Rabu, 13 Jun 2018

Kangkung Tomato. 7773.

Reaksi Politik Malaysia Pasca PRU Malaysia ke 14 09 MEI 2018. 

Sebahagian Melayu. Hidup untuk makan?

Gst xde sibuk pasal tomato. Cuba buat kiraan jika anda membeli sebuah motosikal, sebuah kereta, sebuah rumah, membeli seratus beg simen dan sepuluh lori pasir untuk sebahagian bahan binaan membina rumah.

Paling tidak jika satu beg baja bernilai RM100.00 Untuk menjayakan tanaman, petani perlu beli 20 beg baja sepusingan. Dengan gst 6% petani perlu membayar RM2120.00 Tanpa gst sepatutnya petani dapat beli 21 beg baja dan berbaki RM20.00..

Luahan hati "BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI"
Tuesday, 12 June 2018
NAJIB "BAPA KEHANCURAN" UMNO/BN
Selepas PBB mengumumkan keluar BN beberapa hari lalu, kini tiga lagi parti yang membentuk kerajaan negeri Sarawak - PRS, PDP dan SUPP - turut mengambil langkah yang sama.

Tindakan empat parti ini secara langsung menjadikan BN Sarawak terbubar dengan sendirinya dan BN Pusat tiada lagi cengkaman di negeri tersebut.

Walaupun empat parti berkenaan memutuskan untuk membentuk gabungan sendiri yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak atau GPS, tetapi mereka berjanji untuk bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan di peringkat pusat yang kini dipimpin Tun Mahathir Mohamad.

Dengan yang demikian, selepas Sabah ditakluk oleh Warisan pada pilihanraya 9 Mei lalu, Sarawak juga bukan lagi dibawah pentadbiran BN.

Di Sabah sebelum ini, tiga parti komponen BN iaitu PBS, PBRS dan UPKO lebih dulu mengumumkan keluar BN sebaik saja Pakatan Harapan berjaya mengambil alih Putrajaya.

Dalam erti kata lain, BN dengan sendirinya sudah kehilangan kerusi simpanan tetapnya yang selama ini dibanggakan di Sabah dan Sarawak.

Bersama empat parti Sarawak yang meninggalkan BN itu, mereka juga membawa keluar 19 kerusi Parlimen bersamanya.

Selain empat parti di Sarawak dan tiga parti di Sabah, myPPP di Semenanjung juga turut mengumumkan keluar BN.

Perkembangan terbaru ini secara tidak langsung menyebabkan BN jadi semakin mengecil dan dipinggirkan secara perlahan-lahan oleh komponennya sendiri.

Semuanya kerana mereka tidak sanggup lagi berada bersama BN yang sudah tiada kuasa di peringkat persekutuan.

Dalam BN kini hanya tinggal UMNO, MCA, MIC dan Gerakan saja. Itu pun belum dapat dipastikan berapa lama empat parti ini mampu bertahan untuk terus bersama dalam BN.

Ini sekaligus menjadikan BN sebenarnya semakin sukar untuk menghadapi Pakatan Harapan, apatah lagi untuk memungkinkannya kembali berkuasa dalam PRU15 yang dijangka pada 2023 nanti.

Tanpa sokongan Sabah dan Sarawak dan di Semenanjung pula berpecah-pecah, BN boleh dikata hampir tiada harapan langsung untuk mengalahkan Pakatan Harapan.

Dalam hal ini, Tengku Razaleigh Hamzah seharusnya hendaklah berfikir 1000 kali sebelum memutuskan mahu merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 30 Jun mendatang ini.

Dalam keadaan BN semakin sukar untuk menang, lebih baik Ku Li lupakan saja hasrat untuk menjadi Presiden UMNO kerana ia hanya membuang masa dan wangnya saja.

Malah jika BN kalah lebih teruk dalam PRU15 nanti, nama Ku Li akan lebih tercemar dan tercatat dengan buruk dalam sejarah negara.

Apa pun, apa yang berlaku kepada UMNO dan BN ini adalah kesalahan mutlak Najib Razak yang merupakan bekas Presiden UMNO paling buruk dengan deretan skandal yang menyebabkan rakyat membencinya serta menolak UMNO dan BN.

Di tangan Najib, bukan saja UMNO kehilangan kuasa buat pertama kali sejak penubuhannya, malah sedang menuju kubur kematiannya.

Jika bapanya, Tun Razak dikenang sebagai bapa pembangunan, anaknya Najib akan tertulis sebagai bapa kehancuran UMNO dan BN.

Ditangannyalah  UMNO hilang kuasa, ditangannya jugalah BN menuju kematiannya dan kerana karenah kepimpinannyalah  menyebabkan negara ini hampir rosak binasa.

Mujur Tun Mahathir yang sudah 15 tahun bersara sedia untuk kembali  jadi penyelamat kepada negara ini.

Andai kata Najib tidak dikalahkan, sejarah negara akan datang mungkin menyaksikan wujudnya pembinaan sebuah muzium beg tangan mewah yang pertama di dunia. (ShahbudinHusin 12/06/2018).

ref: 
Shahbudin dot com: NAJIB "BAPA KEHANCURAN" UMNO/BN

Pemimpin Umno-BN patut malu, mohon maaf terhadap YDP Agong, rakyat , kata Mahfuz
MALAYSIA DATELINE
Umno-BN sepatutnya berasa malu dan perlu memohon maaf kepada Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V dan rakyat negara ini atas kebejatan yang dilakukan selama mentadbir negara di bawah bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpandangan atas kegagalan Umno-BN mentadbir negara dengan baik sehingga kerajaan Pakatan Harapan dan rakyat terpaksa menanggung hutang negara RM1trilion.

“Pemimpin Umno-BN dari kalangan bekas Menteri Kabinet khususnya bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu rasa malu, bersalah, terhina dan bertanggungjawab atas kegagalan mereka mentadbir negara dahulu.

“Atas kegagalan mereka, rakyat Malaysia,Pemimpin kerajaan PH dan Yang Di Pertuan Agong menggalas tugas bagi membina semula nama negara yang musnah di mata dunia.

“Mereka buat onar, kini rakyat dan negara pula menanggung beban,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Naib Presiden AMANAH itu berkata, sikap pemimpin Umno-BN yang
masih menghentam kerajaan PH seolah-olah Umno-BN tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Bahkan ujarnya lagi, Umno-BN merasa parti mereka berjasa besar kepada negara.

“Sikap ‘muka tebal’ dan sombong pemimpin melayakkan mereka dihukum oleh rakyat dalam PRU 14, dan selepas ini skandal pemimpin ini pula akan mengheret mereka yang melakukan kesalahan ke muka pengadilan,” ujarnya.

Tambah Mahfuz lagi,dengan perkenan Sultan Muhammad V memotong sebanyak 10 peratus alaun dan elonumen sepanjang tempoh pemerintahan serta tiada majlis sambutan hari raya di kediaman rasmi baginda di Istana Negara, bukan bertujuan untuk menutup segala apa yang di perkatakan terhadap Baginda tentang perbelanjaan besar yang tular di media sosial.

Sebaliknya kata Mahfuz, tindakan baginda itu baginda amat berjiwa besar untuk bersama dengan rakyat memperbaiki diri dan negara terhadap kesilapan bersama membiarkan pemimpin klaptokrat Umno-BN memerentah Malaysia sebelum ini.

“Titah ini adalah Keperihatin dan kepekaan dengan suasana semasa negara Ketika Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan Putrajaya, didapati *hutang negara berjumlah lebih dari RM 1 trilion.

“Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di awal minggu pentadbiran mereka mengumumkan untuk *memotong gaji mereka sebanyak 10 peratus. Pengumuman ini disusuli kemudiannya oleh pegawai tinggi kerajaan gred jusa A ke atas yang turut dipotong gaji mereka sebanyak 10 peratus.

“Dalam usaha menyelamatkan dana negara yang banyak tiris dan bocor oleh kepincangan pemerintahan Umno-BN, kerajaan Harapan mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia.

“Ia adalah mekanisme buat rakyat dalam melahirkan erti patriotik menyumbang dana kepada negara. Sehingga hari ini, Tabung Harapan telah mencecah lebih daripada RM 55 juta hasil sumbangan rakyat.

“Dalam hal ini, keprihatinan Yang Di Pertuan Agong membuktikan bahawa masalah ekonomi negara yang meruncing sekarang adalah sangat serius dan bukan rekaan semata-mata.

“Sesetengah pihak menganggap ia adalah cerita tokok tambah kerajaan Pakatan Harapan bagi melahirkan simpati rakyat agar tidak mendesak kerajaan baharu segera menunaikan janji dalam Manifesto.

*Ia adalah realiti yang berlaku, dan kebobrokan hasil kejahatan pemimpin klaptokrat Umno- BN terlalu sukar diatasi dalam tempoh terdekat.

“Tindakan Tuanku Yang Di Pertuan Agong adalah suatu isyarat kepada semua pihak untuk memastikan *usaha memerangi penyelewengan,salahguna kuasa,rasuah,ketirisan dan pembaziran mesti menjadi agenda utama negara dan di dukung oleh semua pihak termasuk pihak istana,” ujarnya.
at 6/13/2018 12:35:00 PG

ref: 
KERENGGA: Pemimpin Umno-BN patut malu, mohon maaf terhadap YDP Agong, rakyat , kata Mahfuz

RM200K .. adalah sangat kan bang Najib!
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan membayar barisan penasihatnya sehingga RM200,000 sebulan, tidak termasuk faedah dan kelebihan lain, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, penasihat Najib menikmati gaji antara RM70,000 hingg RM200,000 sebulan.

"Tetapi setakat ini kami hanya mengenalpasti seorang yang mendapat gaji RM200,000 sebulan. Ini hampir sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding gaji perdana menteri. Pemeriksaan masih berjalan.

"Mereka bukan saja mendapat gaji tinggi, tetapi juga menerima banyak faedah dan kelebihan lain," kata sumber itu seperti dipetik.

Laporan itu juga berkata penasihat dengan gaji terbesar itu juga merupakan "bekas menteri kabinet yang menjadi penasihat kepada Pejabat Perdana Menteri", dan mengetuai sebuah unit di situ.

Bagaimanapun nama individu tersebut tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Seorang lagi penasihat yang mendapat gaji tinggi - juga tidak dinamakan - bertanggungjawab dalam soal "jenama 1Malaysia," kata laporan itu.

Maklumat ini diperoleh selepas pegawai kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) meneliti dokumen rahsia milik pentadbiran BN dulu.

Sejak HARAPAN mentadbir negara, semua penasihat ini tidak lagi dibayar gaji oleh kerajaan.

"Semua pegawai ini tidak lagi bekerja dengan kerajaan. Kebanyakannya mengosongkan pejabat sebaik selepas kekalahan BN.

"Mereka sama ada pergi secara sukarela tanpa memberitahu kami atau diminta untuk berbuat demikian," kata sumber itu seperti dipetik.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sejumlah 17,000 lantikan politik akan diberhentikan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

ref: 
RM200K .. adalah sangat kan bang Najib! ~ Menconteng Untuk Perubahan™

BN - dari 13 kini tinggal 4 parti
Barisan Nasional (BN) menyertai pilihan raya umum ke-14 bersama 13 parti yang berada dalam gabungan itu.

Namun hanya dalam tempoh sebulan sejak kekalahannya pada 9 Mei, gabungan itu kini hanya tinggal empat parti.

Ditubuhkan pada tahun 1973, BN merupakan inisiatif perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein bagi menyatukan parti pemerintah dan pembangkang selepas tragedi hitam rusuhan kaum pada 1969.

Bagaimanapun, BN kini musnah di tangan anak lelakinya yang juga perdana menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak.

Najib sebelum ini bertegas mengetuai BN walaupun dibelenggu skandal 1MDB melibatkan berbilion ringgit dan digambarkan sebagai 'kleptokrasi paling buruk'.

Pada 9 Mei lalu, BN kehilangan kuasa untuk kali pertama dalam tempoh 61 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Artikel ini memaparkan kronologi perpecahan parti komponen dalam BN.

BN Sabah

Menjelang pilihan raya umum ke-14, BN Sabah terdiri daripada Umno dan parti berasaskan negeri iaitu PBS, PBRS, Upko dan LDP.

Sejurus selepas kekalahan BN di peringkat negeri dan persekutuan di Sabah, Upko menjadi parti pertama mengumumkan keluar dari BN.

Parti itu kemudian bergabung dengan Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), memberi mereka majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri Sabah yang baru.

Langkah ini kemudian diikuti oleh LDP, PBS dan PBRS yang memutuskan keluar dari BN dan meninggalkan Umno sebagai satu-satunya komponen utama gabungan itu di Sabah.

Sekumpulan besar anggota Dewan Undangan Negeri dari Umno juga keluar dari parti itu untuk menyertai PBS dalam usaha membangunkan "imej tempatan".

Sementara itu, PBS bersekutu dengan Star, satu lagi parti pembangkang, untuk membentuk Gagasan Bersatu.

Semua ini berlaku dalam minggu pertama kekalahan BN. Apa yang masih tinggal dalam BN Sabah ialah Umno yang semakin lemah dan beberapa parti berasaskan semenanjung.

MCA dan Gerakan walaupun bertapak di Sabah, tetapi tidak pernah dianggap sebagai anggota teras BN di negeri itu.

BN Sarawak

Berbeza dengan Sabah, BN Sarawak keluar dari gabungan itu secara tersusun dengan kesemua komponen negerinya masih utuh.

Di bawah pimpinan ketua menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg, PBB, SUPP, PRS dan PDP mengumumkan keluar daripada gabungan itu hari ini.

Empat parti mengumumkan mereka kini akan membentuk gabungan kerajaan yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Johari berkata gabungan itu akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan iaitu Pakatan Harapan tetapi akan membentuk bloknya sendiri dan kekal di pihak pembangkang di Parlimen.

BN di Semenanjung Malaysia

Satu-satunya parti yang tinggal dalam BN ialah Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Perbalahan berlaku dalam MyPPP apabila presidennya Datuk M Kayveas mengumumkan pada 19 Mei bahawa parti itu keluar dari BN.

Bagaimanapun, ahli majlis tertinggi yang lain mempertikaikannya, menyebabkan status sebenar MyPPP dengan BN kini menimbulkan tanya.

Sementara MCA, MIC dan Gerakan masih kekal di bawah BN, pada masa ini, mereka membayangkan akan mengkaji semula kedudukan dalam gabungan itu.

Umno yang merupakan parti utama dalam BN kini hanya memiliki beberapa rakan dan mungkin perlu mencari sekutu baru.
-malaysiakini
at 6/12/2018 08:25:00 PTG 

ref:
KERENGGA: BN - dari 13 kini tinggal 4 parti

TUESDAY, JUNE 12, 2018
Siasatan 1MDB : Khairuddin minta Najib kunci mulut
Oleh HAFIZ HASSAN
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak seharusnya duduk diam-diam tanpa mengeluarkan kenyataan tak berasas apabila mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan dirinya dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

AJK Biro Komunikasi dan Mobilasi PH Datuk Najib yakin dirinya tidak akan disabitkan apa-apa kesalahan jika kes dibawa ke mahkamah. 

 Sehubungan dengan itu, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, Najib sedang berada di ‘alam penafian’. 

 “Saya secara jujur ingin sarankan Najib Tun Razak selaku bekas perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara agar duduk diam-diam serta jangan terlalu banyak buat kenyataan provokasi yang tidak mempunyai asas sama sekali,” dalam kenyataannya semalam. 

Khairuddin dengan tegas memberi peringatan kepada Najib tindakan undang-undang akan diambil keatas pengkhianat negara. Beliau turut memberitahu, kerajaan bukannya tiada bukti kukuh, tetapi memberi lalun kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas mereka selaku penyiasat. 

 “Yang hendak siasat serta mendakwa Najib Tun Razak adalah polis dan SPRM. Semua pihak kena menghormati segala gerak kerja polis dan SPRM untuk menyiasat seterusnya mendakwa Najib Tun Razak kelak sekiranya terdapat unsur-unsur kekukuhan bukti salahlaku ke atas mantan perdana menteri paling korup itu 

 “Sesiapa pun tidak boleh membuat ulasan kesalahan-kesalahan jenayah dilakukannya melepasi pihak penguatkuasa undang-undang di tanahair kita,” ujarnya. 

 Menurut tulisan Khairuddin, beliau yakin bukan sahaja penguatkuasa di Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mantan perdana Menteri itu, bahkan badan undang-undang di beberapa negara luar juga akan turut serta mengheret Najib ke muka pengadilan, Najib harus dihukum tegasnya. 

 “Beliau mesti dihukum setimpal dengan segala pengkhianatannya pada bangsa dan negara. Tetapi malangnya Najib Tun Razak masih hidup dalam keadaan penafian.” ujarnya lagi. 

 Tambah Khairuddin, secara peribadinya beliau yakin Najib dan sekutunya akan tewas di gelanggang pengadilan yang benar-benar telus di bawah pemerintahan kerajaan baharu PH.~ malaysiadateline
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 6:00 pm

ref:
al- Husseyn: Siasatan 1MDB : Khairuddin minta Najib kunci mulut

TUESDAY, JUNE 12, 2018
Sebulan Malaysia baharu berbanding 60 tahun Malaysia lama
Ahad lalu, 10 Jun cukup sebulan apa yang kini disebut sebagai Malaysia baharu. Istilah Malaysia baharu ini bukanlah sesuatu yang rasmi. 

 Ia bukanlah istilah yang dilancarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi ia digunakan dengan meluas bagi menggambarkan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-14. 9 Maknanya sebelum 10 Mei 2018, yang wujud ialah Malaysia lama, iaitu sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 

 Cukup sebulan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dalam Malaysia baharu ini, beliau berlepas ke Jepun untuk mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke luar negara bagi menghadiri Persidangan Nikkei. 

 Maka, disebut beliau ke Jepun untuk menarik pelaburan baharu bagi membantu negara yang dirundung hutang tinggi peninggalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lalu. 

 Ada pihak yang menyebut mengenai pengenalan semula Dasar Pandang Ke Timur yang pernah dilaksanakan Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri pada 1980-an. Tidak kurang pula pihak yang menyebut peralihan orientasi Malaysia dari China ke Jepun. 

 Tetapi, lawatan rasmi Dr Mahathir ke Jepun ini juga boleh dilihat sebagai cara beliau berehat setelah melakukan kerja keras sepanjang sebulan lalu tanpa cuti.

 Dengan kerja keras yang beliau lakukan sejak sebelum pilihan raya lagi, pada usia 92 tahun, beliau sememangnya wajar berehat. Tetapi, beliau yang terkenal rajin bekerja, tidak hairanlah menghadiri sidang itu sebagai cara beliau bercuti. 9 Dr Mahathir adalah satu-satunya ahli politik Malaysia aktif yang pernah melalui Perang Dunia Kedua, iaitu ketika Jepun menjajah Malaya. Perang itu mengubah dunia, termasuk Malaysia dengan Dr Mahathir turut terlibat dalam politik sejak Malaya merdeka. 

 Ketika itu, beliau berusia 32 tahun, Dr Mahathir sudah aktif dalam Umno yang disertainya melalui Saberkas, sebuah persatuan rakyat. Persatuan ini menjadi asas Umno Kedah. 

 Beliau tentu berasa detik-detik kemerdekaan negara. Ketika itu, Malaya baharu menggantikan Malaya lama. 

 Malaya lama merangkumi British Malaya, Malai (Malaya di bawah Jepun), Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu pra-merdeka. Malaya baharu itu kemudian menjadi permulaan kepada apa yang kini disebut sebagai Malaysia lama. 

 Maknanya, Dr Mahathir terlibat aktif dengan Malaysia lama dan kini merupakan pelopor Malaysia baharu. 

 Apabila disebut Malaysia, sering kali umum mengira ia bermula pada 31 Ogos 1957, sedangkan pada masa itu Malaysia belum wujud. Malaysia hanya ditubuhkan pada 16 September 1963. 

 Pada tarikh 31 Ogos 1957, yang ada ialah Malaya atau bahasa Melayu disebut sebagai Tanah Melayu. Namun, Malaysia boleh disebut sebagai Malaya yang diperluaskan kerana lambang serta institusi negara adalah serupa, cuma diluaskan untuk meliputi Singapura, Sarawak dan Sabah. 

 Tetapi, Persekutuan Tanah Melayu sendiri tidak ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, ia ditubuhkan lebih awal lagi, iaitu pada 1 Februari 1948. Namun, apabila disebut Malaysia, orang tidak mengira dari tarikh penubuhan 1 Februari 1948. Orang mengira dari tarikh Tanah Melayu merdeka. 

Pada tarikh 31 Ogos 1957, ketua negara, Yang di-Pertuan Agong pertama mula bertakhta. Institusi Yang di-Pertuan Agong ini diteruskan dengan penubuhan Malaysia. 

 Namun, apabila disebut sebagai Malaysia baharu ekoran kemenangan PH dalam pilihan raya umum, ia juga menandakan tumbangnya rejim lama, iaitu kerajaan BN. 9 Maknanya, Malaysia lama adalah negara yang diperintah oleh BN. Tetapi, BN hanya wujud sejak 1974. Sedangkan tahun-tahun sebelumnya juga dianggap sebagai Malaysia lama. 

 Jadi, lebih tepat lagi ialah Malaysia lama adalah negara yang diperintah oleh Umno sebagai parti dominan dalam BN dan Perikatan, iaitu sejak 31 Ogos 1957.

 Tetapi, tarikh ini juga tidak tepat. Ini kerana Umno mentadbir Malaya dan Malaysia sejak 1955, ketika ia memenangi pilihan raya umum pertama Tanah Melayu. 

 Umno juga telah berubah dari 1957 hinggalah 2018. Tetapi, terdapat ciri-ciri asasnya yang telah mencorakkan Malaysia lama. Antaranya ialah sifat dominannya terhadap Perikatan dan BN. 

 Kedua ialah perjuangannya untuk agama Islam, kaum Melayu dan negara Malaysia. Ketiga ialah cara pentadbirannya yang bersifat tertutup, terkawal dan pemusatan kuasa pada tangan pemimpin utama. 

 Ciri-ciri ini dapat dilihat hanya setelah ia tidak berkuasa. Masih terlalu awal untuk menilai perbezaan antara Malaysia baharu dan Malaysia lama, iaitu antara tempoh sebulan ini berbanding 60 tahun pentadbiran Umno. 

 Tetapi, dari sebulan ini dapat dilihat perbezaan antara PH dan BN. Kalau Umno adalah parti dominan dalam BN, ia tidak berlaku dalam PH. Keempat-empat parti itu adalah setaraf, walaupun PKR mempunyai kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat. 

 Ketua Umum PH ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi keputusan parti dibuat secara konsensus dalam Majlis Presiden yang dipengerusikan Dr Mahathir. 

PPBM yang turut memperjuangkan agama, kaum dan negara seperti juga Umno, tetapi ia tidak menekankan perkara itu. 

 Sebaliknya, yang ditekankan oleh Dr Mahathir ialah kedaulatan undang-undang atau “rule of law”, di samping mengenai pemisahan kuasa, eksekutif, perundangan dan kehakiman. 

 Semua parti PH lebih banyak menyebut “good governance” atau tadbir urus baik, keadilan dan suara rakyat. Mereka menekankan soal ketelusan, keterbukaan, kebebasan, bersih dan amanah. 

Tidak ada pemusatan kuasa pada pemimpin utama. Pemimpin-pemimpin PKR, PPBM, DAP dan Amanah memiliki kuasa yang dibahagi-bahagikan. 

 Itu dari segi parti-parti politik yang membezakan antara Malaysia baharu dengan Malaysia lama. Apa yang juga penting adalah rakyat. 

 Apakah yang membezakan rakyat Malaysia baharu dan Malaysia lama? Sudah terdapat bergenerasi dalam 60 tahun Malaysia lama, sedangkan rakyat Malaysia baharu hanya baru sebulan. 

 Rakyat Malaysia baharu juga pernah menjadi rakyat Malaysia lama. Malah, di kalangan rakyat Malaysia baharu, ada yang masih menyokong Malaysia lama, sementara pendokong Malaysia baharu terdiri juga orang yang pernah menyokong Malaysia lama. 

 Tetapi, sistem demokrasi negara ini membolehkan sebahagian rakyat menolak Malaysia lama bagi mewujudkan Malaysia baharu. 

 Sememangnya, terdapat pelbagai dorongan berbeza bagi seseorang pengundi memilih PH. Ramai antaranya yang bertindak kerana menolak kleptokrasi atau skandal 1MDB. 

Namun, di bawah tindakan itu adalah kesanggupan ramai pengundi yang menolak BN, walaupun parti itu mempunyai rekod panjang dan teruji sebagai pentadbir negara. 

 Mereka inilah yang bersedia untuk hidup dalam Malaysia baharu, sebuah negara yang berbeza daripada apa yang mereka ketahui selama ini. 

 Tetapi, kejayaan PH juga terletak pada asasnya dengan penentang-penentang tradisi Umno. Penyokong PPBM adalah penentang Umno yang baharu, iaitu hanya sejak 2016. 

 Tetapi, bagi penyokong PKR, sebahagiannya menentang Umno sejak 1998, sementara sebahagian yang lain, iaitu bekas penyokong Parti Rakyat Malaysia menentang Umno sejak sebelum merdeka lagi. 

 Begitu juga dengan sebahagian daripada penyokong Amanah, iaitu ketika mereka berada dalam PAS. Penyokong DAP juga menentang Umno sebelum Malaysia ditubuhkan lagi. 

 Penentang-penentang tradisi Umno tentu menolak Malaysia lama. Jadi, apabila Umno terlepas kuasa, mereka ini mengharapkan sebuah Malaysia baharu yang selama ini mereka impikan. 

 Tetapi, tentulah tidak semua yang ada dalam Malaysia baharu ini menepati apa yang mereka impikan. Mereka perlu kompromi kepada kehendak bekas ahli Umno yang kini berada dalam PPBM. 

 Inilah yang Dr Mahathir lakukan sepanjang sebulan menjadi perdana menteri. Tidak ada tuntutan daripada DAP mengenai soal Melayu. Begitu juga tidak ada tuntutan mengenai Islam dari Amanah. 

 Tumpuan Dr Mahathir adalah pembersihan, ekonomi dan kedaulatan undang-undang. Malaysia baharu adalah memenuhi harapan berbeza, bukan saja dari segi amalan lama, tetapi juga impian lama. 

 Sejauh mana Malaysia baharu akan berkembang, hanya sejarah yang akan menentukan. Apa yang baharu akan akhirnya menjadi lama juga. Sementara itu, terpulang kepada rakyat negara ini hendak mencorakkan Malaysia baharu.~ Freemalaysiatoday 

  Zin Mahmud ialah bekas pengarang kanan Utusan Malaysia.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 5:05 pm

ref: 
al- Husseyn: Sebulan Malaysia baharu berbanding 60 tahun Malaysia lama
TUESDAY, JUNE 12, 2018
Laporan bongkar ucapan lucah Zamihan terhadap Mat Sabu, Nurul Izzah
Ahli keluarga tahanan Sosma bersama peguam Faizal Rahman (duduk, 
kanan) menunjukkan 5 laporan polis terhadap Zamihan Mat Zin.

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli keluarga suspek yang ditahan di Penjara Sungai Buloh berkata pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang ditugaskan menjalankan program pemulihan ke atas mereka, mengeluarkan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk membuat serangan peribadi ke atas pemimpin Pakatan Harapan. 

 Ia terkandung dalam 5 laporan polis dibuat terhadap Zamihan, yang ditugaskan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan program pemulihan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). 

 Mereka berkata Zamihan, pada sebuah program sempena Nuzul Quran 31 Mei lepas di Penjara Sungai Buloh, Zamihan mengecam pemimpin kerajaan sebagai munafik di samping mengeluarkan kata-kata berbaur lucah apabila bercakap mengenai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.   

Antaranya, kata mereka, Zamihan pada satu ketika berkata perbuatan memasukkan kamera ke dalam lubang dubur tidak membatalkan puasa “tetapi akan nampak Mat Sabu dan Nurul Izzah dalam lubang dubur tersebut”. 

“Pemimpin munafik ini adalah seperti tidak mengotakan manifesto, menjanjikan harga minyak turun tetapi tidak menunaikannya. Pemimpin negara sekarang adalah sama sahaja seperti pemimpin terdahulu,” keluarga suspek memetik Zamihan sebagai berkata dalam ucapannya di penjara. 

 Zamihan turut berkata ayat Al-Quran dibacakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu perhimpunan pembebasannya sebagai “ayat liberal dan hanya mengikut pemahamannya sendiri sahaja”. 

 Laporan polis terhadap Zamihan dibuat Sabtu lalu Balai Polis Setapak. 

 Antara kandungannya, Zamihan dikatakan menghasut dan mempengaruhi orang kena tuduh (OKT) dengan menyatakan tiada guna mereka melantik peguam. 

 Sebaliknya, Zamihan menggesa OKT perlu mengaku salah kerana mereka sememangnya pengganas dan turut menegaskan bahawa Sosma tidak akan dibubarkan. 

 Seorang peguam mewakili 5 tahanan Sosma, Faizal Rahman, berkata siasatan segera perlu dilakukan terhadap Zamihan susulan laporan polis itu. 

 Beliau mahu Zamihan dilarang berinteraksi dengan tahanan Sosma, termasuk dalam sebuah program dirancang sebelum Hari Raya Aidilfitri. 

 Faizal berkata dakwaan Zamihan bahawa Sosma tidak dihapuskan turut dilihat bakal mengundang keadaan tidak tenteram kepada tahanan Sosma. 

 Sosma merupakan antara akta yang dibantah ahli politik PH sebelum pilihan raya umum bulan lalu. 

 Sementara itu, Faizal berkata 5 ahli keluarga tahanan Sosma akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk diambil keterangan mereka. 

Zamihan, yang mengetuai sebuah pertubuhan bernama Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) ditugaskan KDN menjalankan program rehabilitasi bagi tahanan Sosma yang dituduh terlibat aktiviti keganasan. 

 Tahun lepas beliau mengundang kontroversi selepas mengkritik pendirian Sultan Johor berhubung kedai dobi khas untuk orang Islam, dan kerana membuat kenyataan menghina mengenai tahap kebersihan orang Cina. 

 Beliau ditahan dan disiasat kerana menghasut, dan ditempelak oleh Sultan Johor dan Selangor. 

 Ketika membatalkan tauliah mengajarnya, Sultan Selangor memanggil beliau seorang rasis, sementara Sultan Johor menyifatkan beliau “tin kosong”. 

Zamihan memohon maaf atas kenyataannya tetapi mengugut menyaman FMT kerana mendakwa ucapannya disalah petik.~ freemalaysiatoday

ref: 
al- Husseyn: Laporan bongkar ucapan lucah Zamihan terhadap Mat Sabu, Nurul Izzah

DS Najib Merupakan Perdana Menteri Yang Sangat Hebat -Nazilah Idris (Pengurusi Gambungan NGO Selangor)

Written By canang on Selasa, 12 Jun 2018 | 6/12/2018 11:48:00 PTG
ref: 
DS Najib Merupakan Perdana Menteri Yang Sangat Hebat -Nazilah Idris (Pengurusi Gambungan NGO Selangor) - Cananglahnie

Tuesday, June 12, 2018
PBB, PRS, PDP, SUPP Umum Keluar BN
Sarawak dan Sabah sebelum PRU-14 sering dilabelkan sebagai sebagai kubu kuat dan 'deposit tetap' BN, selain dilihat sebagai 'kuasa penentu' keputusan pilihan raya.

Amat sukar untuk ditembusi oleh parti-parti politik Pembangkang terutamanya Parti dari Semenanjung.

Jika sebelum ini, BN Sabah menerima tamparan hebat selepas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP), bertindak keluar BN dan menyertai kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kali ini Barisan Nasional Sarawak pula menerima nasib yang sama..

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu, PBB menang 13 kerusi, SUPP menang satu kerusi, PRS menang tiga kerusi dan PDP menang dua kerusi.

Secara keseluruhannya, BN Sarawak hilang enam kerusi berbanding 25 kerusi dikuasainya pada PRU-13 pada PRU-14 yang lalu..

Hari ini..

PBB, PRS, PDP, SUPP keluar BN 

KUCHING: Empat parti tempatan Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional. 
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak kini membentuk pakatan yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS). 
Penubuhan GPS diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PBB, di Jalan Bako, di sini, sebentar tadi. 
GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam hal berkaitan Sarawak.

Bagaimanapun, GPS tidak akan menyertai gabungan bersama Pakatan Harapan dan akan kekal sebagai pembangkang lapor Berita Harian 

BN hanya ada 79 daripada 222 kerusi di Parlimen selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas, dengan 13 daripadanya milik PBB, parti kedua terbesar dalam BN. Abang Johari ialah presiden PBB.

Dalam PRU14, BN Sarawak bertanding semua 31 kerusi persekutuan tetapi hanya menang 19, keputusan yang mengejutkan bagi negeri yang sekian lama dianggap "deposit tetap" BN.

Sekarang 19 yang ada pun dah tak ada.. hancur dah la BN Sarawak..
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, June 12, 2018

ref: 
Anak Sungai Derhaka: PBB, PRS, PDP, SUPP Umum Keluar BN

TUESDAY, JUNE 12, 2018

Tahniah Adam Adli : UPSI batal gantung pengajian 5 tahun
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) telah membatalkan penggantungan pengajian selama lima tahun terhadap aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim. 

 Ini selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan menghasut berhubung ucapan yang dibuat Adam beberapa hari selepas BN menang pada pilihan raya umum ke-13 pada 2013. 

 UPSI, dalam surat kepada Adam Adli, berkata pihak universiti telah dimaklumkan Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah telah membersihkannya dari salah laku. 

 "Sehubungan itu, saudara dengan ini dilepaskan daripada pergantungan tersebut dan dibenarkan untuk menyambung pengajian di universiti ini mulai 10 September 2018," tulis surat itu. 

 Adam berkongsi surat itu pada hantaran Facebook berkata: 

 "Belum buat keputusan lagi. Doakan yang baik-baik." 

 Adam digantung pengajian di universiti pada 6 September 2013, berikutan pertuduhan hasutan di mahkamah itu. 

 Sebelum penggantungannya, Adam Adli memimpin bantahan pelajar mengenai pelbagai isu termasuk Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).~ malaysiakini

ref: 
al- Husseyn: Tahniah Adam Adli : UPSI batal gantung pengajian 5 tahun

POLITIK
By Faizul Lazim - May 29, 201827767 9

PAS SEDIA BERDAMAI DENGAN DAP DEMI KEBAIKAN
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.

“Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak ganggu hak mereka,” kata beliau semasa wawancara dalam Astro Awani hari ini.

Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.

“Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik,” katanya.

Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.

Pas juga tidak menyertai Pakatan Harapan semasa PRU14 lalu sebaliknya menubuhkan gabungan pembangkang lain dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette

ruj: 
Pas sedia berdamai dengan DAP demi kebaikan

BERITA»Politik
Selasa, 12 Jun 2018 | 6:00pm
BharianBeritaPolitik Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Farhana Syed Nokman cnews@nstp.com.my
DATUK Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Foto NSTP
BN bincang nasib selepas Zahid pulang

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan membincangkan nasib gabungan parti itu selepas Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pulang daripada menunaikan umrah di Makkah.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tindakan empat parti tempatan Sarawak keluar BN itu memperlihatkan sifat sebenar siapa kawan dan lawan.

"Jika mereka mengambil keputusan begitu, apa lagi yang boleh kita buat, apabila kita jatuh, sebagai sahabat kita perlu bersama tetapi sejak mereka memilih laluan itu (keluar BN), apa lagi boleh kita lakukan.

"Saya sedang menunggu kepulangan Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid (dari menunaikan umrah) dan akan berbincang lanjut mengenai perkara ini. Jika BN perlu bubar, apa lagi boleh buat selepas lebih 60 tahun berkhidmat sebagai kerajaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) meninggalkan BN dengan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, UMNO akan menilai situasi politik yang berlaku kini dan melihat sama ada mampu berdiri sendiri atau menubuhkan gabungan lain.

"Apabila kita jatuh, kita sepatutnya kekal bersama tetapi kini kita tahu niat sebenar mereka. Idealisme parti komponen ialah berjuang dengan rakyat dan negara," katanya.

ref:
BN bincang nasib selepas Zahid pulang | Politik | Berita Harian


Gaji penasihat Najib cecah RM200,000 sebulan

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan membayar barisan penasihatnya sehingga RM200,000 sebulan, tidak termasuk faedah dan kelebihan lain, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, penasihat Najib menikmati gaji antara RM70,000 hingg RM200,000 sebulan.

"Tetapi setakat ini kami hanya mengenalpasti seorang yang mendapat gaji RM200,000 sebulan. Ini hampir sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding gaji perdana menteri. Pemeriksaan masih berjalan.

"Mereka bukan saja mendapat gaji tinggi, tetapi juga menerima banyak faedah dan kelebihan lain," kata sumber itu seperti dipetik.

Laporan itu juga berkata penasihat dengan gaji terbesar itu juga merupakan "bekas menteri kabinet yang menjadi penasihat kepada Pejabat Perdana Menteri", dan mengetuai sebuah unit di situ.

Bagaimanapun nama individu tersebut tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Seorang lagi penasihat yang mendapat gaji tinggi - juga tidak dinamakan - bertanggungjawab dalam soal "jenama 1Malaysia," kata laporan itu.

Maklumat ini diperoleh selepas pegawai kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) meneliti dokumen rahsia milik pentadbiran BN dulu.
Sejak HARAPAN mentadbir negara, semua penasihat ini tidak lagi dibayar gaji oleh kerajaan.

"Semua pegawai ini tidak lagi bekerja dengan kerajaan. Kebanyakannya mengosongkan pejabat sebaik selepas kekalahan BN.

"Mereka sama ada pergi secara sukarela tanpa memberitahu kami atau diminta untuk berbuat demikian," kata sumber itu seperti dipetik.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sejumlah 17,000 lantikan politik akan diberhentikan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
at 6/12/2018 06:32:00 PTG

ref:
KERENGGA: Gaji penasihat Najib cecah RM200,000 sebulan

Barisan Nasional 'hancur' di bumi Sarawak
BN Sarawak hari ini secara rasmi terbubar selepas semua parti komponennya mengumumkan keluar dari gabungan terbabit dan membentuk pakatan baru dikenali sebagai "Gabungan Parti Sarawak" (GPS).

Semasa mengumumkan langkah itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh parti terbabit.

"Parti-parti komponen iaiitu PBB, SUPP, PRS, PDP mengadakan pertemuan dan membuat keputusan sebulat suara untuk meningalkan BN dan membentuk gaungan baru dengan parti tempatan, dikenali sebagai Parti Gabungan Sarawak," katanya.

Empat parti utama yang terlibat itu ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresi (PDP).

Abang Johari berkata keputusan tersebut diambil selepas semua parti membuat pertimbangan teliti serta mengambil kira keadaan semasa politik selepas berlangsungnya pililhan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

"GPS akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk kepentingan negara serta Sarawak berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan dan persekutuan Malaysia.

"Kami percaya ini adalah masa paling sesuai untuk Sarawak memulakan platform baru politik bagi menghadapi cabaran sesuai dengan perubahan, aspirasi, keperluan dan tuntutan rakyat Sarawak," katanya semasa mengadakan sidang media itu di Kuching sebentar tadi.

Kekal blok sendiri

Menurut Abang Johari, keputusan berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Sarawak mempunyai 29 kerusi parlimen. Pada PRU ke-14 lalu PBB memenangi 13 kerusi, diikuti PRS tiga kerusi dan satu SUPP. Di pihak Pakatan Harapan (HARAPAN) pula, DAP menguasai enam kerusi menakala PKR empat. Dua kerusi lagi dimenangi calon bebas.

Sarawak tidak mengadakan pilihan raya umum negeri kerana ia sudah diadakan pada 7 Mei tahun lalu. Untuk rekod Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mempunyai 82 kerusi.

Kata Abang Johari dengan langkah menubuhkan GPS itu kerajaan negeri yakin mereka dapat memberikan lebih perhatian kepada isu-isu berkaitan kepentingan serta hak Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

Menurutnya penubuhan GPS itu tidak bermakna mereka akan menyertai HARAPAN sebaliknya kekal dengan pakatan sendiri dan pada masa sama menjalin kerjasama dengan Putrajaya.

"Kami adalah blok tersendiri," katanya.

Pada sidang media sama Abang Johari juga menjelaskan beliau tidak bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya berkunjung menemui Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya cuma bertemu Dr Mahathir sebagai kunjungan hormat kerana beliau ialah perdana menteri," katanya.

ref:
Barisan Nasional 'hancur' di bumi Sarawak ~ Menconteng Untuk Perubahan™

IGP bakal diganti? Tak tahu, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai kemungkinan berlaku rombakan kepemimpinan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perdana menteri sebelum itu ditanya mengenai khabar dilaporkan media luar bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan digantikan.

Ia selaras dengan perubahan kerajaan pusat yang kini dikuasai Pakatan Harapan.

Memetik sumber tidak dinamakan akhbar Singapura The Straits Times berkata rombakan itu akan dilakukan bulan depan.

Ditanya pada sidang media di Tokyo, Jepun, Dr Mahathir memberikan jawapan ringkas mengenai isu berkenaan.

"Saya tak tahu apa-apa mengenainya," kata beliau.

Semalam Malaysiakini melaporkan ada beberapa pegawai kanan PDRM akan digugurkan sebagai langkah kerajaan baru “membersihkan” agensi penguatkuasaan itu.

Memetik laporan The Straits Times turut ada dalam senarai pertukaran itu ialah Mohamad Fuzi sendiri.

Tiga jabatan yang terpalit dengan kes rasuah pula dijangka dimansuhkan dengan beberapa pegawainya akan dipecat.

Tiga jabatan yang didakwa bakal dimansuhkan itu ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

“Ya, gempa 8.5 Richter akan berlaku Julai ini,” kata sumber.

Mohamad Fuzi dilantik ke jawatan berkenaan secara rasmi pada 4 Sept 2017 bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sendiri dakwaan dalam laporan berkenaan.
-malaysiakini - at 6/12/2018 03:31:00 PTGTUESDAY, JUNE 12, 2018

ref:
KERENGGA: IGP bakal diganti? Tak tahu, kata Dr Mahathir

TUESDAY, JUNE 12, 2018
Peguam: Guna waran tangkap Interpol atau batal pasport Jho Low
Jho Low dikehendaki pihak berkuasa Malaysia 
untuk membantu siasatan 1MDB. (Gambar AFP)

KUALA LUMPUR: Beberapa cara boleh digunakan untuk membawa balik Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini berhubung siasatan terhadap skandal 1MDB. 

 Peguam kanan jenayah, SN Nair berkata, pihak berkuasa Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menghubungi Interpol bagi menggunakan notis merah terhadap Jho Low, setelah memperoleh waran tangkap terhadapnya. 

 “Notis merah ini terpakai di mana-mana negara anggota Interpol. Polis di semua negara anggota Interpol kemudian berkewajipan menangkap Jho Low. Selepas itu, Malaysia boleh membuat permohonan kepada negara berkenaan untuk menghantarnya pulang ke Malaysia. 

 “Malaysia mungkin tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan semua negara anggota Interpol, tetapi perkara itu tidak menjadi halangan, selagi Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dua hala dengan negara berkenaan,” katanya apabila ditanya sama ada Malaysia mempunyai pilihan lain menahan Jho Low kerana tidak mempunyai perjanjian ektradisi dengan negara Jho Low berada sekarang. 

 Beliau bagaimanapun berkata, proses ekstradisi amat kompleks kerana sebagai orang kaya, Jho Low mampu menggunakan mahkamah negara itu untuk menyekat atau melengah-lengahkan keseluruhan proses ekstradisi (kecuali Brunei dan Singapura). 

 Nair berkata, Malaysia juga boleh terus membatalkan pasport Jho Low, dan itu akan menjadikannya orang tanpa warganegara. 

 “Dengan cara itu, dia perlu bergantung kepada belas ihsan negara yang menjadi tempat tinggalnya sekarang kerana melanggar undang-undang imigresen negara berkenaan. 

 “Tekanan seperti ini akhirnya akan memaksa Jho Low kembali ke Malaysia secara sukarela seperti dialami beberapa pelarian warga Singapura yang mencari perlindungan di luar negara.” 

 Seorang lagi peguam kanan jenayah, Datuk N Sivananthan berpendapat, notis merah sudah dikeluarkan terhadap Jho Low, maka semua negara anggota Interpol wajib menangkap dan menghantarnya ke negara yang memohon penangkapannya. 

 “Bagaimanapun, di sinilah akan timbul kerumitan. Pertama, adakah dia menjadi rakyat atau penduduk tetap di negara yang dia sedang berada dan sama ada negara itu mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia. 

 “Kedua, dia boleh menggunakan hujah tiada pertuduhan menunggunya ketika ini dan dia mungkin boleh menggunakan alasan penyiasat boleh menemuduganya di tempat dia sedang berada.” 

 Katanya, Jho Low juga boleh menggunakan alasan siasatan terhadapnya berasaskan politik kerana hubungannya dengan bekas perdana menteri dan keluarganya serta pertuduhan berasaskan politik tidak terikat dengan ekstradisi, walaupun negara itu sedia menimbang alasan serupa dengan ketiadaan perjanjian berkaitan ekstradisi. 

 “Oleh kerana dia mengambil pendekatan pertama melalui peguamnya, saya berpendapat apa yang perlu dilakukan ialah menemuduganya di negara dia tinggal sekarang dan sekiranya terdapat keputusan mengenakan pertuduhan terhadapnya kelak, langkah sewajarnya perlu diambil selepas itu. 

“Kita masih dalam fasa mencari fakta dan kehadiran Jho Low perlu dimanfaatkan bagi mendapatkan pencerahan tentang kesalahan yang dilakukan.

 “Pada pendapat saya, apabila anda berada dalam fasa membuat keputusan sama ada kesalahan sudah dilakukan, maka butiran dan fakta mengenainya sangat penting. 

 “Spekulasi media, sentimen orang ramai dan laporan tidak berasas perlu diketepikan. Perlu ada bukti nyata untuk membuat pertuduhan kerana jika tidak, ia tidak mencukupi.” 

 Notis merah adalah permohonan oleh negara anggota bagi mengesan dan menangkap seseorang individu sebelum dia dikenakan ekstradisi dan notis itu hanya dikeluarkan jika ada waran tangkapan kebangsaan yang sah. 

 Bekas pengerusi Jawatankuasa Amalan Jenayah Majlis Peguam Kuala Lumpur, Lim Chi Chau berkata, ada beberapa cara membawa pulang Jho Low, tetapi ia melibatkan proses panjang serta tertakluk kepada undang-udang di negara dia tinggal. 

 “Ketiadaan perjanjian ekstradisi tidak bermakna keadaan menjadi mustahil. Perjanjian hanya memudahkan proses itu,” katanya sambil menambah Malaysia boleh memohon notis merah bagi menangkap Jho Low, tetapi ia melibatkan proses panjang lebar. ~ freemalaysiatoday

ref: 
al- Husseyn: Peguam: Guna waran tangkap Interpol atau batal pasport Jho Low

Tuesday, June 12, 2018
Ketua Polis Negara Digugur Kerana Gagal Bertindak Terhadap Skandal 1MDB?

PENYINGKIRAN Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun adalah kerana beliau gagal mengambil tindakan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad, kata sumber pegawai kanan kerajaan.
"Ia adalah kes pembatalan tugas," menurut sumber, yang mengesahkan rombakan dalam pasukan polis.

Fuzi memegang jawatan itu selama sembilan bulan, beliau menggantikan Khalid Abu Bakar yang bersara. Khalid kini dihalang daripada ke luar negara oleh Putrajaya selepas siasatan terhadap dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa diigiatkan ke atas bekas penjawat awam.

Tidak dapat dipastikan sama ada Fuzi telah menerima surat penamatannya tetapi beliau akan menyertai pegawai kanan utama yang masih belum meletak jawatan atau diarahkan berhenti oleh kerajaan Pakatan Harapan kerana gagal bertindak dalam skandal 1MDB.

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan pada 14 Mei, lima hari selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa.

Dzulkifli, 52, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM dua tahun lalu pada 1 Ogos 2016.

Beliau menggantikan Abu Kassim Mohamed yang kini mengetuai pasukan siasatan skandal 1MDB. Pasukan berkenaan dibubarkan oleh perdana menteri Najib Razak.

Dzulkifli juga berdepan kontroversi tahun lalu apabila beberapa siri video beliau mempunyai hubungan sulit dengan wanita yang sudah berkahwin tersebar.

Khidmat bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali ditamatkan pada 5 Jun dan digantikan oleh Tommy Thomas.

Pada 14 Mei, hari yang sama Dzulkifli meletakkan jawatan, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Apandi diarahkan bercuti.

Apandi yang memegang jawatan sebagai Peguam Negara pada 27 Julai, 2015, membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB pada 2016.

The Straits Times terdahulu melaporkan hari ini bahawa Fuzi menjadi pegawai pertama yang digugurkan dan pegawai kanan lain akan berdepan nasib yang sama dalam rombakan pasukan polis.

Rombakan itu juga menyaksikan tiga jabatan dalam pasukan polis ditutup bulan depan. Jabatan terbabit adalah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik lapor The Malaysian Insight  - Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, June 12, 2018

Sumber: 
Anak Sungai Derhaka: Ketua Polis Negara Digugur Kerana Gagal Bertindak Terhadap Skandal 1MDB?

Tiada ulasan: