Selasa, 17 Julai 2018

Bila... 7880


Scenario || Russian Su-57 Vs. Russian Military Pontoon-Bridge Fleet.
BERITA»Nasional
Selasa, 17 Julai 2018 | 3:12pm 
Empat Senator angkat sumpah sertai Kabinet
(Dari kiri) RAJA Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad, Liew Chin Tong, 
P Waythamoorthy dan Mohd Radzi Jidin.
Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Empat Senator yang baru mengangkat sumpah mengesahkan akan mengangkat sumpah untuk menyertai barisan Kabinet, hari ini di Istana Negara.

Mereka adalah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), P Waythamoorthy.

Selain itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan calon PKR Parlimen Ketereh, Dr Mohd Radzi Jidin turut sama akan ke istana petang ini.

Kesemua mereka berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas istiadat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara, di Parlimen, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450255/empat-senator-angkat-sumpah-sertai-kabinet
Amazing Jahat
BERITA»Kes
Selasa, 17 Julai 2018 | 3:36pm

Cari Kata Kunci

Kereta curi 'terbang' rempuh gerai
Oleh Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Sebuah kereta jenis Kia Forte berwarna putih dipercayai dicuri 'terbang' merempuh sebuah gerai berdekatan jejantas berhadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP), di Jalan Kuchai Lama, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Saksi kejadian itu, Mohd Nur Firdaus Mat Robi, 31, berkata sebelum rempuhan berkenaan, kereta itu yang dipandu laju dilihat ingin membelok dan membuat satu selekoh tajam ke kiri masuk Jalan Kuchai Maju 3 namun gagal berbuat demikian akibat kesesakan trafik dan kereta yang banyak.

"Kereta itu yang laju nak pusing kiri tak lepas, nak elak kenderaan lain menyebabkan Kia Forte itu rempuh gerai berkenaan.

"Hasil perbualan dengan beberapa anggota polis di sini, kereta itu dikatakan dicuri.

"Mangsa mengalami kecederaan agak teruk, sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan selanjutnya.
KERETA yang disyaki dicuri terbabas merempuh gerai di Jalan Kuchai Lama.
 - Foto Nurul Shafina Jemenon
"Kia Forte itu pula akan ditarik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dihantar ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee untuk siasatan selanjutnya," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, pemilik gerai itu, Sariah Yakin, 58, berkata dia mendapat berita mengenai kereta terbang itu yang dilihat menyebabkan kerosakan gerainya hampir 80 peratus daripada penduduk sekitar.

"Saya biasa berniaga di sini jual kuih, selalu mula jual kuih jam 9.30 pagi.

"Sudah berniaga di sini lebih tujuh tahun, kejadian itu yang pertama seumpama ini.

"Ketika ini, anak cuba untuk membaiki gerai termasuk melihat apa langkah susulan perlu diambil susulan kejadian berkenaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/450273/kereta-curi-terbang-rempuh-gerai

BERITA»Nasional
Selasa, 17 Julai 2018 | 3:40pm 
Zaharah, wanita kedua dilantik Hakim Besar Malaya
Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my
TAN Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu.
 - Foto Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu.

Zaharah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Kanan bagi Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Su Geok Yiam selaras Perkara 124(3) Perlembagaan Persekutuan, di Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenan pelantikan Zaharah sebagai Hakim Besar Malaya berkuat kuasa 11 Julai lalu.

Zaharah menggantikan tempat Tan Sri Ahmad Maarop yang kini memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Pelantikan itu menyaksikan Zaharah sebagai hakim wanita kedua yang menyandang jawatan itu selepas Tan Sri Siti Norma Yaakob yang berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya mulai 2005 hingga 2007.
TAN Sri Zaharah Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu.
 - Foto Mohd Fadli Hamzah
Zaharah dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 17 November 1952. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, Johor, kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru hingga tamat Tingkatan Enam.

Beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada 1977.

Karier awal Zaharah dalam bidang perundangan bermula pada 26 April 1977 sebagai Pegawai Undang-Undang (Sangkut). Beliau kemudiannya dilantik dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan menjawat jawatan Majistret Melaka Tengah dan Majistret Litar di Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah dan Merlimau, Melaka.

Mulai 1 Januari 1981 hingga 15 Februari 1992, beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang Parlimen di Seksyen Bahasa Inggeris dan Seksyen Bahasa Kebangsaan di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

Pada 1 Ogos 2004, Zaharah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan memulakan perkhidmatan sebagai hakim mahkamah atasan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Beliau dilantik menjawat jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010. Zaharah kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2015 sebelum secara rasmi dilantik sebagai Hakim Besar Malaya pada 11 Julai lalu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450281/zaharah-wanita-kedua-dilantik-hakim-besar-malaya

BERITA»Nasional
Selasa, 17 Julai 2018 | 2:16pm
ABDUL Hadi Awang. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
PAS tiada hasrat gabung dengan UMNO
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan UMNO dalam usaha menguatkan blok pembangkang.

Penegasan itu disuarakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas tindakan bersama diambil PAS dan UMNO yang bertindak keluar Dewan Rakyat semalam sebagai memprotes tatacara pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai Yang Dipertua dewan.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO dalam perkara yang akan membawa kebaikan kepada rakyat.

"Kita bekerjasama dengan semua pihak dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat

"Namun, PAS tidak akan bergabung dengan UMNO," katanya.

Beliau ditemui media selepas perasmian Istiadat Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450209/pas-tiada-hasrat-gabung-dengan-umno

BERITA»Nasional
Selasa, 17 Julai 2018 | 2:50pm
Kekalkan GST, mungkin pada kadar lebih rendah - KJ
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@nstp.com.my
KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar ketika Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke-14 
di Bangunan Parlimen. - Foto Asyraf Hamzah 
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengekalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana lebih efisyen berbanding memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kerajaan seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih rasional walaupun GST kini menjadi isu politik utama buat Pakatan Harapan (PH).

"Saya akan bercakap isu ini (GST) pada sesi debat di Parlimen. GST adalah cukai lebih efisyen berbanding SST. Kerajaan patut mengekalkan GST tetapi pada kadar yang lebih rendah sekali gus mampu memberi pendapatan seperti SST. Mungkin pada kadar tiga atau empat peratus. SST tidak efisyen dan banyak kelompangan.

"Saya sedar GST menjadi isu politik yang besar kepada kerajaan tetapi pendekatan yang digunakan harus rasional. Jangan mansuh GST disebabkan politik. Jangan biarkan politik menentukan dasar ekonomi," katanya menerusi kiriman di Twitter hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam mengumumkan SST yang akan diperkenalkan semula pada 1 September depan ditetapkan pada kadar 10 peratus bagi jualan dan 6 peratus untuk perkhidmatan.

Beliau berkata, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen Ogos ini bagi menggantikan GST yang mana pengenalan semula SST dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Kekalkan GST, mungkin pada kadar lebih rendah - KJ | Nasional | Berita Harian

1MDB scandal: New twist, possible money laundering by China companies
Published 20 minutes ago on 17 July 2018
By Shazwan Mustafa Kamal
Tony Pua said in an interview that there were ‘clear elements of money laundering taking place’, in reference to the Multi-Product Pipeline (MPP) and Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP). — Picture by Yusof Mat Isa
Tony Pua said in an interview that there were ‘clear elements of money laundering taking place’, in reference to the Multi-Product Pipeline (MPP) and Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP). — Picture by Yusof Mat Isa
KUALA LUMPUR, July 17 — A senior Ministry of Finance (MoF) official has claimed that there are elements of money laundering involved in the previous government’s contracts paid to China firms for work yet to be completed and in 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tony Pua, who is special officer to the finance minister, told the BBC in an interview that there were “clear elements of money laundering taking place”, in reference to the Multi-Product Pipeline (MPP) and Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).

“The entire project smelt like a scam. [There were] clearly elements of money laundering taking place,” the DAP MP was quoted as saying.

“We were giving money out — to a Chinese company — and we suspect this money was being funnelled to parties related to the previous administration.”

Putrajaya has said it is investigating whether part of a loan from a Chinese state-owned bank for projects worth US$2.3 billion (RM9.3 billion) was used to help repay dues of scandal-ridden state fund 1MDB.

The projects to build two pipelines were signed in 2016 by the administration of former prime minister Datuk Seri Najib Razak, who courted Chinese investment but was ousted in an election in May amid allegations of corruption at 1MDB.

Najib has denied any wrongdoing and has defended his RM9.4 billion Multi-Product Pipeline (MPP) and the Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) projects, despite only 13 per cent of work being completed for both projects.
https://www.malaymail.com/s/1653197/1mdb-scandal-new-twist-possible-money-laundering-by-china-companies

Dah tunjuk ke siaran yang punya badan facebook yang share beliau di Russia (Dari page yang empunya tubuh: 
https://www.facebook.com/MNMNajib/posts/2001253986851616?hc_location=ufi.) Ini juga komennya - memang betul alami sindrom penafian: 
Mohd Akmal Ishak Nampak sangat lah Pakatan Harbi ni buat fitnah.. Semua dah blh lihat hari ni kan gambar yang menyerupai anak DSNR berada di Rusia padahal Anak DSNR berada di Malaysia. Beliau x dapat keluar negara kerana passport beliau sekeluarga ditahan oleh pihak Imegresen. 
Kini ternyatalah juga gambar bersama pelakon taiwan tempohari bukanlah anak DSNR dan ternyatalah juga tuduhan dari PH hanyalah fitnah semata2. 

Mudahnya Allah memaklumkan kepada kita semua. Adakah anda masih percaya dgn PH ?

... dan 53 yang lain telah menyertai Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat dalam masa dua minggu yang lalu. Berikan mereka sambutan hangat ke dalam komuniti anda !


Tiada ulasan: