Rabu, 27 Jun 2018

The Power of Love (Merujuk kecintaan manusia makhluk-Nya pada Allah Subhanahuwatalla dan Rasul-Nya) 7811.


Nasihat Imam Syafie. IMAM AS-SYAFIE memberi wasiat: 

"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya Allah meninggikan darjatnya disisi manusia." 

Hafizul Faiz - Cara Fikir Anda Digambarkan Dgn Pilihan Kata2 Anda Dlm Merespon





۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪ

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

KEBERGANTUNGAN SESAMA MANUSIA.

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

Masa hidup anak perlukan doa ibu bapa. Masa mati ibu bapa perlukan doa anak. Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk kebumi jenazahnya.

Walau sehebat mana pun kita didunia. Memegang pangkat dan darjat tertinggi, taraf kita tetap seorang Hamba. Tak perlulah mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat. Itu akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina. Iblis terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik. 

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita. Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. 

Ingatlah dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Allah beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri. Sesungguhnya Allah tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada rahsia dan hikmahnya.

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

۞C&P۞
۞Saepu۞
۞PendosaTanpaNoktah۞





























sbb1

Tiada ulasan: