Khamis, 7 Jun 2018

Siapa makan cili dia rasa pedas😎. 7758.

Umno semakin tenat?Siapa makan cili dia rasa pedas😎
Home Berita
Tiga puak dalam media sosial perlu kita awasi
NASUHA RAHMANJune 6, 2018 3:15 pm 5

Selepas PRU14 peranan media khususnya media sosial mutakhir ini telah digunakan oleh beberapa puak atau kumpulan di dalam masyarakat hari ini bagi menimbulkan bermacam-macam persepsi.

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Dr Abdul Muati Ahmad berkata terdapat tiga puak di dalam media sosial mutakhir ini.

Puak pertama, katanya suka mengadu domba yang menyifatkan apa yang dilakukan oleh kerajaan rakyat pada hari ini salah belaka. (pembangkang umno lah ni)

“Puak ini akan cari salah kerajaan. Kalau tak ada salah pun mereka akan cipta kesalahan. Mereka sengaja beri maklumat yang tak betul. Mereka mengapi-apikan sentimen bangsa dan agama.

“Mungkin mereka harap akan berlaku kacau-bilau dalam negara dan rakyat akan bangun menentang kerajaan Tun M ini,” katanya.

Umpamanya, tambah beliau dalam kes pelantikan Peguam Negara (AG) mereka sengaja membangkitkan isu AG baharu ini bukan Islam dan bukan Melayu.

“Saya yakin mereka tak faham pun tentang institusi AG ini dalam konteks negara kita. Tapi yang mustahak bagi mereka bakarkan kemarahan rakyat. Begitu juga dalam kes JAKIM. PM tak sebut pun nak tutup JAKIM. Tapi mereka bangkitkan isu kononnya PM nak tutup JAKIM supaya orang Islam marah kepada PM dan kerajaan.

“Mujur juga Allah tak izinkan jarum mereka menusuk pemikiran rakyat Malaysia. Tapi kita kena hati-hati dengan puak pengadu domba yang berniat jahat. Jangan percayakan puak ini malah ‘unfriend’ saja mereka. Tak ada manfaatnya pun,” ujarnya.

Puak kedua pula katanya, puak yang berlagak tahu hakikatnya mereka tidak tahu dan tidak faham isu tetapi berlagak faham. <-- sesat dan lagi menyesatkan (pembangkang umno juga lah ni)

“Umpamanya dalam kes pelantikan AG baharu ini. Puak ini kononnya mengatakan dalam perlembagaan dinyatakan kena lantik orang Melayu/Islam sebagai AG. Padahal tak pernah ada pun peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan.

“Saya tak pasti perlembagaan mana yang mereka rujuk. Bagi saya puak ni tak pernah baca pun perlembagaan. Biasanya puak ini bukanlah jenis yang suka mengkaji dan membaca. Mereka hanya petik sepotong dua ayat daripada Facebook dan Wikipedia kemudian ditularkan kononnya merekalah pakar perlembagaan.

“Padahal buku tentang Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang kita pun mereka tak pernah sentuh. Posting daripada puak ini juga sepatutnya jangan kita percaya. Ianya sesat lagi menyesatkan. Jika kita dapat posting daripada puak ini, eloklah kita selidiki daripada sumber sebenar yang berwibawa.

“Rajin-rajinlah membaca supaya tidak terkeliru dengan maklumat tidak tepat daripada puak yang memandai-mandai ini, tidak kira dalam aspek apa juga sama ada politik, perundangan, ekonomi, sosial, malah agama sekali pun,”tegas beliau di dalam Facebooknya.

Ketiga katanya, puak yang bertindak sebagai tukang tular yang disifatkan amat pelik kerana mereka memang tidak faham apa-apa mengenai isu yang disiar di media sosial ini. (pembangkang umno punyalah ni)

Malah katanya, kadang-kadang mereka tidak habis membaca sesuatu dimuatkan di media sosial kemudian terus ‘share’ serta ‘copy paste’ untuk ditularkan kepada pihak lain.

“Kerja mereka sebagai tukang hebah dan heboh, tanpa memahami kedudukan perkara sebenar. Puak ini hanya sekadar menyemak di media sosial sahaja.

Beliau menasihati pengguna media sosial agar menyelidiki terlebih dahulu maklumat yang diperoleh daripada ketiga-tiga puak ini.

“Jadilah pengguna media yang bertanggungjawab dan bijak, demi keharmonian Malaysia Baharu yang kita cintai. In sha Allah, kejayaan akan bersama kita,” katanya.

ref: 
https://malaysiadateline.com/tiga-puak-dalam-media-sosial-perlu-kita-awasi/
Di bawah adalah siaran pengampu yang langsung tidak menyentuh keterlibatan yang diampunya dalam Skandal 1MDB. Hal ini menjadi bukti betapa pengampu ini seseorang yang hipokrit, prajudis, double standard dan berkemungkinan besar mengarah kepada gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam, api dalam sekam, talam dua muka dan sebagainya, bila kepentingan dirinya tidak dipedulikan lagi oleh orang yang diampunya.  

Dibawah adalah Berita palsu tentang peribadi penipu, hasil nukilan pengampu yang juga penipu. 

Kamaluddin Idrus berkongsi pautan.
Ahli Baharu · 5 jam

Legasi kasih sayang Dato Seri Najib Tun Abdul Razak kekal subur di hati rakyat 

(http://pakdin.my/legasi-kasih-sayang-dato-seri-najib-tun-a…/)
----------------------

Saya masih ingat bagaimana kami di PPBM hairan kenapa gambar Mahathir belum diturunkan di Bangunan UMNO Malaysia ketika kami berjuang mendesak DSN melepaskan jawatan Presiden UMNO. PPBM beritahu saya, UMNO takut rakyat marah.

Sebenarnya jawapan itu salah. Jawapan yang sebenar adalah, UMNO selepas era Mahathir tidak mengamalkan politik dendam. UMNO selepas era Mahathir tidak lagi memenjarakan musuh politik atau menghukum kakitangan awam dengan bermaharajalela.

Sebetulnya sejarah tidak boleh ditipu. Tanpa Presiden Umno ke 4 xkan muncul presiden berikutnya. 


Pemenjaraan DSAI bukan sebab politik? Menghukum kakitangan awam lantikan politik umno (staf kontrak) seramai 17 ribu orang? Logik akal xkanlah mahu disimpan staf yang sebegitu. Sudah tentu mereka ejen umno yang sekarang jadi pembangkang. Cara paling tegas membanteras "gunting dalam lipatan." dalam kerajaan. 
UMNO selepas Mahathir juga sangat hurmat dan santun terhadap Raja-Raja Melayu. Dewasa ini institusi Raja hanya sekadar lambang dan saya tidak terkejut jika selepas ini rakyat akan memaki hamun serta membaling botol minuman kepada Raja-Raja Melayu di tempat awam.

Lebih kepada penafian dan prasangka iaitu tingkah laku umno terhadap Raja Perlis dalam isu Perlantikan Menteri Besar Perlis. Nukilan tersebut lebih kepada berita palsu dan mengagung-anggungkan dsn yang telah kehilangan maruah sebagai pemimpin yang amanah dan berjiwa rakyat. 

Itu tidak mustahil kerana Raja juga agak jauh dari rakyat berbanding pemimpin politik. Mungkin Raja perlu lebih kerap turun ke kampung supaya kasih sayang Raja kepada rakyat lebih harum di hati rakyat.

Program Kembara Mahkota Johor menafikan andaian penulis tersebut. Tidak pastilah Raja dan Sultan negeri lain. Bila umno kalut mereka akan mainkan isu Institusi Di Raja. Seolah-olah mereka sahaja yang menjaga kepentingan Sultan dan Raja. 

Raja perlu ada daulat dan harga diri. Raja tidak boleh diugut atau dipegang lehernya. Untuk rakyat melindungi Raja, Raja perlu lebih kerap memegang bahu rakyat. Ini boleh dilakukan atas kesedaran dan inisiatif pegawai-pegawai besar istana.

Sekarang, satu lagi isu baru adalah berkaitan usaha keras kerajaan PH yang mahu hapuskan legasi Dato Seri Najib Razak di hati rakyat. Jangan lupa bahawa kasih sayang rakyat itu bukan pada berapa ramai yang turun ke jalan untuk menjerit. Tetapi pada bilangan kerusi yang dimenangi UMNO berbanding PPBM.

Pereka cerita ini mengabaikan berapa jumlah kerusi yang umno tandingi berbanding dengan PPBM., supaya ceritanya menjadi kononnya ketara lebih masuk akal. Pereka cerita ini asalnya umno kemudian lompat PPBM dan berinjak semula ke umno, sebab di PPBM tak boleh cari pengaruh dan tak boleh cari makan. 

97% bangsa Cina yang mendokong PH itu bukan kerana mereka sayang kepada Mahathir, tetapi kerana mereka tahu Mahathir akan membantu mereka. Ada beza antara sayang yang ikhlas dan sayang ada makna. Mahathir tidak memiliki kasih sayang sejati orang Melayu sepertimana yang dimiliki oleh DSN.

Itulah umno tidak pernah respect kepada jati diri bangsa Malaysia. Lagi-lagi memainkan isu perkauman dan bila tersepit gunakan ISLAM sebagai jalan keluar. 


Kejatuhan Nilai Ringgit Malaysia adakah sebagai tanda kasih sayang Najib dan buah tangannya kepada rakyat selepas 9 tahun menjadi pengusa kleptokrasi terburuk dunia?  

Kejatuhan nilai ringgit sudah pasti mempengaruhi pendapatan negara dari sudut impot dan ekspot. Galakan Najib supaya rakyat  makan KANGKUNG adalah disebalik oleh-olehnya 1MDB, disebabkan Najib sayang dengan rakyat? 

Berbahasa kesat seperti; seko dua, bangsat, haram jadah, stupid, bodoh serta memperlekeh orang lain, tidak akan lahir dari mulut seseorang yang berperibadi penuh dengan kasih sayang. 


Berita palsu tentang peribadi penipu. 
Orang yang berperibadi penuh kasih sayang tidak akan membalasnya atau menunjukan rasa tidak hormat kepaa orang lain. Itulah Najib yang sebenarnya, cuma dikaburi dengan kononnya pengusa yang ada sifat kasih sayang. MENGARUT. Bullshit. 

Ya Mahathir mungkin miliki penyokong fanatik Melayu, tetapi DSN miliki kasih sayang sejati dan abadi orang Melayu. Perlu ingat bahawa kasih sayang yang sebenar hanya lahir dari hati yang tidak berpura-pura. Manusia mungkin hidup dengan wang, tetapi apabila mereka pulang kepada pencipta, mereka hanya bawa hati bersama mereka.

Kerana itu orang Melayu berikan 55 kerusi kepada DSN dan hanya 12 kepada Tun M. Mahathir perlu belajar untuk terima kenyataan ini. Walau Mahathir penjarakan DSN dan DSR seribu tahun, kasih sayang rakyat akan ditiup di hati mereka oleh Allah yang Maha Benar. Lainlah jika Mahathir percaya kasih sayang itu boleh dibeli dengan wang.

Walaupun kenyataan tidak mengikut kiraan agihan kerusi. Walau besar banyak mana pun kerusi umno dapat, terbukti dan terimalah hakikat umno pembangkang dan semuga menjadi pembangkang "Dulu, kini dan selama-lamanya." Aamiin.  

Mahathir perlu sedar walaupun hanya 9 tahun berkuasa, DSN berjaya bina projek Pengerang, LRT1 dan sambungan LRT2, KLIA2, MRT, Pan Borneo Highways, UTC serta projek-projek CSR nya. Itu lah legasi DSN.

Rakyat pun sedar barang RM1.00 jadi sekurang-kurangnya RM5.00 ... Contoh orang umno beli tanah kerajaan dapat murah kemudian jual semula ikut harga pasaran. Projek RMSejuta jadi Projek RMLimajuta. Duit LUTH, KWSP, KWAP, LTAT dan banyak lagi ...semua jadi mangsa kerakusan bangsawan umno yang menjadi pengkhianat kepada Negara. 

Mahathir boleh arahkan supaya buku-buku tentang DSN dibakar atau logo 1Malaysia ditanggalkan di semua tempat tetapi legasi pentadbiran kasih sayang yang begitu banyak di era DSN tidak akan hilang.

AS
ref: 
http://pakdin.my/legasi-kasih-sayang-dato-seri-najib-tun-abdul-razak-kekal-subur-dihati-rakyat/
http://pakdin.my/tag/najib-razak

#xpernahundiumno
#menyesalundiumno?
#paszamantgnaterbaik
#pengaruhtundandsaimatsabulksmenyatubuatubntumbang



Tulisan berwarna merah adalah pendapat www.peceq.blogspot.com
Umno perlu penyokong yang bodoh untuk terus berkuasa. 



.....

Tiada ulasan: