Jumaat, 8 Jun 2018

Mengambil tindakan tidak popular. 7759.

Putrajaya New Gov. 

Pasca PRUMalaysia 9 Mei 2018. PM Tun M mengambil tindakan tidak popular. 

Pemerintah terpaksa mengambil tindakan tidak popular seperti tidak menurunkan harga patrol. Tidak meneruskan janji-janji kerajaan umno bn yang telah pun tumbang. (sebenarnya tidak perlu dan hal ini hanya dibangkitkan oleh mereka yang baru bertatih menjadi pembangkang.) 

Pakatan Harapan juga terpaksa mengambil tindakan "slow" berkaitan Manipesto PH akibat kekangan kewangan. Hal ini menjadi harapan dan mendapat sokongan padu dari penyokong dan pengundi Pakatan Harapan yang lebih memahami. 

Penyokong kerajaan juga beranggapan, mereka pihak pembangkang yang terbaru, sekadar ingin menegakan "Benang basah" kerajaan terdahulu yang dilumuri atau bergelumang dengan dosa rasuah, yang mengakibatkan Malaysia kerugian berbillion ringgit dan "Kejatuhan Nilai Ringgit Malaysia" yang hampir mencecah 30% sepanjang pentadbiran 9 tahun bangsawan umno yang terkenal sebagai pemain kleptokrasi terburuk di dunia dewasa ini. 

Mereka yang di luar negara telah terhukum dan dipenjarakan dan aset telah dibekukan di beberapa buah negara termasuk Singapura dan Amerika Syarikat. Di Malaysia zaman Kerajaan ubn (umno barisan nasional) MO1 dibersihkan dan langsung tiada pendakwaan mana-mana individu. Mereka amal undang-undang "Ana yang buat undang-undang, ana boleh padam" <--- sedutan cerita filem Allahyarham P.Ramli, yang mendahului zamannya. 

Pembongkaran kandungan fail merah yang mendedahkan skandal tinggalan kerajaan kleptokrasi umno bn. Antaranya skandal 1MDB. Bagi mereka yang tidak mengundi Pakatan Harapan mereka menyatakan bekas Perdana Menteri kesayangan mereka, Datuk Seri Najib difitnah dan mereka ambil sikap tidak peduli watak Penasihat Khas 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low., yang juga dinyatakan mengakibatkan aset negera hilang begitu sahaja. Derma RM2.6 Billion pun disanggah dengan semata-mata helah dan penafian tidak dapat diterima akal waras. Alasan yang diberi pula berubah-ubah. 
Pemecatan 17000 kakitangan lantikan politik kerajaan umno bn turut menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama pihak yang tidak mengundi Pakatan Harapan untuk menerajui Putrajaya. Almaklum dokongan mereka umno bn terutama umno yang dikatakan kebal dan punya keramat tumbang akhirnya. Apa guna mempertahan tali barut umno dalam Kerajaan Malaysia yang diterajui PH. Nama skim perjawatan pun kontrak, yang antara syarat-syaratnya boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa. Disimpan pun nanti jadi "Api dalam sekam" "Gunting dalam lipatan" "Musang berbulu ayam" dan "Talam dua muka" 

Semasa Kerajaan ubn dulu Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang tidak beroleh sebarang peruntukan dari kerajaan. Tetapi Tun PM dan kabinetnya telah menyediakan juga peruntukan untuk MP dan ADUN pembangkang (takkanlah jumlahnya nak sama pula peruntukan untuk MP dan ADUN kerajaan) Dengan rasa tidak malu ada pun kalangan MP pembangkang yang menuntut jumlah sama rata atas sebab nama keadilan. Soalnya mereka dulu sebagai kerajaan berlaku adil dalam soal ini? 

Setakat PAS mula mahu mengambil hati kerajaan terutama PM Tun Mahathir dan DAP., abaikan sahaja, sebagai satu pengajaran kepada individu dan parti tersebut yang beria-ia merobohkan kekuatan Pakatan Rakyat sebab termakan jerat percintaan parti perkauman dan umno yang juga memainkan isu Agama Islam dan Institusi Kesultanan/Raja., bila mereka lemah. Bukan pertama kali PAS terjerat dengan cinta umno, jangkanya mereka tidak lupa sejarah. Mahu kata cerdik tak tahulah. Tak patut pula kita memperbodohkan, membabikan atau memonyetkan orang lain atau menjadi pemimpin yang berkata dengan kesatnya seperti "seko dua" "kepala bapak kau" "bangsat" "haram jadah" "stupid" dan pemimpin berisyarat lucah. Islam tidak suruh begitu. 

Dalam hal mengambil tindakan tidak popular itu rakyat banyak tidak akan melepaskan Manifesto Pakatan Harapan begitu sahaja. Mungkin Kerajaan PH boleh bertindak secara beransur-ansur sehingga genap 5 tahun dan memberi habuan di penghujung penggal sebelum PRU Malaysia ke 15. 

Rakyat terutama pengundi PH memerhatikan sebab mereka sudah mula belajar memekakan telinga dengan jeritan pembodek umno sang pembangkang. 

#xpernahundiumno
#menyesalundiumno?
#antiumno
#paszamantgnaterbaik
#pengaruhtundandsaimatsabulksmenyatubuatubntumbang
#matilanakumnopartiperkaumanpartipropagandaISLAMpartipropagandaInstitusiBeraja😎😎😎


BERITA»Nasional Jumaat, 8 Jun 2018 | 2:04pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar Ketua Pengarah Pusat Goverans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed membaca kenyataan ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Tindakan punitif jika tiris dana kerajaan

BharianBeritaNasional Oleh Azura Abas; Syed Umar Ariff; Irwan Shafrizan Ismail dan Zanariah Abd Mutalib cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Kerajaan akan merangka satu undang-undang yang boleh mengambil tindakan punitif terhadap pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran dana kewangan kerajaan.

"Laporan ini perlu dikemukakan kepada GIACC dalam tempoh sebulan," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, hari ini. 

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata semua kementerian pula dikehendaki mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga isu atau kelemahan berkaitan undang-undang, dasar atau peraturan sedia ada yang perlu dikaji semula.

"Ini bagi mengurangkan masalah rasuah di kementerian dan agensi di bawah kawalannya.

Beliau berkata, bagi membanteras politik wang, Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik akan digubal dengan kadar segera.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/435539/tindakan-punitif-jika-tiris-dana-kerajaan

BERITA»Nasional Jumaat, 8 Jun 2018 | 12:53pm
TUN Dr Mahathir Mohamad semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini. Turut kelihatan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. - Foto BERNAMA

Hanya terima bunga, makanan dan buah - PM

BharianBeritaNasional Oleh Azura Abas; Syed Umar Ariff; Irwan Shafrizan Ismail dan Zanariah Abd Mutalib cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Kerajaan mengamalkan dasar tanpa hadiah kepada anggota perkhidmatan awam sebagai usaha menangani rasuah dan ketirisan dalam perkhidmatan awam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, amalan itu bukan sahaja membabitkan penerima tapi juga pemberi hadiah.

"Kita tolak semua termasuk kereta...kita tolak, dan ini juga bagi pegawai tinggi kerajaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai keutuhan pengurusan kerajaan di sini, hari ini.
"Sesiapa nak bagi hadiah kepada saya, saya tidak akan terima tapi boleh bagi bunga, makanan, buah tapi tidak lebih daripada itu.

Lagi berita menyusul.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/435535/hanya-terima-bunga-makanan-dan-buah-pm

Jangan banyak ketawa nanti ketawa itu seolah-olah kamu sedang mentertawakan diri sendiri.

Sekian.

Nota:

Jawapan anda menggambarkan iman anda, hubungan anda dengan Allah dan hubungan anda dengan Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam.

Juga menggambarkan maruah anda, rasa hormat dan kasih sayang anda kepada:

diri anda sendiri,
ibu bapa anda,
adik beradik anda,
sanak saudara anda,
suami atau isteri anda,
anak lelaki dan anak perempuan anda,
keturunan anda.

BERITA»Nasional Jumaat, 8 Jun 2018 | 3:00pm
Jho Low berada di banyak negara - PM
BharianBeritaNasional Oleh Azura Abas; Syed Umar Ariff; Irwan Shafrizan Ismail dan Zanariah Abd Mutalib cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berusaha untuk menahan penasihat khas 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low. 
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah 

"(Kita) cuba untuk menahan Jho Low, tetapi dia tidak berada di dalam negara.

"..dan kita tidak ada hak ekstradisi dengan negara di mana dia berada," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Jho Low dan Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil.

Waran yang dikeluarkan, kelmarin itu sekali gus menjadikan kedua-dua mereka sebagai 'individu dikehendaki'.

"Mereka amat dikehendaki untuk membantu dalam siasatan 1MDB," kata sumber terdekat yang mengesahkan arahan waran tangkap itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan, semalam turut meminta dua individu berkenaan untuk segera tampil bagi membantu siasatan kes SRC.

Ditanya sama ada beliau mengetahui di negara mana Low berada, Perdana Menteri hanya menjawab Low berada di banyak negara.

Ditanya atas asas apa yang membolehkan Low untuk ditahan, Dr Mahathir berkata, ia mengenai pembabitan individu itu dengan skandal 1MDB.

Difahamkan, beberapa laporan dipetik berkata, Low berada di pelbagai lokasi di seluruh dunia termasuk Thailand, Hong Kong dan Australia.

Malah, menurut laporan Bloomberg, kelmarin, ahli perniagaan kontroversi itu bersedia membantu dalam siasatan 1MDB.

Low memberitahu sudah mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM selepas dimaklumkan bahawa agensi berkenaan mencari beliau bagi membantu siasatan 1MDB.

"Perkara itu dimaklumkan oleh wakil Jho Low dalam satu kenyataan e-mel," katanya.

ref::
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/435564/jho-low-berada-di-banyak-negara-pm

MALAYSIA
MACC: Jho Low, SRC man will face legal action if no-shows
Published 1 hour ago on 08 June 2018



MACC yesterday issued a notice for Low and the SRC International director to present themselves for questioning over a RM42 million deposit into Najib’s account. ― Picture by Azneal Ishak 

KUALA LUMPUR, June 8 ― Low Taek Jho or Jho Low and SRC International Sdn Bhd (SRC International) director Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil will face legal action if they fail to appear before the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), said its deputy chief commissioner (Operations) Datuk Seri Azam Baki .
He said there was no excuse for them to not turn up to facilitate investigations into the SRC International case.
“I refuse to comment on what action can be taken against both of them (Jho Low and Nik Faisal Ariff Kamil), As far as I know, they cannot give any excuses and must present themselves.
“As such, MACC urges them to come forward  to assist in the investigation into the case,” he told Bernama today.
Yesterday, MACC issued a statement asking Jho Low and Nik Faisal Ariff Kamil to contact the commission immediately to assist in the investigations.
Nik Faisal Ariff Kamil, 47, whose identity card (IC) number is 710304-10-6303, last stayed at No: 17 and No: 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam in Selangor.
Jho Low, 37, whose IC reads 811104-07-5701, previously resided at No: 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Penang.
The Prime Minister's Office in a statement had earlier announced the setting up of a special task force to conduct detailed investigations, detection and seizure of assets and prosecution of individuals who committed any criminal offence in the management of 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SRC International was a 1MDB subsidiary before being placed under the Finance Ministry in 2012. ― Bernama

Tiada ulasan: