Rabu, 4 Julai 2018

42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, saya akan reda, jika ini harga yang saya terpaksa bayar. 7837.




n.
HTML NOTE:

s3v3n

s3v3n

.

Jika ini harganya, saya reda - Najib

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/445056/jika-ini-harganya-saya-reda-najib

BERITA»Nasional

Rabu, 4 Julai 2018 | 5:19pm

Bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika dia meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur. - Foto EPA-EFE

Jika ini harganya, saya reda - Najib

BharianBeritaNasional

Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: "Jika ini harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan reda," kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Bercakap pada sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini, Najib mendakwa pertuduhan yang dihadapinya hari ini adalah kehendak kerajaan baharu.


Beliau berkata, jika prosiding yang dilaluinya hari ini adalah proses yang benar-benar adil mengikut keluhuran undang-undang, beliau yakin tidak akan disabitkan kesalahan.

Datuk Seri Najib Razak melambai tangan kepada penyokongnya ketika meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Kuala Lumpur. - Foto EPA-EFE

"Insya-Allah, saya yakin atas ketidaksalahan saya, ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.


"Hari ini hakim membuat keputusan bahawa ada 'gag order' (perintah larangan memberi ulasan) terhadap kes ini. Jadi saya menghormati keputusan hakim dan tak boleh cakap lebih dari itu," katanya.


Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan keselamatan kerana memberikan layanan yang baik serta menghormatinya sebagai bekas Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto Sairien Nafis

"Mudah-mudahan proses ini berjalan dengan baik, insya-Allah saya harap rakyat dan penyokong saya bertenang. Saya juga kagum dengan kehadiran mereka untuk memberi sokongan moral," katanya.


Kes Najib, mahkamah keluar perintah larangan sementara media

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/445067/kes-najib-mahkamah-keluar-perintah-larangan-sementara-media
Kiki penghibur hati Najib
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354621/kiki-penghibur-hati-najib

Najib akan kemuka permohonan kelayakan Tommy Thomas kendali kes

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/445109/najib-akan-kemuka-permohonan-kelayakan-tommy-thomas-kendali-kes
BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 6:53pm
Peguam Negara, Tommy Thomas ketika sidang media di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Luqman Hakim Zubir
Najib akan kemuka permohonan kelayakan Tommy Thomas kendali kes
BharianBeritaKes
Oleh Farah Marshita Abdul Patah
farahmarshita@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat permohonan berhubung kelayakan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam mengendalikan kes pecah amanah dan salah laku kuasa yang dihadapinya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sedang memikirkan perkara itu secara serius

"Saya rasa beliau (Thomas) sudah membuat keputusan awal walaupun sebelum menjadi Peguam Negara," katanya ketika ditemui media selepas proses membayar ikat jamin di sini, hari ini.

Muhammad Shafee turut mempersoalkan kesediaan pasukan pendakwaan dalam membawa prosiding kes membabitkan anak guamnya kerana pihak berkenaan yang meminta penangguhan.

Katanya, biasanya pihak pembelaan yang meminta penangguhan kerana kita yang terkejut dengan pendakwaan ini.

"Tapi dalam kes ini, pendakwaan yang meminta penangguhan sehingga sebulan hanya untuk sebutan kes.

"Seperti yang pernah saya katakan, saya sangat serius dalam perkara ini, pihak pendakwaan mungkin masih mencari bukti berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib," katanya.

BERITA»Nasional
Rabu, 4 Julai 2018 | 3:31pm
Peguam Negara, Tommy Thomas bercakap semasa sidang berita di luar mahkamah di Kuala Lumpur. - Foto REUTERS

Kami ada kes kukuh - Peguam Negara

BharianBeritaNasional
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan mempunyai kes yang kukuh terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa melakukan pecah amanah jenayah dan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM42 juta membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan, berkata pihaknya akan membuktikan kes mereka pada perbicaraan nanti.

Sehingga itu, katanya, beliau akan menerima bahawa Najib adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Malah, kami amat bermurah hati dengan jumlah jaminan terhadap tertuduh tidak membantah prinsip jaminan.

"Sebaliknya, hanya membantah jumlah jaminan...kami sangat adil," katanya dalam sidang media di luar mahkamah, hari ini.

Menurutnya, setakat ini dua saksi akan dipanggil memberikan keterangan berhubung kes Najib.

Apabila ditanya mengenai sama ada Najib akan dituduh lagi di mahkamah, Tommy berkata sehingga kini masih tiada pertuduhan baharu terhadap bekas perdana menteri.

"Namun, ia bergantung kepada kertas siasatan yang diterima pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Setakat ini hanya empat pertuduhan dikemukakan terhadap Najib," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444999/kami-ada-kes-kukuh-peguam-negara

BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 10:38am
DATUK Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Wartawan antarabangsa cedera ketika liputan kes Najib
BharianBeritaKes

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan media antarabangsa mengalami cedera ringan ketika membuat liputan berkenaan pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut wartawan yang enggan dikenali ia berlaku semasa kekecohan ketika ketibaan Najib memasuki pintu utama kompleks mahkamah berkenaan.

"Ia berlaku kepada beberapa pemberita lain apabila kami cuba mengambil gambar Najib. Selain saya, ada dua lagi juru gambar dan dua pemberita cedera," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, seorang wartawan wanita telah pergi ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami pendarahan pada hidungnya ketika kejadian tolak-menolak sebentar tadi.

Najib ditahan berkaitan kes dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB. -- BERNAMA

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444895/wartawan-antarabangsa-cedera-ketika-liputan-kes-najib

BERITA»Nasional
Rabu, 4 Julai 2018 | 3:59pm
Najib kembali ke rumah
BharianBeritaNasional
Oleh Fazrik Kamarudin
cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Kenderaan dinaiki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat memasuki kediamannya di Jalan Langgak Duta, pada jam 3.30 petang tadi.

Najib yang dipercayai menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire diiringi sebuah motosikal polis pengiring.
Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Pedana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergerak keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan iringan kenderaan Polis untuk ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Pedana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula bergerak keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan iringan kenderaan Polis untuk ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Turut kelihatan sebuah kereta jenis BMW yang difahamkan digunakan anak-anaknya dan tiga buah lagi kenderaan lain.

Terdahulu, Najib meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas diikat jamin atas empat pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/445009/najib-kembali-ke-rumah

Anak Najib bayar ikat jamin
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan selepas dijamin oleh dua anaknya yang membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Jaminan itu dibayar Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib di bank dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kedua-dua anak Najib itu enggan ditemubual sejurus keluar dari bank berkenaan.

Terdahulu, Mahkamah membenarkan jaminan RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

Selain itu mahkamah juga membenarkan bahawa bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar hari ini dan pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Najib meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih kira-kira 3.30 petang.

Beliau sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi terhadapnya selepas pertama kali disebut di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 4:05 PM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354600/anak-najib-bayar-ikat-jamin

BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 11:04am
NAJIB dibawa oleh pihak SPRM dan polis bagi merekodkan pengakuan di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 berkenaan isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Reuters
Najib minta dibicarakan
BharianBeritaKes

KUALA LUMPUR: "Tidak bersalah dan mohon dibicarakan."

Itu pengakuan Datuk Seri Najib Razak selepas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta dibacakan terhadapnya sekali lagi di Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Sementara itu, Peguam Negara, Tommy Thomas, memberitahu mahkamah walaupun pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin, pihaknya tidak membantah sebarang jaminan diberikan.
NAJIB dibawa oleh pihak SPRM dan polis bagi merekodkan pengakuan di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 berkenaan isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Reuters
Beliau menawarkan jaminan RM4 juta dengan dua orang penjamin tanpa syarat tambahan.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membantah jumlah itu kerana menyifatkannya terlalu tinggi.

Beliau memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan mengambil kira perkhidmatan anak guamnya dalam berkhidmat kepada kepada rakyat.

Katanya, Najib tidak mempunyai kesalahan lampau, malah tidak mempunyai kesalahan trafik.

Beliau memohon jaminan antara RM500,000 dan RM800,000 dikenakan terhadap anak guamnya dan memaklumkan Najib akan mencagarkan rumahnya bagi membayar jaminan itu memandangkan semua akaun milik ahli keluarganya sudah dibekukan.

Tommy Thomas membantah rayuan itu dan menegaskan jaminan RM4 juta itu adalah jumlah yang wajar kerana ia kurang 10 peratus daripada jumlah RM42 juta seperti pertuduhan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin serta memerintahkan dua pasport Najib diserahkan kepada mahkamah.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444913/najib-minta-dibicarakan

MALAYSIA
AG cancels press conference after Najib supporters crash event, demand he use BM
Published 1 hour ago on 04 July 2018
By Thasha Jayamanogaran
Attorney General Tommy Thomas arrives at the Kuala Lumpur High Court, July 4, 2018. ― Picture by Azneal Ishak
Attorney General Tommy Thomas arrives at the Kuala Lumpur High Court, July 4, 2018. ― Picture by Azneal Ishak
KUALA LUMPUR, July 4 — Attorney General (AG) Tommy Thomas cancelled a scheduled press conference on Datuk Seri Najib Razak’s trial after the latter’s supporters became aggressive in the vicinity.

The group began berating Thomas as he approached the lobby of the Kuala Lumpur Courts Complex where the press conference had been arranged, denouncing him for conducting the court proceedings in English earlier.

“Guna Bahasa Malaysia! (Use Bahasa Malaysia!)” the cries came at first, before rising to a crescendo of shouts.

Thomas earlier sought the court’s permission to proceed with the former PM’s prosecution in English.

The AG previously conceded to a poor command of the national language.
The crowd mocked him repeatedly, with some questioning his citizenship for not being fluent in BM.

Thomas stood and smiled as he waited for the crowd to settle down, but walked away when it became apparent that they were becoming increasingly agitated.

Actress Ellie Suriaty Omar, believed to be the instigator of the chants, then had her MyKad taken by police personnel who were attempting to calm the group.

Thomas called later for another press conference, this time on an upper floor free of the former PM’s supporters.

The crowd moved outside the lobby when police escorted some of the more hostile protesters outside, where the shouting and jostling continued.
Actress Ellie Suriaty Omar (centre) is escorted by the police after causing a ruckus during Attorney General Tommy Thomas’ press conference at the Kuala Lumpur Courts Complex July 4, 2018. — Picture by Mukhriz Hazim
Actress Ellie Suriaty Omar (centre) is escorted by the police after causing a ruckus during Attorney General Tommy Thomas’ press conference at the Kuala Lumpur Courts Complex July 4, 2018. — Picture by Mukhriz Hazim

Sumber:
https://www.malaymail.com/s/1648663/ag-cancels-press-conference-after-najib-supporters-crash-event-demand-he-us?utm_source=izooto&utm_medium=push_notification&utm_campaign=browser_push&utm_content=&utm_term=

BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 9:13am
MAZLAN Lazim. - Foto BERNAMA
Tiada sekatan kepada petugas media - Ketua Polis KL
BharianBeritaKes
Oleh Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyekat petugas media membuat liputan kes pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata kehadiran pihaknya adalah bagi menjalankan kawalan keselamatan dan bukannya menghalang petugas media menjalankan tugas.

"Tiada sekatan dikenakan kepada mana-mana petugas media, kami berada di Kompleks Mahkamah untuk menjalankan kawalan keselamatan.

"Maka dakwaan mengatakan polis tidak membenarkan petugas media masuk ke kamar mahkamah adalah tidak benar, cuma apabila ruang mahkamah penuh, kami tidak membenarkan wartawan masuk, kerana ruang di dalam mahkamah adalah terhad," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
AHLI UMNO dan penyokong menunggu di luar bilik Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penahanan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh pihak SPRM berkenaan isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Mazlan berkata, kawasan Kompleks Mahkamah adalah kawasan larangan dan ada peraturan yang perlu dipatuhi.

"Kami minta orang ramai yang berada di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mematuhi peraturan dan arahan petugas polis.

"Jangan cuba melakukan perkara yang menyalahi peraturan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi berkata pihaknya melakukan kawalan keselamatan seperti biasa.

Katanya, orang ramai yang berada di sekitar perkarangan kompleks mahkamah diminta mematuhi arahan polis yang bertugas.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444856/tiada-sekatan-kepada-petugas-media-ketua-polis-kl

MALAYSIA
Najib denies all charges, bail set at RM1m
Published 7 hours ago on 04 July 2018
By Ida Lim
Datuk Seri Najib Razak arrives at the Kuala Lumpur High Court, July 4, 2018.  ― Picture by Shafwan Zaidon
Datuk Seri Najib Razak arrives at the Kuala Lumpur High Court, July 4, 2018.  ― Picture by Shafwan Zaidon
KUALA LUMPUR, July 4 — Former prime minister Datuk Seri Najib Razak has claimed trial to three charges of criminal breach of trust and another for abuse of power in relation to RM42 million allegedly misappropriated from a former 1Malaysia Development Bhd unit.

He pleaded not guilty before the High Court here, where the case was transferred earlier from the Sessions Court.

The three CBT charges are from Section 409 of the Penal Code, with each punishable by up to 20 years and a fine.

The power abuse charge was proffered under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act, and is also punishable by up to 20 years’ imprisonment and a fine upon conviction.

Attorney General Tommy Thomas, who is leading the prosecution team filled with 11 deputy public prosecutors, proposed that bail be set at RM4 million with two sureties.

He also sought for Najib’s passport to be confiscated for the duration of the trial.

Najib and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, are both already prohibited from leaving the country.

Lawyer Tan Sri Shafee Abdullah, who is representing the former PM today, countered with a request for bail to be lowered to RM500,000.
He claimed the family did not have RM4 million in cash and would need to solicit funds from relatives and friends in order to make the bail amount.

Shafee then proposed that the deed to Najib’s family mansion in Langgak Duta be used as collateral for the bail amount, but the prosecution rejected this.

Thomas said the defence’s proposal was impractical and his side would not accept the property title in lieu of cash.

The court later set bail at RM1 million with two sureties. Najib was also ordered to surrender his passports until his trial is concluded.

However, Shafee said Najib’s family would only be able to put up RM500,000 today, claiming they do not have access to further funds as their bank accounts have been frozen by the 1MDB Task Force.

The lawyer said they will attempt to raise the remaining RM500,000 by Monday.

Justice Datuk Mohd Sofian Abd Razak, who presided over today’s High Court hearing, indicated his agreement while Thomas did not object to Shafee’s proposal for part payment.

Thomas did reject the defence’s bid for a temporary gag order on public statements about the trial, which Shafee argued was needed as intense media coverage would be prejudicial to his client’s case.

The AG said this would be against the country’s freedom of speech and told his opponent to formally apply for such an order if he insisted, but added that he would strongly contest this.

Despite the prosecution's objection, Sofian granted Shafee's application for the interim order, putting further reporting on the high-profile trial in question.

Najib was released on bail with these conditions, and departed the complex at 3.27pm for his home after giving a brief press conference about today’s charges.
Sumber:
https://www.malaymail.com/s/1648604/najib-denies-all-charges?utm_source=izooto&utm_medium=push_notification&utm_campaign=browser_push&utm_content=&utm_term=




BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 9:28am
Tuduhan terhadap Najib mula dibaca
BharianBeritaKes
KUALA LUMPUR: Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang diamanahkan dengan RM4 bilion milik wang SRC International Sdn Bhd yang mana beliau sebagai penasihat syarikat itu, didakwa melakukan pecah amanah jenayah berjumlah membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Terdahulu, Najib masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Terdahulu, Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dibacakan dalam bahasa Inggeris.
NAJIB Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Beliau mengemukakan izin mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM.

Selain itu, satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Najib iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tuduhan itu ialah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Najib Razak - Foto Zulfadhli Zulkifli
Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu SRC International Sdn Bhd - Foto Zulfadhli Zulkifli
Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444858/tuduhan-terhadap-najib-mula-dibaca

BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 9:11am
Najib diwakili 7 peguam bela
Peguam Negara Tommy Thomas tiba untuk perbicaraan kes Najib 
di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Foto Sairien Nafis
PEGUAMBELA kepada Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah keluar dari Mahkamah Sesyen 
berkenaan isu SRC International Sdn Bhd - Foto Muhd Zaaba Zakeria
BharianBeritaKes
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bakal diwakili oleh barisan tujuh peguam bela yang diketuai oleh peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

Manakala pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas, akan dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Najib dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 2 pada jam 8.25 pagi ini, sebelum pasukan pendakwaan memasukinya jam 8.40 pagi.

Pasukan pendakwaan

1. Tommy Thomas

2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria

3. Manoj Kurup

4. Datuk Shuhaimi Ibrahim

5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar

6. Datuk Ishak Mohd Yusof

7. Donald Joseph Franklin

8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi

9. Budiman Lutfi Mohamed

10. Sulaiman Kho Kheng Fuei

11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul

12. Muhammad Izzat Fauzan

Pasukan peguam bela Najib:

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

2. Harvinderjit Singh

3. Datuk Raj Krishnan

4. Farhan Read

5. Rahmat Hazlan

6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee

7. Syahirah Hanapiah

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444854/najib-diwakili-7-peguam-bela

BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 10:16am
Lakaran ketika prosiding ke atas Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 
di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini
Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu SRC International Sdn.Bhd
Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu SRC International Sdn Bhd 
- Foto Luqman Hakim Zubir.jpg
3 tuduhan pecah amanah, 1 tuduhan salah guna kuasa
BharianBeritaKes

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

Bagi pertuduhan keempat, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa oleh pihak SPRM dan Polis bagi merekodkan pengakuan di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, berkenaan isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Najib mengangguk faham selepas empat pertuduhan itu dibacakan. Kes juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tommy Thomas yang dibantu 11 Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Datuk Suhaimi Ibrahim, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, Datuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan yang dibantu oleh lima peguam Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee.

Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali untuk direkodkan keterangan berhubung kes berkenaan.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - BERNAMA

Info

Pertuduhan pertama

Bahawa kamu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Febrauri 2012 di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi diri kamu berjumlah RM42 juta apabila kamu telah mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn. Bhd.,.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pertuduhan kedua

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan ketiga

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan keempat

Bahawa kamu antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444873/3-tuduhan-pecah-amanah-1-tuduhan-salah-guna-kuasa

BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 8:56am
KENDERAAN yang membawa Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq
Najib tiba di Kompleks Mahkamah KL
BharianBeritaKes

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk proses pendakwaan berhubung kes dana SRC International Sdn. Bhd., bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anggota Parlimen Pekan itu tiba jam 8.17 pagi di Kompleks Mahkamah KL dengan kereta Proton Inspira berwarna merah yang diiringi beberapa kenderaan serta motosikal polis.

Sebaik tiba di kompleks berkenaan, Najib dikawal ketat dengan diiringi pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke bangunan mahkamah.

Bekas Menteri Kewangan itu dilihat memakai sut lengkap berwarna gelap, kemeja biru dan bertali leher.

Beliau kelihatan tenang ketika berhadapan dengan media serta orang ramai.

Perkarangan mahkamah juga gamat dengan laungan seperti "Bebas Najib" dan "Hidup Najib" oleh para penyokongnya sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Kira-kira 100 penyokong Najib termasuk anggota UMNO berkumpul di perkarangan lokasi itu sejak pukul 7.00 pagi lagi.

Semalam, Pasukan Petugas Khas Siasatan 1MDB mengesahkan Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. - BERNAMA

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444852/najib-tiba-di-kompleks-mahkamah-kl

BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 10:01am


Jangan aibkan Najib - Ketua Pemuda UMNO
BharianBeritaKes
KUALA LUMPUR: Jangan aibkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum beliau dibuktikan bersalah, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada Anggota Parlimen Pekan itu berkata, selama ini Najib hanya diadili di mahkamah media dan bukannya mahkamah sebenar.

"Biar mahkamah jalankan proses perbicaraan dengan adil dan telus, kita mengharapkan supaya dia (Najib) diberi keadilan dan jangan kita menghukum sebelum mahkamah menghukum.

"...dan kita juga jangan aibkan dia sebelum dia terbukti bersalah oleh mahkamah," katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat yang beragama Islam untuk kembali kepada prinsip yang diajar dalam agama dan undang-undang sebelum bersangka buruk terhadap Najib.

Terdahulu, Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi pendakwaan berhubung dana syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini pada 2.35 petang semalam dan dibawa ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. - BERNAMA

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444864/jangan-aibkan-najib-ketua-pemuda-umno

BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 10:47am
NAJIB Razak dibawa oleh pihak SPRM dan polis bagi merekodkan pengakuan di Mahkamah Tinggi jenayah 3 berkenaan isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Najib dibawa ke Mahkamah Tinggi
BharianBeritaKes

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi selepas selesai prosiding di Mahkamah Sesyen.

Pengakuan Najib atas empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya akan direkodkan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak sebentar lagi.
NAJIB Razak dibawa oleh pihak SPRM dan polis bagi merekodkan pengakuan di Mahkamah Tinggi. - Foto Reuters
Kelihatan di dalam mahkamah adalah dua anak Najib iaitu Norashman dan Nooryana Najwa dan menantunya, Daniyar Kessikbayev.

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar juga kelihatan di dalam dewan mahkamah.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444899/najib-dibawa-ke-mahkamah-tinggi

Kehadiran dan hujah penyokong-penyokong DSNajib. 
BERITA»Kes
Rabu, 4 Julai 2018 | 8:47am
LEBIH 100 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini bagi menunjukkan sokongan mereka.
Penyokong Najib berkumpul beri sokongan

BharianBeritaKes
Oleh Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Lebih 100 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kumpulan yang terdiri daripada ahli UMNO Pekan dan beberapa kawasan lain itu muka berkumpul seawal jam 7.30 pagi. Mereka menggesa kerajaan membebaskan Najib yang akan didakwa hari ini.

Jurucakap kumpulan itu yang juga Ketua Puteri UMNO Pekan, Sida Tatiana Sariat, berkata pihak berkuasa tidak sepatutnya menahan Najib tanpa bukti yang kukuh.

"Kalau beliau (Najib) bersalah, tunjukkan bukti, tidak perlu menahan beliau seperti ini.

"Kami mahu pihak berkuasa bebaskan Najib, ahli lain dari Pontian dan Temerloh akan menyertai kami untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Bahagian kami," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, konsultan perniagaan, Dr Phillip Loh, berkata penahanan Najib adalah tidak berasas dan dilakukan tanpa siasatan lengkap.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444848/penyokong-najib-berkumpul-beri-sokongan

BERITA»Nasional
Rabu, 4 Julai 2018 | 5:08pm
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir beramah mesra dengan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (dari kanan) Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak) selepas Majlis Pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Majlis Angkat Sumpah ADUN di Wisma Darul Aman hari ini. - Foto BERNAMA
Terima kasih ADUN BN - Mukhriz
BharianBeritaNasional
Oleh Suzalina Halid suzalina@nstp.com.my
ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengucapkan terima kasih kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang memihak kepada kerajaan dalam pelantikan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan Timbalannya.

Mukhriz berkata, walaupon proses pengundian dalam pemilihan Speaker itu adalah rahsia, namun pihaknya dimaklumkan undi dari tiga ADUN BN yang bertindak sebagai 'king maker' membolehkan jawatan Speaker dan Timbalannya dipilih daripada wakil Pakatan Harapan (PH).

Katanya, melalui proses undian dalam mesyuarat pertama sidang DUN Kedah ke-14 itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kasim dilantik sebagai Speaker, manakala ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat pula sebagai Timbalan Speaker.

"Kalau benar (undi dari ADUN BN) saya ucapkan terima kasih pada mereka tetapi saya tak boleh jamin kesahihannya, mana tahu undi itu dari PAS.

"Ini kerana proses pemilihan adalah melalui undi atas kertas yang dimasukkan ke dalam, jadi tak dapat nyatakan siapa dari kalangan pembangkang yang beri tiga undi lebihan itu," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama, penggal pertama Sidang DUN Kedah Ke-14, di Wisma Darul Aman, di sini.

Tiga wakil BN yang berpihak kepada PH itu ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob dan ADUN Bandar Baharu, Datin Norsabrina Mohd Noor.

Ahmad dilantik sebagai Speaker selepas memperoleh 21 undi membabitkan 18 daripada ADUN PH dan tiga ADUN BN, manakala calon Speaker daripada PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi pula mendapat 15 undi.

Juhari dilantik sebagai Timbalan Speaker Kedah selepas memperoleh 20 undi, manakala calon dari PAS yang juga ADUN Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim mendapat 15 undi dengan baki satu undi diisytiharkan rosak.

Sementara itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan memperkasakan Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) yang dipengerusikan oleh Ahmad bagi memantapkan lagi aspek urus tadbir Kedah.

Beliau berkata, CAT akan bergerak seiring bersama-sama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan sebarang kesalahan dalam pentadbiran boleh dilaporkan kepada jawatankuasa terbabit.

"CAT mempunyai kuasa untuk memanggil Ketua Jabatan dan Ketua Eksekutif untuk perbincangan dan mengesyorkan kepada EXCO tindakan yang boleh diambil, " katanya.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga akan menjemput ADUN pembangkang untuk menganggotai jawatankuasa tetap dalam setiap portfolio disandang EXCO supaya adanya semak dan imbang dalam pentadbiran.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/445043/terima-kasih-adun-bn-mukhriz

BERITA»Politik
Rabu, 4 Julai 2018 | 2:58pm
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah sebagai ADUN sempena Sidang Dewan Undangan Negeri dan Angkat Sumpah Adun serta Lantikan Speaker di Wisma Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam
Mukhriz sahkan rombakan EXCO
BharianBeritaPolitik
Oleh Suzalina Halid suzalina@nstp.com.my

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengesahkan akan berlaku rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah dan portfolio mereka susulan pelantikan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Mukhriz berkata, Amiruddin memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan, Agama sejak dua bulan lalu, sebelum dipilih menganggotai Kabinet.

"Namun, saya mohon sedikit masa sebelum buat pengumuman mengenainya (rombakan EXCO) kerana perlu menghadap Sultan Kedah (Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) untuk sembah maklum mengenai calon yang akan dilantik sebagai EXCO baharu.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Datuk Dr Ismail Salleh (kiri) memakaikan jubah kepada Mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim selepas mengangkat sumpah setelah dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah sempena Sidang Dewan Undangan Negeri dan Angkat Sumpah Adun serta Lantikan Speaker di Wisma Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam
"Dalam pentadbiran kini ada kementerian yang digabungkan, maka lebih elok portfolio diselaraskan dengan kementerian," katanya pada sidang media selepas penangguhan mesyuarat pertama, penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14, di sini, hari ini.

Sehingga kini, Kedah mempunyai barisan 10 EXCO dengan kuota yang diberikan membabitkan empat wakil dari PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) tiga, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dua dan DAP satu.

Ketika ditanya sama ada kekosongan kuota milik PPBM yang ditinggalkan Amiruddin itu akan diberikan kepada wakil parti sama, Mukhriz bagaimanapun enggan mengesahkan perkara terbabit.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang juga Naib Presiden PPBM, berkata pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan undang-undang di negara ini dapat dilaksanakan dengan adil.
Mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim mengangkat sumpah setelah dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah sempena Sidang Dewan Undangan Negeri dan Angkat Sumpah Adun serta Lantikan Speaker di Wisma Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam
"Selama ini kita anggap tiada apa yang boleh dilakukan dan ia memberi impak kepada psikologi kita, namun apabila Barisan Nasional (BN) tumbang di Putrajaya kita dapat lihat undang-undang mampu dilaksanakan.

"Saya tidak mahu kata tindakan itu adalah wajar cuma ia dilaksanakan berteraskan undang-undang, saya turut sedih institusi Perdana Menteri di negara ini diheret dalam situasi seperti ini sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/444979/mukhriz-sahkan-rombakan-exco

BERITA»Nasional
Rabu, 4 Julai 2018 | 3:12pm
Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub. - Foto Saifullizan Tamadi
Pendesak tidak tahu prosedur - Veteran UMNO
BharianBeritaNasional
Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Veteran UMNO hari ini membidas tindakan beberapa pihak, termasuk Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengusulkan supaya Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub menyifatkan cadangan itu sebagai tidak wajar kerana membelakangkan keputusan parti yang akan dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Beliau berkata, tindakan pihak berkenaan juga menunjukkan mereka tidak memahami prosedur pelantikan ketua pembangkang yang kebiasaannya dilantik daripada ketua parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

"Cadangan itu tidak wajar sama sekali apatah lagi disuarakan Ketua Pemuda (Asyraf Wajdi) kerana dia dilihat cuba mendahului keputusan MT, sekali gus membelakangkan keputusan parti.

"Isu pelantikan Khairy sebagai Ketua Pembangkang bukan soal Ahli Parlimen Rembau itu layak atau tidak, sebaliknya soal kewajaran jawatan itu diberikan kepada yang bukan sepatutnya," katanya kepada NSTP, hari ini.

Beliau diminta mengulas beberapa desakan daripada beberapa pemimpin Pemuda UMNO yang mahu jawatan Ketua Pembangkang diserahkan kepada Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda.

Isnin lalu, Asyraf Wajdi memohon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid melantik Khairy sebagai Ketua Pembangkang baharu di Parlimen.

Saranan Asyraf itu disokong EXCO Pemuda UMNO, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit yang menyifatkan Khairy mampu menjadi Ketua Pembangkang yang baik kerana mempunyai `faktor wow' untuk memimpin barisan pembangkang dan membawa isu rakyat.

Khairy dalam reaksinya semalam dilaporkan berkata, beliau menyerahkan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk memutuskannya.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, kebarangkalian Ketua Pembangkang dari UMNO adalah besar jika dilihat kepada komposisi pembangkang yang menyaksikan parti itu mewakili kerusi Parlimen terbesar.

"Dalam hal ini, Ahmad Zahid adalah individu paling layak kerana beliau adalah Presiden UMNO dan saya yakin isu siapa Ketua Pembangkang akan diselesaikan dalam mesyuarat MT petang ini kerana Parlimen akan bersidang tidak lama lagi," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444989/pendesak-tidak-tahu-prosedur-veteran-umno

BERITA»Nasional
Rabu, 4 Julai 2018 | 3:52pm
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengelak dari ditanya pemberita ketika hadir di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri bersama warga JPM di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Tanya Najib, saya tidak tahu - Tun Mahathir
BharianBeritaNasional
Oleh Azura Abas; Manirajan Ramasamy; Irwan Shafrizan Ismai dan Zanariah Abd Mutalib cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas lanjut kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa dirinya difitnah dan pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah adalah satu penganiayaan.

"Awak patut tanya dia (Najib), saya tidak tahu," katanya ringkas selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Najib semalam memuat naik video di Facebooknya memaparkan luahan hati beliau berhubung tindakan diambil pihak berkuasa terhadapnya.

Dalam klip video berdurasi 20 saat yang dipercayai dirakam sebelum penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam, Najib berkata beliau mengakui dirinya hanya insan biasa dan tidak sempurna, namun tidak semua tuduhan dikenakan kepadanya adalah benar.

Katanya, ada banyak berita, gambar yang tersebar bersifat palsu, khabar angin, putar belit dan fitnah, dan mahu siasatan dijalankan dulu kerana beliau belum berpeluang untuk mempertahankan diri saya.

Najib hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Sumber: 

BERITA»Nasional
Rabu, 20 Jun 2018 | 1:08pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.. - Foto Reuters
Saya tidak akan popular selama-lamanya - PM
BharianBeritaNasional
Oleh Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Proses pendakwaan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengambil masa kerana perlu mengumpulkan bukti kukuh supaya penghakiman kes terbabit tidak dipengaruhi sentimen populis, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri ketika menegaskan perkara itu berkata, penelitian dan proses mengumpulkan fakta berkaitan masih dilakukan, justeru wujud kemungkinan perbicaraan kes berkenaan mungkin berlangsung lebih lewat daripada jangkaan awal.

"Kita mahu mengemukakan bukti bersandarkan fakta kukuh yang tidak boleh disangkal kelak. Oleh itu, pihak pendakwa ketika ini sedang mengumpulkan maklumat berkaitan sebelum membawa kes 1MDB ke mahkamah.

"Proses ini perlu dilakukan supaya barisan panel hakim meneliti kes 1MDB bersandarkan fakta dan bukti, bukan sentimen apabila ia dibentangkan di mahkamah.

"Sehubungan itu, berbanding jangkaan awal sebelum ini (membentangkan kes 1MDB di mahkamah), kita memerlukan sedikit masa," katanya dalam temu bual eksklusif dengan portal South China Morning Post (SCMP), semalam.

Ditanya spekulasi pendakwaan kes 1MDB terhadap Datuk Seri Najib Razak akan dibuat dalam tempoh dua minggu, Dr Mahathir berkata, pihaknya setakat ini tidak mempunyai sebarang jangka waktu berhubung perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, pola pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menunjukkan wujud peralihan sokongan kaum Melayu daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).

Perubahan yang dicerminkan pengundi di kawasan pinggir bandar dan bandar itu, katanya, berpunca daripada kekecewaan mereka terhadap pelbagai keburukan dalam UMNO, khususnya skandal rasuah yang kian meruncing dalam parti berkenaan.

"Pengundi di luar bandar sukar memahami isu terbabit, namun mereka dapat menyelami keperitan berdepan peningkatan kos sara hidup," katanya.

Mengulas faktor kemenangan PH, Dr Mahathir menafikan populariti dirinya seperti dicanang pelbagai pihak adalah penyumbang terbesar terhadap kejayaan meraih sokongan khususnya dalam kalangan pengundi Melayu.

Beliau sebaliknya berkata: "Saya tidak akan akan popular selama-lamanya. Satu hari, saya akan jadi tidak popular kerana apabila kita berada dalam kerajaan, anda perlu laksanakan perkara tidak popular, justeru ia bukan sesuatu yang bersifat tetap.

"Cuma sekarang, rakyat gembira dan mereka rasa bahawa kehidupan ketika saya pertama kali menjadi Perdana Menteri (pada 1981) adalah lebih baik berbanding Najib."

Sumber:
Saya tidak akan popular selama-lamanya - PM | Nasional | Berita Harian

In Syaa Allah Tun dpt tebus kesilapan mcm cita-cita Tun. Allah Subhanahuwatalla panjangkan usia Tun dengan kesihatan yang baik dan kurniaan yang baik-baik.

In Syaa Allah... Allah makbulkan hasrat dan cita-cita Tun. And Allah tempatkan Tun di kalangan orang-orang yang tidak merugi di sisi Allah Subhanahuwatalla. Aamiin. 

My Dashboard. 
.

.



Tiada ulasan: