Jumaat, 6 Julai 2018

Datuk Seri Jamal Md Yunos, Datuk Seri Najib Razak dan Umno. 7838.


Umno selepas 9.5.2018 PRU MALAYSIA ke-14 selaku Parti Pembangkang. 
Maknanya PAS pernah ada menerima jawatan-jawatan dan dana dari UMNO? 
Suara pendokong Datuk Seri Najib Razak pada Rabu, 4 Julai 2018 di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - 'Bebaskan Najib!' 
Kumpulan itu terdiri daripada ahli UMNO Pekan dan beberapa penyokong lain yang menggesa kerajaan membebaskan Najib

AG cancels press conference after Najib supporters crash event, demand he use BM
Ketua Puteri UMNO Pekan, Sida Tatiana Sariat berkata, 

1. Pihak berkuasa tidak sepatutnya menahan Najib tanpa bukti yang kukuh

2. Tunjukkan bukti, tidak perlu menahan beliau seperti ini.

Konsultan perniagaan, Dr Phillip Loh berkata: 

1. Penahanan Najib adalah tidak berasas dan dilakukan tanpa siasatan lengkap. 

2. Pihak berkuasa tidak memberikan perincian mengenai pendakwaan yang bakal dibuat, perkara ini berlaku dengan mengejut.

3. Adakah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mengembalikan semula pemerintahan kuku besinya?

4. Biarkan Najib dibicarakan mengikut undang-undang, beliau dilayan dengan cara yang tidak betul, dimalukan sejak Pilihanraya Umum ke 14 tamat.

5. Inikah kerajaan baharu yang kita inginkan?

6. Bayangkan bagaimana rakyat biasa akan dilayan selepas ini. 

Butiran Kes Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. 

1. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, didakwa berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

2. SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

3. Tommy Thomas muncul buat kali pertama dengan tugas baharunya sebagai Peguam Negara dalam kes terhadap bekas perdana menteri itu. Peguam bela terkemuka itu akan mengetuai pasukan pendakwa.

4. Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

5. Tuduhan itu dijangka dibacakan kepada Najib di Mahkamah Sesyen dan tidak ada pengakuan direkodkan daripada beliau. Pengakuan akan hanya direkodkan bila kes beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di Aras 4.

6. Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur pada 2.35 petang Selasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan SRC International.

7. Bekas Perdana Menteri itu telah hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali bagi merekodkan keterangan berhubung kes SRC International.

8. Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

Penjelasan: 
1. Najib sebelum ini didakwa terlibat dalam skandal terbesar penggubahan wang haram melibatkan 1MDB sedang disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), selain negara-negara lain termasuk Singapura,SwitzerlandHong Kong dan Abu Dhabi

2. Siasatan penuh terhadap skandal 1MDB ini juga merupakan antara janji Pakatan Harapan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. Tekanan daripada Pakatan Harapan yang ketika itu pembangkang agar skandal ini disiasat, isu penyelewengan 1MDB mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara termasuk Majlis Raja-Raja. 

3. Pada 6 Oktober 2015, Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan bersama menyeru kerajaan untuk melengkapkan siasatan ke atas 1MDB dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat. Majlis Raja-Raja bimbang jika isu tersebut tidak dikendalikan dengan baik ia akan menjejaskan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat. 

4. Zeti dedah Najib minta dia berbohong mengenai wang RM2.6 bilion
5. Bekas ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, bersama peguam Matthias Chang, ditangkap dan ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012 selepas mereka membuat laporan ke pelbagai pihak berkuasa mengenai dakwaan penggubahan dana 1MDB. Mereka kemudian dibebaskan selepas berjaya mencabar penahanan mereka di mahkamah.
Di Kamar Mahkamah, Fakta kes: 
Tuduhan:
Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 3 tuduhan pecah amanah, 1 tuduhan salah guna kuasa

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

Bagi pertuduhan keempat, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Najib mengangguk faham selepas empat pertuduhan itu dibacakan. Kes juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Info Pertuduhan: 

Pertuduhan pertama

Bahawa kamu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Febrauri 2012 di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi diri kamu berjumlah RM42 juta apabila kamu telah mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjamanberjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn. Bhd. 

Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pertuduhan kedua

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan ketiga

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan keempat

Bahawa kamu antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Najib diwakili 7 peguam bela
Prosiding pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur

Datuk Seri Najib Razak diwakili oleh barisan tujuh peguam bela yang diketuai oleh peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
2. Harvinderjit Singh
3. Datuk Raj Krishnan
4. Farhan Read
5. Rahmat Hazlan
6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee
7. Syahirah Hanapiah

Manakala pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas, dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya. 

1. Tommy Thomas
2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria
3. Manoj Kurup
4. Datuk Shuhaimi Ibrahim
5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar
6. Datuk Ishak Mohd Yusof
7. Donald Joseph Franklin
8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi
9. Budiman Lutfi Mohamed
10. Sulaiman Kho Kheng Fuei
11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul
12. Muhammad Izzat Fauzan

1. Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dibacakan dalam bahasa Inggeris. Beliau mengemukakan izin mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Najib iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

2. Najib masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. 

3. Tuduhan itu ialah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

4. Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Najib minta dibicarakan:  
Pengakuan "Tidak bersalah dan mohon dibicarakan" Datuk Seri Najib Razak selepas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta dibacakan terhadapnya sekali lagi di Mahkamah Tinggi. 

Peguam Negara, Tommy Thomas, memberitahu mahkamah walaupun pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin, pihaknya tidak membantah sebarang jaminan diberikan. Beliau menawarkan jaminan RM4 juta dengan dua orang penjamin tanpa syarat tambahan.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membantah jumlah itu kerana menyifatkannya terlalu tinggi. Beliau memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan mengambil kira perkhidmatan anak guamnya dalam berkhidmat kepada kepada rakyat. Najib tidak mempunyai kesalahan lampau, malah tidak mempunyai kesalahan trafik. Beliau memohon jaminan antara RM500,000 dan RM800,000 dikenakan terhadap anak guamnya dan memaklumkan Najib akan mencagarkan rumahnya bagi membayar jaminan itu memandangkan semua akaun milik ahli keluarganya sudah dibekukan.

Tommy Thomas membantah rayuan itu dan menegaskan jaminan RM4 juta itu adalah jumlah yang wajar kerana ia kurang 10 peratus daripada jumlah RM42 juta seperti pertuduhan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin serta memerintahkan dua pasport Najib diserahkan kepada mahkamah.

Penjelasan Datuk Seri Najib Razak di luar Mahkamah. 


1. Jika ini harganya, saya reda.  "Jika ini harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan reda."


2. Najib mendakwa pertuduhan yang dihadapinya hari ini adalah kehendak kerajaan baharu.


3. Beliau berkata, jika prosiding yang dilaluinya hari ini adalah proses yang benar-benar adil mengikut keluhuran undang-undang, beliau yakin tidak akan disabitkan kesalahan. In Syaa Allah, saya yakin atas ketidaksalahan saya. Ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.


4.  Hari ini hakim membuat keputusan bahawa ada 'gag order' (perintah larangan memberi ulasan) terhadap kes ini. Jadi saya menghormati keputusan hakim dan tak boleh cakap lebih dari itu

5. Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan keselamatan kerana memberikan layanan yang baik serta menghormatinya sebagai bekas Perdana Menteri.


6. Mudah-mudahan proses ini berjalan dengan baik, In Syaa Allah saya harap rakyat dan penyokong saya bertenang. Saya juga kagum dengan kehadiran mereka untuk memberi sokongan moral. 

7. Datuk Seri Najib Razak akan membuat permohonan berhubung kelayakan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam mengendalikan kes pecah amanah dan salah laku kuasa yang dihadapinya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sedang memikirkan perkara itu secara serius. "Saya rasa beliau (Thomas) sudah membuat keputusan awal walaupun sebelum menjadi Peguam Negara," katanya ketika ditemui media selepas proses membayar ikat jamin di sini, hari ini. 

Muhammad Shafee turut mempersoalkan kesediaan pasukan pendakwaan dalam membawa prosiding kes membabitkan anak guamnya kerana pihak berkenaan yang meminta penangguhan.

Katanya, biasanya pihak pembelaan yang meminta penangguhan kerana kita yang terkejut dengan pendakwaan ini.

"Tapi dalam kes ini, pendakwaan yang meminta penangguhan sehingga sebulan hanya untuk sebutan kes.

"Seperti yang pernah saya katakan, saya sangat serius dalam perkara ini, pihak pendakwaan mungkin masih mencari bukti berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib," katanya.

Hal lain-lain: 

Kami ada kes kukuh - Peguam Negara

1. Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan: Pihak pendakwaan mempunyai kes yang kukuh terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa melakukan pecah amanah jenayah dan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM42 juta membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd. Pihaknya akan membuktikan kes mereka pada perbicaraan nanti.

2. Sehingga itu, katanya, beliau akan menerima bahawa Najib adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya"Malah, kami amat bermurah hati dengan jumlah jaminan terhadap tertuduh tidak membantah prinsip jaminan. Sebaliknya, hanya membantah jumlah jaminan...kami sangat adil.(Katanya dalam sidang media di luar mahkamah) Menurutnya, setakat ini dua saksi akan dipanggil memberikan keterangan berhubung kes Najib.

3. Tommy berkata sehingga kini masih tiada pertuduhan baharu terhadap bekas perdana menteri. Namun, ia bergantung kepada kertas siasatan yang diterima pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setakat ini hanya empat pertuduhan dikemukakan terhadap Najib. 

Sumber:
42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, saya akan reda, jika ini harga yang saya terpaksa bayar. 7837.
Datuk Seri Jamal Md Yunos
Jamal 'rehat' di Penjara Sungai Buloh
Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my
KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di Hospital KPJ Ampang Puteri, 25 Mei lalu.
Jamal, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.

Mengikut pertuduhan, Jamal didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan pihak polis di mana dia ditahan secara sah di sisi undang-undang.

Dua daripada tiga kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan (ceroboh) yang dituduh di Mahkamah Majistret Ampang pada Mei lalu, selain dituduh di bawah Seksyen 290 kanun sama (khianat) di Mahkamah Majistret Shah Alam, pada bulan sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Jamal di Hospital KPJ Ampang Puteri antara jam 2 hingga 3 petang, 25 Mei lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 30 Julai ini sebagai sebutan semula kes.

Jamal kemudian dibawa ke Penjara Sungai Buloh selepas mahkamah menolak permohonan jamin.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Datuk Razali Che Ani selain dua Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin dan Mahathir Mohd Khairuddin.

Manakala, Jamal diwakili peguam Izzat Zabir Sariff.

Pada 26 Mei lalu, media melaporkan Jamal dipercayai menghilangkan diri ketika proses dokumentasi jaminan mahkamah sedang disiapkan berhubung tiga pertuduhan yang dihadapinya di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Julai 2018 @ 6:12 PM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/354931/jamal-rehat-di-penjara-sungai-buloh

1MDB: Dijangka lebih banyak pendakwaan
Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

PIHAK pendakwaan akan mengemukakan lebih banyak pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), jika terdapat kertas siasatan baharu diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan berkata, sebarang tuduhan baharu bergantung pada kertas siasatan yang diterima oleh pihaknya.

“Kes hari ini adalah kertas siasatan pertama yang sampai di meja saya apabila saya mula bertugas sebagai Peguam Negara tiga minggu lalu, dan tidak dinafikan berkemungkinan ada kertas siasatan lagi yang akan dikemukakan SPRM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas tamat prosiding terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Tommy menegaskan tugas pihaknya mengemukakan pertuduhan, dan bukannya untuk menyiasat kes berkenaan.

"Bagi prosiding hari ini, hanya Najib dituduh empat pertuduhan dan pihak pendakwaan mempunyai prima facie yang akan dibuktikan ketika perbicaraan nanti," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau ‘amat pasti’ akan ada lagi pertuduhan dalam soal 1MDB.

“Ini kerana keseluruhan isu berkenaan berkait dengan skop 1MDB... lebih banyak kertas siasatan dijangkakan daripada SPRM.

“Kita tahu apa yang berlaku sejak lima tahun lalu yang mana berlaku transaksi kewangan secara tersembunyi tetapi dijelaskan dengan kenyataan ringkas tanpa terperinci dalam soal 1MDB.

“Apabila selesai siasatan itu nanti, SPRM boleh mengemukakannya kepada kami untuk tindakan lanjut," katanya.

Apabila ditanya berkaitan dengan ikat jamin yang ditawarkan pihak pendakwaan iaitu sebanyak RM4 juta, Tommy berkata jumlah itu adalah adil.

“Malah, kami amat bermurah hati dengan jumlah jaminan terhadap tertuduh dan tidak membantah prinsip jaminan.

Sebaliknya, hanya membantah jumlah jaminan... kami sangat adil," katanya.

Tommy berkata, pihaknya akan mengemukakan bantahan berhubung 'gag order' yang dikemukakan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Katanya, 'gag order' atau perintah tegahan yang dipohon itu tidak jelas, malah pihak pembelaan tidak menyatakan asas kepada perintah tegahan itu dipohon.

Menurutnya, gag order yang dibenarkan mahkamah secara sementara itu akan diputuskan pada tarikh pengurusan semula kes itu.

"Kami (pendakwaan) juga terkejut dengan 'perintah tegahan' berkenaan yang berkuat kuasa sehingga 8 Ogos ini.

"Tiada alasan diberikan dan kami akan membantah pada tarikh pengurusan kes itu nanti," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tarikh perbicaraan bagi empat pertuduhan dihadapi Najib, Tommy berkata, terlalu awal untuk memutuskan tempoh perbicaraan kes.

"Adalah pramatang untuk menetapkan tempoh perbicaraan ketika ini dan pada hari ini ditetapkan untuk sebutan kes itu, iaitu 8 Ogos depan," katanya.

Selain itu, ketika disoal dengan saksi pendakwaan yang akan dipanggil bagi kes ini, Tommy memberitahu terlalu awal untuk didedahkan kepada umum siapa saksi yang akan dipanggil.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 7:49 PM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/354645/1mdb-dijangka-lebih-banyak-pendakwaan










Tiada ulasan: