Ahad, 3 Jun 2018

#menyesalundiumno?. 7746.



#menyesalundiumno?

Rahsia fail merah di Kementerian Kewangan terbongkar. 

JANATUL FIRDAUS YAACOB 


PUTRAJAYA - Rahsia 'fail merah' yang sebelum ini hanya boleh diakses pihak tertentu terbongkar apabila mengandungi penyelewengan dan skandal membabitkan syarikat 1MDB. 


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu wawancara berkata, beliau sangat terkejut apabila mengetahui kandungan fail merah itu yang sebelum ini cuba disorok oleh kerajaan BN. 


Beliau berkata, sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya secara profesional dan integriti. 


“Fail-fail merah yang sebelum ini begitu sulit telahpun dibuka. Saya sangat terkejut kerana fail tersebut mengandungi banyak skandal termasuk pembayaran hutang untuk 1MDB. 


"Rupa-rupanya hutang-hutang 1MDB sebelum ini dibayar oleh kerajaan. Padahal sebelum ini 1MDB beritahu mereka bayar sendiri. Mereka tak bayar satu sen pun hutang-hutang mereka," katanya kepada Sinar Harian semalam. 


Pada hari pertama di kementerian itu, Guan Eng berkata beliau diberitahu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mod Desa dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mengenai kedudukan semasa kewangan negara, dan pendedahan yang mengejutkan bahawa mereka tidak dapat mengakses akaun dan laporan tertentu. 


Menyifatkannya sebagai skandal paling besar di dunia, Guan Eng berkata, sebanyak RM7 bilion telah dibayar dan lebih menyedihkan kerajaan terpaksa menanggung beban membayar RM38 bilion lagi sehingga 2039. 


Katanya, jumlah tersebut juga belum dikira faedah, jadi boleh dinilai betapa besar kerugian dan kehilangan sumber pendapatan rakyat untuk membayar hutang 1MDB sahaja. 


“Bayangkan sekiranya wang ini boleh dilaburkan digunakan untuk rakyat. Bukankah kita boleh menyelesaikan sebahagian besar masalah kita, tapi ternyata skandal 1MDB ini telah memberi impak negatif ke atas keadaan ekonomi kita. 


“Saya berterus terang soal ini. Sebab itu kita terpaksa ambil langkah-langkah bagi mengurangkan impak negatif tersebut,” tegas beliau. 


Guan Eng turut mendedahkan hasil siasatan mendapati bahawa 1MDB sebagai syarikat pelaburan strategik hanyalah rekaan semata-mata. 


“Satu rekaan yang betul-betul jahat... tak ada langsung. Kita akan siasat dengan lebih teliti supaya rakyat tahu penyelewengan melalui 1MDB ini. 


"Kita akan cuba atasi kerana 1MDB ini adalah sejarah hitam yang kita akan ingat buat selama-lamanya," katanya.  


Setiausaha Agung DAP itu berkata, fail-fail merah itu turut mengandungi kontrak-kontrak yang mempunyai syarat-syarat yang agak luar biasa yang merugikan kerajaan. 


“Ada beberapa kontrak di mana pembayaran dibuat walaupun kemajuan kerja hanya 10 hingga 15 peratus. Lebih dua pertiga nilai kontrak ataupun jumlah kontrak telah pun dibayar.  


“Kita sedang siasat perjanjian-perjanjian yang agak luar biasa ini. Biasanya kalau kerja siap 30 peratus, kita akan bayar 30 peratus. Tetapi ini tidak diamalkan. 


"Kerja baru siap 30 peratus tetapi sudah dibayar 70 peratus. Mengapa? Kerana perjanjian dibuat bergantung kepada tempoh masa iaitu pembayaran dibuat setiap enam bulan, tak kira ada buat kerja atau tak buat kerja,” katanya. 


Walaupun begitu katanya, pihaknya tidak boleh mengatakan perbuatan itu salah kerana telah termaktub dalam kontrak. 


“Kita akan siasat dan tanya mengapa mereka buat kontrak macam ini yang tidak memihak kepada kepentingan negara. Itulah yang kita kena siasat," katanya.


ref: 
Malaysia30
Halaman Disukai · 3 jam 

 
Rahsia #FailMerah Terbongkar..
Bila kerajaan bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan negara dgn hutang negara melebihi RM1 trilion ada pihak yang mempertikainya serta dgn pelbagai tuduhan dan fitnah.

TAHUKAH ANDA..
#1MDB tidak membayar 1 sen pun hutangnya tetapi dibayar guna wang rakyat. Jumlah RM7 bilion telah dibayar kpd IPIC dan RM38 bilion lagi akan dibayar sehingga tahun 2039.


ref: 
(1) Malaysia30 - Halaman Utama

Saturday, 2 June 2018
KERAJAAN BARU INI JANGAN BERLENGAH LAGI MEMBUKA SEMULA KES ALTANTUYA

Selepas kejayaan Pakatan Harapan mengalahkan BN, antara perkara yang menjadi desakan banyak pihak ialah agar membicarakan semula kes pembunuhan Altantuya yang selama ini dianggap masih ada misterinya yang belum terungkai.

Selain 1MDB, kes Altantuya merupakan tuntutan kedua paling banyak diperkatakan dan diberikan desakan ramai.

Secara kebetulan kedua-dua kes ini melibatkan Najib Razak, baik secara langsung mahu pun tidak langsung.

Dalam kes Altantuya ini, banyak persoalan masih tersimpan dan belum terjawab, sekaligus memperlihatkan keadilan tidak ditegakkan dengan sebenar-benarnya.

Walaupun kita semua tahu Sirul dan Azilah sudah didapati bersalah kerana membunuh Altantuya, motif pembunuhan dan siapa yang mengarahkan mereka melakukan pembunuhan itu masih lagi misteri.

Sebab utama mengapa banyak misteri dalam kes Altantuya tidak terungkai ialah kerana ketika kejadian Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan serta kemudian terus menjadi Perdana Menteri.

Kedua-dua yang didakwa, Sirul dan Azilah adalah pegawai UTK yang bertugas menjaga keselamatan Najib ketika itu, manakala Razak Baginda yang dituduh bersubahat merupakan penasihat dan rakan karib kepada Najib.

Dalam perbicaraan yang melibatkan Sirul dan Azilah, buat pertama kalinya motif pembunuhan dianggap tidak penting dan kerana itu ia tidak dibangkitkan sama sekali.

Lantaran itu juga, Musa Safri, ketua pengiring kepada Najib yang merupakan pegawai atasan kepada Sirul dan Azilah langsung tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Jika Musa dipanggil untuk memberi keterangan, mungkin dapat diketahui siapakah yang memberi arahan kepada Sirul dan Azilah untuk melakukan pembunuhan itu serta apakah motifnya.

Kalau Musa yang memberi arahan itu, siapakah pula yang berada di belakang Musa dalam arahan tersebut?

Sirul dan Azilah secara logiknya tiada motif unfuk membunuh Altantuya kerana mereka langsung tidak mengenalinya dan mereka melakukannya hanyalah semata-mata kerana mengikut arahan.

Turut menjadi persoalan ialah bagaimanakah bom C4 yang digunakan untuk meletupkan tubuh Altantuya diperolehi kerana ia adalah bahan letupan yang dikawal ketat di Kementerian Pertahanan dan bukan sebarangan orang boleh memperolehi dan membawanya keluar.

Lebih dari itu, rakan karib Najib iaitu Razak Baginda yang pada mulanya dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu dan kemudian didapati tidak bersalah, tetapi pihak pendakwaan langsung tidak membuat rayuan terhadap pembebasannya.

Dengan yang demikian, Razak Baginda kekal didapati tidak bersalah, tetapi ramai yang tidak puas hati dengan tindakan pihak pendakwa tidak membuat rayuan itu, termasuk keluarga Altantuya sendiri.

Sirul dan Azilah sebaliknya kekal didapati bersalah, tetapi ketika kes mereka di peringkat rayuan, Sirul telah melarikan diri ke Australia sehinggalah sekarang.

Azilah pula tidak dapat dijatuhi hukuman mati sebagaimana sabit kesalahan terhadapnya kerana dia melakukan jenayah itu bersama dengan Sirul, maka hukuman tidak dapat dilaksanakan jika tanpa salah seorang daripadanya.

Dengan itu, pelaksanaan hukuman itu masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

Bapa Altantuya sehingga sekarang masih berjuang menuntut keadilan bagi pembunuhan anaknya, termasuk menghubungi Tun Mahathir Mohamad sehari sebelum pilihanraya umum yang lalu.

Masyarakat dalam negara serta antarabangsa yang cintakan keadilan tidak henti-henti mahukan kes itu dibuka semula. Meskipun Sirul dan Azilah yang melakukan pembunuhan itu, tetapi siapa yang mengarahkan pembunuhan itu tidak harus dilepaskan begitu saja.

Memandangkan kini Pakatan Harapan telah memenangi pilihanraya dan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, kerajaan baru ini tidak harus melengah-lengahkan untuk membuka semula kes Altantuya.

Melakukan pembunuhan, tidak kira sama ada ia melibatkan orang Islam atau bukan Islam, keadilan dalam menjatuhkan hukuman mestilah ditegakkan. 

Bukan saja yang melakukan pembunuhan wajib dihukum, tetapi yang mengarahkan pembunuhan atau bersubahat dengan jenayah tersebut juga harus dihukum sama.

Membuka semula kes Altantuya sehingga membolehkan keadilan ditegakkan dan tiada sesiapa terlepas daripada hukuman, bukan saja menggembirakan keluarga Altantuya, terutamanya bapanya yang tidak henti-henti berjuang, malah akan membuatkan nama Malaysia dipandang tinggi semula oleh dunia atas keberanian menegakkan keadilan yang bertahun-tahun cuba disembunyikan. (ShahbudinHusin 02/06/2018) Posted by Shahbudin Husin at 23:03   

14 comments:

Kejora Bapuk Bodo2 June 2018 at 23:13 

Memang kes pelik...musa safri tidak disiasat poliis dan tidak dipanggil memberi keterangan...kunci penyelesaian kes ini terletak pada musa safri..

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:35 SATURDAY, JUNE 2, 2018 @NajibRazak: 

Politically-motivated "guesstimates" should be avoided #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #MalaysiaTertipu

1, The Finance Minister of a country should provide accurate figures as the financial markets depend of these in their decisions. Accurate figures should also be given in order not to confuse or mislead the people.

2. In the past week, our new Finance Minister Lim Guan Eng has continued to cite various figures that are not accurate and can only be viewed to be politically-motivated.

3. Earlier, he had spooked the financial market by stating that our national debt is RM1 trillion without giving details. It was only after various parties including myself had questioned did he clarify that the official government debt remains at RM686.8 billion or 50.8% of our GDP.

4. The figure of 50.8% is also the lowest it has been for the past 10 years and is significantly lower than the 103.4% reached in the past under Tun Mahathir.

5. As a result of the unnecessary spooking, the stock market has experienced 18 consecutive days of foreign outflows.

6. The Finance Minister continues to insist that the now-cancelled Singapore-Kuala Lumpur High Speed Rail project cost RM110 billion although the Singapore and Malaysian government had previously estimated it will cost a maximum of RM72 billion including land acquisition cost.

7. The Finance Minister claims his inflated figure of RM110 billion includes interest costs. How he arrived at this figure is unclear as the international tender which requires those participating to propose their financing packages only closes in December 2018. In the course of previous discussions, various participating parties had earlier indicated that they are able to propose low-interest or even no interest financing packages similar to what was offered to India.

8. The finance minister continues to ignore requests by multiple parties to reveal the feasibility and economic impact studies for the HSR project. In the interest of transparency, these reports should be revealed to the public to determine if the best interest of Malaysia is served by cancelling the project.

9. Yesterday, the Finance Minister has continued with his inaccurate "guesstimates" when he said that 1MDB's current debt is RM50 billion - which he vaguely says "includes interest" - a figure higher than the RM30 billion and RM38 billion that he had given in the past week.

10. When giving these figures, the Finance Minister should also mention that the debt is backed by assets that can be worth up to RM30 billion or that US$3.5 billion (RM14 billion) of that debt is guaranteed by a foreign government and is the subject of further good-faith negotiations as part of a settlement agreement.

11. Instead of continuing to use 1MDB as political capital, the new PH government should ensure the rationalization plan for 1MDB is continued. It's previous asset values should be enhanced and monetized to pay down the debt.

12. The elections are over. You have won and we have lost. The focus should now be to safeguard our country's economic growth, jobs and financial stability - not playing politics with inflated "guesstimates" to provide an excuse for not delivering on PH's manifesto as per your promised timeline.

13. A few months ago, the World Bank and IMF had reported that the BN-led Malaysia then will reach high-income income nation status in as early as in 3 years time. The PH government should ensure we remain on course to meet this target.

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:35

Mustahil untuk Malaysia maju kalau punya pemimpin kerajaan PH yang tak ikhlas dan gila kuasa dan syok sendiri. 

Yang jadi mangsa adalah rakyat marhein maacm kita semua. Projek pembangunan seperti MRT3 dan HSR di batalkan. Sedikit demi sedikit Malaysia ke arah zaman kegelapan. LGE ni pun satu hal jugak... dendam kesumat masih kukuh bersarang dalam hati, macam2 cara dibuatnya untuk mengenakan DSNR... bukti yang takde diada2kan.. benda yang betul disorokkan dari pengetahuan ramai. Mentang2lah dah jadi menteri kabinet... untunglah, kes di mahkamah tu bakal dighaibkan begitu saja. Bangun aje pagi... takde keje lain.. minda berputar untuk mensabitkan DSNR dengan 1MDB... ini macam punya olang boleh jadi mintili ke haah???

keh..keh..keh...Haak Tuiiiiii !!!!!

Kejora Bapuk Bodo2 June 2018 at 23:17

Kalo musa safri yg terima arahan dari razak baginda kenapa razak baginda didapati tidak bersalah... ato kenape musa safri tidak didakwa ...

Pembunuh upahan didapati bersalah... dalang yg mengupah bebas... tugas kerajaan baru membersihkan imej malaysia dan menegakkan keadilan dan selesaikan misteri...

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:40 

Wayang Politik Kerajaan PH dah bermula dengan rasminya..... dimulakan dengan pendedahan Rafizi mengenai kehilangan Pulau Batu Putih dan skandal yg melibatkan Gani Patail. Lihat laporan media http://bit.ly/ganiduithongkong. (Batu Puteh saga: Rafizi to seek help from HK graftbusters | Malaysia | Malay Mail

So.. tak pelik lah kalau tetiba je tuntutan kita untuk semakan semula dibatalkan. Ntah2 masa perjumpaan Tun M dengan Lee Hsien Loong hari tu, PM Spore dan kasi warning kepada Tun M agar jangan meneruskan semakan semula tuntutan terhadap pulau tu di ICJ... kalau teruskan juga, nanti buruk padahnya !!!!!

Kejora Bapuk Bodo2 June 2018 at 23:19

Tak lama lagi hantu altonya akan bangkit dari kubur mengacau dalang yg upah pembunuhan... serammmnye..

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:43

PULAK DAH! MAHATHIR AKUI SUKAR TUNAI JANJI 100 HARI

at 4:00 PM
Posted by Admin PahangKu

Kantoi… Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya kini mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya sukar untuk menunaikan Janji 100 Hari yang menjadi manifesto gabungan itu.

Perdana Menteri usia tertua di dunia itu sebaliknya beri dalih konon keadaan tersebut disebabkan status kewangan negara ketika ini yang agak teruk diwarisi daripada pihak pentadbiran terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN)

Walaupun pernah buat janji tersebut kepada rakyat ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, kata beliau, ia namun tidak bersandarkan kepada keadaan kewangan negara pada masa ini yang disifatkan sebagai terlalu buruk.

“Kemenangan ini (PH pada PRU lalu) telah membawa beban yang amat besar kerana kita membuat pelbagai janji manis kepada rakyat Malaysia supaya kehidupan rakyat akan menjadi lebih bahagia daripada zaman sebelumnya.

“Kita buat janji berasaskan pengetahuan tidak cukup kerana tidak tahu setakat mana kerosakan berlaku dan hari ini kita dapati walaupun sudah janji dalam masa 100 hari akan tunai 10 perkara, malangnya ia tidak mudah ditangani.

“Sebab itu kita terpaksa mengakui bahawa kita mungkin akan mengambil masa lebih daripada 100 hari,” dalih Mahathir sebagai merujuk kritikan pelbagai pihak bahawa kerajaan PH cuba menipu rakyat dengan pelbagai alasan.

Pengerusi PH dan juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan serta Berbuka Puasa di Masjid Al-Hana, Kuah di pulau legenda Mahsuri tersebut malam tadi.

Media tempatan melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut mengakui bahawa kerajaan PH mungkin terpaksa menangguhkan 10 inisiatif yang dijanjikan mereka kononnya kerana isu kekangan kewangan negara.

Kata Setiausaha Agung DAP yang terpalit dengan kes skandal rasuah di mahkamah itu, kerajaan PH memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif tersebut sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Berucap lanjut, Mahathir berharap rakyat akan memahami situasi itu dan seterusnya memberi peluang serta kepercayaan kepada kerajaan PH untuk melaksanakan janji tersebut walaupun ia bakal mengambil masa panjang.

Namun banyak pihak kritik beliau termasuk isu bonus Aidilfitri penjawat awam dan pesara kerajaan dipotong serta terhad gred 41 ke bawah walhal ia sudah diluluskan Parlimen pada akhir tahun lalu.

Kejora Bapuk Bodo2 June 2018 at 23:23 

Kes pembunuhan altonya berkait dengan pembelian scorpene...

Rekod kemasukan altonya dipadam dari database imigresen..

Siasatan semula boleh diketahui siapa yg arahkan rekod dipadamkan oleh imigresen...

Najib bersumpah di masjid tidak kenal altonya...

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:44 Sabtu, 2 Jun 2018

ASTAGHFIRULLAH !!! RAKYAT DAH NAMPAK SIAPA MAHATHIR YANG SEBENAR!!! @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Selama 22 tahun memerintah mungkin karektor Mahathir Muhamad yang menjawat jawatan Perdana Menteri hari ini tidak dapat dikesan kerana pada waktu itu rangkaian media sosial tidsk lagi wujud di Malaysia.

Namun kini apabila beliau kembali menjadi Perdana Menteri buat kali ke 2, situasi sudah berlainan dimana kritikan bukan dibuat melalui media elektronik atau media cetak tapi ianya dilakukan menerusi akan media sosial masih masih dan boleh dilihat oleh jutaan rakyat melalui perkongsian.

Boleh dikatakan 90% rakyat Malaysia mempunyai akaun media sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya yang mampu untuk menyampaikan berita dalam masa yang amat singkat.

Hari ini Mahathir dilihat sekali lagi mengulangi pembohongan bersiri beliau kepada rakyat dan kali ini rakyat sendiri sudah boleh menilai siapa Mahathir Muhamad seperti mana yang dikatakan oleh Dato M Nasir satu ketika dulu.

Menifesto 100 hari yang disebut oleh Mahathir untuk memenangi pilihanraya yang lepas jelas telah dicabuli dengan pelbagai alasan dan yang terbaru kononnya kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu (BN) membuatkan kerajaan hari ini sukar melaksanakan menifesto mereka.

Ayat yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini seolah olah orang yang tidak berakal dan tidak akan menemui Tuhan dengan cara menipu setiap hari.

Semasa Mahathir meninggalkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke 4, Mahathir juga meninggalkan hutang kepada negara dan pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyelesaikan satu persatu hutang berkenaan tanpa mengeluarkan apa apa kenyataan bodoh sepertimana yang beliau keluarkan sekarang ni.

Kerajaan hari ini melalui Mahathir juga menipu rakyat dengan cara membuka tabung kononnya untuk membantu kerajaan membayar hutang dan kononnya juga jutaan ringgit dikumpul melalui tabung berkenaan atas sumbangan rakyat Malaysia.

Nampak sangat takde standard kerajaan Mahathir apabila terpaksa meminta sedekah kepada rakyat demi untuk mengelak daripada melaksanakan atau melunaskan janji janji mereka.

Sangkakala harap rakyat Malaysia khususnya anak anak muda yang masih lagi berhingus semasa Mahathir memerintah sedar bahawa pemerintahan Mahathir selama 22 tahun hanya indah khabar dari rupa dan kamu semua selaku pengundi muda yang mengundi Pakatan baru baru ini akan lihat lebih banyak kerosakan akan berlaku.

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:33

Kengkawan semua.... fuhhh... makin hangat dan panas membara cuaca politik Msia masa ni, walaupun banyak negeri dilanda banjir kilat. Rupa2nya memang betul lah pandangan para penganalisa politik tempatan yang mengatakan memang ada berlaku perpecahan yang tak 'nampak' dek mata kasar dalam PKR sekarang ni.

Dari makluman yang disampaikan oleh orang dalam PKR sendiri, terdapat 2 kem besar yang kini sedang 'membina' kekuatan dan pengaruh mereka dalam kalangan penyokong2 mereka. Kem pertama ialah kem DSAI dan Pizi, termasuklah DS Wan Zizah dan Nurul Izzah. Kem ini pun sebenarnya masih goyang lagi kerana DSAI dilihat tak mampu untuk mengawal tindak tanduk Pizi yang main'langgar' semacam aje jika dirasakan ada sesuatu yang tidak berkenan di hatinya. Walaupun dah berkali2 ditegur oleh DSAI, tapi nampaknya tak diendahkan Pizi..dan ini menimbulkan isu besar dalam kem ini. Ingat..Pizi pun ada penyokongnya seperti MP JB dan juga YB Faizal Fahmi, yang merupakan suara anak2 muda yang tegas lagi lantang.

Kem kedua pula ialah kem Azmin, menteri hal ehwal ekonomi baru tu. Track record Azmin memang terserlah kerana kemampuannya untuk mengangkat Selangor menjadi negeri yang terkaya di Msia dan berjaya menerapkan urus tadbir yang telus dan baik di negeri tu. Ini dah tentu memberinya satu kelebihan yang besar. Apatah lagi.. dengan mendapat sokongan kuat dari YB Zuraidah yang kini menteri perumahan dan kerajaan tempatan, gandingan ini dilihat semakin kukuh dengan jawatan dalam kabinet. Perlu diingat...Azmin masih memnjalankan tugas sebagai MB Selangor, dan dah tentu dia ada kelebihan untuk memilih'orangnya' untuk menggantikannya sebagai MB. DSAI sebenarnya dah ada calonnya sendiri untuk jadi MB.. tapi nampak gayanya itu hanya tinggal angan2 saja. Dah tentu Azmin takkan membiarkan calonnya tu untuk menduduki kerusi 'bertuah' tu dengan sebegitu mudah.. kita pun tau, hubungan Azmin dengan DYMM Sultan Selangor adalah sangat2 rapat dan akrab.

Mengikut info dari dalam PKR juga, sebenarnya sebelum dipersetujui Tun M menjadi PM interim PH dahulu, Azmin telah disebut2 sebagai bakal PM, tapi telah disanggah dengan hebatnya oleh DSAI... pelikkan takkanlah ketua umum PKR sendiri membantah pencalonan Timbalan presidennya sendiri ke jawatan tersebut.. ini menunjukkan dah ada bibit2 awal ujudnya kem dalam PKR. Kedudukan Azmin dan Zuraidah sebagai menteri kabinet memberi kelebihan yang amat2 besar dalam percaturan politik dalam PKR.

DSAI sedar masa tidak menyebelahinya sekarang ni... tengok ajelah. dalam tak sampai pun sebulan kerajaan PH berkuasa, dah berlaku banyak tindakan2 Tun M yang dilihat oleh ramai sebagai mampu membawa balik Msia kepada era kegemilangannya seperti dahulu. GST sifar... pembatalan projek2 mega yang tidak menguntungkan negara.. nilai RM semakin kukuh, FDI meningkat... dan ini dah tentu menggusarkan DSAI. Tidak ada sebarang perjanjian bertulis yang mewajibkan Tun M menyerahkan tampuk pentadbiran negaar dalam masa 2 tahun kepaad DSAI.. itu hanyalah cakap lisan saja. Tun M dah pun menegaskan ada banyak perkara yang perlu diperbetulkannya dulu untuk menyelesaikan isu2 negara dan berkemungkinan ia akan memakan masa yang agak lama.. bukan 2 tahun. DSAI tau Tun M memang ada agenda untuk terus berkuasa dan tidak akan semudah itu untuk menyerahkan jawatan PM kepadanya.... dan pastinya DSAI tak sanggup untuk menunggu selama itu... jika dia nak merasa kerusi PM.. perlulah bertindak dalam masa yang terdekat.

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:34

Terkini..cakap2 penggabungan PKR+UMNO/BN + PAS semakin kuat kedengarannya. Kalau betul DSAI berjaya membawa PKR keluar dari PH..dah tentu gabungan tersebut bakal membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah. Cuma isunya, mahukah MP2 PKR menurut kehendak dan arahan DSAI...apatah lagi majoriti MP2 PKR adalah dari kaum cina dan India. Kalau mereka membantah... apa yang DSAI mampu buat haah???? makin kalutlah kemelut politik dalaman PKR. Harapan rakyat ialah jangan sampai yang kalah jadi abu dan yag ,enang jadi arang...menang sabung, kampung pulak tergadai. nasiaht ikhlas untuk DSAI...alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..alang2 mandi biar sampai basah...teruskan dengan perjuangan suci DS...jangan buat keje setengah jalan aje yee DS !!!!!

keh..keh..keh...Haak..Tuuuiii!!!

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:47 Sabtu, 2 Jun 2018

KERAJAAN MULA KELAM KABUT AKIBAT HARGA BARANG TIDAK TERKAWAL @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Sejak semalam kadar cukai GST telah diturunkan kadar daripada 6% kepada 0%. Penurunan kadar ini kononnya akan membuatkan harga barang menjadi lebih murah berbanding semasa cukai GST dilaksanakan.

Namun nampaknya situasi tidak berlaku seperti yang diharapkan apabila ramai dikalangan netizen merungut bahawa barang mengalami kenaikan dan ini sudah pastinya memeningkan kepala pihak kerajaan PH.

Kalau dulu semasa pemerintahan Barisan Nasional, kenaikan harga barang ini kerap kali dikaitkan dengan kerajaan dan kini nampaknya kerajaan Pakatan cuba untuk mengalih isu apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baharu mengeluarkan kenyataan berupa ayat selamat.

Ayat yang dikeluarkan oleh Salahudin Ayub ini keluarkan kerap kali diberitahu dizaman kerajaan Barisan Nasional memerintah dulu dan ianya dinafikan oleh Pakatan Harapan dengan mengatakan bahawa kenaikan harga barang ini berpunca daripada kerajaan.

Ramai pengguna media sosial telah memuat naik harga barangan yang dilihat agak tinggi berbanding sebelum GST diturunkan kadar.

Ini sebenarnya melambangkan kegagalan Pakatan Harapan dalam menangani isu kenaikan harga barang sepertimana yang mereka sebut sebut selama ini.

Rakyat Malaysia pula rata rata mempercayai Pakatan Harapan mampu untuk menangani krisis kenaikan harga tambahan pula dimasa musim perayaan yang bakal berlangsung lebih kurang 2 minggu lagi.

Berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu, harga barang keperluan akan dipantau dan diikat oleh kerajaan bagi mengelak kenaikan melampau ekoran peniaga yang akan mengambil kesempatan.

Nampak dah beza bagaimana kerajaan Barisan Nasional memerintah berbanding dengan Pakatan Harapan memerintah, banyak perkara mampu diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional walaupun semasa menerima kecaman hebat namun kebajikan rakyat tidak pernah terabai....

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:55

PEGUAM NEGARA: Ketegangan Antara Kerajaan Dengan Pihak Istana?

Diterbitkan Belia Bangkit Pada 10:49:00 PTG

KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu.

Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas.

Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH.

Empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.

Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana. 

Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

The Malaysian Insight difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.

Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

"Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara," tulisnya.

Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.

Tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu.

"Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri," tulisnya. – 2 Jun, 2018.

GENG NAJIB2 June 2018 at 23:55

Aiiiik... Dalam ramai2 bijak pandai melayu dalam bidang perundangan takde langsung ke calon Melayu yg sesuai? Adakah Tun Mahathir bakal mengulangi krisis Raja-Raja yg berlaku di zaman pentadbiran dulu? Betul lah orang cakap...Tun M ni kejenya takde lain...asyik2 nak cari gaduh dengan orang aje. Tengok ajelah..baru2 ni bila diumumkannya untuk bina pualu di batuan tengah di perairan Johor, dah tentu akan menimbulkan kemarahan Spore..begitu juga pembatalan HSR..tak pasal2 kena bayar pampasan RM 500 juta, free2 aje beri kat negara tu...kata negara dah nak bangkrap..ada pulak duit nak bayar tu eeerk ????

keh..keh..ke.. Haak..Tuuuiii!!!

ref: 
Shahbudin dot com: KERAJAAN BARU INI JANGAN BERLENGAH LAGI MEMBUKA SEMULA KES ALTANTUYA

Perhatian: 

Di bawah ialah berita yang jadi momokan pembodek umno selepas tewas sejak awal pagi sebelum terbit fajar 10 Mei 2018. Sedangkan semasa Putrajaya dibawah penguasa kliptokrasi bangsawan umno jadi perkara yang ditiadakan atau hal yang langsung tidak diindahkan. Berita ini ditimbulkan semula sebagai sokongan kepada hujah yang kehilangan poin terbaik, setelah 9 tahun sebelum ini hal Batu Putih tidak begitu diambil indah oleh kerajaan kliptokrasi yang telah tersungkur, menyungkur ditangan rakyat.  

MALAYSIA
Batu Puteh saga: Rafizi to seek help from HK graftbusters

Published 4 years ago on 16 December 2013
By Zurairi Ar
Rafizi hoped that the action 
will garner a response from Putrajaya.

PETALING JAYA, Dec 16 — PKR’s Rafizi Ramli will seek help from Hong Kong’s graftbusters once again, this time over bribery allegations against Attorney-General (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail which purportedly led to Malaysia losing its claim on Pulau Batu Puteh to Singapore in 2007.

Despite admitting that it would not be easy to implicate Gani, Rafizi hoped that the action will garner a response from Putrajaya, including suspending the AG pending the investigation.

“They have the authority and power to investigate any financial transactions into Hong Kong if there is reasonable ground to believe that the money was a part of corruption,

“We need to compile to provide some information to Hong Kong authority which we will do within the next few days. (Then), I will wait for their response.”

Rafizi, known as PKR’s “expose man” and the executive director for National Oversight and Whistleblowers Centre, has also set this Wednesday as the deadline to gather the information on Gani.

This will be Rafizi’s second report to the island’s Independent Commission Against Corruption, after the murky RM40 million “political donation” to Sabah Umno scandal back in November last year.

The move follows a revelation by former Kuala Lumpur Crime Investigation Department chief Datuk Mat Zain Ibrahim in his 31-page statutory declaration sent to the Prime Minister’s Office on October 9. 

In it, Mat Zain also defended his earlier allegation that Abdul Gani had intentionally lost the territorial dispute case, which was heard at the International Court of Justice in 2007.

Mat Zain had quoted prominent Umno lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah as saying “you will not believe your eyes if you were to see the amount of cash that was transferred into Gani’s account in Hong Kong.”

Shafee has since distanced himself from Mat Zain’s allegations, rejecting the remarks in his affidavit-in-reply for the government’s appeal against the sodomy acquittal of Datuk Seri Anwar Ibrahim last week.

Pulau Batu Puteh, or Pedra Branca as it is now known, was a disputed island claimed by Malaysia and Singapore since 1979, when Malaysia published a map indicating the island to be within the country’s territory.


This led to a nearly three-decade dispute with Singapore that was finally ended when the island was ruled to be Singaporean territory by the International Court of Justice in 2008.

ref: 
Batu Puteh saga: Rafizi to seek help from HK graftbusters | Malaysia | Malay Mail

Nota: akhirnya AG berkenaan dipecat DSN dgn alasan kesihatan. 


Calon Peguam Negara - Putrajaya dan Istana tak sehaluan... 
Krisis perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu. 

Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas. 

Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH.  

Empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat. 

Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB. 

Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana. 

Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. 
Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan. 


The Malaysian Insight difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam. 

Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam. 

"Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara," tulisnya. 

Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri. 

Tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan. 

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu. 

"Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri," tulisnya. – MI


New A-G,Govt and Malay rulers in standoff

One Day In May... 
Although it is over three weeks since the 14th General Election on Wednesday, May 9, Malaysians on the whole, are still in awe with the unexpected outcome. Many are still in a state of disbelief, shock would be a better word. The celebrations, in fact, have not abated, as the joy of a “second Merdeka” has engulfed the whole nation. For those who witnessed the raising of the national flag at the stroke of midnight on August 31, 1957 at the Selangor Club Padang would recall, it was simply ecstatic. 

The end of six decades of one party rule may come as a surprise to some but to me it is a dream come true. And the only similarity I can allude to was the defeat of the Indian Congress Party in 1977 after 30 years of monolithic rule following independence from Great Britain in 1947. 

I have been waiting for this miracle to happen since I first voted in the 6th General Election of 1982. Being in the army, postal voting was the norm then and still is today. Whether my vote had made an impact I am in no position to ascertain as postal vote, as is generally known, is not only flawed but is highly contentious. 

I was in command of a territorial regiment based in Seremban when the 9th General Election was held in 1995. Representations were made by the officials from Barisan Nasional, the ruling coalition, requesting permission for certain politicians to deliver ceramah in the camp. I had to accede as this was sanctioned by the Ministry of Defence. It was a one-way flow of information as soldiers did not hear anything from the opposite side. 

Well, that was then. But with Pakatan Harapan now at the helm the narrative is set to change. Perhaps it is time to ban postal voting in its entirety, as it is very often abused by the ruling party. I doubted whether my ballot paper reached its destination. In all probability it was replaced along the way by a very compliant Election Commission staff. 

The success of a military operation depends much on the kind of intelligence acquired. In all four phases of war, intelligence is the key factor and is the chief determinant. It is widely believed that faulty intelligence and blind arrogance were the major causes of Barisan Nasional’s defeat in the recently-concluded 14th General Election. Intelligence sources are varied. They can come from people on the ground, the Police Special Branch and the military. 

It was obvious that Umno supporters voted against the party and the coalition. In three-cornered fights, the Islamist party, PAS got the bulk of the Malay votes over non-Umno component parties. That explained why Kelantan and Terengganu fell to PAS. 
Former Prime Minister, Najib Razak, was constantly in denial not wanting to accept reports by the Police Special Branch as they were not in his favour. His arrogance stemmed from the belief that nothing could go wrong for the incumbent, as things were stacked in his favour. The “tacit” support by a pliant Election Commission and the many goodies he had promised potential voters, in the lead to the election, had inadvertently lulled Najib into a false sense of security much at his behest.

The man from Pekan, Pahang had underestimated the pulling power of Tun Mahathir. The old fox, at 92 years of age, is still a force to reckon with. Najib had made snide remarks at his former mentor which backfired on him.

In a short span of two years Tun Mahathir has turned the informal Pakatan Harapan pact from a rag-tag band into true giant killers defeating Barisan Nasional that he helped shaped and – until Wednesday, May 9, 2018 – was invincible. The party that had never tasted defeat at federal level in all the years since Merdeka, for the very first time, is now on the outside looking in. Accompanying Umno into unchartered waters are its complementary partners, MCA, MIC and Gerakan. They were soundly beaten and recovery, to my mind, is next to impossible.

Najib has since relinquished the presidency of Umno accepting full responsibility for the election defeat. Without the largesse to keep members content, party leadership can expect a stormy reception at the party election on June 30. There are already calls for all top positions in the party to be contested. And suggestions have been made to open Umno to all races, something unheard of a few weeks ago.

Barisan Nasional’s defeat in Perak, although narrow, unravelled some interesting episodes. Islamist party, PAS, with its three elected representatives hoped to be the power broker but was left high and dry when two BN assemblymen crossed the floor to join Pakatan Harapan. Having undergone a painful experience, a repeat of the February 2009 debacle was averted. Pakatan Harapan with a four-seat majority in the state assembly will be in charge for the next five years.  Former Menteri Besar Zambry Abd Kadir will be the Opposition Leader forthwith. 


Ahmad Faizal Azumu, the sole representative from Mahathir’s Parti Pribumi, was sworn in as Menteri Besar along with 10 executive councillors at Istana Iskandariah, Kuala Kangsar on Saturday, May 19 and Monday, May 21, respectively.

Faizal has an unenviable task to perform. High on his list of priorities is to improve Perak’s economy which has been languishing at the bottom of the table for a period of time. The state is the second poorest in the peninsula, a rung above Kelantan. There is a string of financial scandals attributed to the previous administration. The accounts of state-linked entities such as MB Incorporated, SS Incorporated and state foundation, Yayasan Bina Upaya need to be audited and their past performance re-evaluated. According to an inside source money acquired by these companies was “fair game for the corrupt”.

Another irritant is MAPS (Movie Animation Park Studios) in Meru. Built at an estimated cost of RM500, 000 million the theme park barely makes RM1 million in ticket sales a month. With such meagre income servicing the loan will be problematic in the months to come. Perak Corporation Berhad (PCB), a subsidiary of the Perak State Economic Development Corporation (SEDC) incurred a loss of RM 340.6 million in 2017, the biggest in the group’s history. Theme park, MAPS, is among its liabilities. Those responsible should be penalised. 

Faizal, in his maiden executive council meeting on Wednesday, May 23, mandated that all local councillors would have their service terminated with immediate effect. Termination of service of village chiefs would be effective on June 30. New councillors and village heads will be appointed. The position of Ipoh’s current mayor, Dato’ Zamri Man and Council Secretary, Mohd Zakuan Zakaria is not known as yet. Being federal appointees the continuation of their service rests with the Menteri Besar. He exercises the option.

To get the best out of Ipoh City Council may I suggest a return to the much-vaunted local council elections last held in 1963. That is the only way to make the Council answerable to long-suffering Ipohites. Pakatan Harapan’s victory on May 9 provides hopes of a vibrant Ipoh City Council with an elected mayor and councillors at the forefront. - 
Fathol Zaman Bukhari,Ipoh Echo 


Story kat SINI dan SINI  


Ini betul2 bertaubat namanya.


cheers. 
tumpang sekole...?: Calon Peguam Negara - Putrajaya dan Istana tak sehaluan...










Maaf to say agaknya dia bercakap dia lupa dia dah jadi pembangkang. Dah GST tu ko bayar cara mane deeer. Otak berkecamuk dek beban-beban kehidupan yang dibina berpuluh-puluh tahun dan kini sedang menuai kesilapannya. Sehingga satu tahap sudah kalah PRU pun masih berupaya dilantik sebagai Menteri Penuh. Ingat rakyat suka cara tuu?

 Jenis/spesis tinggalan geng kliptokrat bangsawan umno. Kalau kuat Y rakyat tewaskan - mmg kenyataan itu pahit untuk ditelan tu sebab taraf pembangkang masih tidak dapat diterima dengan berlapang dada kerana Allah Subhanahuwatalla. Nauzubillahminzalik. 

Firasat W.S Rendra tentang Anwar dan Mahathir

MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR 

Seniman Agung Indonesia, W.S Rendra, beliau pernah menyebut kepada Anwar yang merupakan sahabat karib beliau dengan mengatakan; 

“Anwar, Mahathir mengejar waktu, anda mempunyai waktu, semoga, anda menang akhirnya.” 

Kata-kata ini sudah lama, tidak tahu tarikh bila ia disebut cuma ia diceritakan kembali oleh Anwar pada 2006. 

Kenyataan Tun Mahathir sebelum ini buat aku tersentak, beliau pernah sebut masanya tidak lama, beliau mengejar waktu untuk memulihkan kembali Malaysia yang rosak. 

Bila dikenang kembali apa yang Rendra sebut, yang mana pada waktu itu kita mungkin fikir kenyataan ni macam biasa-biasa sahaja, Tun Mahathir bukan lagi PM, apa yang beliau perlu kejar, beliau sudah bersara. 

Kemudiannya pada usia 93 tahun, Tun kembali untuk membina kembali Malaysia yang dirosakkan Najib dan pimpinan BN, kerosakan yang ada sangat banyak dan usia Tun hampir satu abad. 

Ternyata, ada kebenaran terhadap ungkapan kata-kata Rendra, Tun mengejar waktu yang beliau ada untuk bina kembali Malaysia, Dan Anwar, ramai orang silap anggap Anwar kini macam “bangsawan” yang menanti diserahkan kuasa dengan mudah, Mahathir buat segala kerja dan nanti beliau akan naik sebagai PM tanpa perlu bersusah payah. 

Silap tuan-tuan, kenyataan “Semoga kamu menang akhirnya” oleh Rendra tidak datang percuma. 

Ingat tak apa Sheikh Deedat beritahu Zakir Naik saat akhir usia beliau, bisik beliau kepada Dr. Zakir, “My son you have achieve in four years what took me 40 years”. Dr Zakir balas, “Kejayaan saya dalam tempoh 4 tahun kerana asas yang dibina oleh anda selama 40 tahun, tanpa tapak yang dibina oleh anda saya mungkin akan mengambil masa 44 tahun”. 

Begitulah kejayaan kita pada hari ini, kemenangan pada PRU14 ini tidak bermula dengan usaha dari 2016-2018, sebaliknya asasnya dibina pada 2008 waktu tertubuhnya Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. 

Tidak kurang dengan usaha sejak zaman reformasi yang kini menghampiri 20 tahun perjalanannya. Menafikan sumbangan besar ini saya kira adalah satu kesilapan yang sangat besar. 

Tapak ini akhirnya mendapat sentuhan akhir daripada Tun Mahathir yang seterusnya membawa kepada kemenangan bergaya Pakatan Harapan. Kerana itu juga nama nama tokoh seperti Ustaz Fadhil Noor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Karpal Singh, tidak harus kita lupakan dan pisahkan daripada kejayaan ini. at 6/02/2018 07:11:00 PTG

ref:
KERENGGA: Firasat W.S Rendra tentang Anwar dan Mahathir

PAS pun tak dapat tunai janji 100 hari

Kepada pengundi tegar Pakatan Harapan.

Apakah kalian bimbang kalau janji 100 hari tidak dapat ditunaikan?

Bagi pengundi atas pagar dan goyah pendiriannya, apakah kalian menyesal mengundi Pakatan Harapan?

Jawab dengan jiwa bebas dan jujur.

100 hari. Bukan satu angka yang banyak. Lebih kecil daripada 1 trillion. 1000 billion ringgit.

Asasnya tumbangkan dulu rejim pemerintah yang menghancurkan negara. Selesai dulu kerosakan yang dilakukan oleh rejim terdahulu. Tumbangnya Najib dengan UMNO sudah cukup mengembirakan. Itu hadiah lebih besar daripada pemansuhan tol. Itu lebih besar dari janji 100 hari.

Tapi kenyataan di atas, jangan sesekali kamu tujukan kepada penyokong PAS mahupun UMNO. Mereka adalah pembangkang. Pembangkang akan sedaya upaya mencari kelemahan - kelemahan yang ada pada lawannya. Itu biasa. Kita pun tidak salahkan mereka, kerana satu hari dulu kita pun dalam situasi yang sama.

100 hari kian hampir,

Tun Mahathir mengaku amat sukar untuk menunaikan dalam tempoh 100 hari. Kerana apa, kerana ...

kerosakkan yang dilakukan oleh Najib dan UMNO sangat besar. Tidak terjangkau oleh pemikiran kita sebelum ini. Selepas jatuhnya rejim terdahulu, baru satu persatu dibongkar.

Mungkin pemimpin PAS sendiri pun tidak menjangka. Mereka sendiri pun akan pening kepala untuk menguruskan negara. Sehingga dalam nada berseloroh, Nik Amar kata, biar Pakatan Harapan bayar dulu hutang, kemudian baru PAS akan ambil alih.

Dari satu sudut. Kita kena faham bahawa, PAS sendiri mengakui bahawa hutang tersebut memang banyak. Malapetaka itu memang besar. Saya sendiri yakin, PAS pun tidak akan mampu menunaikan janji mereka jika memerintah negara dalam situasi sebegini.

Mana mungkin dapat ditunaikan semua janji dalam tempoh 100 hari kalau 1 trillion menggunung di hadapan kita.

Tun Mahathir dan seluruh pemimpin PH berjiwa besar dengan mengaku kesukaran itu. Akan berusaha dalam kepayahan dan kesukaran.

Bagi pengundi PH. Yang berjiwa besar, pertahankan susah payah yang kita bina ini. Kita bantu dan usaha bersama untuk membina Malaysia Baru.

~ Menconteng Untuk Perubahan™
2/6/2018 6.00PM

ref:
PAS pun tak dapat tunai janji 100 hari ~ Menconteng Untuk Perubahan™



mnoPQrstu

Tiada ulasan: