Sabtu, 2 Jun 2018

HARAPAN sebagai Rakyat Malaysia. 7745.




HARAPAN sebagai Rakyat Malaysia. 

In Syaa Allah Bumi Malaysia hak Allah Subhanahuwatalla dan hamba-hamba Nya, sentiasa beroleh redha dan rahmat Nya. Aamiin.

Bukan soal mudah untuk membawa Malaysia ke arah sentiasa diredai dan di rahmati Allah Subhanahuwatalla. Oleh yang demikian pasukan kepimpinan Pakatan Harapan yang mantap dan terbaik dari yang lebih baik amat diperlukan, dalam membangunkan Malaysia dan mengukuhkan kembali nilai mata wang Ringgit Malaysia di pasaran modal antara bangsa. 

Apa yang menyedihkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sejak 9 tahun kebelakangan, tidak begitu diambil kira, tidak begitu diperdulikan oleh sebahagian besar rakyat. Sedangkan nilai Ringgit Malaysia yang kukuh akan menjadi pasangan sejati dalam perkembangan ekonomi yang mantap. In Syaa Allah. 

Oleh itu Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan memerlukan sekurang-kurangnya antara 4 ke 5 penggal tampuk pemerintahan. Supaya rakyat semakin jelas dan menikmati apa itu perubahan yang dipacu oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia tadbiran Pakatan Harapan. In Syaa Allah. 

MEMBERSIHKAN KEKOTORAN TINGGALAN Penjajah Bangsawan Umno yang terkenal sebagai era Kliptokrasi. 

Penggal pertama lebih berpaksi kepada membersihkan tinggalan penjajah kliptokrasi bangsawan umno dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Disamping itu keprihatinan kepada penyokong Pakatan Harapan dan melenyapkan hipokrasi sisa-sisa tinggalan penyokong tegar kliptokrasi bangsawan umno serta meningkatkan taraf hidup Rakyat Malaysia khususnya, mesti menjadi keutamaan. In Syaa Allah. 

Ahli Pakatan Harapan sebahagiannya adalah umno dan pas yang menyerpih. Sebagai Rakyat Malaysia yang sememangnya tidak pernah menjadikan umno sebagai pilihan, jangan bawa walau sebesar zarah, sifat buruk penjajah kliptokrasi bangsawan umno ke dalam gagasan, untuk kekal sebagai pemerintah di penggal berikutnya PRU15 dan seterusnya. Tinggalkan dan kekalkan kuasa pentadbiran Malaysia tanpa dasar pecah perintah, perkauman, adu domba, diskriminasi, salah guna kuasa, salah tadbir urus negara dan rasuah. In Syaa Allah. 
Isu Pulau Batu Putih sebahagian daripada tuntuan 
Rakyat Malaysia yang tidak wajar diketepikan 
sebagaimana yang ditegaskan oleh Sultan Johor. 

JANGAN SESEKALI CUBA MEWUJUDKAN Era Penjajah Bangsawan Pakatan Harapan. Politik bukan tempat beroleh kekayaan secara haram dan yang utama dimurkai Allah Subhanahuwatalla. 

Dalam pada usaha mencerna dan menceriakan kembali Malaysia (Bukan berprasangka tetapi beringat - tentu ada ujian dari Allah Subahanahuwatalla) adanya musang berbulu ayam, manusia tamak haloba, unggas dan parasit yang berebut jadi pemimpin jahat. Usah berlengah dan tanpa peluang ke dua, singkirkan mandatori mereka, sebab sejarah politik Malaysia mengajar dan memberitahu, manusia parasit seperti itu, berpeluang besar merosakan keboleh percayaan rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan tadbiran PH masa kini. Jangan sesekali mudah menerima mereka yang di luar dan pernah mengecam PH, supaya ruang musuh dalam selimut dapat diminimakan sebaik mungkin didalam PH. Tingkatkan usaha supaya umno terutamanya dan lain-lain parti luar PH bukan lagi ancaman yang boleh meranapkan impian rakyat Malaysia untuk melihat dan menikmati Malaysia bertambah maju. 

In Syaa Allah di akhir penggal pertama (Jangkaannya 2018 ke 2023., jika tiada PRU Malaysia yang lebih awal) dengan Perlindungan Allah Subhanahuwataal, Allah Subhanahuwatalla kurniakan hamba-hamba Nya mempunyai dan beroleh Pemimpin yang dinamik, yang bersatu padu, dengan sokongan kepakaran ANAK WATAN, berpegang kepada AMANAH dan KEJUJURAN, rakyat banyak akan nampak serta menghargai siapa PH dan meninggalkan jauh musuh politik kebelakang. Mantapkan kesinambungan pelbagai parti dalam PH dan usah sesekali mendabik dada "Aku parti paling kuat dalam PH" Rakyat pun menyampah dengan hal tersebut. BESATU TEGUH, BERCERAI ROBOH. Singkirkanlah penyokong yang membawa rebah. In Syaa Allah. 

In Syaa Allah PRU MALAYSIA Ke 15, masih milik PH. Begitu juga PRU Malaysia yang seterusnya dengan syarat tiada kewujudan gerombolan penjahat Bangsawan PH dan yang utama Kerajaan sekarang jangan sombong kerana rakyat semakin cerdik politik dan semakin tahu hak-haknya sebagai warga negara Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, sama ada sebagai Islam, Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Hakikatnya Allah Subhanahuwatalla jadikan manusia berbagai suku kaum untuk bersatu padu dan bukan untuk berpecah belah. 

Kerajaan Malaysia hak rakyat bukan hak parti. Semarakan MALAYSIA DINAMIK sebelum 2035 untuk kembali sabagai antara Kerajaan terbaik di dunia kurniaan Allah Subhanahuwatalla. In Syaa Allah. 
Cara xmenghalalkan hukum Allah Subhanahuwatalla.
Sebagai rakyat Malaysia kes ini wajib diadili supaya kenyataan sudah termaktub dlm perjanjian dapat diadili dan disahkan. Masih tidak nampak individu yang kalah tetapi dilantik sebagai Menteri di zaman kliptokrasi bangsawan umno sebagai penguasa. 

Mengapa zaman umno penguasa xsebut pun tentang perjanjian? Baru neh diwar-warkan ... 
Itulah akibat sombong dengan geng-geng kliptokrat bangsawan umno SOKONG MEMBAWA REBAH. Yang lebih layan ditabalkan sebagai petualang dan pengkhianat negara. Siapa di antara mereka yang jujur? 

Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
cttn oleh 3v0 Malaysia. 
Alhamdulillah Allah serlahkan pemimpin umno bercakap besar, untuk rakyat nampak dan mengadili mereka. 

9.5.2018 Itulah kesudahan tamatnya riwayat parti yang dikuasai bangsawan yang lupa diri dan tamak haloba. 

Kekalahannya pun ada yang masih tidak mahu menyalahkan diri sendiri. PH kena beringat. Saya pun bukan penyokong PH dan tidak akan mendoakan umno untuk kembali bangkit di persada politik Malaysia, kecuali pemimpin mereka sekarang 100% meminggir dan berganti dengan calon baru. Kalau mereka jujur tentu mereka akan menegur dan menasihati, tetapi mereka semua yes man dan pengampu. Cukup-cukuplah peluang dan ruang sehingga menjerumuskan Malaysia ke dalam era kliptokrasi.  

Imigresen pun menjadi tapak untuk bangsawan umno mengaut untuk dan salah tadbir urus negara. 
Contoh yang tidak wajar diterima masuk dalam Pakatan Harapan, selagi watak Hadi dan kuncu-kuncunya masih ada. 
Parti Bangsawan Umno kehabisan modal 
dan perlukan derma untuk terus hidup. 
Sikap menongkah arus kliptokrasi wanita bangsawan umno yang tidak menguntungkan keperibadian parti bangsawan umno dengan bertindak untuk kekal bayar gst. Hal yang tidak masuk akal untuk mempengaruhi dan memperbodohkan penyokong tegarnya. Nauzubillahminzalik. 





























PQrstu... 








Tiada ulasan: