpin-pemimpin Arab.

 Intelijen British.

Thomas Edward Lawrence (1888-1935) merupakan perisik yang dihantar oleh British untuk menguasai pemimpin-pemimpin Arab. Beliau melakukan tinjauan geografi di tanah Arab seawal 1914 dan merekod pemetaan bagi pihak British.

Lawrence juga menyelami budaya dan kemahiran berbahasa Arab, sebagai kunci mendapatkan akses mendekati pemimpin-pemimpin Arab.

 Misi.

Lawrence menggalas misi British. Menyalakan api pemberontakan Arab melawan Khilafah Uthmaniyyah. Antara kaedah yang diaplikasikan oleh Lawrence adalah:

• Mendekati pemimpin-pemimpin Arab dan berusaha memenangi hati mereka. Lawrence menggambarkan bahawa dirinya jujur membantu Arab keluar dari 'penjajahan' Uthmaniyyah. Sebutkan apa sahaja, Lawrence sedia membantu.

• Membodek pemimpin-pemimpin Arab. Kononnya merekalah yang paling layak mewakili umat, bukan Uthmaniyyah yang berbangsa Turki.

• Menyalakan sentimen kebangsaan yang amat berperanan menjadi asas kepada doktrin nasionalisme Arab.

• Tidak bersikap kontradik dengan nafsu pemimpin-pemimpin Arab yang kebulur kuasa. Lawrence tahu mereka sudah sedia prejudis dengan Uthmaniyyah.

• Maka Lawrence mewiridkan kempen anti Uthmaniyyah. Menyebabkan pemimpin-pemimpin Arab menganggap Lawrence 'sefikrah' dengan mereka. Ketika itu, budaya memaki Uthmaniyyah menjadi 'trend' yang pasti mendapat sambutan ramai.

• Memanipulasi isu korupsi Uthmaniyyah yang sememangnya berlaku. Lalu diolah kefahaman kononnya adalah lebih baik bersekutu dengan British berbanding Uthmaniyyah yang korup itu.

Dari kaedah-kaedah tersebut, pemimpin-pemimpin Arab meletakkan kepercayaan penuh kepada si kafir itu. Lawrence si anak muda British ditatang ibarat anak 'angkut' pemimpin-pemimpin bodoh.

Bagi pemimpin-pemimpin Arab, mereka kononnya telah berjaya mempengaruhi dan mempergunakan Lawrence. Hakikatnya mereka yang menjadi buah catur British.

 Revolusi Agung Arab.

Pemimpin-pemimpin Arab melancarkan Revolusi Agung Arab yang bertemakan semangat nasionalisme Arab. Hasil dari lobi 'nasihat' Lawrence.

Arab bangsa mulia. Apakah wajar Arab duduk di bawah naungan Uthmaniyyah yang berbangsa Turki itu? Uthmaniyyah adalah penjajah, Lawrence adalah orang kepercayaan dan British adalah sekutu yang baik. Itulah doktrin yang ditanam.

Pemberontakan Arab menentang Uthmaniyyah berlangsung dari 1916 hingga 1918, menatijahkan sejarah hitam bagi umat Islam.

 'Menikmati' Bantuan British.

Arab bergembira dengan tawaran senjata dari British. Mereka gunakan persenjataan British demi memerangi Uthmaniyyah, sedangkan masing-masing seagama Islam. Rela menjadi alat berbunuhan sesama sendiri.

Ketika itu kewarasan telah hilang. Landasan-landasan keretapi Uthmaniyyah diletupkan. Ia sebagai usaha mensabotaj sistem perhubungan Uthmaniyyah.

 Sejarah Hitam.

Dari pemberontakan tersebut, menghasilkan kejayaan British dan Perancis melakar peta baharu bagi wilayah-wilayah peninggalan Uthmaniyyah melalui perjanjian Sykes Picot pada tahun 1916.

Kemudian menatijahkan perjanjian Balfour pada tahun 1917 yang memberi laluan kepada Yahudi dari Eropah untuk mula menetap di Palestin. Maka bermulalah episod penjajahan ke atas al-Quds.

Pada tahun 1924 jatuhlah Uthmaniyyah. British bergembira, Arab yang tidak sedar diri menganggap merekalah yang bakal dinobat sebagai khilafah yang baharu. Malangnya ia hanyalah fantasi.

Misi Lawrence telah selesai. Beliau pulang ke tanah airnya dan mati pada tahun 1935 akibat terlibat dalam kemalangan motorsikal.

 Berwaspada Adalah Hikmah Yang Tercicir.

Apa yang telah terjadi merupakan akibat dari tidak beringat dengan ingatan Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil golongan selain dari kamu sebagai orang kepercayaan. Sedangkan mereka tidak henti-henti berusaha memudaratkan kamu. Mereka amat suka menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut-mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati-hati mereka lebih jahat. Sesungguhnya Kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat Kami. Itu pun jika kamu berfikir" - Ali Imran 118.

Inilah antara cebisan sejarah kebodohan segelintir umat Islam yang mempercayai pihak asing menyebabkan mereka menjadi buah catur musuh. Allah mencabut maruah mereka.

Jika dahulu musuh boleh buat, adalah amat logik mereka mengulanginya hari ini. Bahkan pasti lebih licik. Malangnya kita selalu lalai.

Abdul Mu'izz Muhammad
29 Julai 2017

PAS terima duit 90 juta dari UMNO, bila PH nak bawa kes ini ke mahkamah untuk bukti.

Mana PAN.... kenapa membisu tak seperti ceramah sebelum PRU 14.... sila bawa kes ini ke mahkamah untuk bukti fitnah ini benar.... jangan hanya jadi jaguh atas pentas ceramah retorik sahaja.... itu bacul!


Putera Arasi Satu persatu kempen fitnah akan terbongkar dan menelanjangkn segala keburukn.


Shafie Kadir PAS curi duit zakat fitrah di Pendang tu fitnah juga,ke?.


Roslanli Poklan Inikah dikatakan membela raja2 melayu.. tanya jer??? 

Putera Arasi Shafie Kadir tuan pasti?...atau hanya satu tuduhan tanpa periksa?...sekiranya salah apa tanggungan ibadah tuan dlm meniti usia tua?

Berlari Hingga Kepenghujung Putera Arasi Masih lagi nak backup isu Zakat Tu... PAS memang X curi duit Zakat tu in Shaa Allah. Tapi mustahil PAS x ambil portion utk asnaf Amil.. kalau portion utk asnaf pun PAS X ambil memang confirm Ahli syurga la


Putera Arasi Berlari Hingga Kepenghujung ...sy no komen..tak berani buat apa2 andaian jika tak pasti apa yg berlaku...tentang portion pun awak ckp berupa tuduhan kan?...tapi kalau gaji atas tugas tu sy juga tak tahu...kesimpulannya jgn la ibadah puasa kita dicemari dgn sebarang andaian apalagi tuduhan kalau kita tak tahu perkara sebenar...semua amalan kita kan dinilai, tak lepas juga segala yg buruk dari kita juga tak lepas dari balasan Allah...wallahuallam.


Shafie Kadir Putera Arasi, jelas sekali kamu ni tak baca. PAS Pendang dah mengakui dah arahkan berhentu mengeluarkan resit zakat PAS. Itu curilah namanya sbb PAS Pendang tak pernah dpt kebenaran dari MAIK kutip zakat fitrah dan keluarkan resit sendiri. Yg boleh kutip zakat adalah amil yg dapat kebenaean daripafa MAIK dan resit yg dikeluarkan juga resit dari MAIK.
Apa PAS mmg suka langgar undang-undang ke?


Berlari Hingga Kepenghujung Putera Arasi hak Amil untuk dpt sebahagian Wang Zakat.. amil adalah satu dprd 8 asnaf yg berhak.. kalau ambil pun bukan satu kesalahan. perkara yg X salah, boleh dikategorikan sebagai tuduhan ke? cuma saya tambah, kalau PAS X ambil portion utk Amil, memang PAS Ahli syurga la


Berlari Hingga Kepenghujung Putera Arasi sudah2 lah backup perkara salah yg dilakukan parti PAS yg kamu sokong dari enakmen agama Islam Negeri. Akuilah perkara itu Salah..



Semasa Najib berkuasa, dicanangnya satu negara kononnya dgn 1MDB lah di bawah tajaanya membolehkan beribu2 tok imam, pak bilal (yg dipilih oleh BN) dapat menunaikan haji.

Kita sedia maklum syarikat 1MDB sudah tak mampu bayar hutangnya sejak April 2017 lagi malah telah diisytiharkan muflis... Tetapi 1MDB boleh 'sponsor' 1,100 org utk mengerjakan haji tahun lepas ??!

Dari sumber mana 1MDB nak 'sponsor' bakal jemaah haji tersebut dlm keadaan 1MDB dah tak mampu bayar hutangnya ??!

Abd Rasid Bin Yahya “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (tabayyun), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.”
Surah Al Hujurat. Ayat 6.

KITA LIHAT APA TINDAKAN DARI AG KEATAS SALAH GUNA KUASA MADEY 22 TAHUN JADI PM....

Qasseh Suzaini Abd Talib


Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri: 

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes: 

* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.

* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: 

* Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

* Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta.

* Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

* Memaksa Petronas membeli saham Proton.

* Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa. 

* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

* Mengganggu penyiasatan BPR

* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

* Keruntuhan makmal computer;

* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

* Keretakan PULAREK; dan

* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)

* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.

* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasat kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.

* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

* Kerugian pelaburan Tabung Haji;

* Kerugian RM15b Bank Negara;

* Kerugian RM40 juta AIM;

* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

* Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

* Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

* Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, Nabi dan ulama;

* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

* Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

* Menutup dua MRSM di Terengganu;

* Menutup sekolah agama rakyat; dan

* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

* Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

* Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;

* Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

* Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan

* Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas







....................

Tiada ulasan: