Jumaat, 29 Jun 2018

“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.” (Surah Al-Furqaan, Ayat: 65) 7817.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Allah Subhanahuwatalla menegaskan dunia ini hanyalah keseronokan yang melalaikan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

 سبحان الله

 الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. 

سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين 
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Subhanahuwatalla. 

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86).

1) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 38 


رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ 

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kpdku dr sisiMu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan.” 

2) Surah Al-Baqarah,Ayat : 250 


رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kpd kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yg kafir.” 

3) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 147 


رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسۡرَافَنَا فِىٓ أَمۡرِنَا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa2 kami & perbuatan kami yg melampau dlm urusan kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami(dlm perjuangan); & tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yg kafir.” 

4) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 8 


رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami, & kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dr sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yg melimpah-limpah pemberianNya.” 

5) Surah A-li 'Imraan, Ayat: 16 


رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa2 kami & peliharalah kami dr azab neraka.” 

6) Surah A-li 'Imraan, Ayat: 193 & 194 

رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخۡزِنَا يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ  

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru(Rasul) yg menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kpd Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami, & hapuskanlah drpd kami kesalahan2 kami, & matikanlah kami bersama orang2 yg berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kpd kami pahala yg telah Engkau janjikan kpd kami melalui Rasul2Mu, & janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.” 

7) Surah Al-A'raaf, Ayat: 126 

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kpd kami, & matikanlah kami dlm keadaan Islam(berserah bulat-bulat kepadaMu).” 

8) Surah Asy-Syu'araa', Ayat: 83~85 

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg soleh; "Dan jadikanlah bagiku sebutan yg baik (nama yg harum) dlm kalangan orang2 yg dtg kemudian; "Dan jadikanlah daku dr orang2 yg mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.”

9) Surah An-Naml, Ayat: 19 

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kpdku & kpd ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redai; & masukkanlah daku - dgn limpah rahmatMu - dlm kumpulan hamba2Mu yg soleh.” 

10) Surah Al-A'raaf, Ayat: 23 

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, & kalau Engkau tidak mengampunkan kami & memberi rahmat kpd kami, nescaya menjadilah kami dr orang2 yg rugi.” 

11) Surah Al-A'raaf, Ayat: 151 

"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku & bagi saudaraku, & masukkanlah kami ke dlm rahmatMu, kerana Engkaulah shj Yg Maha Mengasihani dr segala yg lain mengasihani.” 

12) Surah Hud, Ayat: 47 

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kpdMu drpd memohon sesuatu yg aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; & jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, & memberi rahmat kpdku, nescaya menjadilah aku dr orang yg rugi.” 

13) Surah Ibrahim, Ayat: 40 

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” 

14) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 109 

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.” 

15) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 118 

"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!.” 

16) Surah Al-Hasyr, Ayat: 10 

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.” 

17) Surah Al-Mumtahanah, Ayat: 4~5 

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembai. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 

18) Surah At-Tahriim, Ayat: 8 

"Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” 

19) Surah Nuh, Ayat: 28 

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!.” 

20) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 89 

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” 

21) Surah Al-Baqarah, Ayat: 286 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” 

22) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 83 

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.”

23) Surah Az-Zukhruf, Ayat: 13~14 

" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!.” 

24) Surah Al-Kahf, Ayat: 10 

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami.” 

25) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 87 

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

26) Surah Al-Baqarah, Ayat:127 

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 

27) Surah Al-Israa', Ayat: 80 

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.” 

28) Surah Taha, Ayat: 25~28 

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,"Supaya mereka faham perkataanku.” 

29) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 97~98 

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan."Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” 

30) Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” 

31) Surah Al-Furqaan, Ayat: 74 

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” 

32) Surah Al-Furqaan, Ayat: 65 

“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.” 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qalbi Ala Diinik." 

Maksudnya: Wahai Zat Yang Membolak Balikan Hati, Teguhkanlah hatiku diatas Agama Mu. 
Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. 

"FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN"  Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?.”  

Muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah Subhanahuwatalla.

BERITA » Nasional Jumaat, 29 Jun 2018 | 9:30pm
Bharian Berita Nasional Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

UiTM, universiti pertama negara lancar nano-satelit ke angkasa

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM), hari ini, melakar sejarah apabila menjadi universiti pertama negara melancarkan UiTMSAT-1, nano-satelit pertama ke angkasa.

Nano-satelit kelahiran UiTM itu hasil kerjasama BIRDS-2 (Joint Global Multi-Nation) dengan Bhutan dan Filipina yang diterajui Kyushu Institute of Technology (KyuTech), Jepun.

Dua pelajar pasca siswazah UiTM mewakili Malaysia antara 10 pelajar yang bertanggungjawab dalam merealisasikan pembinaan dan pelancaran tiga nano-satelit BIRDS 2: UITMSAT-1, manakala pelajar dari negara Bhutan dan Filipina masing-masing menghasilkan BHUTAN-1 dan MAYA-1.

Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata pihaknya berbangga dengan kejayaan pelancaran UiTMSAT-1 di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat menerusi roket SpaceX Falcon 9, pada jam 5.46 petang tadi waktu tempatan (5.46 pagi waktu Amerika Syarikat).

"Alhamdulillah, sudah dilancarkan. Kita menunggu pertengahan Ogos ini apabila UiTMSAT-1 akan dibawa Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan dijadualkan dilepaskan ke orbit pada jarak 400 kilometer dari permukaan bumi.

"Terima kasih kepada pasukan yang membangunkannya, terutama dua pelajar kita di sana serta semua pihak terbabit dalam penghasilan satelit nano ini. Saya amat kagum dengan pencapaian ini.
Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said (kanan) mendengar penerangan model UiTMSAT-1 oleh Pengarah Pusat Satelit Komuniasi UiTM, Profesor Dr Mohamad Huzaimy Jusoh (dua kanan) sambil diperhatikan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Profesor Dr Mohd Nasir Taib (dua kiri), Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM, Profesor Dr Mohamad Kamal Harun (kiri) pada Pelancaran Satelit Pertama UiTM UiTMSAT-1 di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam. - Foto Faiz Anuar

"Pelancaran UiTMSAT-1 ini menandakan permulaan kepada UiTM untuk lebih serius dalam pembangunan teknologi angkasa lepas, sekali gus membuktikan kemampuan warga kita dalam bidang ini," katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan lintas langsung pelancaran roket SpaceX Falcon 9 yang membawa satelit nano itu.

Pada majlis itu juga, dua pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Syazana Basyirah Mohammad Zaki dan Muhammad Hasif Azami turut serta pada sidang media secara langsung dari Jepun.

Yang turut hadir, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Prof Dr Mohd Nasir Taib; Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM, Prof Dr Mohamad Kamal Harun serta Pengarah Pusat Komunikasi Satelit UiTM, Prof Dr Mohamad Huzaimy Jusoh.

Sementara itu, Mohamad Huzaimy berkata, UiTMSAT-1 akan mengorbit bumi dengan kelajuan lebih 23,000 kilometer dan melintasi ruang angkasa Malaysia lima kali sehari.

"Satelit ini mempunyai enam misi, antaranya pengambilan imej, menguji korelasi lokasi satelit, ujian cip Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), mengukur medan magnetik di angkasa untuk data pemetaan geomagnetik di rantau Asia Tenggara serta komunikasi radio.

"Data yang diperoleh daripada satelit ini akan disalurkan ke Pusat Satelit Komunikasi UiTM untuk tujuan penyelidikan," katanya.

Beliau berkata, projek terbabit bermula dengan perancangan mísi satelit pada Disember 2016, kemudian mereka bentuk dan membina model satelit, menguji, memasang, sebagai persediaan pelancaran dan menggerakkan satelit hari ini.

ruj:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/443260/uitm-universiti-pertama-negara-lancar-nano-satelit-ke-angkasa

BERITA » Politik Jumaat, 29 Jun 2018 | 7:32pm
Bharian Berita Politik Oleh Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

Syed Hamid ucap selamat tinggal kepada UMNO
Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar. - Foto Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar yang kecewa dengan perjuangan UMNO hari ini menegaskan ideologi serta falsafah parti itu sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah, tidak demokratik.

Beliau yang secara rasminya mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa hari ini berkata, tidak boleh lagi berpura-pura semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.

Malah, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika dihubungi wartawan NSTP memberitahu telah diminta untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Mereka (PPBM) minta saya masuk Bahagian Kota Tinggi kerana saya telah berada di Kota Tinggi selama tiga dekad.

"Apa pun bergantung pada pucuk pimpinan PPBM peringkat pusat untuk menentukannya," katanya ketika dihubungi wartawan NSTP di sini hari ini.

Terdahulu, Syed Hamid menerusi satu kenyataan media berkata, beliau sebelum ini pun sudah menganggap dirinya bukan lagi sebahagian daripada UMNO apabila menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

"Tidak pernah terlintas dalam kepala satu hari saya akan meninggalkan UMNO tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal.

"Kepemimpinan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memusnahkan imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya.

Menurut bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu, UMNO hari ini telah menjadi pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.

Beliau yang dilahirkan dalam keluarga pejuang UMNO berkata, telah melihat bagaimana arwah bapanya berkorban menunjukkan kecintaan terhadap parti dan negara membuatkan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan.

"Selama beberapa dekad ini sebahagian hidup saya dihabiskan untuk UMNO kerana inilah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain dengan seimbang, adil dan pemurah.

"Malangnya sifat itu tiada lagi dalam UMNO hari ini di mana pemimpin parti ini hari ini menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat," katanya.

Untuk rekod Syed Hamid ialah anak kepada tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa UMNO.

Syed Hamid berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dari 1990 hingga 2013, menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO selain pernah menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

ruj:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443229/syed-hamid-ucap-selamat-tinggal-kepada-umno

BERITA » Nasional Jumaat, 29 Jun 2018 | 7:24pm
Bharian BeritaNasional Daripada Zainudin Isa zainud@bh.com.my

Menteri baharu terbabit rasuah digugur serta-merta - Dr M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) diberi penghormatan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo (kiri) bagi menanam pokok Meranti sebagai menandakan hubungan diplomatik dua negara itu sejak 61 tahun, di Istana Presiden Bogor sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Indonesia hari ini. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Menteri dalam Kabinet baharu yang didapati terbabit dengan rasuah dan penyelewengan akan digugurkan serta-merta, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Namun jika hari ini mereka terbabit (rasuah) kita akan ambil tindakan menyingkirkan mereka," katanya dalam sidang media kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan rasmi dua harinya ke Indonesia, hari ini.

Perdana Menteri mengulas kriteria pemilihan anggota Kabinet penuh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dijadual mengangkat sumpah 2 Julai ini.

Ditanya mengenai peletakan jawatan ketua dan pengurusan kanan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Dr Mahathir berkata ramai di antara mereka yang dilantik kerajaan terdahulu tidak mempunyai kebolehan.

"Secara umumnya kita dapati mereka yang dipilih bukan kerana berkebolehan dalam pengurusan kewangan dan perniagaan tapi kerana mereka penyokong parti.

"Akhirnya projek yang dibuat dan pengurusan kewangan mereka gagal.

"Mereka ini adalah dalam kalangan 17,000 lantikan politik dalam kerajaan sebelum ini, termasuk duta tidak mempunyai kebolehan dan pengalaman," katanya.

Sehubungan itu, katanya di bawah kerajaan baharu hanya mereka yang profesional akan mengetuai pengurusan GLC.Dr Mahathir berkata, ketua GLC juga tidak akan lagi diberikan gaji tinggi, sebaliknya diberikan bonus jika menunjukkan prestasi yang baik.

ruj:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/443225/menteri-baharu-terbabit-rasuah-digugur-serta-merta-dr-m

BERITA » Politik Jumaat, 29 Jun 2018 | 7:05pm
Bharian Berita Politik Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

KJ kecewa kenyataan Ku Li
Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berucap ketika Program Pagi Bersama Khairy Jamaluddin di Dewan 2020, Kangar. - Foto Azhar Ramli 
KANGAR: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin kecewa dengan tindakan pesaingnya pada pemilihan parti esok, Tengku Razaleigh Hamzah, menyindir keputusan beliau menawarkan diri bertanding jawatan nombor satu parti itu.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu seolah-olah menunjukkan UMNO masih tidak mengamalkan sikap terbuka, khususnya dalam soal pemilihan pemimpin parti.

"Saya agak kecewa dengan kenyataan beliau (Tengku Razaleigh) semalam, kerana sebelum ini beliau meraikan keterbukaan dalam UMNO.

"Malah, sebelum ini juga, beliau sendiri menyebut UMNO perlu lebih terbuka, meraikan demokrasi dan menggalakkan persaingan sihat.

"Jadi dalam konteks ini (pemilihan Presiden), kenapa pula tiba-tiba dia berkata saya tidak layak bertanding ataupun tidak sepatutnya bertanding?" katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Khairy berkata, jika Tengku Razaleigh masih tetap dengan pendiriannya itu, UMNO akan kekal di takuk lama.

"Saya meraikan keterbukaan itu. Jadi siapa yang rasa dirinya layak bertanding, bertanding sahajalah dan tidak perlu untuk memandang rendah pada kelebihan orang lain.

"Kalau masih bersikap demikian, nampaknya kita (UMNO) tidak berjaya keluar dari takuk lama kerana sentiasa berfikiran orang muda tidak sesuai bertanding jawatan besar, kena tunggu dahulu dan sebagainya, pemikiran sebegini bukan UMNO yang baru," katanya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berharap perwakilan dapat menggunakan suara hati dalam memilih pemimpin esok, meskipun beliau sudah mendengar beberapa perkara tidak enak berhubung pemilihan jawatan nombor satu dalam parti itu.

Semalam, Tengku Razaleigh menyindir tindakan Khairy yang turut menawarkan diri bertanding merebut jawatan nombor satu parti itu.

Katanya, tindakan 'memandai' Khairy itu berisiko kerana bagi setiap pertandingan ada yang kalah dan menang.

ruj:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443213/kj-kecewa-kenyataan-ku-li










... 

Tiada ulasan: