Selasa, 19 Jun 2018

Rabak. 7784.

rabak sebab over size dari size blogger. huhuhu. 
VIEW COMMENTS
Jack Ma terkejut pengetahuan Dr M
2018-06-18 13:09:41

Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma melahirkan rasa terkejut dengan pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang teknologi.

Memetik laporan Bernama, Ma yang ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya berkata beliau terperanjat dengan pengetahuan teknologi yang dimiliki oleh Mahathir.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan selama satu jam itu, Ma berkata mereka berkongsi banyak idea dan berbincang tentang cara untuk membebaskan lebih banyak rakyat Malaysia daripada belenggu kemiskinan serta memberi bantuan kepada lebih banyak golongan muda dan perniagaan kecil.

Ma yang berada di Malaysia untuk merasmikan sebuah pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur hari ini menyifatkan pertemuan beliau bersama Mahathir sungguh bermanfaat.

Ma berkunjung ke Kuala Lumpur tahun lepas untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama dunia yang ditubuhkan bagi merangsang pertumbuhan e-dagang melalui penyediaan platform serba canggih bagi syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menjalankan perniagaan dan perkhidmatan masing-masing.

ref:
Jack Ma terkejut pengetahuan Dr M | KiniTV Malay - Your Story, Our Camera

'Bila cakap dengan Dr M, saya kena balik baca lebih banyak buku'
2018-06-18 16:27:56

Hartawan teknologi, Jack Ma mengakui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seorang legenda yang mempunyai kemahiran yang sangat hebat tentang teknologi.

Jack Ma yang berucap ketika melancarkan pejabat Alibaba 1 di pejabat Asia Tenggara di Bangsar South, hari ini turut merasa rendah diri apabila bercakap dengan Mahathir dan akui harus membaca buku lebih banyak lagi.

Jack Ma mengadakan pertemuan dengan Mahathir pagi tadi dan mengakui terkejut dengan pengetahuan Perdana Menteri tentang teknologi.

“Saya terperanjat dengan pengetahuan beliau tentang teknologi,” kata Ma kepada Bernama selepas pertemuan itu yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

ref:
'Bila cakap dengan Dr M, saya kena balik baca lebih banyak buku' | KiniTV Malay - Your Story, Our Camera

Duta: Beberapa syarikat China melabur selepas kerajaan baru angkat sumpah

2018-06-18 18:21:22

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata tahap keyakinan pelabur China terhadap kerajaan baru yang ditadbir Pakatan Harapan cukup tinggi.

Berucap ketika majlis perasmian pejabat Alibaba di Kuala Lumpur petang tadi, Bai Tian memberi contoh beberapa syarikat dari China telah melabur berbillion ringgit sebaik sahaja kerajaan baru Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya.

ref:
Duta: Beberapa syarikat China melabur selepas kerajaan baru angkat sumpah | KiniTV Malay - Your Story, Our Camera

Bank Jepun agak positif Dr M nak pinjam yen, kata duta
2018-06-18 15:00:53

Bank Jepun dilaporkan "agak positif" terhadap permintaan Malaysia untuk mendapatkan pinjaman mudah dalam mata wang Jepun, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa.

Walau bagaimanapun, beliau berkata bank-bank belum lagi memberi respons rasmi berhubung permintaan itu kerana beliau hanya menemui mereka mengenai permintaan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lalu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya pagi ini.

Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Dr Mahathir, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ketujuh bulan lalu, mendapati hutang kerajaan persekutuan mencecah RM1 trilion, dan berusaha menurunkan paras berkenaan.


Menurut perdana menteri, kredit yen itu sebagai pinjaman mudah akan menolong membantu negara untuk tangani masalah hutang negara yang besar.

ref: 
Bank Jepun agak positif Dr M nak pinjam yen, kata duta | KiniTV Malay - Your Story, Our Camera



























Tiada ulasan: