Selasa, 5 Jun 2018

Yang say bukan-bukan baik kupas kelapa, lagi berfaedah - leh jual, kelapa mahal now atas sebab permintaan pun tinggi bersempena Ramadan dan Syawal . 7751.

Yang say bukan-bukan baik kupas kelapa, lagi berfaedah - leh jual, kelapa mahal now atas sebab permintaan pun tinggi bersempena Ramadan dan Syawal

Aamiin


#menyesalundiumno?
#takpernahundiumno

http://peceq.blogspot.com/.../yang-say-bukan-bukan-baik...

Kupasan yang menarik dari Hishamudin Rais
"THE MAHATHIR FACTOR"
Dinihari Ramadhan ke 20, barulah saya bernafsu untuk mengulas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 14 lalu. Jujur, saya tidak berkecimpung dalam PRU kali ini yang saya sifatkan sebagai “perang tanpa senjata” kerana menyambut kelahiran puteri sulong kami “Mazaya Aisyah”. 

Pasca 40 hari kelahirannya barulah malam ini adanya roh untuk mengulas lebar. Saya memang tidak setuju dengan kenyataan Naib Presiden PKR; Rafizi Ramli yang mengatakan kemenangan Pakatan Harapan bukan faktor Tun M. Tidak benar sama sekali. Saya akan rungkaikan untuk juadah sahur anda!

Pertama, kemenangan PRU14 oleh Pakatan Harapan pada Rabu 9 Mei 2018 lepas adalah kerana faktor Tun M. Dalam BI - The Mahathir factor. Tun M adalah penyebab utama yang telah berjaya - mengumpul semua pengundi dari pelbagai latar - untuk mengalahkan Barisan Nasional.

Jika di zaman REFORMASI dahulu faktor DS Anwar Ibrahim menjadi juragan dan jurumudi. Dato’ Seri Anwar menjadi ikon yang berjaya mengumpul gerakan jalan raya untuk menjatuhkan Tun M. Dalam PRU14 juragan dan jurumudi ialah Tun M.

The Mahathir factor ini memerlukan kajian yang lebih rapi. Kenapa dan mengapa rakyat Malaysia mahu beralih memilih Pakatan apabila Tun M meneraju pucuk pimpinan.

Langkah bunuh diri BN

Kajian ini penting untuk kita sesama kita terus post-mortem. Jika kita masih ingat, 3 bulan sebelum hari mengundi kita terdengar bagaimana kemungkinan DAP disingkir dari pendaftaran. Jabatan Pendaftaran telah memberi pelbagai masalah kepada DAP. Kemudian kita dengar pula BERSATU menghadapi perkara yang sama. Akhirnya, pendaftaran parti BERSATU dibatalkan.

Sekali imbas langkah ini dilihat bijak. Tetapi sebenarnya ini adalah langkah membunuh diri. Kerana tindak balas dari Tun Mahathir menggegarkan politik Malaysia.

Tiba-tiba, langkah paling radikal telah diambil oleh empat parti gabungan Pakatan. Semua bersetuju untuk menggunakan satu logo.
Inilah bukti faktor Tun M yang mungkin ramai terlepas pandang. Tetapi inilah pencapaian politik paling unggul dalam sejarah 60 tahun politik Malaysia. Fakta ini ialah: Penggunaan satu logo.

Menggunakan satu logo ini - persetujuan menggunakan satu logo ini - hanya dapat dilakukan bawah kepimpinan Tun M. Saya yakin Dato’ Seri Anwar Ibrahim pun tidak ada keupayaan untuk menuntaskan perkara ini. Satu logo ini adalah faktor Tun M yang membawa pukulan maut kepada BN.

Kedua, Tun M sebagai agen komunikasi yang cukup baik. Ucapan ceramah Tun M tidak beretorik. Tidak menaikkan semangat untuk turun ke jalan raya. Dalam ceramah Tun M tidak pernah bercerita yang dia kenal dengan Putin atau kenal Tony Blair. Atau pernah ke Universiti Havard. Atau pernah membaca buku itu dan ini. Malah ceramah Tun M agak mendatar. Tetapi Tun telah berjaya menyampaikan maklumat dengan cemerlang kepada orang ramai.

Tun TIDAK menggunakan perkataan yang besar-besar, yang susah untuk disebut. Dan susah untuk dieja. Tun TIDAK menggunakan perkataan Inggeris atau Arab. Dalam ceramah Tun tidak berselindung dengan ayat Quran atau hadis nabi untuk memperkukuh hujah.
Perkataan curi, samun , tipu senang difahami maknanya oleh mak cik dan pak cik Felda. Di sinilah kejayaan Tun menterjemahkan konsep politik yang kompleks dengan penerangan yang senang untuk difahami.

Kepada Tun M ; Dato’ Seri Najib ialah pencuri. Perkataan pencuri ini difahami oleh mak cik Felda. Berbeza dengan menggunakan perkataan kleptokrasi. Satu habuk pun orang tidak faham. Dalam ceramah Tun memilih pencuri, lanun atau penyangak untuk menerangkan siapa DS Najib.

Ketiga : Elit ekonomi dan politik tinggalkan BN

Sama ada pemodal bernama Robert Kuok memberi dana kepada pembangkang atau tidak satu persoalan lain. Apa yang tersirat dari berita Robert Kuok ialah gambaran tentang elit ekonomi, telah mula melarikan diri dari DS Najib. Ini adalah faktor Tun M.

Kesampaian TS Rafidah Aziz dan TS Rais Yatim masuk ke dalam saf Tun M adalah salah satu tanda bahawa elit politik juga telah berpecah. Apabila Tan Sri Rais dan Tan Sri Rafidah dibuang dari parti maka jelas elit politik sedang beramuk.

Kemudian saf Tun M di masuki oleh Tun Daim Zainudin dan DS Syed Hamid Albar. Semua ini adalah faktor Tun M yang berjaya memecahkan elit politik.

KERANA TUN M, semua kekuatan ini dapat dipadu. Ibarat semut menghurung gula ketika ambang PRU 14 lalu. Dalam sejarah BN tumbang, rebah dan tewas dibaham ombak tsunami ke 3 Pakatan Harapan.

Apa pun, pada hemat saya ; Pakatan yang memerintah hari ini sebenarnya adalah ibarat parti Barisan Nasional yang baru. Beberapa pemimpin besar dari UMNO dan BN pada suatu masa dahulu sedang memimpin Pakatan Harapan. Dari Tun M, TSMY, DS Anwar Ibrahim ; mereka semua dari UMNO dan BN.

Saya harap Rafizi lebih bijak dalam menganalisis. Rafizi tidak mampu lawan Tun M. Janganlah hendak menunjuk pandai sangat. Dua PRU lepas PKR gagal membentuk kerajaan. Kenapa ? Fikirkanlah.

ref:
Kelab Che Det - Siaran



mnoPQrstu

Tiada ulasan: