Isnin, 11 Jun 2018

Zaman untuk UMNO-BN menipu rakyat seperti pengembala yang memakaikan cermin mata hijau kepada lembu-lembunya memakan rumput kering sudah berlalu. 7765.

Cyber trooper politik satu wadah kejahatan jika ISLAM disisih dari perkhabaran dan ulasan politik.

MACAM MANA SEORANG ‘MACAI’ BEKERJA? PENGAKUAN SEORANG BEKAS CYBERTROOPER
MK ZainalAugust 5, 2016

Pepatah Melayu kata, harimau mati menginggal belang, manusia mati meninggalkan nama. Tapi dalam zaman social media sekarang ni, manusia mati meninggalkan profile picture. Sampaikan baru-baru ni, viral pasal komen yang diberi kat FB page Najib menggunakan profile picture orang yang dah lama meninggal dunia. Dan ini bukanlah kali pertama benda ni kantoi sebenarnya.
fake-account
Kami tak tau sapa yang rajin sangat download gambar orang lain pastu spam #RespectMyPM ni semua. Apa yang kami tau, ketua penerangan UMNO, Ahmad Maslan daripada dulu cakap yang dia memang nak buat ‘cybertrooper’ kat Internet untuk membaiki imej kerajaan.

Dan kami kat SOSCILI bernasib baik sebab kami dapat interview seorang cybertrooper iaitu Ahmad Marzuki (bukan nama sebenar). Ahmad Marzuki kini dah kembali ke jalan yang benar, tapi dia bagitau kami sedikit sebanyak pasal kisah sebenar di sebalik seorang cybertrooper, iaitu…

Cybertrooper hanyalah seorang yang ambil upah untuk buat kerja, macam syarikat PR atau advertising je

Begitulah hendaknya. Mereka hanyalah sebuah agensi. Biasanya kalau nak tangkap gambar kawen kita upah photog, kalau nak buat website kita upah web designer, so kalau nak buat post kat social media… kita upahlah agensi. Itu je. Takde misteri, takde teori konspirasi.

Oleh kerana identiti agensi ini harus kami rahsiakan, Ahmad Marzuki tolong kami dalam membongkar cara-cara cybertrooper berfungsi kat social media, termasuklah…

Artikel berkaitan: 
Najib baru je bagi telefon Samsung dekat tentera siber yang pro-BN. Betul ke? (Click here to read the original article in English) Kebelangan ni kita banyak dengar yang Pilihanraya Umum memang dah tak lama dah. BFF kami kat C...

1. Buat grafik untuk sebarkan mesej/propaganda

Korang ingat asalkan selalu main Facebook je dah boleh apply part-time jadi cybertrooper? Sebenarnya dorang punya job scope agak profesional jugak OK, antaranya adalah membuat visual yang korang selalu nampak kena share kat social media. Kena tau design, kena tau copywriting, kena tau mesej apa yang nak dimasukkan.

Contohnya kita tengok post kat sebuah page pro-Kerajaan paling popular, Friends of BN
parti-baru-pembangkang

Daripada pihak pembangkang pun ada jugak. Contohnya daripada page Suara Rakyat:
najib-doj-mo1
Tapi apa yang paling menarik sekali, kadang-kadang sesebuah agensi tu buat kerja untuk KEDUA-DUA pihak! Menurut Ahmad Marzuki, dorang tau je yang agensi ni jugak ambik upah untuk buat kerja bagi pihak yang lagi satu tu, tapi dorang tak kisah.

So macam yang kami kata tadi, agensi ni hanyalah sebagai ‘gun for hire’. Mungkin dorang sendiri takde sebarang pendirian politik yang kukuh, cuma sekadar makan gaji…

2. Fake account untuk bagi sokongan dan puji-pujian

Cer bukak page Najib Razak kat Facebook, skrol bawah sikit dan pilih la mana-mana post, mesti korang jumpa komen yang penuh dengan hashtag, macam ni: 
cybertrooper-respect-my-pm
Cuba klik kat akaun sorang-sorang, dan korang perasan yang kat profile dorang tak banyak pun maklumat yang ada. Contohnya si Khalid Noordin kat atas ni yang takde gambar, takde member, dan penuh dengan berita-berita yang menyokong satu pihak sahaja.
cybertrooper-fake-account02
Kadang-kadang korang mungkin perasan yang kononnya profile dorang memang dah lama buat (acah-acah profile orang sebenar) tapi sebenarnya senang je nak detect hehe…
cybertrooper-fake-account01
Ntah gambar siapa la yang kena guna untuk fake account ni semua, kami mintak maaf la ye…

3. Delete komen-komen negatif kat FB page

Of course mana-mana admin pun ada polisi dalam mengendalikan page FB masing-masing. 
Kat CILISOS dan SOSCILI sendiri, kami akan hide kalau ada komen-komen yang mencarut, rasis, dan sebagainya.
Tapi ada sesetengah page yang akan hide apa-apa komen yang berbunyi sedikit negatif sekalipun. Contohnya kat post di page Najib Razak ni. Bila mula-mula kena publish, komen-komen kat bawah ni keluar: 
komen-negatif-facebook-pm 
Tapi tak sampai sejam lepas post tu live, komen-komen ni hilang. Jadi kalau korang pergi kat Facebook Najib Razak atau mana-mana tokoh lain yang admin dia buat stail yang sama, mungkin korang akan beranggapan tokoh-tokoh ni semua memang disayangi ramai. 

Cuma satu je benda yang admin page tak boleh delete… iaitu reactions. So kalau tengok mana-mana post, korang boleh tengok berapa ramai yang guna reaction marah, huhu…
facebook-reaction-marah-najib
4. Cuba ‘lawan’ berita-berita negatif kat portal alternatif

Ramai tau yang kebanyakan surat khabar tradisional adalah dimiliki oleh kerajaan, termasuklah Utusan, The Star, dan New Strait Times. Senior editor kat NST sendiri kata yang kerajaan telah melarang surat khabar daripada cover pasal cerita 1MDB apa semua.

Malah sumber berita online pun ada yang kena ban termasuklah The Malaysian Insider dan Sarawak Report.

So, macam mana pulak website yang tak kena ban lagi (tapi mungkin tunggu masa je) macam Free Malaysia Today? Kami perasan kat artikel-artikel yang keluar pada website popular macam FMT ni, akan ada komen yang lain macam je bunyinya… Contohnya artikel pasal Dr M ni:
pengomen-macai-fmt-01
Cuba perati tiga komen kat atas tu. Korang boleh check profile Dian Melankolik, Andika Wisnu, dan Ilham yang dibuat sebagai page. Dan ketiga-tiga page ni dibuat pada 8 Oktober 2015, dan ada profile photo dan cover photo je. 
fake-account-02.jpg
Sebab tu la perkataan yang digunakan dalam ketiga-ketiga komen kat atas main reycle je. Berbanding dengan spam ‘#respectmyPM’ kat atas tadi, cara ni susah  sikit la sebab kena banyak rujuk kamus untuk mempelbagaikan kosa kata.


5. Alihkan perhatian orang ramai dengan post viral 

Pernah tak dengar pasal “strategy of distraction”? Mengikut Noam Chomsky, strategi ni digunakan untuk mengalihkan pandangan orang ramai daripada isu-isu penting, dengan membanjirkan media dengan benda-bernda lagha dan maklumat yang tak penting.


Mengikut Ahmad Marzuki, dorang sendiri menggunakan taktik ni untuk mengalihkan perhatian pembaca dengan post yang viral. Sebab tu kat page macam Friends of BN, biasanya hari-hari penuh dengan hal politik, tak semena-mena korang boleh jumpa post kelakar ala Siakap Keli:
frensofbn-distraction
Tapi kalau nak diikutkan, dorang tak payah buat distraction macam ni pun takpe.. sebab media kita memang dah penuh dengan gosip dan berita-berita selebriti…. kan, kan, kan? Jadi, pengajarannya… 

Nilai sendiri apa yang korang baca di media sebelum percaya bulat-bulat 
sivarasa-time-magazineSivarasa yang dikritik kerana share berita fake.
Awal tahun ni, Ahli Parlimen PKR, Sivarasa Rasiah share imej di mana muka PM Najib jadi cover majalah TIME dengan headline “Global Corruption Explained”. Imej tu sebenarnya palsu, tapi dah terlambat sebab sekejap je post tu terus jadi viral. Jadi ramailah yang mengkritik Sivarasa kerana tindakannya yang sangat tidak bertanggungjawab, nak lagi bagi seorang ahli politik. 

Dan dengan kewujudan cybertrooper terutamanya kat social media, lagilah kita kena check dulu sebelum share apa-apa kat Facebook, Whatsapp, mahupun bila bersembang dengan member. Pastikan sumber yang kita dapat tu bertauliah, Google dulu kalau nampak benda-benda yang sangat pelik. Janganlah jadi seperti Sivarasa. 

Sebab kita sebagai pembaca/pengeshare pun ada tanggungjawab dalam menyebarkan kebenaran, setuju? 

(UPDATE 8/8/2016: Pembetulan telah dibuat terhadap parti Sivarasa, iaitu PKR dan bukannya DAP. Juga terhadap ejaan nama. Inilah akibatnya kalau kita tak check dulu apa yang kita baca mahupun tulis. Belajarlah daripada penulis ini sendiri. Thanks to Tyra Hanim for the corrections!) 

Artikel berkaitan 

(Click here to read the original article in English) Kebelangan ni kita banyak dengar yang Pilihanraya Umum memang dah tak lama dah. BFF kami kat C...

Tak puas follow Dato' Seri Najib Razak kat surat khabar, website, Twitter, dan Facebook? Jangan gusar jangan bimbang, kini korang boleh dapatkan updat...

(Click here to read the original article in English.) Sekarang ni siapa la tak kenal dengan Jho Low - seorang jutawan, playboy, dan jugak bisnesman...

(Read the English version here.) Bulan Jun lalu, badan kehakiman Amerika Syarikat (Department of Justice, DOJ) memfailkan saman sivil terhadap ... 

Comments 
LOL kelakar gila, dekat perenggan pesan dekat orang untuk verify facts & authenticity before posting or sharing, you sendiri salah fakta. YB Sivarasa adalah daripada Parti Keadilan Rakyat bukan DAP. Lepas tu typo bersepah, sekejap Sivarasa, Sivarasah, last sekali jadi Sivarara. LOL 

And FYI, we all know that it was a fake TIME cover, with the authorized TIME article. Paradoxical at its best la you 

(Astaghfirullahalazim) Astagha. That's really embarassing. Thanks for the correction Tyra.

M Affan Abdullah · Farmer boy at Melbourne Victory
Nak kondem gov yg menyembelih rakyat guna akaun betul...nak kena simen dlm tong dram ? Rakyat jadi takut dan stress mana nak luahkan perasaan. Yg mengadu kena tahan n siasat yg d adu bebas berpeleseran...nak kira mcmana tu ?

mengadulah kepada Allah

reef: 

Albangi's Blog
Jom bincang & tukar pendapat
PREVIOUS ARTICLE

Cybertrooper UMNO berkeliaran dalam Internet menjelang PRU

Apa itu Cybertroper UMNO?

UMNO mengupah beberapa orang bloggers UMNO untuk menghadapi kebangkitan rakyat Malaysia yang menjadikan Internet sebagai  sumber maklumat  alternatif dan laluan komunikasi dan penyampaian maklumat. Khususnya apabila PRU 13 hampr tiba, cybertrooper UMNO diarahkan supaya membanjiri semua selok belok dan pulusuk siber untuk mendekati warga siber yang terdiri dari remaja, dewasa, orang muda dan orang tua.

Arahan Pemuda UMNO
https://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2305

Apa tugas cybertrooper UMNO? 

Sesuai dengan nama trooper, satu jenis  “pasukan” yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya. Cybertrooper bermakna individu yang (dilantik oleh UMNO):

membuat blog dan berkeliaran dalam  Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan  UMNO

menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB

menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk 
akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada

menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB

mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada  penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi

mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO

Contoh

Cybertrooper hina Sultan

Berapa Najib bayar cybertrooper Umno

UMNO told cybertrooper to act

Cybertroopers UMNO atau lebih dikenali sebagai pemcacai UMNO.
Dari kiri……Suara Dari Bumi @ Cik Gu Razali Rahman 2) Jas Salleh 3) Pas Beruk @ Shmasul Azrai Hussin 4) Papa Gomo @ Mohd Norzamrizal 5) Padi Jantan 6) Azmy Awang Kelana Jaya 7) Afiq KL Town..Mereka ini berada dibawah kandang yang mereka gelarkan Nadi Rakyat dengan diketuai Azmy Awang dan Timbalannya Papa Gomo…Makin dinilai mereka secara dekat lagi rakyat bertambah meluat…

Ada seorang pegawai khas yang ditugaskan sebagai penyeleras projek Cybertrooper UMNO ini iaitu Tun Faisal (Maklumat ini ada dalam Facebook)

Apakah maklumat lain mengenai cybertrooper UMNO?
Pertemuan Cybertrooper dengan Menteri KDN baru-baru ini
Baca lagi:

Apa jadi pada cybertrooper baru-baru ini semasa Persidangan Agung UMNO 2011?

Ini adalah komen dan maklumat dari salah seorang cybertrooper UMNO yang kecewa dengan pemimin UMNO dan penyelewengan wang oleh rakan cybertrooper yang diuntukkan oleh UMNO untuk mereka. Bacalah catatan mereka:

“Tentera Maya Umno” tak lama lagi boleh jadi “Tentera Mayat”

Perhimpunan Agung Umno dah pun melabuhkan tirainya petang semalam. Macam biasalah bila rumah dah siap pahat macam mana pun mesti nak kena bagi bunyi.. itu baru lah Melayu namanya. Apatah lagi aku ini memang jenis blogger suka ketuk pahat selepas rumah siap dibina… ada sesiapa yang ada masaalah dengan perangai HARAMJADAH aku ini???

Kalau tak ada baguslah dan kalau ada tak payah nak kutuk sebab aku dah kutuk diri aku sendiri. Kalau korang rasa nak tambah dosa nak kutuk aku sebab dah terlebih buat pahala dipersilakan..

Sama ada “Pejuang Pejuang Maya/Siber” sedar atau tidak, DS Najib sikit pun tak sentuh pasal “pejuang maya” (yang tak lama lagi akan jadi “pejuang mayat”) dalam ucapan penggulungannya petang semalam. Sama ada dia lupa atau buat buat lupa aku pun tak pasti… Yang pasti dia CAKAP TAK SERUPA BIKIN! Itu aku pasti..

Aku berada dimerata tempat dalam Dewan Merdeka dan di luar dewan untuk merakamkan reaksi para pendokong Umno terhadap ucapan penggulungan Presiden yang berkorbar kobar itu. Kalau aku terlepas dengar sila perbetulkan aku tapi rasanya aku tak ada dengar DS Najib ada sebut pasal “PEJUANG UMNO MAYA” saperti yang diretorikannya dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia baru baru ini dan dipentas pentas bila berhadapan dengan KOMUNITI TENTERA HALIMUNAN ini.

Kalau ada tentu ada sahabat blogger yang melaporkan pengiktirafan DS Najib ini pastinya. Yang ada cuma laporan Naib Presiden Datuk Zahid Hamidi yang memberi pengiktirafan sebegitu. Jadi sekarang ANDA, SAYA dan KITA semua dah ada pilihan ke-2 sama ada nak jadi TENTERA MAYA UMNO atau TENTERA MAYA KEMENTERIAN PERTAHANAN memandangakan Menteri Pertahanan pulak yang iktiraf kita.Ha ha ha..

Aku dah rasa dari awal lagi yang akhirnya DS Najib akan melupakan TENTERA MAYA UMNO macam kita ini bila beliau betul betul berada diatas pentas PAU walaupun sebelum ini bagai nak rak menyanjung dan mengangkat pejuang siber macam kita ini sebagai Wira Yang Tak DiDendang.Kalau dengar “pujian” dan “sanjungan” dia sebelum ini,habis jual babi sekandang buat pertaruhan. Itulah kelebihan ayat ayat politik orang politik…ha ha ha.

Dari awal lagi aku dah tak sedap hati bila dilayan macam “sampah” oleh Si Gemuk Raof tak sedar dek untung SUK Umno tu. Dahlah muka tak berapa nak senonoh.. perangai pun lebih lagi tak senonoh!

Tidak pernah sekalipun selama 5 hari berkampung kat PWTC itu dia melemparkan senyuman kat aku bila kami terserempak, sedangkan aku ini ‘tentera siber Umno”(Najib kata) dan bernaung terus dibawah banner Umno iaitu UMB.

Setahu aku hanya BABI je yang tak boleh nak senyum walaupun diaorang bersusah payah try nak senyum. Tak tahulah kalau Raof ini ada kena mengena dengan spesis yang aku baru sebut ini?Kau nak marah aku Raof??? Aku peduli apa kau sapa… he he he.

Apa yang pihak Ibu Pejabat Umno dan Urusetia PAU dah buat pada bloggers macam kami tak perlu aku nak ulang banyak banyak kali, sebab dah cerita sebelum ini. Itu kami UMB,… sahabat sahabat bloggers lain tak usah nak ceritalah,sampai terpaksa berkampung kat Riverside setiap hari.

Langsung tak ada rasa hormat pada bloggers yang siang malam berjuang bertahun tahun mempertahankan Umno selama ini. Bila dah boleh bernafas sikit dan bulu sayap yang tercabut dulu tu dah mula nak tumbuh LUPA!!!!!!!

Sorrylah bro semua..aku kena cakap juga hal ini sebab aku terpaksa tenguk korang hari hari kat situ.Aku peduli apa UMB(Umno) bayar elaun aku bernaung dibawah diaorang! Kalau TAK BETUL tetap TAK BETUL dan aku tak boleh berdiam diri pura pura BETUL! Walaupun nanti ada diantara korang akan kata, “Hei APA kami tak minta di bela,kami ok je..”. “Yang kau sibuk sibuk nak hentam Umno tu apasal?” Korang boleh cakap apa saja kalau sekadar nak kontrol macho korang…tapi HAKIKATNYA itulah dia..

Macam mana “BLOGGERS TOP 10” boleh diperlakukan sebegini aku pun tak faham?Tadi masa DS Najib berucap ada sahabat “blogger top 5” yang terpaksa rakam gambar melalui skrin gergasi… betul ke macam tu??? Aku ada rakam dekat 1 ribu gambar selama 5 hari ini tapi tak kuasa aku nak siarkan, sedangkan sahabat aku terpaksa rakam gambar melalui skrin gergasi hanya untuk update PAU dari luar dewan sebab langsung tak diberi PAS MEDIA PAU. Apake jadah semua ini???

Tak ada sebab aku nak MENGHASUT korang sebab korang pun memang selalu PREJUDIS dengan aku pun,tapi korang kena kenal siapa APA. Aku bukan jenis angguk angguk geleng geleng dan akan berdiam diri bila melihat sesama sahabat di perlekehkan. Kalau korang masih nak ampu pemimpin itu korang punya hal, tapi menyatakan KEBENARAN itu lebih mulia dari berdiam diri hanya kerana kita dibayar sesuatu pihak.

Kalau lepas ini Umno/UMB nak sepak aku keluar pun tkpe..tak ada hal.Selama ini pun aku bukan bertuan pun dan bila bernaung dibawah UMB pun bukan bermakna Umno tuan aku.Tak betul tetap aku sailang!!!

Ini ke rupanya Si-“Nasri” urusetia yang jadi duri dalam daging UMB dan bloggers selama 5 hari ini..

Lebih baik Umno diperingatkan sekarang sebelum mereka menang kembali dan tambah besar kepala.Masa tu cakap pun tak guna bukan diaorang nak dengar. Kita menegur bukan kerana kita BENCI tapi tidak mahu Umno mengulangi kesilapan lama yang akan menimbulkan kebencian kita. Bila dah benci nanti tak ada guna dan jangan sampai Cyber Trooper Pakatan menang perang tanpa perlu berperang dengan TENTERA MAYA UMNO yang nanti jadi TENTERA MAYAT!!!!

Related


In "C. Politik-Agama"


In "C. Politik-Agama"


In "C. Politik-Agama"

Post navigation


Kuiz: 

9 thoughts on “Cybertrooper UMNO berkeliaran dalam Internet menjelang PRU”

Roket December 6, 2011 at 11:27 pm Reply

Cyber troopers UMNO (atau lebih dikenali sebagai pecacai UMNO)

17 August 2011

Komentar Roketkini

17 OGOS – Mereka bangga dengan gelaran cyber troopers yang bunyinya senada dengan storm troopers dari siri filem Star Wars (atau sebenarnya lebih tepat dengan asal nama Stoßtruppen era Jerman Nazi).

Jika watak storm troopers fiskyen sains menjadi alat kepada Galactic Empire yang kejam lagi zalim, seperti mana storm troopers Nazi menjadi anjing-anjing buruan untuk Adolf Hitler, maka cyber troopers yang merelakan diri menjadi perkakas kepada UMNO juga sama kerja dan tugas upahan mereka.

Dalam bahasa seharian Melayu, cyber troopers ini hanyalah pecacai UMNO. Tugas mereka hanya menyerang dan mencipta fitnah untuk memburukkan Pakatan Rakyat atau sesiapa sahaja yang memperjuangkan keadilan, kebebasan, demokrasi, hak asasi, peluang saksama, dan Islam yang progresif dan inklusif.

Yang penting sekali – berbeza dengan bloggers dan pelayar internet yang menyokong Pakatan – pecacai UMNO ini didakwa mendapat imbuhan untuk melakukan kerja-kerja keji yang hanya berniat memesongkan pemikiran rakyat serta mengapi-apikan perkauman.

Mangsa-mangsa fitnah pecacai UMNO

Ramai pemimpin Pakatan dan aktivis sosial, malah ulama yang berjuang untuk Islam yang adil dan saksama, telah menjadi mangsa fitnah mereka. Fitnah-fitnah pecacai UMNO ini banyak berputar tentang kaum dan agama, Islam dan Melayu, Islam-Melayu dan agama-agama lain.

Bagi pecacai UMNO yang telah lama terdidik oleh tafsiran agama mengikut UMNO, Islam bagi mereka adalah untuk orang Melayu sahaja. Islam telah mereka sempitkan sehingga orang Islam, jika tertelan fitnah mereka, akan sesak nafas dengan kejumu dan tafsiran agama mereka.

Mungkin kerana kebanyakan mereka lahir selepas era 1970-an, mereka lupa keterbukaan para pemimpin ulung UMNO tahun-tahun 1940-an – 1960-an yang amat terbuka dalam hubungan baik dengan semua warga Malaysia (dan Malaya) yang berbeza agama dan kaum.

Antara yang hebat menjadi mangsa kecaman dan kutukan mereka – biasanya tanpa hujah dan bukti bernas kecuali caci-cerca dan maki-hamun – adalah pemimpin Pakatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Khalid Samad.

Khalid yang cukup pendidikan dalam perjuangan Islam sering ditohmah sebagai “Khalid Gereja” semata-mata kerana sikap terbukanya bertemu, berbincang dan berdialog dengan para pemimpin dan orang-orang Kristian dan agama-agama lain.

Khalid yang juga Ahli Parlimen PAS Shah Alam dalam blognya Isnin lalu (https://www.khalidsamad.com/2011/08/sekilas-ikan-di-air.html) dengan panjang lebar telah melakarkan sifat-sifat dan ciri-ciri cyber troopers UMNO.

Siapa dan apa itu pecacai UMNO

Dalam tulisannya, beliau mencatatkan:

“Sebenarnya jika hendak kenal pencacai UMNO di Blog, Facebook dan Twitter saya mudah sangat. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh untuk tatapan semua.

“Saya kata “Islam itu adil untuk semua” maka mereka menjawab “Bertaubatlah Khalid, kamu ni penyokong Gereja”.

“Saya kata “Islam hormat rumah ibadat agama lain dan ditegah mencerobohinya” mereka menjawab “Khalid Gereja ni kalau jumpa nak bagi penendang”.

“Saya kata “Kita ingin semua merasa selamat dan terbela bila hidup di bawah pemerintahan Islam” mereka jawab “Kamu dah murtad sekali ya Khalid?”

“Saya kata “Kaedah lain boleh digunakan untuk mendapatkan bukti, kaedah yang tidak menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri” mereka jawab “Khalid sokong ummat Islam dimurtadkan”.

“Saya kata “Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat” mereka jawab “Di antara JAIS dan Gereja, Khalid percaya Gereja!”

“Saya difahamkan pencacai UMNO ini mendapat elaun setiap kali komen mereka disiarkan, WalLahu ‘Alam. Mereka gunakannya sebagai bukti untuk membuat tuntutan atas kerja yang mereka lakukan. Saya sebenarnya tidak keberatan untuk menyiarkannya supaya semua pengunjung boleh melihat kerenah dan perwatakan mereka secara jelas.

“Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya. Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka. Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka. Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian.

“Namun saya akui, bukan semua yang tidak bersetuju dengan saya adalah pencacai UMNO. Terdapat juga sebahagian dari mereka ini yang tidak setuju di atas sebab tertentu dengan mengemukakan hujjah mereka secara ilmiah seperti persoalan ‘maslahah yang lebih besar’ menjadikan sesuatu yang haram diharuskan.

“Walaubagaimanapun, ianya perlu berdasarkan pernilaian pihak yang bertindak serta tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya apabila tiada pilihan lain ataupun dalam keadaan darurat seperti semasa peperangan.

“Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa pilihan atau kaedah lain sememangya wujud kerana sekiranya ingin memurtadkan seseorang, ianya merupakan satu proses yang memakan masa dan bukannya sekelip mata. Maka boleh ditunggu dan disoal siasat selepasnya di luar kawasan Gereja.

“Bukti juga boleh diperolehi dari mereka yang disoal siasat. Perlu juga diingatkan bahawa seperti mana maslahah boleh mengharuskan sesuatu tindakan; fitnah dan mafsadah yang lebih besar boleh mengharamkan sesuatu tindakan.”

Muntahan pecacai UMNO gagal pengaruhi orang Melayu

Kerja keji pecacai UMNO ini pula sebenarnya tidak banyak membantu parti yang mereka sokong, sebaliknya menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu yang cuba mereka pengaruhi.

Blogger Sakmongkol AK47 – nama pena untuk Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO bagi Pulau Manis, Pahang – mempersoalkan kerja-kerja pecacai alam maya tersebut.

Dalam catatan blognya (https://sakmongkol.blogspot.com/2011/08/morning-session-with-oracle-of-syed_15.html), beliau menulis (dalam Bahasa Inggeris):

“Beritahu saya secara jujur – adakah anda fikir UMNO akan menang perang di alam maya? Lihat saja artikel-artikel yang dimuntahkan oleh cyber troopers UMNO. Sesetengah mereka masih terikat dengan idea bahawa Perdana Menteri Malaysia masih lagi Dr Mahathir, jadi artikel-artikel mereka ditulis untuk disesuaikan dengan pendirian yang diambil oleh Dr Mahathir…

“…Majoriti (cyber troopers UMNO) sentiasa memuntahkan artikel-artikel menghasut kebencian, lengkap dengan mencarut dan mengguris perasaan. Bolehkah ini menarik rakyat atas pagar, bakal-bakal pengundi yang berfikiran bebas dan terbuka?”

Jelas pecacai UMNO hanya sekadar mampu memaki hamun dan mencarut. Mungkin bagi mereka mencarut itu adalah hujah.

Jika diperhatikan kebanyakan isu yang mereka timbulkan adalah remeh dan “sensitif” serta berbentuk fitnah – yang ada ditiadakan, yang tiada diadakan, yang kecil dibesarkan, yang bukan isu diputarbelitkan menjadi isu – dengan niat membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap agama dan kaum lain.

Jarang sekali mereka membangkitkan isu-isu besar yang menjadi masalah rakyat seperti kenaikan harga barang, rasuah yang berleluasa, salah guna kuasa, reformasi pilihan raya, reformasi pendidikan, tender terbuka, kesyumulan Islam sebagai agama yang dihormati semua dan sebagainya.

Seperti kata pemimpin PAS Idris Ahmad, zaman untuk UMNO-BN menipu rakyat seperti pengembala yang memakaikan cermin mata hijau kepada lembu-lembunya memakan rumput kering sudah berlalu. 

Memang ada segelintir bloggers pro-Pakatan yang tidak kurang hebat maki-hamun mereka; namun jika dilayari blog dan laman web mereka, malah hujah-hujah mereka dalam ruang komentar, ramai antaranya yang menyediakan bukti-bukti sahih untuk mempertahankan kritikan mereka.

Jika sekadar pandai mencarut, bijak berselindung di bawah ketiak pemerintah, hebat menegakkan benang yang basah dan gah mempertahankan yang batil, memang tidak ke mana serangan pecacai UMNO.

Yang diserang mungkin sakit di hati, yang dikutuk akan terguris perasaan; namun rakyat yang semakin bijak dan tidak mudah dibakar perasaan akan membuat pilihan yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam pilihan raya umum akan datang. – Roketkini.com

https://roketkini.com/2011/08/17/cyber-troopers-umno-atau-lebih-dikenali-sebagai-pecacai-umno/

The Star December 6, 2011 at 11:34 pm Reply
BENTONG: Umno’s cybertroopers must play an active role to counter issues played up by the online media.

Party vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the new media had put a negative spin on many issues causing the public to receive wrong information.

Dr Ahmad Zahid said what was more worrying to Umno was fencesitters who were not members of any political party as they could be influenced by wrong information provided by the online media.

“There has been a hate culture propagated by irresponsible groups against Umno.

“This hatred of Umno has influenced the people, so we need to do something drastic to regain their support,” Ahmad Zahid said after opening the Bentong Umno division delegates meeting here yesterday.

Also present was the division’s chief and Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Ahmad Zahid said the pro-Umno cybertroopers had to create something that could attract the masses.

“The information we put out is mainly limited to Umno members and does not reach fencesitters and other members of the public.

“This puts us at a disadvantage,” he said.

He added that Umno should not ignore fencesitters who could make a difference in an election.

https://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/13/nation/8888779&sec=nation

Bumi Bertuah December 6, 2011 at 11:35 pm Reply
https://tranungkite.net/v11/modules.php?name=AvantGo&op=ReadStory&sid=10666

Oleh: Cybertrooper Bumi Bertuah @ Bro Yee

NAK TAHU KENAPA CYBERTROOPER UMNO ANAK FELDA SOKONG JKPP DAN GPW BANTAH SECARA TERBUKA KEPADA NAJIB? PENGAKUAN SEBENAR!

Mari kita lihat sekali imbas kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka Felda dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda:

1. Menuntut permohonan maaf daripada Pengerusi Felda, Isa Samad di atas penghinaan beliau terhadap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda, En. Shamsuddin semasa program sesi penerangan di Melang Inn, Kuala Pilah.

Permohonan maaf beliau dituntut dalam tempoh 14 hari di 5 buah akhbar utama dan secara terbuka di mana-mana majlis melibatkan peneroka atau jika enggan, Isa Samad akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. (Sehingga kini, tidak kurang 22,000 rakyat Malaysia menyaksikan kebiadapan Isa Samad melalui video di Youtube ini https://youtu.be/pMenvftq6Ys )

2. Mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda, JKKP dan GPW menolak perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) melalui kuasa Menteri Koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi pilihan perwakilan KPF dan undang-undang Koperasi Permodalan Felda.

3. Menuntut Kerajaan Malaysia atau Felda Global Ventures supaya menghentikan tindakan memajakkan tanah-tanah Felda diuruskan Felda Plantation yang didapati merugikan masa hadapan peneroka dan anak-anak. JKPP dan GPW menuntut supaya Surat Pajakan Tanah di antara Felda dan Felda Global Ventures diberikan dahulu kepada peguam mereka untuk diteliti atau Felda Global Ventures bakal menghadapi tindakan injuksi mahkamah

4. Mengutuk tindakan Seranta Felda mengganggu peneroka untuk mendapatkan maklumat-maklumat tepat mengenai isu semasa Felda, penyelewengan Pengarah Seranta Felda dan menuntut Unit Seranta Felda dibubarkan. Manakala pegawai-pegawai Seranta Felda yang berkebolehan diserapkan secara tetap ke dalam Felda, bukan berstatus kontrak dulu, kini dan selamanya

5. Menuntut perletakan jawatan (ayat asal mengundurkan diri) Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, menuntut perletakan jawatan Dato Sabri Ahmad sebagai Ketua Eksekutif Felda Global Venture dan menuntut perletakan jawatan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid sebagai Pengarah Seranta Felda.

Sebagai salah seorang cybertrooper umno anak Felda, tentulah berasa terperanjat dengan apa yang berlaku iaitu tidak sangka JKPP Felda seberani ini. Pendirian Pak Sam sebelum ini telah lama diketahui dan jika ada menuduh Pak Sam tak kemukakan bantahan dalam mesyuarat maknanya mereka tak kenal Pak Sam siapa. Saya sempat bertemu Pak Sam dan beliau mempersilakan mereka yang berminat melihat sendiri minit mesyuarat lembaga pengarah Felda yang mencatatkan bantahan Pak Sam. “Saya suruh setiausaha lembaga minitkan bantahan saya.Bukan sehari dua saya jadi ahli lembaga pengarah” kata Pak Sam.

Saya tahu dan kenal benar Pak Sam dan JKPP Felda. Mereka buat ini bukan kerana politik atau pengaruh sesiapa. Sulong Jamil, setiausaha JKPP adalah Setiausaha Bahagian Umno Tg Malim seorang yang berdedikasi menjaga Sang Saka Bangsanya, begitu juga setiap JKPP pasti memegang tinggi jawatan UMNO di kawasan masing-masing termasuklah dari Chini yang memberi undi kepada Najib sendiri. Kalau mereka mahu wang, lebih baik mereka ampu Isa Samad atau sanggup jadi kasut tumit tinggi kepada si pendek yang menjadikan port dickson sebagai pemangkin kariernya. Nak pertahankan pengurusan Felda atau tok zul pun tak mungkin, tak sepanjang masa JKPP dan GPW bermesra dengan pengurusan Felda, ada kala berpelukan adakala bertegang urat.Tapi semua diselesaikan dengan cara baik, cara berhemah, cara adik-beradik sesama Melayu yang sama-sama menjunjung Al-Quran dan bersumpah mempertahankan kesucian agama Islam.

Anjing besar aka bigdog pernah panggil geng2 kami untuk pertahan Felda. Apahal si haram jadah berkait felda pulak? Siap marah tu, kata dalam beratus cybertrooper umno, takda sapa pertahan Felda. Dia sorang2 je buat kerja, copy paste ayat dari seranta felda dan pegawai FGV kat blog dia. Dah macam pegawai komunikasi korporat FGV pun ada, presentation power point kaler2 lagi kat blog dia..haha! Untuk menghadapi serangan dari luar Felda iaitu dengan kerja keras Mazlan Aliman ANAK, gelombang kebangkitan penentangan peneroka Felda dan silent protest kakitangan Felda terhadap kerja-kerja menjahanamkan aset orang Melayu ini, cuba teka Isa Samad dan CEO FGV Sabri Ahmad upah siapa untuk jadi pertahanan mereka di media baru…? Big Dog dan Rockybru?! What the F***? Budak Seranta Felda bagitau 3 JUTA dibayar kepada mereka yang dakwa punya ramai blogger di bawah dan punya pengikut yang ramai. PATUTLAH si anjing sial ni marah2 orang tak support dia isu Felda, dia dah dah makan duit Isa Samad dan Sabri Ahmad banyak! Harrk Ptuih!! Kau sedap makan, tukar kereta baru, pegi Spa ***** memantat sorang2, pegi holiday Australia (rockybru) pastu nak kami tolong FREE..minta maaflah bro.

Apa kaedah bigdog, rockybru dan askar seranta felda nak pertahankan felda? Serang DG Felda tok zul dan tunjukkan pengurusan Felda tu lemah uruskan Felda dan menentang Najib..hahahahaha! Wahai seranta felda yang bengap, korang kenal ke sapa bigdog dan rockybru ni? Meh aku citer sket. Otai cybertrooper tak kira baik pro BN atau pro PR, sapa tak kenal papagomo? Ya, blog pro PR boleh label Gomo macam2 tapi kena akui dia Otai kalo bab kenakan Anwar. Benar tidak tindakan dia, Allah sahaja hukum sama ada di dunia atau di akhirat.Aku cuma hormat dia sebagai otai lama. Apa pendapat Gomo tentang Big Dog dan Rockybru? 

Tengok posting papagomo ni https://www.papagomo.com/2011/05/blogger-anjing-besar-jeff-oii.html . Perhatikan ayat terakhir papagomo dalam artikel dia ni “Maaf buat Blogger Big Dog aka Anjing Besar, anda tidak merugikan kami blogger yang lain kerana pada kami semua anda adalah Parasit yang sentiasa menghisap darah VVIP. Sudah lama kami awasi gerak geri kamu dan nampaknya terbukti Kamu adalah PENGKHIANAT kepada UMNO BN.” Datuk Rocky lagi kesian, balik holiday Australia kena bayar saman 400 ribu. Kecik je tu Datuk, Isa Samad boleh cover takda hal punya.

Menyerang dan memfitnah pegawai kerajaan dan ketua peneroka secara peribadi dan panggil dia gunting dalam lipatan tu gila melampau tapi kami blogger UMNO tak heran pun perangai dua ekor ni. Isa Samad ni tersisih dari UMNO dan pegang Felda berapa lama? Isa Samad tak tahu pun jasa2 DG dan ketua peneroka. Ramai ADUN dengan Ahli Parlimen tergelak bigdog dan rockybru salah pilih target semata-mata Isa Samad dengan Sabri Ahmad arah “kalau nak tumbangkan penentangan peneroka dan kakitangan kena buang Dato Dzul dan Pak Sam.Kalau tak,habis planning kita”. Nama pun anjing, dia bukan tahu nak nilai jasa orang Felda baik pengurusan atau peneroka. Nama betul anjing ni Zakir Mohammed. Dia dulu kasi kecoh kata paderi kristian kat Penang nak PM orang kristian.Gila malu kami blogger Umno sebab dalam bodoh dia reka hal tu, Utusan pegi sambut pulak tu..dua kali bodoh

(https://kafesantai.blogspot.com/2011/05/blogger-pro-umno-telagah-gesa-bigdog.html )Dalam hal ni,jauh lebih baik profesional Mazlan Aliman, walaupun aku pernah bertugas patahkan hujah beliau, tapi aku tengok dia tak ada sentuh peribadi orang, ini kelebihan orang Pas bagi aku. Pernah minum pun dengan Mazlan masa dia singgah kat Felda aku, dia kira gentleman la orangnya, macho je cara cakap, patut dapat undi terbanyak ajk Pas pusat.

Aku nak declare niat Cybertrooper UMNO anak2 Felda melalui sahabat2 di blog2 pro PR ini, bahawa kami akan menyokong penuh JKPP dan GPW Felda dan bersama dengan ANAK Mazlan Aliman dan blog Pro PR sampai hasrat JKPP dan GPW untuk saksikan Isa Samad, Sabri Ahmad dan Ehsanuddin letak jawatan dan Seranta Felda dibubarkan. My last word, tak sangka PM Najib telur kecut tak boleh cakap sendiri hal listing,hal KPF dengan pengurusan Felda dan peneroka sampai JKPP dan GPW kena bangkit sound Najib sendiri. Rosmah tak uli ke kasi tegang balik? Ke Rosmah geli nak masuk Felda sampai PM Najib nak sebut hal Felda pun tak ada telur. Memang PM Najib aku sial, mak ayah aku dalam JKPP dan GPW kena hina dengan Isa Samad kau diam je.Betul ke kau anak Tun Razak. Hark Ptuih!!

Tun Faisal December 12, 2011 at 2:49 am Reply
Panas!! Exco Pemuda UMNO dedah siapa PAPAGOMO!

Tun Faisal Ismail bin Aziz

Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.

Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya – sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti atau tidak, dia gagal menjawab YA atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.

Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.

Soalan saya – Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.

Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.

Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It’s between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.

Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.

Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.

Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.

Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan dan mengangkat `martabat’ Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik berbanding Papagomo.

Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar…

(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)

Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghakupayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding rakan-rakan tertentu di dalam UMB.

Nasihat saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.

Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo – cukup, cukuplah…..

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.

https://demokrasi93.blogspot.com/2011/07/panas-exco-pemuda-umno-dedah-siapa.html

maria January 17, 2012 at 10:51 pm Reply
https://bagindareformasi.blogspot.com/2012/01/sekor-blogger-lembumno-merajuk.html

SEKOR LAGI BLOGGER lembUMNO MERAJUK?

Alamak! Merajuk pulak sekor lembUMNO tegar yang selama ni terkenal gila babas mempertahankan Parti Ketuanan Lembu Keris Kontot.. Apa kes? Aku pun x tau…

foto

Siapa dia ni? Oh, seorang peminat setia Tom Cruise… serius beb… Dengar khabar pun dia ni ada gak la jawatan penting dalam UMNO bahagian ape ntah, lupe pulak aku… Dia ni antara cybertrooper lembUMNO yang lama.. penuh dengan hasad dengki, fitnah dan yang sewaktu dengannya.. Hobinya selain memfitnah? Kumpul gambar Tom Cruise.. Pasal apa aku pun x taw… kikikiiiiiii..

foto

Gambar ni koleksi lama aku… Time tu fb dia baru stingraysVII.. Banyak betul.. Time tu dia guna acc fb Rahim Rahman untuk peribadi je, setelah kene terjah, dah kantoi, dia guna semuanya untuk politik… sampai tambah lagi acc lain.. Memang lembUMNO tegar.

LARI SEBELUM TERLAMBAT.. STRATEGI TERBAIK BILA NAMPAK KEKALAHAN BAKAL MENERJAH UMNO BN… Heheheeeee…

Othman January 17, 2012 at 11:04 pm Reply
https://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2012/01/papa-gomo-dan-parpu-kari-bakal-di-saman.html

Papa Gomo Dan Parpu Kari Bakal Di Saman RM10 Juta

Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, – Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

“Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu,” katanya.

Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.

Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya.

“Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno,” kata Netto.

Bukan kali pertama

Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia.

“Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu.

“Tetapi dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku,” katanya.

Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu.

“Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah,” katanya.

Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.

Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal minggu depan.

Papagomo sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar. -mk

Tun Faisal January 20, 2012 at 10:52 pm Reply
FRIDAY, JANUARY 20, 2012

Fitnah Malaysiakini: Papagomo, Parpukari blogger bebas

Semalam selepas forum Budi Bicara Twitter Jaya, wartawan Malaysiakini, The Sun dan sebuah akhbar lagi telah menemu ramah saya mengenai perang siber dan cybertroopers UMNO. Malangnya semangat Budi Bicara Twitter Jaya tidak dihayati dengan baik menyebabkan kenyataan saya dilapor secara salah dan diambil di luar konteks.

Malaysiakini menulis –

“Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.”

Seingat saya, kenyataan saya adalah seperti di bawah;

Pertama, saya menyatakan dengan jelas bahawa Parpukari dan Papagomo adalah `independent bloggers’ (blogger bebas) dan kita tidak boleh meletakkan sebarang syarat dan peraturan ke atas mereka kerana mereka bukan jentera parti. Saya ada maklumkan juga bahawa jangan kita mengikat perbincangan kita dengan sebarang nama tertentu.

Kedua, saya hanya boleh menetapkan syarat dan peraturan kepada jentera parti, seperti mereka yang berada di dalam Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO; tetapi akhirnya sebagai blogger dan cybertroopers mereka mungkin ada pendirian mereka sendiri kerana mereka tidak memasuki alam siber kerana mereka mahu terikat dengan peraturan-peraturan tertentu. Apa lagi apabila kita sendiri bersetuju dengan dasar untuk tidak menapis dan menyekat kandungan di internet.

Jadi konteks yang betul mengenai kenyataan “Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?,” adalah “Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal (independent blogger seperti) mereka?.”

Ketiga, sebagai independent bloggers dan cybertroopers yang bukan jentera parti mereka mempunyai pendekatan yang berbeza dengan jentera parti. Dalam keadaan tertentu mereka juga mengkritik dan menyerang pemimpin BN. Jadi kenapa kita hanya diminta mengawal mereka apabila mereka mengkritik dan menyerang pemimpin pembangkang?

Macam mana la kita nak berbaik-baik dan berbaik sangka di dalam alam siber kalau macam ni?

Posted by Tun Faisal Ismail bin Aziz at 2:20 PM https://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/fitnah-malaysiakini-papagomo-parpukari.html

O Mak Kau January 20, 2012 at 11:31 pm Reply
‘Unit media Umno tak dapat kawal Papagomo, Parpukari’

Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

“Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.

“Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?,” katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi..

Susah sangat ke nak kawal blogger berdarah UMNO pekat ni?….bagi kertas ada gambar agung pasti boleh kawal….kawal blogger UMNO ni macam kawal hantu raya….tiap hari kena bagi makan 2 biji telur….bila terlupa atau dah tak mampu nak suapkan dengan 2 biji telur itu yang mereka buat pusingan 360 darjah terus terkam dan gigit telur tuannya….tapi satu yang harus diberikan pujian kepada Tun Faisal ialah dia akui yang mangkuk ayun dua ekor ini adalah blogger kaki buat fitnah…tiada apa yang mereka tulis melainkan fitnah belaka….

Pssttttt…..helo papagomo @ Wan Mohamad Azri b Wan Deris dan Parpukari @ Mohd Salim Iskandar….kamu berdua dah dapat ke saman yang dikemukakan oleh ahli perniagaan yang nak saman kamu setiap sekor RM10juta?.

https://omakkau.blogspot.com/2012/01/ketua-unit-media-baru-umno-secara.html

Zaki March 27, 2012 at 4:46 pm Reply
Suarapakatanrakyat.Com: Bukti Kejayaan Unit Saraf Siber Umno

Posted on Monday, March 26 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh EX-BLOGGER UMNO

Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru yang dipimpin oleh Tun Faisal Ismail Aziz didapati meningkat dengan berganda sejak 2 tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang ‘masyuk’ berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (ringgit Malaysia).

Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk ‘budak tingkat empat’ dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu.

Sumber-sumber kewangan blogger UMNO mengikut keutamaan:

1) Individu – Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan ‘pengurusan persepsi’ dan menjatuhkan pihak lawan.

2) Jabatan Perdana Menteri – Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Dato Seri Ahmad Farid Ridzuan yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan ‘value for money’ setiap artikel dan post dikeluarkan

3) GLC / Yayasan / NGO – Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures

4) Unit Media Baru UMNO – Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan KJ. Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger ‘nyamuk’ dan ‘tiada kelas’ dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, UMB akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam PR kerana cuba mengelak daripada menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais (Tukar Tiub) bagi membincangkan peranan dan etika blogger.

Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majority blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka:

Blogger Elitis Penyerang Individu:

1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya 4 individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan.

2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan JASA, SB dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja

3. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam.

4. Jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia

5. Antara blogger ini adalah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.

Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan:

1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya 2 individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya 2 assignment korporat/politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu

2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan, New Strait Times, TV3 dan Malay Mail

3. Lebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan P. Pinang Lim Guan Eng dan blogger Rockybru/Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi contents

4. Antara kumpulan ini dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup menyerang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu memperbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga menganggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger ‘nyamuk’.

Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim.

Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan “Manusia Paling Suci” oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim. Selama ini blog SuaraPakatanRakyat.com cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portal Tranungkite menyiarkan berita dipetik daripada SuaraPakatanRakyat.com berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini.

p/s: Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tak adakah YB PR nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain?
……..
Komen WM : Oleh kerana artikel ini dihantar secara terus kepada saya, saya keluarkan semula walaupun artikel ini telah pun dikeluarkan di TKO melalui laman petikan PahangDaily.

ref: 
https://albangi.wordpress.com/2011/12/05/cybertrooper-umno-berkeliaran/

NATION
PRU14: Peranan cybertrooper sangat penting
By Berita Daily Staff 203
Last Updated 9th November, 2017, 4:10 PM
Sharing is caring... 😀
Hambatan media sosial yang terlalu tinggi menyebabkan ceramah-ceramah kelompok, ceramah skala kecil, program penerangan parti menjadi tidak berkesan

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PAS hari ini menggesa partinya supaya perlu ke hadapan untuk membina dan merancang gerakan penerangan parti melalui mujahid siber di setiap cawangan, Majlis Tindakan Dun (MTD), kawasan, negeri dan peringkat pusat.
Menurut Dr Riduan Mohd Nor, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS berpendapat bahawa peranan cybertrooper atau media sosial akan memainkan peranan sangat penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Memetik laporan Harakah Daily, Riduan dipetik sebagai berkata bahawa hambatan media sosial yang terlalu tinggi menyebabkan ceramah-ceramah kelompok, ceramah skala kecil, program penerangan parti menjadi tidak berkesan bukan sekadar kepada parti pemerintah juga kepada parti-parti pembangkang.

“Dalam dunia langit terbuka,semua orang mengakses maklumat maka peranan cyber trooper sangat penting,” katanya.

“Kerana itu  kerajaan memperuntukkan wang yang besar untuk membayar dan menggajikan cybertrooper mereka,” tambahnya.

Jelansnya, pada 4 November lalu, Umno melancarkan perang sibernya untuk menghadapi PRU14 nanti.

“Oleh kerana itu, gerakan cyber trooper memain peranan penting untuk menyebarkan dokumen, prinsip dan falsafah perjuangan  dan untuk menangkis serangan musuh kepada parti,” tegasnya sambil menambah beliau setuju dalam PAS diperkasakan peranan mujahid siber agar dapat menguasai maklumat dan menangkis serangan musuh.

“Masyarakat hari ini tidak lagi menggunakan media perdana sebaliknya lebih gemar dan mempercayai sumber-sumber daripada media sosial,” ujarnya lagi.


Comments
Bijak Politik
Pas xda nak buat ke? Rasanya ramai anak muda nk jd volunteer


ref: 
PRU14: Peranan cybertrooper sangat penting - Berita Daily

Lain-lain artikal: 

Media sosial "senjata ampuh" politik UMNO masa kini ⋆ ...

www.themalaysiantimes.com.my/media-sosial-senjata-ampuh-politik-umno-masa-kini/ 
7 Dis 2017 - Pertama, penyokong Umno dan kerajaan, kedua, penyokong parti ... fakta memainkanperanan penting menangkis tohmahan dan fitnah. ... Pada pendapat beliau, di sebalik pelbagai kemudahan yang disediakan, 'cybertrooper' Umno masih ... Jadi tugas yang perlu dibuat sekarang membuat perancangan ...

Cybertrooper UMNO perlu belajar dari Trump - TPM Zahid | ...
www.astroawani.com/.../cybertrooper-umno-perlu-belajar-dari-trump-tpm-zahid-129... 
22 Jan 2017 - UMNO perlu mengubah pendekatan komunikasi terutama peranan media ... peratus di kalangan 'cybertrooper' yang mendokong kerajaan dan ...

https://peraktoday.com.my/2018/02/cybertroopers-berbayar-tiada-bisa/
27 Feb 2018 - Kamarul Zaman mengulas kenyataan Exco Pemuda Umno, Datuk Nazir Hussin ... bahawa cybertrooper Umno menerima bayaran untuk tugasan tersebut. ... cybertroopers berbayar yang mereka cipta dan menyebarkan berita palsu dihukum. ... Peranan Guru Penting Dalam Menjayakan Aspirasi TN50.

NAJIB BARU JE BAGI TELEFON SAMSUNG DEKAT TENTERA SIBER YANG PRO-BN. BETUL KE?
Adi PutriApril 21, 2017
(Click here to read the original article in English)
Kebelangan ni kita banyak dengar yang Pilihanraya Umum memang dah tak lama dah. BFF kami kat CILISOS dah banyak tulis artikel membincangkan tanda-tanda yang PRU akan berlaku pada tahun ni. Tapi apa yang menarik perhatian kitorang baru-baru ni adalah bila Perdana Menteri kita ada menyebut;

“Kita sudah lama berada dalam defensive mode. Cukuplah. It is now time to attack !” – dipetik daripada blognya sendiri.

Dia berkata demikian pada mesyuarat yang dinamakan Himpunan Aktivis Media Sosial 2017, di mana PM kita bertemu dengan beberapa aktivis media sosial pro-BN (memang itu pun nama rasmi dorang.) 

Himpunan Aktivis Media Sosial. Imej dari NajibRazak.com
Nak tau apa yang paling best kalau korang datang event ni? Ha ini dia… 

PM kita mungkin ada bagi smartphone Samsunf free kepada semua aktivis media sosial ni 

Ok sejujurnya, kitorang mula-mula dengar pasal benda ni pun sebab sorang aktivis, Fahmi Reza yang post pasal benda ni dekat Facebook beberapa hari yang lepas. Pihak kami pun cari la dalam internet pasal kesahihan hal ni, dan kitorang jumpa beberapa gambar lain di pelbagai platform media sosial yang mengucapkan terima kasih pada PM sebab dapat hadiah tu semua.
Dapat Samsung A9 Pro pulak tu! Imej dari Facebook
Amboi, pemurah betul PM kita ni ye? Mesyuarat ni macam nak bagitahu aktivis-aktivis media sosial ni pasal persediaan untuk perang siber. Malah salah satu benda yang dia bagitau para aktivis ini adalah mereka perlu:

“Mempertahankan maruah parti dan membidas segala pembohongan yang giat dipermainkan oleh pembangkang sejak sekian lama.”

Dan nampaknya satu perkara yang boleh memotivasikan tentera siber ni ialah dengan melengkapkan mereka dengan senjata yang boleh tahan juga harganya iaitu sebuah Samsung Galaxy A9 Pro.


Dalam laman web rasmi Samsung sendiri, harga yang diletakkan bermula dari RM1,999. Tapi kalau kita tengok dekat Lazada, harga dia boleh la dapat dalam RM1600-RM1800. Okay, cuba darabkan dengan semua orang dalam gambar ni (lebih kurang 60 orang secara anggaran kasar), jadi jumlah kos ialah sebanyak RM96k-RM108k! Dan kenapa pulak kitorang boleh kata yang semua orang dapat telefon tu? Sebab Fahmi Reza juga ada post gambar aturcara majlis.
Kalau korang tak nampak, tulisan tu bertulis “Pemberian gajet oleh YAB Perdana Menteri”. 
Imej dari Facebook page Fahmi Reza
Ok, mungkin gambar je tak cukup untuk buktikan apa yang betul-betul berlaku. Kitorang sendiri pun tak jumpa sebarang laporan berita pasal hadiah smartphone ni, termasuklah kat page rasmi Najib Razak sendiri. Jadi, lebih elok kalau pihak kerajaan sendiri tampil ke hadapan dan terangkan kat kita semua pasal hal ni.

Tapi dalam masa yang sama, kitorang terfikir juga kalau…

Boleh ke sebenarnya kerajaan bagi hadiah macam ni kat orang? 
Orang kaya memang ada gaya. Imej dari cerita Batman
Sebagai rakyat Malaysia, ada je majlis di mana kita akan terima hamper, buah tangan atau sebagainya, contohnya macam masa Hari Keluarga. Malah benda ni memang sangat lazim sampaikan kita ada ada panduan pasal pemberian hadiah kat Malaysia. Tapi korang tahu tak pemberian hadiah ni boleh jadi satu jenayah kalau datangnya dari kerajaan?

Undang-undang terhadap pegawai kerajaan terima hadiah ni pun bukannya benda baru kat Malaysia. SPRM sendiri sebenarnya ada FAQ panjang pasal hadiah apa yang pegawai kerajaan boleh dapat. Secara ringkas, diorang boleh terima hadiah, tapi hanya di bawah nilai tertentu, dan itupun diorang kena laporkannya kepada SPRM. Tapi tu pasal orang kerajaan terima hadiah, macam mana pula kalau diorang sendiri yang bagi hadiah?

Awal tahun ni, Ketua Setiausaha Kerajaan, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan yang kerajaan takkan bagi dah hadiah kat tetamu kehormat di majlis-majlis mereka. Kiranya, no gift policy la yang diorang nak buat sekarang.


“Kenapa menteri dan pegawai tertinggi diberi hadiah mahal yang dibeli oleh pembayar cukai, apabila wang ni boleh membiayai projek-projek untuk golongan miskin?” – Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, seperti yang dipetik dari NST

SPRM juga ada menyebut yang Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan bahawa – kecuali di bawah beberapa keadaan, seorang pegawai awam, pasangan, atau sesiapa sahaja yang berdiri di atas nama mereka TIDAK BOLEH memberi atau menerima hadiah
Imej dari ChinaDaily
Kalau nak diikutkan pada undang-undang tadi, kita boleh simpulkan yang PM memanag tak boleh bagi hadiah, sebab dia orang kerajaan kan? Persoalan samada Najib adalah dikira sebagai pegawai kerajaan atau takdah diterangkan dengan lebih lanjut oleh BFF kami AskLegal. Secara ringkasnya, Najib mungkin tak diambil kira sebagai pegawai kerajaan, jadinya tak tertakluk kepada undang-undang pemberian hadiah tadi.

Okay, ketepikan hal undang-undang kejap. Patut ke pegawai kerajaan terima atau bagi hadiah?

Pemberian hadiah berlaku dimana-mana, tapi wajar ke tak?
Masa kitorang discuss pasal benda ni, kitorang dapat tahu yang bukannya senang nak cari artikel membincangkan pemberian hadiah daripada kerajaan sebab selalunya dorang yang menerima hadiah tu sendiri.

Contohnya, kat Amerika sendiri diorang pun ada sesuatu yang dipanggil  $20/$50 rule, di mana seorang pegawai awam tak boleh terima sebuah hadiah yang lebih mahal daripada US$20, atau US$50 setahun oleh pemberi yang sama.

Itu berkaitan dengan pegawai kerajaan, macam mana dengan orang korporat pulak? Kat ofis CILISOSCILI sendiri, kitorang banyak je dapat macam-macam hadiah daripada kawan kami yang murah hati. Malah ada staff CILISOS yang pernah bekerja kat tempat lain kata dorang pernah dapat hadiah-hadiah mahal macam jam dan juga iPod. 
Jam Calvin Klein yang colleague kitorang dapat masa kerja kat company lain. 
Harga masa tu dalam RM1400 jugak la.
Walaupun pemberian hadiah di antara syarikat tu tak salah, ada artikel yang dah tertulis pasal garis panduan antara hadiah dan rasuah.

“Walaupun hadiah selalunya diberi sebagai tanda keikhlasan, hadiah yang terlebih ikhlas biasanya memberi tekanan kepada penerima untuk membalasnya kembali kepada pemberi. Tidak memeranjatkan jika beza antara hadiah dan rasuah semakin kabur.” – Kolumnis Karl Smith, dalam satu artikel di LinkedIn

Tapi apa yang sebenarnya jadi faktor penentu untuk bezakan hadiah dengan rasuah ni ialah niat di sebalik pemberian hadiah. Kalau hadiah tu diberikan dengan niat untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan, ianya mungkin rasuah.

Tapi masalahnya macam mana kita nak tahu niat seseorang kalau diorang bagi hadiah kan? Jadi mungkin itulah sebabnya ada beberapa syarikat terus haramkan pemberian hadiah sama sekali (seperti Petronas, yang mempunyai garis panduan mengenainya.)

Berdasarkan semua benda ni, memang kita sendiri akan terfikir beberapa soalan pasal telefon Samsung yang kita cakap tadi tu. Contohny, apa niat dia bagi telefon tu, berapa banyak duit sebenarnya digunakan untuk beli telefon-telefon tadi dan dari mana pulak duit yang digunakan untuk beli semua telefon Samsung tu tadi?

Tapi bukan nak kata pihak kerajaan je yang pernah buat benda macam ni....

Kerajaan dan pembangkang, dua-dua pun pernah bagi hadiah sebelum ni

Tahun lepas, kami ada tulis artikel pasal macam mana ahli politik dari dua-dua belah pihak pernah bagi banyak hadiah masa pilihan raya kecil berlaku masa tu. Antara benda yang diorang bagi ialah kampit beras, hamper, dan juga sawi. 
Pakatan pun ada juga bagi hadiah… sawi
Kita semua tahu yang ahli politik semua bagi hadiah sebab nak dapatkan undiJadi kita tengok pula tahun 2009, bila mahkamah kita pernah putuskan kalau ahli politik bagi hadiah tu tak menyalahi undang-undang. Pelik juga la sebab ianya bercanggah dengan apa yang SPRM dah putuskan pasal amalan pemberian hadiah oleh pegawai-pegawai awam. Jadi nampaknya undang-undang pasal pemberian hadiah ni perlu diselaraskan. Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyatakan dengan jelas pasal undang-undang negara diorang yang pemberian hadiah adalah seragam di semua pekerja awam persekutuan, dan termasuklah Cawangan Eksekutif (yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, dan ahli-ahli kabinet) . Jadi berbalik kepada telefon Samsung tadi, kalau PM Najib betul-betul bagi phone Samsung tadi sebagai hadiah (dah la mahal pulak tu), mungkin tak salah pun. Tapi budaya ni tak sepatutnya ada dan patut dikeluarkan dari budaya politik kita berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas.
Rujukan: 

Artikel berkaitan 
Ketika dikatakan berlaku Tsunami Politik pada tahun 2008 (PRU-12), kerajaan Pulau Pinang turut bertukar kepimpinan kepada gabungan Pakatan Rakyat yang...

Scorpene: Apa kaitan pembelian kapal berbilion ringgit dengan pembunuhan Altantuya?Mungkin sejak beberapa tahun lepas, kita jarang dengar nama Razak Baginda yang pernah dapat liputan luas media suatu masa dahulu. Tapi baru-baru ni, n...

FELDA ni dulu beli hotel, sekarang jual pulak. Apa yang berlaku sebenarnya?Kalau sebut FELDA je mesti kita fikir pasal ladang sawit, tak pun team bola Felda United. Tapi tiba-tiba nama FELDA dikaitkan dengan hotel. Aik? Apa k...

Kutipan zakat sampai beratus juta, tapi kenapa masih ramai yang hidup susah?Pada bulan Ramadhan yang lepas, kita sebagai umat Islam disyariatkan untuk menjalankan ibadah puasa. Selain itu, kita juga diperintahkan untuk menunai...

....................

Tiada ulasan: