Jumaat, 29 Jun 2018

Igauan ngeri bila terlalai tentang hidup ini ibarat putaran roda dan yang lebih penting Allah Subhanahuwatalla menyatakan dunia ini adalah keseronokan yang melalaikan. 7816.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Allah Subhanahuwatalla menegaskan dunia ini hanyalah keseronokan yang melalaikan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

 سبحان الله

 الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. 

سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين 
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Subhanahuwatalla. 

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86).

1) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 38 


رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ 

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kpdku dr sisiMu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan.” 

2) Surah Al-Baqarah,Ayat : 250 


رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kpd kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yg kafir.” 

3) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 147 


رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسۡرَافَنَا فِىٓ أَمۡرِنَا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa2 kami & perbuatan kami yg melampau dlm urusan kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami(dlm perjuangan); & tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yg kafir.” 

4) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 8 


رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami, & kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dr sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yg melimpah-limpah pemberianNya.” 

5) Surah A-li 'Imraan, Ayat: 16 


رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa2 kami & peliharalah kami dr azab neraka.” 

6) Surah A-li 'Imraan, Ayat: 193 & 194 

رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخۡزِنَا يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ  

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru(Rasul) yg menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kpd Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami, & hapuskanlah drpd kami kesalahan2 kami, & matikanlah kami bersama orang2 yg berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kpd kami pahala yg telah Engkau janjikan kpd kami melalui Rasul2Mu, & janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.” 

7) Surah Al-A'raaf, Ayat: 126 

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kpd kami, & matikanlah kami dlm keadaan Islam(berserah bulat-bulat kepadaMu).” 

8) Surah Asy-Syu'araa', Ayat: 83~85 

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg soleh; "Dan jadikanlah bagiku sebutan yg baik (nama yg harum) dlm kalangan orang2 yg dtg kemudian; "Dan jadikanlah daku dr orang2 yg mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.”

9) Surah An-Naml, Ayat: 19 

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kpdku & kpd ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redai; & masukkanlah daku - dgn limpah rahmatMu - dlm kumpulan hamba2Mu yg soleh.” 

10) Surah Al-A'raaf, Ayat: 23 

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, & kalau Engkau tidak mengampunkan kami & memberi rahmat kpd kami, nescaya menjadilah kami dr orang2 yg rugi.” 

11) Surah Al-A'raaf, Ayat: 151 

"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku & bagi saudaraku, & masukkanlah kami ke dlm rahmatMu, kerana Engkaulah shj Yg Maha Mengasihani dr segala yg lain mengasihani.” 

12) Surah Hud, Ayat: 47 

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kpdMu drpd memohon sesuatu yg aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; & jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, & memberi rahmat kpdku, nescaya menjadilah aku dr orang yg rugi.” 

13) Surah Ibrahim, Ayat: 40 

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” 

14) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 109 

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.” 

15) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 118 

"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!.” 

16) Surah Al-Hasyr, Ayat: 10 

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.” 

17) Surah Al-Mumtahanah, Ayat: 4~5 

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembai. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 

18) Surah At-Tahriim, Ayat: 8 

"Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” 

19) Surah Nuh, Ayat: 28 

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!.” 

20) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 89 

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” 

21) Surah Al-Baqarah, Ayat: 286 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” 

22) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 83 

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.”

23) Surah Az-Zukhruf, Ayat: 13~14 

" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!.” 

24) Surah Al-Kahf, Ayat: 10 

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami.” 

25) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 87 

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

26) Surah Al-Baqarah, Ayat:127 

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 

27) Surah Al-Israa', Ayat: 80 

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.” 

28) Surah Taha, Ayat: 25~28 

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,"Supaya mereka faham perkataanku.” 

29) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 97~98 

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan."Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” 

30) Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” 

31) Surah Al-Furqaan, Ayat: 74 

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” 

32) Surah Al-Furqaan, Ayat: 65 

“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.” 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qalbi Ala Diinik." 

Maksudnya: Wahai Zat Yang Membolak Balikan Hati, Teguhkanlah hatiku diatas Agama Mu. 
Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. 

"FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN"  Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?.”  

Muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah Subhanahuwatalla.

BERITA » Nasional Jumaat, 29 Jun 2018 | 12:38pm
Bharian Berita Nasional Oleh Mohd Fauzi Abdullah cnews@nstp.com.my

Pasukan Petugas Khas 1MDB beku akaun

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti politik lain yang dipercayai terbabit dengan penyelewengan dana 1MDB.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, pasukan berkenaan memaklumkan turut dibekukan adalah akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terbabit dalam siasatan kes itu.

Pasukan Petugas Khas 1MDB turut memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara adil dan profesional serta mengikut undang-undang ditetapkan.

"Sehubungan itu, semua pihak diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan proses siasatan serta tidak membuat sebarang spekulasi dan mensensasikan kes berkenaan kerana dikhuatiri akan menjejaskan proses siasatan," kata kenyataan pasukan petugas berkenaan.

NSTP hari ini melaporkan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan 1MDB dibekukan termasuk milik UMNO.

Pagi ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang juga seorang daripada ahli jawatankuasa pasukan berkenaan, memaklumkan pembekuan akaun terbabit bukan dilakukan SPRM, sebaliknya oleh pasukan khas berkenaan.

Jawatankuasa itu diketuai bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/443087/pasukan-petugas-khas-1mdb-beku-akaun

BERITA » Nasional Jumaat, 29 Jun 2018 | 9:42am
Bharian Berita Nasional Oleh Farrah Naz Karim; Ibrahim Isa danShaarani Ismail dan Saadiah Ismail

SPRM beku 900 akaun berkaitan 1MDB

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membekukan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber berkata, antara akaun yang dibekukan itu adalah milik UMNO.

"Mereka yang mendapati tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka sejak beberapa hari lalu, termasuk individu yang disiasat adalah kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan 1MDB," kata sumber itu.

Di Johor Bahru, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam, mendedahkan SPRM membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat sehari selepas beliau mengumumkan agihan dana kepada UMNO negeri dan bahagian akan disalurkan semula.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan perkara itu semalam dan akaun UMNO Johor juga hampir pasti dibekukan tidak lama lagi.

"Semalam (kelmarin) keluar surat, hari ini (akaun) kena beku," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Johor di sini, semalam.

UMNO sedia beri kerjasama

Ahmad Zahid berkata, UMNO akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung perkara itu dan beliau juga akan berusaha membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.

Katanya, selagi beliau diberi kepercayaan memimpin UMNO, beliau akan menentang dan tidak membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri juga hampir pasti akan meminta Pertubuhan Pendaftaran (ROS) membatalkan pendaftaran UMNO dalam tempoh terdekat.

"Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pada pemilihan kali ini, tidak akan disiasat kerana kita bukan lagi kerajaan. Ini termasuk bekas Menteri Besar," katanya.

Tindakan susahkan parti

Sementara itu, calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata tindakan membekukan akaun parti itu akan menyusahkan UMNO untuk menjalankan kerja pentadbiran dan urusan berkaitan.

Bercakap kepada media selepas mengadakan pertemuan bersama UMNO Perak pada Majlis Sepetang Bersama KJ di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping, semalam, beliau juga berharap, tindakan SPRM itu bukan bertujuan untuk mengharam dan membatalkan pendaftaran UMNO.

Sehubungan itu, katanya, jika terpilih menjadi Presiden UMNO pada pemilihan esok, perkara membabitkan akaun dan aset UMNO menjadi keutamaan untuk diselesaikan.

"Saya sangat-sangat khuatir dengan perkembangan terkini berkenaan dengan pembekuan akaun UMNO oleh pihak SPRM.

"Kalau dipilih sebagai Presiden UMNO, saya akan berusaha mempertahankan aset, akaun dan juga parti UMNO, diharapkan jika perlu diadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa dan juga kerajaan, saya akan tampil memastikan bahawa UMNO tidak terbabit," katanya.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/443006/sprm-beku-900-akaun-berkaitan-1mdb

Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

Akaun UMNO Johor sah kena beku

SELEPAS UMNO Pusat dan Selangor, UMNO Johor pagi ini mengesahkan akaun parti itu sudah dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md Jais Sarday, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi NSTP pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lanjut mengenai bila surat atau pemakluman diterima UMNO Johor mengenai perkara itu.

"Ya," jawapnya ringkas ketika ditanya adakah benar akaun UMNO Johor sudah dibekukan atau tidak.

Semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor di Johor Bharu mendedahkan SPRM membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden itu berkata, tindakan SPRM itu sehari selepas beliau mengumumkan agihan dana kepada UMNO negeri dan bahagian akan disalurkan semula.

Beliau turut memberitahu bahawa akaun UMNO Johor hampir pasti akan dibekukan tidak lama lagi.

Berita berkaitan

UMNO sedia beri kerjasama penuh - Zahid

SPRM ada kuasa beku akaun UMNO - Muhyiddin

Akaun UMNO dibeku SPRM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Jun 2018 @ 10:40 AM

ref:
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/352948/akaun-umno-johor-sah-kena-beku

BISNES » Lain-lain (Bisnes) Jumaat, 29 Jun 2018 | 12:41pm
Bharian Bisnes Lain-Lain

Arul Kanda ditamatkan perkhidmatan

ARUL Kanda. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy berkuat kuasa semalam.

Memetik laporan daripada sebuah portal berita, surat penamatan perkhidmatannya itu diberikan selepas Arul Kanda didapati melanggar kontrak dan kewajiban fidusiari sebagai ketua 1MDB yang kini berdepan dengan penyiasatan antarabangsa mengenai salah guna kuasa

Sumber berkata, keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Arul Kanda dibuat dalam satu mesyuarat lembaga pengarah pada 25 Jun lalu dan surat tersebut disampaikan kepadanya semalam.

Laporan dari The Edge pula menyatakan pemecatan Arul Kanda itu datang dua hari sebelum kontraknya berakhir pada 30 Jun ini.

Arul menyertai 1MDB pada 2015.

ref:
Arul Kanda ditamatkan perkhidmatan | Lain-lain (Bisnes) | Berita Harian

My Metro Utama
Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

Task Force 1MDB sah beku akaun
PASUKAN Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan sudah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti politik lain yang dipercayai terbabit dengan penyelewengan dana 1MDB.

Turut dibekukan, akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terbabit dalam siasatan kes ini.

“Pasukan Petugas Khas 1MDB memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara adil dan profesional serta mengikut undang-undang yang ditetapkan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, pasukan itu meminta semua pihak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan proses siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Berita berkaitan

SPRM beku 900 akaun bank

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Jun 2018 @ 12:25 PM

ref:
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/352972/task-force-1mdb-sah-beku-akaun

My Metro Mutakhir
Suhaila Shahrul Annuar mhusni@nstp.com.my

Kes panel solar sekolah: Individu ketiga direman [METROTV]
PENGARAH syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak membabitkan kos RM1.25 bilion.

Perintah reman bermula hari ini hingga 3 Julai ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, jam 7.45 malam selepas hadir untuk memberi keterangan.

Suspek adalah individu ketiga ditahan reman setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kelmarin, dua suspek termasuk seorang pengarah syarikat ditahan reman selama enam hari hingga Isnin ini bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Kementerian Pendidikan sebelum ini memulakan siasatan dalaman berhubung projek membekal panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak diberikan kepada syarikat berpangkalan di Bintulu, yang didakwa melanggar prosedur.

Berita berkaitan

Dua direman kes tenaga solar Sarawak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Jun 2018 @ 11:56 AM

ref:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/352958/kes-panel-solar-sekolah-individu-ketiga-direman-metrotv



HTML NOTE:
s3v3n

s3v3n


Tiada ulasan: