Rabu, 20 Jun 2018

Silaturrahim antara adik beradik. 7793.




Ingatan buat adik beradik  jaga hubungan silaturrahim kalian ....

Diceritakan alHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 org penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik-sahaja ketiga2 penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak. 

Kata alHajjaj: "Bawakan wanita itu ke mari." Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj.

Kata alHajjaj: "Apa yg menyebabkan kamu menangis?" 
Jawab wanita itu: "mereka bertiga yg engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorg lagi saudara kandungku dan seorg lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?" 

Simpati dgn wanita tersebut, alHajjaj bersetuju utk memberi kemaafan kpd salah seorg dr mereka bertiga yg lebih disayangi olehnya. 

Kata alHajjaj: "pilihlah mana2 salah seorg dr mereka bertiga utk diberikan kemaafan." alHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.

Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kpd wanita tersebut, siapakah yg akan dipilihnya utk mendapat keampunan dan bebas dr hukuman pancung?

Tiba2 wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau: 

"AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU."

Terperanjat alHajjaj... dgn segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?

Jawab wanita itu dgn bijaksana: "Adapun suami itu masih ada." iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dgn mengahwini lelaki yang lain. 

Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi. Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil utk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku." 

alHajjaj berasa kagum dgn wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga2 pesalah.

Pengajaran: Adik beradik kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai adik beradik kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dgn mereka kerana ketiadaan mereka ini tiada GANTI nya lagi.
😎😎😎
KEAJAIBAN AL-QURAN : LAPISAN - LAPISAN LANGIT DIBUKTIKAN OLEH SAINS ABAD 20
Salah satu fakta tentang alam semesta sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur’an adalah bahawa langit terdiri atas tujuh lapisan.
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Baqarah:29)
“Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.” (QS. Fussilat:11-12)
Kata “langit”, yang kerap kali muncul di banyak ayat dalam Al Qur’an, digunakan untuk mengacu pada “langit” bumi dan juga keseluruhan alam semesta. Dengan makna kata seperti ini, terlihat bahwa langit bumi atau atmosfera terdiri dari tujuh lapisan.
Pada zaman Sains ini benar-benar diketahui bahawa atmosfera bumi terdiri atas lapisan-lapisan yang berbeza yang saling bertindihan. Lebih dari itu, sebiji sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an, atmosfera langit terdiri atas tujuh lapisan. Para ilmuwan menemukan bahawa atmosfera langit terdiri dari beberapa lapisan. Lapisan-lapisan tersebut berbeza dalam ciri-ciri fizik, seperti tekanan dan jenis gasnya.
Lapisan atmosfera yang terdekat dengan bumi disebut TROPOSFER. Ia membentuk sekitar 90% dari keseluruhan massa atmosfera. Lapisan di atas troposfer disebut STRATOSFER.
LAPISAN OZON adalah bahagian dari stratosfer di mana terjadi penyerapan sinar ultraviolet. Lapisan di atas stratosfer disebut MESOSFER.
TERMOSFER berada di atas mesosfer. Gas-gas terionisasi membentuk suatu lapisan dalam termosfer yang disebut IONOSFER. Bahagian terluar atmosfera bumi membentang dari sekitar 480 km hingga 960 km. Bahagian ini dinamakan EKSOSFER (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 319-322)
Keajaiban penting lain dalam hal ini disebutkan dalam surat Fushshilat ayat ke-12, “… Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.” Dengan kata lain, Allah dalam ayat ini menyatakan bahawa Dia memberikan kepada setiap langit tugas atau fungsinya masing-masing. Sebagaimana dapat dipahami, tiap-tiap lapisan atmosfira ini memiliki fungsi penting yang bermanfaat bagi kehidupan umat manusia dan seluruh makhluk hidup lain di Bumi. Setiap lapisan memiliki fungsi khusus, dari pembentukan hujan hingga perlindungan terhadap radiasi sinar-sinar berbahaya; dari pemantulan gelombang radio hingga perlindungan terhadap hentaman meteor yang berbahaya.
Salah satu fungsi ini, misalnya, dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah sebagaimana berikut: Atmosfir bumi memiliki 7 lapisan. Lapisan terendah dinamakan troposfer. Hujan, salju, dan angin hanya terjadi pada troposfer. (http://muttley.ucdavis.edu/…/Atmosp…/beginner/layers-01.html).
Sebuah keajaiban besar bahawa fakta-fakta ini, yang tidak mungkin dapat ditemukan tanpa teknologi canggih abad ke-20, secara jelas dinyatakan oleh Al Qur’an 1400 tahun yang lalu.
PART 1

Betapa Allergic Nye Puak² "Acah² Sunnah" Nih Ngan Perkataan "Yaasin"

Ceritanya Bermula Semalam Pas Asar, Aku Didatangi Sorg Brader Yg Acah² Suci Berambut Skema Belah Tepi (Ceh, Dia Xtgk Lagik Rambut Pompadour Pacak Aku Lagik Tuh) Haha.. 😝😝😝

Mam, Malam Nih Masjid Sini Ader Buat Yaasin Nisfu Syaaban Tak?

Ader Bang, إِنْ شآء الله Jemputlah Dtg, Leh Maghrib Berjemaah Skali.. Pas Isyak Ader Makan²... 😁😁😁

Saper Yang Lead Yassin Tuh Nnt?

Saya Lah Bang, Hari Nih Saya Bertugas

Sori Lah Mam, Baca Yaasin Mlm Nisfu Syaaban Tuh TAK SUNNAH Mam..

Uuiii.. Relax Dulu Bro.. Jgn Main Isu Sunnah Tak Sunnah Plak.. Saya Ajak Bro Dtg Solat Maghrib Berjemaah, Dan Nak Isi Masa Kosong Antara Maghrib & Isyak Saya Ajak Bro Baca Yaasin..

Kenapa Mesti Yaasin? Maner Dalil Mesti Baca Yaasin Mlm Nisfu Syaaban?

Ok Ok, Sori.. Saya Tukar Istilah.. Saya Ajak Bro Baca AL-QURAN Sama² Malam Nih Pas Maghrib.. Amacam? Ader Bran? (Aku Still Senyum Lagi)

(Dia Senyap Sambil Carik Idea.. Kriikk²)

Imam Kan Leader, Kenapa Bwk Jemaah Semua Kpd Amalan Yg Bidaah? Bila Ketua Sendiri Sesat, Apatah Lagi Jemaah Yg Lain²nya..?? Yaasin Mlm Jumaat Pun Bidaah Mam.. Xkan Imam Tak Tahu?

(Aku Mcm Dah Hangin Sesikit Nih 😠😡😤)

Ok Bang, Klu Yaasin Mlm Jumaat Tuh Bidaah.. So, Apa Yg SUNNAH Nya?

AL-KAHFI !!! (Semangat Dia Jwb)

Abg Baca Tak? Abg Buat Tak?

(Aku Terus Amek AL-QURAN Dlm Gobok Depan Tuh Dan Bukak Surah Al-Kahfi & Terus Suruh Brader Tuh Baca)

Baca AL-KAHFI Sket Bang.. Hati Saya Teringin Betol Nak Dgr Bacaan Al-Quran Nih..

(Krik.. Krikk.. Kriikk) 🤔🤔🤔
(Krok.. Krokk.. Krookk) 😏😏😏

Kenapa Tak Baca? Bacalah.. Sikit Pun Jadik Laa Bang.. Pada Hemat Saya Klu Abg Banned Baca Yaasin Mlm Jumaat, Dah Tentu² Abg Baca Kahfi Setiap Mlm Jumaat.. Sbb SUNNAH Kaaann?

Saya Sebenarnya Tak Berapa Lancar Baca Quran Nih Mam.. 😅😅😅

Eh? Xde Hal Bro, No Problem.. Org Yg Xlancar Baca Quran Nih Dpt 2 Ganjaran.. Satu Kerana Membaca Al-Quran & Kedua Sbb Berusaha Membaca Walaupon Tersekat²..

Ader Dalil Mam?

(Perghh Kau Nak Dalil Jugak Eh? Aku Capai Satu Kitab Hadis, Dan Tunjukkan Depan Mata Dia Matan Hadis & Mafhumnya Skali)

Sahih Ke Hadis Nih? Kita Dilarang Beramal Dgn Hadis Yg Tak Sahih Nih Mam!!

Ooooo... Abis Tuh Amalan Al-Kahfi Mlm Jumaat Tuh Kan Sahih, Kenapa Tak Beramal Plak?

Sbb Saya Tak Berapa Lancar Baca Al-Quran..

(Tak Lancar Ke Tak Reti Sebenarnya?)

So, Kenapa Tak Belajar Baca Al-Quran Kasik Lancar & Complete Set Ngan Tajwidnya Skali? Tuh Wajib Tuh Bro.. Lebih Wajib Dari Membidaahkan Org..

Ok Nanti Pakcik Sambung Lagi PART 2, Dah 11.30 Nak Amek Hannah Balik Skolah Plak.. Ok Chalo.. 😁😁😁


ref: 
Apa beza sembah dengan cium?

Bagaimana cium kalau ia replika sekalipun ia boleh jadi syirik? Cuba Ustaz terangkan?

Ada beza besar antara cium dan sembah

Kalau cium itu dikira sembah maka kita haramkan terus perbuatan cium termasuk cium ibu dan ayah sebab dikira sembah mak dan ayah

Berbelit-belitlah ustaz punya penerangan

Ustaz memang dari golongan syirikkan orang macam ISIS kah?

Ada orang berbicara tentang perlu sibuk dengan 10 malam akhir. Itu penting. Tidak dinafikan.

Tapi di mana suara anda bila orang dok cium replika tapak kaki Rasulullah kononnya?

Memanglah. Suruh buat benda baik adalah mudah dan orang suka. Larang perkara munkar, bidaah, maksiat dan pintu syirik tak ramai orang buat.

Takut kena cop wahabi!

PENIPUAN MUJASSIMAH & MUSYABBIHAH MENGATAKAN ALLAH DILANGIT MENGGUNAKAN KALAM IMAM AL-AUZAA'I (1)

Riwayat Pertama yang dijadikan sandaran oleh MUJASSIMAH untuk mengatakan adanya Ijma' tentang keberadaan Allah di langit :

Al-Imam Al-Auzaa’i rahimahullah (wafat 157 H)

Al-Auzaa’i berkata : “Ketika kami dahulu dan para tabi’in masih banyak, kami berkata : Sesungguhnya Allah di atas arasy-Nya, dan kita beriman dengan sifat-sifat-Nya yang datang dalam sunnah” (Al-Asmaa’ was sifaat li Al-Baihaqi 2/304 no 865, Al-’Uluw li Al-’Aliy Al-’Aziim li Az-Zahabi 2/940 no 334, dan sanadnya dinyatakan Jayyid (baik) oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 13/406-407)

BIDASAN HUJAH - Tidak ada keraguan jika al-Imam al-Auzaa’i adalah Ulama' besar Ahli Sunnah Waljamaah yang wajib diikuti, tetapi adakah riwayat ini bersifat Qoth’i (pasti) atau riwayat ini bersifat Zanni ( tidak pasti) yang sama sekali tidak diterima oleh Ulama Ahli Sunnah Waljamaah? Kerana riwayat yang bersifat Zanni ini tidak boleh dijadikan sandaran dalam masalah aqidah, mari kita kenali rawi-rawi dalam riwayat ini:

Dalam sanad riwayat ini terdapat rawi yang bernama Muhammad bin Katsir al-Mashishi . al-Mashishi menurut Imam Ahmad hadisnya Mungkar atau meriwayatkan sesuatu yang mungkar hal ini disebutkan oleh ibnu Adi dalam al-Kamil, dan ibnu Adi mengatakan al-Mashishi mempunyai riwayat-riwayat dari Ma’mar dan Al-auzaa’i khususnya hadis-hadis A’dad yang tidak diikuti oleh seorang pun. Demikian juga disebutkan dalam kitab al-Jarh Wa at-Ta’dil juzuk 8 halaman 69, al-Mashishi di dha’ifkan oleh Imam ahmad, disifati sangat lemah. Jika para Imam Ahli Jarh Wa Ta’dil sudah melakukan Jarh seperti ini maka riwayatnya sama sekali tidak boleh diterima apalagi dijadikan Hujjah dalam Aqidah.

Dalam riwayat ini al-Mashishi meriwayatkannya dari Ibrohim bin al-Haitsam , berkata al-Uqoili dalam kitab ad-Du’afa juzuk 1 halaman 274: dia (Ibrohim al-Haitsam) meriwayatkan Hadis yang dianggap Dusta oleh ahli Hadis dan ahli Hadis menyerangnya dengan periwayatan Hadis yang dianggap dusta itu. Dengan demikian dua orang rawi dalam atsar ini jatuh, al-Mashishi dituduh meriwayatkan yang Mungkar dan al-Haitsam tertuduh dusta, sehingga hukum atsar ini Maudhu’. Secara automatik pendustaan mengatakan bahawa perkara tersebut Ijma' batal dengan sendiri

ABU SUNNAH
TMG


ref:
Sunnah Rasulullah - Siaran








.-.

Tiada ulasan: