Selasa, 17 Julai 2018

Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari. 7879.



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbilalaamiin
Kelebihan selawat 20 kali sehari
Kembara Mukmin
Manusia sangat memerlukan syafaat apabila mereka dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak. Tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada melakukan dosa kecuali Nabi Muhammad SAW.

Syafaat bererti memohon pertolongan pada saat memasuki syurga Allah SWT. Ada beberapa syafaat yang boleh diperoleh manusia dan salah satunya adalah syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.

Itu adalah syafaat terbesar diberikan kepada Baginda SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.” Rasulullah SAW juga berpesan bahawa Baginda adalah syafaat pertama untuk memasuki syurga.” (Surah al-Mudatthir, ayat 48)

Sekiranya setiap dosa anak Adam itu terzahir dengan hitamnya wajah, sudah pasti wajah kita akan bertambah hitam setiap masa kerana dosa yang dilakukan.

Bagaimanapun, Allah SWT sentiasa menutup keaiban dan dosa yang dilakukan hamba-Nya dan memerintahkan manusia sentiasa bertaubat.

Di Padang Mahsyar nanti keadaannya amat dahsyat apabila seluruh manusia akan duduk dalam keadaan bersesak-sesak, berdiri dalam keadaan telanjang dengan matahari terpacak tegak di atas kepala.

Ketika itu, semua merayu pertolongan daripada Allah SWT. Bagaimana hendak mendapatkan syafaat agung itu? Antaranya, kita perlu mencintai Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda.

Hanya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW saja Allah SWT perintahkan kepada hamba-Nya yang Dia lakukan dahulu sebelum memerintahkan manusia melakukannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)

Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam.

Jika mati dalam keadaan tiada iman dan Islam, kita akan kekal tinggal di dalam neraka buat selama-lamanya.

Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)

Bagi memudahkan kita berselawat sehingga ia menjadi amalan seharian, sebelum mengangkat tangan membaca doa pada waktu Subuh dan Asar kita boleh berselawat 10 kali terlebih dahulu.

Selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat Ibrahimiyah ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan tahiyat akhir dalam solat.

Selawat itu menggabungkan dua ucapan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim iaitu “Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama sallayta ‘ala ibrahim, wabarik ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahim, fi l-‘alamin, innaka hamidun majid.”

Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Julai 2018 @ 11:15 AM
https://www.hmetro.com.my/addin/2018/07/358618/kelebihan-selawat-20-kali-sehari

DOA BUAT ANDA Bismillahi Rahmanirrahim ... Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu.Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini.Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah.Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.Mudahkanlah segala urusannya Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.* Jadikanlah dia penghuni SyurgaMu* ‎ آمين يا الله ‎ آمين يا رحمن ‎ آمين يا رحيم ‎ أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ. # Saudaraku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya ... kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt ...


Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim

Wassalamu
Report: Islamic religious affairs now under FT Ministry
Published 50 minutes ago on 17 July 2018
By Ida Nadirah Ibrahim
According to a report, Federal Territories Minister Khalid Samad will focus on managing the administrative aspects of mosques and religious bodies in Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan. ― Picture by Zuraneeza Zulkifli
According to a report, Federal Territories Minister Khalid Samad will focus on managing the administrative aspects of mosques and religious bodies in Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan. ― Picture by Zuraneeza Zulkifli
KUALA LUMPUR, July 17 — Federal Territories Minister Khalid Samad will be overseeing the administration of mosques and religious bodies in Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan.

Khalid will focus on managing the administrative aspects of these entities and establish the new government’s policy on Islam while fellow minister in charge of Islamic affairs Mujahid Yusof Rawa to focus on formulating a more inclusive and progressive policy, news portal The Malaysian Insight reported today.

Khalid said Prime Minister Dr Mahathir Mohamad wants to promote an approach to Islam in which Muslims respect and defend other faiths.

“The prime minister does not want the religious affairs minister to be involved in administrative matters. 

“Instead, he wants the religious affairs minister to decide on the overall policy, philosophy and understanding of Islam for the country,” Khalid was quoted saying.

Mosques in the federal territories, the mufti’s office, the Zakat Department and Islamic Affairs Council were previously run by the Islamic Affairs Development Department (Jakim) under the purview of the Religious Affairs Ministry.

It was reported that the new Pakatan Harapan government’s policy on Islam will break away from the former Barisan Nasional administration’s hard-line approach, which was seen as insular and intolerant of other faiths.

“Muslims should not think that Islam is out there to destroy all other religions. (They need) to accept the fact that there will always be people of different beliefs,” he said.

The new structure will see the religious affairs minister overseeing national agencies, such as the Institute for Islamic Understanding, Islamic Missionaries Foundation (Yadim) and TV Al-Hijrah.

The Federal Territories Religious Department (Jawi), which is still under Jakim, is also being considered by the Cabinet to transfer it under Khalid’s ministry.

“I believe Jawi should be transferred to my ministry. We are still discussing it but I believe the issue will be resolved soon,” Khalid was quoted saying.

https://www.malaymail.com/s/1653070/report-islamic-religious-affairs-now-under-ft-ministry

Sila duduk, jangan lari - Agong [METROTV]
Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my 
YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berseloroh apabila baginda menitahkan supaya semua Ahli Parlimen duduk dan tidak lari sebelum memulakan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

“Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari,” titah baginda sambil tersenyum. Ia sekali gus menceriakan suasana pagi pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Dalam titah baginda selepas itu, Sultan Muhammad V mahu supaya Ahli Parlimen yang dipilih menggalas tugas-tugas dan titipan amanah yang diberikan dengan jujur serta penuh dedikasi.

Menurut baginda, pemilihan berkenaan adalah satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul dengan penuh wibawa.

Justeru, baginda percaya Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang dan dapat merangsang dinamik berfikir.

"Bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan bertatasusila, supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat serta dunia luar," titahnya dalam ucapan
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Julai 2018 @ 11:06 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/358612/sila-duduk-jangan-lari-agong-metrotv












Hormati majlis angkat sumpah
Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my
KHAIRY Jamaluddin (BN-Rembau) enggan mengikut jejak langkah untuk keluar dan memboikot persidangan Dewan Rakyat kerana menghormati institusi Parlimen.

Katanya, pendirian berbeza yang pasti mengundang persepsi dan spekulasi pelbagai pihak itu turut diambil bagi memastikan imej Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang berwibawa tidak dipandang remeh.


"Itu bukan cara kita menyatakan bantahan pada hari mengangkat sumpah, sebaliknya wujud keperluan untuk menghormati dewan dan majlis yang sedang diadakan.


"Ada cara lain untuk menyuarakan sebarang bantahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.


Awal pagi tadi, Khairy adalah antara beberapa individu daripada blok pembangkang yang mengambil pendirian untuk kekal di dalam dewan dan mengikuti majlis angkat sumpah ketika Ahli Parlimen PAS, UMNO, MIC dan MCA melancarkan boikot.


Difahamkan, Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah) yang sebelum ini bekas Ketua Puteri UMNO turut mengambil pendirian sama dengan Khairy untuk tidak bertindak keluar dari dewan.


Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, cara lain untuk menyuarakan bantahan termasuk melalui sesi perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong atau sebaik selesai majlis perasmian, esok.


"Bagi saya lebih baik kita menghormati majlis dan tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej BN sebagai pembangkang berwibawa," katanya.


Ditanya pandangan terhadap ahli parti yang bertindak memboikot sidang Dewan Rakyat, Khairy hanya berkata: "Saya hanya cakap bagi diri sendiri, bukan untuk pihak lain."


Mengulas kemungkinan bakal dikenakan tindakan disiplin kerana mengingkari pendirian majoriti ahli partinya, Khairy berkata, ia terpulang kepada percaturan kepemimpinan tertinggi UMNO.


Katanya, keputusan untuk kekal berada dalam majlis dan tidak meninggalkan dewan adalah pendirian tepat, selaras imej pembangkang berwibawa yang ingin ditonjolkan BN pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


"Saya hanya buat keputusan pada pandangan yang difikirkan betul, iaitu untuk menghormati majlis mengangkat sumpah," katanya.


Ends..
#kw dewan rakyat, parlimen, khairy jamaluddin
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 2:21 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/358369/hormati-majlis-angkat-sumpah

BERITA»Nasional
Isnin, 16 Julai 2018 | 12:01pm
Pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dicabar
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, boleh dicabar di Mahkamah Persekutuan kerana wujud 'locus standi' untuk berbuat demikian.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pembangkang mempunyai maklumat yang boleh dipercayai pemilihan Mohamad Ariff itu tidak mengikut Peraturan 4(1) Dewan Rakyat.


Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, beliau mempunyai huraian dan asas surat cara pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu itu tidak diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada atau sebelum 2 Julai lalu.


"Pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh disifatkan sebagai tidak sah dan tidak mengikut peraturan, maka ia boleh dicabar di Mahkamah Persekutuan.

AHLI Parlimen Bagan Datuk merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan Pas keluar meninggalkan Majlis Angkat Sumpah dan Persidangan Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
"Ia untuk mengetahui tafsiran peruntukan itu sama ada ia bercanggah dengan Perlembagaan atau tidak.

"Sesiapa saja boleh cabar, tidak semestinya PAS. Orang awam dan rakyat boleh cabar kerana mereka juga pihak berkepentingan. Saya rasa ada 'locus standi'," katanya kepada NSTP di Lobi Parlimen, hari ini.


Terdahulu, beliau dan majoriti Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bertindak keluar dewan bagi membantah pelantikan Mohamad Ariff yang disifatkan tidak mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.


Pembangkang mendakwa kerajaan gagal menyerahkan notis mencalonkan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua dalam tempoh 14 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang.


Dewan Rakyat Penggal ke-14 mula bersidang hari ini dengan didahului majlis mengangkat sumpah Ahli Parlimen yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum diikuti barisan Kabinet dan Ahli Parlimen lain.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/449655/pemilihan-yang-dipertua-dewan-rakyat-boleh-dicabar?D1c1

Mohamad Ariff Speaker Dewan Rakyat ke-9
Dewan Rakyat kecoh!
Veena Babulal dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my
Antara ahli-ahli Parlimen Pembangkang Barisan Nasional dan PAS yang keluar meninggalkan Majlis Angkat Sumpah dan Persidangan Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat. FOTO Eizairi Shamsudin
DEWAN Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Pembangkang tidak berpuas hati terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang di-Pertua yang baharu.

Memulakan bantahan itu adalah Datuk Takiyyudin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang meminta 'point of order.'


Beliau mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengikut syarat pelantikan Yang di-Pertua.


Beliau menegaskan, Perdana Menteri tidak mematuhi syarat kerana tidak mengusulkan nama calon Yang di-Pertua dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen bermula.


Kekecohan itu sekali gus mengakibatkan hampir semua Ahli Parlimen Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati terhadap 'cara' pelantikan itu.


Kelihatan hanya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kekal dalam Dewan Rakyat.


Bagaimanapun, tindakan membantah dan keluar dewan itu tidak memberi kesan kepada pelantikan Mohamad Ariff.


Ketika kekecohan berlaku, Dr Mahathir tidak menghiraukan bantahan itu dan beliau terus membaca usul pelantikan Mohamad Ariff sebagai calon Yang di-Pertua.


Usul itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Mohamad Ariff terus dilantik sebagai Speaker diikuti majlis mengangkat sumpah.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 10:45 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/358267/dewan-rakyat-kecoh

Ahmad Zahid dipilih Ketua Pembangkang
Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my
AHLI Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Ketua Pembangkang, berdasarkan susunan kerusi di Dewan Rakyat.

Kerusi Presiden UMNO itu berada di kedudukan pertama, barisan kiri di Dewan Rakyat iaitu ruang untuk Ketua Pembangkang.


Pemilihan itu turut disahkan oleh, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui media, di Parlimen,hari ini.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 10:18 AM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/358253/ahmad-zahid-dipilih-ketua-pembangkang

Rupa-rupanya rakyat tanpa negara
Reuters
GAMBAR daripada Kementerian Kesihatan Thailand menunjukkan kumpulan remaja yang diselamatkan 
dari Gua Tham Luang di Chiang Rai berkumpul menikmati makanan di hospital, semalam. FOTO via Reuters
Mae Sai, Thailand: Di sebalik kisah kegembiraan kumpulan remaja dan jurulatih bola sepak mereka diselamatkan selepas lebih dua minggu terperangkap dalam Gua Tham Luang, ada kisah lain yang muncul iaitu empat daripada remaja terbabit sebenarnya tiada negara, seperti ribuan lagi penduduk di sempadan yang tiada kerakyatan.

Dua daripada empat remaja itu dalam proses mendapatkan kerakyatan dan publisiti hasil tragedi gua membabitkan remaja terbabit membolehkan isu penduduk tanpa negara mendapat perhatian.


“Saya gembira kerana kisah remaja terbabit secara tidak langsung mengetengahkan isu ini,” kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Thailand, Tuanjai Deetes.


“Kita perlu melihat isu ini secara serius. Masih ramai penduduk tanpa negara,” katanya.


Menurut perangkaan rasmi, 486,440 orang berdaftar dengan kerajaan Thailand sebagai rakyat tanpa negara dengan 146,269 berusia bawah 18 tahun, seperti kumpulan remaja terbabit.


Mereka ialah kumpulan penduduk bergerak di kawasan sempadan di selatan China, Myanmar dan Laos serta utara Thailand.


Mereka yang tinggal di Thailand bernasib baik, boleh mendapat pendidikan asas dan perubatan namun menghadapi sekatan perjalanan, tidak boleh berkahwin atau membeli hartanah.


Kumpulan remaja itu dan jurulatih mereka semakin pulih di hospital dan dijangka dibenarkan keluar Khamis ini.


Mereka dirawat di hospital di Chiang Rai sejak berjaya diselamatkan minggu lalu.


Menteri Kesihatan Piyasakol Sakolsatayadorn, berkata sebahagian remaja itu kehilangan sehingga lima kilogram berat badan namun keadaan mereka semakin pulih.


Menurutnya, mereka yang mengalami pneumonia juga semakin sihat.


“Saya sudah sihat sekarang. Terima kasih kerana menyelamatkan saya,” kata remaja berusia 14 tahun yang digelar Note.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 9:09 AM
Rupanya rakyat tanpa negara | Harian Metro

Najib yanks lawsuit against AG, MACC and CCID chiefs
Published 1 hour ago on 16 July 2018
By Danial Dzulkifly
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak has dropped his legal action against three senior government officials leading investigations into the 1MDB corruption scandal. — Picture by Azinuddin Ghazali
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak has dropped his legal action against three senior government officials leading investigations into the 1MDB corruption scandal. 
— Picture by Azinuddin Ghazali 
KUALA LUMPUR, July 16 — Former prime minister Datuk Seri Najib Razak has discontinued his legal action against three senior government officials leading investigations into the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) corruption scandal.

Senior federal counsel Alice Loke Yee Ching confirmed the withdrawal, but said no reason was given for the move.


“They have withdrawn the suit with liberty to file afresh,” she said, adding that the High Court gave its approval for the withdrawal.


On June 30, Najib sued Attorney General Tommy Thomas, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Datuk Seri Mohd Shukri Abdull and Federal Commercial Crime Investigation Department (CCID) director Commissioner Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.


Najib accused the three of prejudicial action against him in relation to 1MDB.


The former prime minister is currently facing four charges of criminal breach of trust and power abuse over RM42 million from a former subsidiary of the state investment firm.


When contacted, Najib’s attorney, Badrul Hisham Abdullah, confirmed the withdrawal and said it was in order for necessary adjustments to be made to the original action.


“The suit was filed before he (Najib) was charged. Now that the scenario has changed, we need to realign the case accordingly,” he said.


Thomas is personally heading the team prosecuting Najib over the RM42 million sum from the former 1MDB subsidiary while Amar led police teams that had repeatedly raided several locations and residences linked to the former PM.


Shukri made damning claims during his first press conference after returning to the MACC, in which he alleged threats and intimidation in his previous investigations related to 1MDB.


Sumber:
https://www.malaymail.com/s/1652747/najib-yanks-lawsuit-against-ag-macc-and-ccid-chiefs

Zahid is Opposition leader, Umno MP confirms
Published 54 minutes ago on 16 July 2018
By Anith Adilah
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has been confirmed as Opposition leader. — Picture by Azinuddin Ghazali
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has been confirmed as Opposition leader. — Picture by Azinuddin Ghazali
KUALA LUMPUR, July 16 — The federal Opposition has agreed on Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi as its official leader, said Tan Sri Annuar Musa.

The Ketereh MP from Umno confirmed today that the Opposition parties reached a consensus on the eve of the first sitting of Parliament today.


“This was agreed upon in a meeting last night between all Opposition parties.


“Gagasan Sejahtera, through PAS’ secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan, has agreed that the leader of the party with the highest composition should be the Opposition leader.


“That’s Umno, and our president is Ahmad Zahid, so yes, he is the new Opposition leader,” he told Malay Mail.


Other names that were previously tossed about for the post included PAS president and Marang MP Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Takiyuddin, Umno’s Pengerang MP Datuk Seri Azalina Othman Said and Rembau MP Khairy Jamaluddin.


Following the results of the 14th general election, lawmakers from Barisan Nasional and its former components are sitting in the Opposition bench for the first time in the country’s over six decades of existence.


The three parties still in BN — Umno, MIC, and MCA — jointly have 57 seats in Parliament while the PAS-led Gagasan Harapan has 18 seats.


Former Opposition leader Lim Kit Siang from DAP previously offered his advice to Ahmad Zahid when it was first speculated that the Umno president would fill the role.


Lim said Ahmad Zahid needs to be honest and constructive to thrive in the unfamiliar post.


The post of federal opposition leader is of the same standing as the prime minister.

https://www.malaymail.com/s/1652766/zahid-is-opposition-leader-umno-mp-confirms

Tuesday, July 17, 2018
Lantik Speaker: Manifesto PH hanya panduan - Tun M
Posted By: Pentadbiron: July 17, 2018 Print Email
Lantik Speaker: Manifesto PH hanya panduan - Tun M
Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan kitab suci yang gabungan itu wajib patuhi dalam pelantikan speaker Dewan Rakyat.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengakui HARAPAN tidak dapat melantik speaker dari kalangan anggota parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

“(Ya), tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan.

“Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Pengerusi HARAPAN itu juga menambah bahawa orang awam mahukan speaker yang tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof mengangkat sumpah sebagai speaker baru.

Pelantikan Mohamad Ariff yang juga merupakan bekas anggota Parti Amanah Negara (AMANAH), bagaimanapun mendapat bantahan daripada anggota parlimen BN dan PAS yang menyifatkan lantikan itu tidak mematuhi peraturan Dewan Rakyat.

Berdasarkan peruntukan 4 (1), nama speaker perlu diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang buat kali pertama, yang bererti, Pakatan Harapan perlu menyerahkan nama calon speaker sebelum 2 Julai.

Bagaimanapun, terdapat kekeliruan dilihat di kalangan pemimpin HARAPAN apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong mendakwa nama calon speaker diserahkan pada 2 Julai sementara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya membincangkan perkara itu pada 8 Julai.

Ketika ditanya berhubung percanggahan tarikh itu, Dr Mahathir bertegas bahawa HARAPAN menyerahkan nama calon speaker pada 2 Julai.

“Tiada pertukaran tarikh. Ia sudah disediakan terlebih awal, jadi bila saya tandatangan saya yang letak tarikh,” katanya. – 

Mkini
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 17, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Tuesday, July 17, 2018
UEC: Kepentingan bahasa Melayu keutamaan - Dr Maszlee
Posted By: Pentadbiron: July 17, 2018 Print Email
UEC: Kepentingan bahasa Melayu keutamaan - Dr Maszlee
Kementerian Pendidikan berkata, isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diambil kira sebelum mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan UEC yang akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia juga diambil kira.

Sehubungan itu, beliau tetap mengutamakan pandangan daripada pelbagai pihak berhubung sijil yang dikeluarkan sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) itu.

“Justeru, pandangan daripada pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi kementerian bersama pihak berkenaan tetap menjadi keutamaan saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Johor itu pada 12 Julai lalu berkata, kerajaan tidak membuat pusingan-U dan menyeluruh apabila merancang untuk mengiktiraf UEC.

Bagaimanapun, banyak pihak yang menyokong sistem pendidikan kebangsaan menggesa kerajaan tidak melayan tuntutan UEC yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan itu.

Antaranya, termasuk tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr Rais Yatim menyelar keputusan terburu-buru itu memandangkan pelaksanaan UEC tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Bahkan, Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berpendapat pengiktirafan UEC hanya akan merugikan pelajar Cina dari aliran kebangsaan kerana terpaksa bersaing dengan pemegang UEC.

Pada 13 Julai lalu, sekumpulan tokoh bahasa Melayu diketuai Datuk Dr Awang Sariyan bertemu dengan Maszlee manakala wakil Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) berdialog dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu memberitahu beliau kini lebih tenang selepas mengetahui tidak keseorangan dalam perjuangan menuntut pengiktirafan UEC.

Beliau pada 8 Julai lalu berkata mahu UEC diiktiraf secepat mungkin sebelum hujung tahun ini kerana UEC tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) juga disertakan dalam manifesto BN.

Dong Jiao Zong sejak puluhan tahun lalu menolak sistem pendidikan kebangsaan dan mengenakan tekanan politik kepada parti pemerintah dan pembangkang setiap kali PRU dengan pelbagai tuntutan berkaitan bahasa dan sekolah Cina.

Sejarah pilihan raya umum (PRU) sejak sebelum merdeka menyaksikan Dong Jiao Zong dan pertubuhan Cina berdaftar, Hua Tuan menggunakan kesempatan setiap kali musim kempen mendesak kedua-dua pihak sama ada kerajaan dan blok pembangkang supaya mengiktiraf bahasa dan pendidikan vernakular.

Pada PRU 1955, Dong Jiao Zong mendesak Tunku Abdul Rahman mengiktiraf bahasa Cina sebagai bahasa rasmi kedua selain bahasa Melayu.

Penyata Razak pada 7 Mei 1956 yang menggariskan matlamat menyatukan semua bangsa di Malaya di bawah sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan juga ditolak.

SMPC kemudiannya berkembang selepas Dong Jiao Zong menolak Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 yang dianggap kononnya menghapuskan bahasa dan pendidikan Cina.

Melangkah ke tahun 1970-an, Dong Jiao Zong menuntut penubuhan Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar dan menampung pelajar lepasan sekolah Cina.

Pada dekad 1980-an, Dong Jiao Zong mengganggap perkembangan bahasa dan budaya Cina akan terjejas dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang antara lain mengkehendaki penggunaan buku teks dalam bahasa Melayu di SRJK (C) bagi mata pelajaran Pendidikan Moral serta Alam dan Manusia supaya seragam dengan Sekolah Kebangsaan.

Dong Jiao Zong turut menolak keras cadangan konsep Sekolah Wawasan walaupun hanya melibatkan perkongsian kemudahan sekolah seperti kantin, padang, perpustakaan dan bilik guru kerana menganggap akan melenyapkan identiti SRJK (C) dan penggunaan bahasa Cina.

Menjelang PRU 1999, Jawatankuasa Suqui yang dianggotai persatuan-persatuan Cina serta parti pemerintah dan pembangkang menuntut pembinaan dan pemberian subsidi untuk perkembangan SMPC, mengiktiraf UEC serta mengiktiraf ijazah dari Universiti Nanyang serta universiti-universiti lain di China dan Taiwan. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 17, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: UEC: KEPENTINGAN BAHASA MELAYU KEUTAMAAN – DR MASZLEE

Tuesday, July 17, 2018
KJ, INILAH MASANYA UNTUK TINGGALKAN UMNO!!!

Walaupun Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memberi alasan untuk menghormati majlis angkat sumpah berhubung keputusannya tidak keluar Dewan bersama Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Pas yang membantah perlantikan Speaker, tindakannya itu nyata tidak disenangi oleh banyak pihak.

Selain ramai yang mengecamnya, bekas Presiden UMNO, Najib Razak turut membayangkan bahawa KJ mungkin berdepan tindakan tertentu daripada UMNO.

"Itu (keluar Dewan) adalah keputusan parti. Saya serahkan kepada parti mengenai apa-apa keputusan mereka.

"Mungkin mereka patut jelaskan mengapa mereka berbuat demikian," kata Najib lagi yang pertama kali hadir di Parlimen sebagai wakil rakyat pembangkang.

Barangkali jika tidak berkawan dengan Jho Low dan tiada 1MDB, mungkin hari ini Najib masih lagi sebagai Perdana Menteri atau pun setidak-tidaknya tetap di barisan kerajaan.

Annuar Musa yang baru dinaikkan pangkat daripada ketua penerangan kepada setiausaha agung pula mengingatkan agar KJ berpada-pada mempertahankan pendiriannya berhubung keengganan bersama-sama keluar Dewan itu.

Dalam penjelasannya, KJ menyatakan, beliau memutuskan tidak keluar Dewan kerana menghormati majlis angkat sumpah dan tidak mahu mencemarkan nama BN.

Katanya, meskipun ada pertikaian mengenai perlantikan speaker, namun keluar Dewan bukanlah caranya untuk menunjukkan bantahan.

"Hari ini hari Ahli Parlimen mengangkat sumpah, jadi kita perlu hormati Dewan. Cara mana kita nak bantah perlantikan speaker, ia boleh dibuat sewaktu perbahasan atau melalui "standing  order"  pada hari Rabu," ujar KJ menghuraikan rasional keputusannya.

Bersama KJ, seorang lagi Ahli Parlimen yang turut tidak meninggalkan Dewan ialah Anifah Aman dari Kimanis, malah beliau mengucapkan tahniah kepada Mohamad Ariff Yusof atas perlantikannya sebagai speaker yang baru.

Selain mungkin akan terus dikecam oleh pelbagai pihak, KJ juga berdepan kebarangkalian akan dipulaukan oleh UMNO selepas ini.

Dalam hal ini, KJ telah menunjukkan sedikit kematangan dalam tindakan politiknya dan jauh berbeza dengan keinginan Najib yang hanya mahukan ahli-ahli parti yang sanggup mati bersama UMNO.

Soalnya, wajarkah sesiapa menggadai nyawa kerana UMNO?

Adakah syurga sebagai balasannya?

Apa pun, tindakan KJ tidak bersama UMNO keluar Dewan kerana membantah perlantikan speaker jelas memperlihatkan parti itu semakin tidak sesuai dengan jiwanya.

KJ tidak perlu terus berpura-pura dalam hal ini. Beliau perlu membuat keputusan segera demi masa depan politiknya sendiri.

Lagi pun selepas kalah dalam pemilihan jawatan presiden UMNO pada 30 Jun lalu dan Timbalan Presiden UMNO kini dipegang oleh Mohamad Hassan yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Rembau dan KJ adalah timbalannya, masa depan beliau boleh dianggap sudah berakhir dalam parti itu.

Adalah sukar untuk KJ bertanding apa-apa jawatan selepas ini, apatah lagi bagi jawatan presiden UMNO sekali lagi dalam pemilihan tiga tahun akan datang memandangkan Mohamad Hassan sudah pun berada di kedudukan nombor dua dalam parti sekarang ini.

Malah, kiranya KJ sedia turun pangkat untuk bertanding jawatan naib presiden juga terlihat sukar laluannya  memandangkan keberadaan Mohamad Hassan sebagai Timbalan Presiden UMNO bagaikan telah mengunci masa depannya kerana mereka datang dari bahagian Rembau yang sama.

Maka itu, pilihan yang terbaik bagi KJ ialah tinggalkan saja UMNO. Lagi pula, kalau pun tidak diharamkan kerana telah melanggar perlembagaan sendiri, masa depan UMNO juga teramat kelam selepas ini. Parti itu sudah tiada lagi masa depan.

Walaupun banyak parti yang boleh dijadikan pilihan, tetapi Bersatu adalah pilihan yang terbaik untuk KJ membina semula masa depannya. 

Beliau perlu mengajak seramai mungkin kawan-kawannya dalam UMNO untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan parti itu menjadi pengganti kepada UMNO.

Bersama beberapa pemimpin muda yang ada dalam Bersatu, disertai dengan adanya Tun Mahathir yang diyakini mampu membina parti itu menjadi parti yang berwibawa dan diterima ramai, masa depan KJ juga ada lebih cerah jika beliau berani dan tidak bertangguh-tangguh dalam membuat keputusan. 

(ShahbudinHusin 16/07/2018)
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 17, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: KJ, INILAH MASANYA UNTUK TINGGALKAN UMNO!!!

Agong peeling pembangkang: Semua duduk jangan lari, usik Agong
PARLIMEN | Masih segar dalam ingatan kebanyakan orang, insiden anggota parlimen (MP) BN meninggalkan sidang Dewan Rakyat semalam.

Hari ini kejadian itu mendapat tempat secara spontan dalam istiadat perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sebelum menyampaikan ucapan pembukaan sidang baru parlimen di Kuala Lumpur hari ini baginda secara bersahaja bertitah mengingatkan semua MP agar tetap berada di tempat masing-masing.

"Tuan-tuan dan puan-puan, sila duduk dan jangan lari," kata baginda sampil menoleh ke arah kiri iaitu kawasan yang menempatkan MP pembangkang.

malaysiakini
at 7/17/2018 12:55:00 PTG
KERENGGA: Agong peeling pembangkang: Semua duduk jangan lari, usik Agong

Tuesday, July 17, 2018
Dengar Agong kata apa. Lepas tu komen A post shared by Zunar (@zunar_cartoonist) on Jul 16, 2018 at 8:53pm PDT

Tuesday, 17 July 2018
BEZA MANIFESTO PH DENGAN MANIFESTO BN

Secara umumnya, manifesto bermaksud suatu pernyataan bertulis, janji  atau perancangan masa depan yang dikemukakan oleh sesebuah parti bagi mendapat sokongan rakyat dalam sesuatu pilihanraya yang mana ia akan dilaksanakan setelah kemenangan dapat dicapai.

Sekali imbas, manifesto seolah-olah wajib dilaksanakan kerana ia merupakan janji yang dikemukakan kepada rakyat dan setelah rakyat memberi kemenangan, maka rakyat berhak menerima apa yang dijanjikan itu.

Meskipun begitu, seperti kata Tun Mahathir Mohamad, manifesto bukanlah kitab suci yang sesebuah parti terikat 100 peratus untuk melaksanakannya.

Ia, kata beliau, hanyalah sebagai panduan semata-mata yang bermakna perlaksanaannya boleh diubahsuai berdasarkan kesesuaian atau kemampuan sebuah parti itu.

Dalam konteks BN dan PH, pembentangan manifesto sebenarnya harus dilihat dalam sudut yang berbeza.

Ketika BN membentangkan manifestonya, mereka adalah kerajaan di mana ketika itu mereka mengetahui tahap kemampuan dan status kewangan negara sama ada sesuatu yang dijanjikan itu boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Misalnya, jika BN menjanjikan untuk menurunkan harga kereta, ia bermakna ketika janji itu dikemuka atau dibentangkan kepada rakyat, mereka tahu ia memang boleh dilaksanakan dengan cara menurunkan cukai-cukai tertentu yang diyakini tidak menjejaskan kewangan negara.

Dalam erti kata lain, jika BN yang merupakan kerajaan ketika manifesto dibentangkan, tetapi janji menurunkan harga kereta itu gagal ditunaikan setelah sokongan rakyat diperolehi, mereka boleh dianggap sebagai mungkir janji atau dalam bahasa kasar sikit - pembohong besar.

Apabila Najib Razak mengatakan manifesto adalah janji yang mesti ditunaikan, ia sebenarnya lebih tepat untuk merujuk kepada BN yang merupakan sebuah kerajaan ketika manifesto itu dirangka.

Sebalik itu, manifesto adalah berbeza bagi PH yang merupakan pembangkang ketika mereka menyertai pilihanraya pada 9 Mei lalu.

Ketika PH mengemukakan manifesto atau janjinya kepada rakyat, mereka tidak banyak tahu mengenai kedudukan kewangan negara atau tahap kemampuan sebenar untuk janji itu sama ada dapat dilaksanakan 100 peratus atau sebaliknya.

Apa yang dibentangkan lebih merupakan iltizam atau keyakinan bahawa apa yang dijanjikan itu adalah baik dan bermanfaat buat rakyat.

Hanya setelah mendapat sokongan rakyat dan menjadi kerajaan, barulah PH tahu tahap kemampuan dan kedudukan sebenar kewangan negara. Ketika itu jugalah, baru diketahui ada fail sulit, fail merah, fail tersembunyi dan sebagainya.

Setelah menjadi kerajaan juga, barulah PH tahu tahap sebenar hutang negara, kos sesuatu projek mega yang digembar-gemburkan BN sebelum ini, malah barulah juga diketahui bagaimana "kong kali kongnya"  pengurusan ekonomi dilakukan di mana ada projek yang baru 13 peratus siap pun sudah boleh dibayar sehingga 90 peratus.

Semua itu adalah halangan atau kekangan yang menimbulkan masalah kepada PH dalam menunaikan semua janji-janjinya kepada rakyat. 

Meskipun demikian, oleh kerana ia merupakan janji, PH tetap seboleh mungkin cuba melaksanakannya, tetapi oleh kerana adanya kekangan kewangan atau halangan tertentu, ia terpaksa diubahsuai atau memerlukan tempoh tertentu untuk dilaksanakan.

Dalam soal perlantikan speaker, meskipun PH berjanji untuk melantik daripada kalangan Ahli Parlimen, tetapi oleh kerana ada masalah tertentu, ia tidak dapat dilaksanakan.  Ini tidak boleh dianggap melanggar janji.mTetapi, penggantinya seorang bekas hakim nyata lebih berwibawa dan seharusnya memberikan rasa gembira kepada rakyat

Rakyat dalam hal ini harus faham dan tidak terburu-buru menuntut janji. PH sendiri sedar jika mereka gagal menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto, hukuman dikalahkan dalam pilihanraya yang seterusnya memang sedia akan menanti.

Cuma, ruang masa dan pengubsuaian hendaklah juga diberikan kerana PH kerana mereka adalah kerajaan baru. Yang penting, janji utama seperti menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak, menyiasat 1MDB, menangkap Najib dan lain-lain tetap dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kebaikan rakyat.

Kita boleh lihat sendiri, BN yang berkuasa sejak sekian lama pun tidak dapat memenuhi semua janjinya dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, maka berilah sedikit masa juga untuk PH menunaikan sebaik mungkin apa yang telah dijanjikannya.

Jika tidak dapat penggal pertama ini, di penggal-penggal seterusnya pasti semua janji dalam manifesto itu akan ditunaikan juga akhirnya. (ShahbudinHusin 17/07/2018)


Posted by Shahbudin Husin at 12:41
Shahbudin dot com: BEZA MANIFESTO PH DENGAN MANIFESTO PH





Tiada ulasan: