Selasa, 26 Jun 2018

Budaya kita berlainan dengan UMNO. 7810.


Muhyiddin teliti kes 'culik' anak guam Siti Kassim
BERITA » Kes Isnin, 25 Jun 2018 | 9:40pm - Bharian Berita Kes Oleh Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my
MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan individu tanpa mengganggu siasatan polis. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedia maklum mengenai pandangan orang ramai mengenai siasatan polis terhadap peguam, Siti Kasim berhubung dakwaan berlakunya menculik anak guamnya.

Ini adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu bapa kepada wanita berusia 24 tahun itu yang menyatakan bahawa anak mereka 'diculik' oleh Siti Kasim atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kasim.

Muhyiddin berkata beliau sedia maklum mengenai respon Siti Kasim bahawa pada masa kejadian berlaku, wanita itu bertindak sebagai peguam kepada mangsa.

"Saya bersetuju mengenai hak individu untuk mendapatkan bantuan guaman dan hak untuk bertindak tanpa dipengaruhi atau diugut oeleh mana-mana pihak.

"Bagaimanapun, sebagai Menteri Dalam Negeri, saya perlu mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan individu tanpa mengganggu siasatan polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, untuk memberi laporan terperinci mengenai isu ini sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Saya juga sudah dimaklumkan bahawa permohonan polis untuk menahan reman Siti Kasim sudah ditolak oleh mahkamah, semalam.

"Konsisten dengan konsep pembahagian kuasa, peranan mahkamah adalah untuk menentukan kesahihan tindakan polis dan untuk mengimbangi segala hak yang termaktub di bawah Perlembagaan," katanya.

Sabtu lalu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, menyerbu sebuah kondominium di Segambut, di sini, bagi menyelamatkan mangsa yang didakwa dilarikan oleh Siti Kasim, ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang, pada 21 Jun lalu.

Mangsa terbabit kemudian dihantar semula ke Hospital Kajang bagi menjalani rawatan yang tertangguh, manakala Siti Kasim kemudian ditahan untuk tindakan lanjut sebelum dia dibebaskan semula semalam.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/441655/muhyiddin-teliti-kes-culik-anak-guam-siti-kassim

Senarai Kabinet sudah dimuktamadkan - PM
BERITA » Nasional Isnin, 25 Jun 2018 | 9:25pm - Bharian Berita Nasional Oleh R Manirajan; Mohd Anwar Patho Rohman; Hidir Reduan dan Fairul Asmaini Mohd Pilus cnews@nstp.com.my
DR Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 
ketika sidang media di Menara Yayasan Selangor. - Foto Luqman Hakim Zubir

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan baki senarai nama Kabinet kerajaan sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan pada upacara mengangkat sumpah.

Perdana Menteri, bagaimanapun, tidak menyatakan tarikh sebenar upacara mengangkat sumpah akan diadakan.

"Senarai penuh Kabinet sudah dimuktamadkan dan menunggu masa mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Hadir sama, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin dan Menteri Besar Johor yang juga Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian.

Dalam satu pekeliling media dikeluarkan Parlimen minggu lalu, satu taklimat khas akan diadakan untuk semua Ahli Parlimen pada 26 Jun.

Ini termasuk, sesi fotografi untuk kad keahlian baharu untuk Ahli Parlimen, susunan tempat duduk di dalam Dewan Rakyat serta prosedur dan prosiding Parlimen.

Terdahulu, dalam temu bual dengan Channel NewsAsia (CNA), Perdana Menteri berkata beliau sudah mengemukakan senarai nama penuh Kabinet Pakatan Harapan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengesahan Dr Mahathir ini menepis dakwaan kononnya wujud pertikaian dalaman PH yang menyaksikan senarai penuh Kabinet masih belum diumumkan.

Kabinet penuh dijangka terdiri daripada 29 menteri, kata Dr Mahathir kepada CNA.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/441645/senarai-kabinet-sudah-dimuktamadkan-pm

PPBM lebar sayap ke Sarawak
BERITA » Politik Isnin, 25 Jun 2018 | 9:12pm - Bharian Berita Politik Oleh Manirajan Ramasamy; Anwar Patho Rohman; Hidir Reduan dan Fairul Asmaini Mohd Pilus cnews@nstp.com.my
PERDANA Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, di Menara Yayasan Selangor, hari ini. - Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merancang untuk ke Sarawak kerana terdapat permintaan dan parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) juga sudah pun bertapak di sana.

Begitupun, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata parti itu tidak akan ke Sabah memandangkan kerajaan negeri semasa ditadbir oleh Parti Warisan Sabah (WARISAN) adalah parti sahabat yang menyokong PH.

"Keadaan di Sarawak ketika ini adalah semua parti membentuk gabungan mereka sendiri selepas meninggalkan Barisan Nasional (BN).

"Parti lain dalam PH seperti PKR, DAP mahu pun Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah ada di sana, jadi kami mahu pergi ke sana berdasarkan permintaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, PPBM akan akan membuat pindaan terhadap perlembagaannya susulan kekurangan bilangan ahli di peringkat cawangan dan bahagian.

Selain itu, katanya, PPBM juga akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya di Bukit Merah, Perak pada 6 Julai dan sambutan ulang tahun keduanya pada September ini.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/441638/ppbm-lebar-sayap-ke-sarawak

Guna bahasa Mandarin hanya kesilapan kecil - PM
BERITA » Nasional Isnin, 25 Jun 2018 | 9:13pm - Bharian Berita Nasional Oleh Manirajan Ramasamy; Anwar Patho Rohman; Hidir Riduan dan Fairul Asmaini Mohd Pilus cnews@nstp.com.my
DR Mahathir Mohamad ketika sidang media di Menara Yayasan Selangor. 
- Foto Luqman Hakim Zubir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam kenyataan media oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya sebagai kesilapan kecil yang tidak perlu dibesar-besarkan.

Perdana Menteri berkata, kesilapan seperti itu adalah perkara biasa kerana tiada siapa yang tidak pernah membuat kesilapan.

"Ia hanya satu kesilapan kecil, semua manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan.

Namun saya fikir, ia patut dibuat dalam tiga bahasa untuk khalayak berbangsa Cina," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Hadir sama, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir mengulas mengenai isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi oleh Guan Eng yang hangat diperkatakan hari ini.

Guan Eng dalam kenyataan balasnya, berkata semua kenyataan dalam media rasmi beliau di bawah Kementerian sememangnya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu.

Kata Guan Eng, pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.

"Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia," katanya

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, senarai kabinet sudah dimuktamadkan tetapi akan hanya diumumkan pada hari angkat sumpah dan tarikhnya masih belum ditetapkan.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/441640/guna-bahasa-mandarin-hanya-kesilapan-kecil-pm

Tapisan ketat untuk pemimpin umno
BERITA » Politik Isnin, 25 Jun 2018 | 9:12pm - Bharian Berita Politik Oleh R Manimaran; Mohd Anwar Patho Rohman; Hidir Riduan dan Fairul Asmaini Mohd Pilus cnews@bh.com.my
DR Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Anggota Tertinggi PPBM 
di Menara Yayasan Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan hanya wakil rakyat dan pemimpin UMNO saja yang akan melalui tapisan ketat jika berhajat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Perdana Menteri berkata, ahli biasa UMNO pula hanya disyaratkan menyokong Pakatan Harapan (PH) sebelum dibenarkan menyertai PPBM.

Beliau yang juga Pengerusi PPBM berkata, tapisan itu perlu bagi memastikan pemimpin dan wakil rakyat UMNO memahami terlebih dulu 'budaya politik dalam PPBM'.

"Terdapat banyak permintaan daripada ahli UMNO untuk masuk PPBM dan saya jelaskan, ahli biasa UMNO kalau dia sokong PH, dia boleh sertai PPBM.

"Hanya pemimpin dan wakil rakyat UMNO saja yang kita kena fikirkan dan perlu ditapis sama ada boleh diterima atau tidak menyertai PPBM.

"Budaya kita berlainan dengan UMNO. Kalau hendak masuk, kena belajar dan tahu dulu apa budaya kita," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/441636/tapisan-ketat-untuk-pemimpin-umno

Terma ECRL perlu dirundingkan semula - PM
BERITA » Nasional Isnin, 25 Jun 2018 | 9:00pm - Bharian Berita Nasional Oleh R Manimaran; Mohd Anwar Patho Rohman; Hidir Riduan dan Fairul Asmaini Mohd Pilus cnews@bh.com.my
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di Menara Yayasan Selangor. - Foto Luqman Hakim Zubir

PETALING JAYA: Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) diteruskan sekiranya mendapat terma yang memihak kepada kerajaan selepas rundingan semula dengan syarikat kontraktor, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, masalahnya kini pembinaan ECRL membabitkan kos yang terlalu tinggi selain terma yang tidak memihak kepada negara.

"Semua terma perlu dirunding semula. Kalau dapat terma yang bagus sudah tentu ia akan diteruskan.

"Idea untuk membina (ECRL) ok walaupun terlalu awal. Tetapi jika perlu dibina dan tidak dapat batalkan kontrak, kita perlu kurangkan kos," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Hadir sama, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin dan Menteri Besar Johor yang juga Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian.

Mengenai pembabitan syarikat milik seorang hartawan terkenal dalam projek ECRL itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Perdana Menteri sebaliknya meminta wartawan bertanya sendiri kepada hartawan terbabit mengenai dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata rundingan semula terma perjanjian air antara Malaysia dan Singapura bukan satu keperluan mendesak untuk dibincangkan ketika ini.

Bagaimanapun, katanya, rundingan itu akan tetap diteruskan.

Mengulas pertemuannya dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dan DRB-Hicom Bhd pada Jumaat lalu, Perdana Menteri mahu syarikat terbabit tidak meminggirkan syarikat tempatan membekal komponen Proton.

"Kita mahu pengeluar China bekerjasama dan membantu pengeluar tempatan.

"Jika tidak, kita khuatir mereka akan bawa komponen dari luar dan menyebabkan vendor tempatan ditutup. Itu tidak adil kepada vendor tempatan," katanya.

Dr Mahathir turut memuji kenderaan utiliti sukan (SUV) yang bakal dilancarkan Proton tidak lama lagi.

"Saya berkesempatan memandu uji kenderaan itu dan kualitinya tinggi. Saya fikir ia sesuai untuk pasaran Malaysia," katanya.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/441634/terma-ecrl-perlu-dirundingkan-semula-pm

Berita kurang penting secara peribadi: 

Nik Amar dengan muka tak malunya mengunjungi Tun Mahathir
MB Kelantan berkunjung ke pejabat Mahathir
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Mereka bertemu perdana menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara dibincangkan mereka setakat ini belum jelas.

Dalam pertemuan itu dilihat juga penyerahan hadiah berupa seni khat disampaikan.
Gambar pertemuan itu dimuat naik di Facebook Mahathir sebentar tadi.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar pada 4 Julai lalu telah bertemu Mahathir, yang dikatakan bagi membincangkan permohonan negeri mendapatkan semula royalti minyak. -malaysiakini
Fb
Hazmi Hassan
PENGAJARAN UNTUK DATO' MOHD AMAR DAN KITA SEMUA

Kito beso dengar ore kato: kalu tok suko, jangan duk benci sangat dan kalu suko pun janganlah sapa taksub melampau.

Sebelum Pru 14 gajoh rima gapo Dato' Mohd Amar tok kato ko Tun, PH, Amanah dan DAP. Kadang-kadang ambo mari mikir hok tubik mulut Dato' Mohd Amar tu dio kabar ko dop? 

Dio tahu ko dio paka pioh atas palo dan duk jajo kokre dio ni nok bowok Islam. Tapi mulut dio sapa ko hari ni ambo tokleh terimo dan ambo doa sokmo jangelah ambo ni kalu kecet jadi tok kabar gitu.

Dulu duk kato relo kaloh dari pakat dengan Pey, Tun M brehi baloh, Tun tok layok jadi Pm, Ph takdop calon layok jadi PM dan mace-mace lagi hok tubik dari mulut dio dan hok pasti buke nilai mutiara tapi supo sampoh hok MPKB tokde kutip.

Hari ni siap pakai baju style Tun gi sengih-sengih di Putrajayo. Konon atas semangat Kerajaan dengan kerajaan 

Tapi segala macam duk kato dulu Dato' tok ingat ko? Dato' tok ingat ko duk ceramah hok tulo dulu konon PH dan BN srupo jah. 

Supo koli dengan belanga. Doh loni srupo lagi ko? Loni Tun brehi baloh lagi ko?

Ambo tulis ni buke nok lepas geram, ambo harap tulisan ni sapa ko Dato' dan tolong nasihat ko anok buah hok tok reti bgapo nok tu. 

Tulis di facebook duk ngaying, nyenyer dan reko cerito dop tahu palo ekor.

Jadi harap Dato' insaflah, kecet tu jange agas sangat. Mungkin dulu Dato' duk koya nok jadi PM harap hari ni puas hatilaj bules jumpo PM tu des. 

Pah so lagi, Dato' jangan ingat bilo jumpo PM tu kes-kes balok di Klate akan senyap. Ejas isytiharlah harto tu. Jange ingat naik keto viva tu kira lesai doh masalah. 

Kalu nok bantuan Kerajaan Persekutuan keno ikutlah gapo hok molek Kerajaan Persekutuan buat. Mulakan Dato' isytihar harto dan kereto Dato' tu des. - at 6/25/2018 09:37:00 PTG

ref:
KERENGGA: Nik Amar dengan muka tak malunya mengunjungi Tun Mahathir

qqq
Bodohnya Najib..🤣🤣
👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽
MAHATHIR: Jib, boleh tanya soalan?

NAJIB: Ye, silakan.
MAHATHIR : Mcm mana nk ltak gajah dlm peti ais?
NAJIB: Saya tak tahu.
MAHATHIR : Senang je, bukak pintu & masukkan, soalan seterusnya.
NAJIB: Ok, tanya.
MAHATHIR : Mcm mana letak keldai dlam peti ais?
NAJIB: Senang je, bukak pintu & masukkan.
MAHATHIR : Salah, kena kluarkan gajah dulu baru masukkan keldai.
NAJIB: Ooh...ok!!
MAHATHIR : Lagi 1 soalan, kalau semua haiwan pergi birthday party singa, haiwan apa yang hilang?
NAJIB: Singa la, sebab dia akan makan semua haiwan kat situ.
MAHATHIR : Salah, jawapannya keldai sbb dia ada dkt dalam peti ais lagi.
NAJIB: Awak ni main2 ke ?
MAHATHIR : Tidak Jib, soalan terakhir
NAJIB: Ok!
MAHATHIR : Mcm mana nak berenang mnyeberang sungai yang penuh dgn buaya?
NAJIB: Xde cara, saya perlukan bot.
MAHATHIR : Salah Jib, berenang je la sebab semua haiwan pergi birthday party singa.
😜😜😜
rrr

TIADA PERENGGAN MENGHALANG PENGUNAAN BAHASA LAIN DALAM PENULISAN.
............................................
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempertahankan keputusan mengeluarkan siaran media MOF dalam tulisan Cina atas semangat Perkara 152(1) Perlemb
agaan Persekutuan yang mana tiada seorang pun yang boleh melarang/menghalang penggunaan bahasa lain.

Kalau dibaca Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152(1)(a) ayat penuhnya adalah;
"Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain".

Perihal Bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152 tidak terhad hanya kepada 152(1). Perkara 152 perlu dibaca secara menyeluruh. Bukan sekadar cherry-pick.

Dalam Perkara 152(1)(a) mengandungi ayat 'selain bagi maksud rasmi'. Kalau disambung bacaan, Perkara 152(6) dengan jelas menyatakan;
"Dalam Perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam".

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan perlu dibaca secara keseluruhan, bukan sekadar Perkara 152(1). Sambungannya panjang sehingga Perkara 152(6) yang menjelaskan maksud 'selain bagi maksud rasmi'.

* Ini bukan soal perkauman. Ini soal bila Lim Guan Eng cherry-picked Perlembagaan Persekutuan untuk mempertahankan tindakannya. Tidak langsung mempersoalkan pengunaan bahasa lain selain bahasa kebangsaan.

** Tambahan: Akta Bahasa Kebangsaan tak larang penggunaan bahasa lain. Itu kita perlu bersetuju, tiada bantahan. Sekali lagi ditekankan, yang dibantah bila cherry-picked Perlembagaan Persekutuan. Apa-apa undang-undang mesti dibaca secara menyeluruh. Bukan ambil separuh, buang separuh.


.....

Tiada ulasan: