Jumaat, 20 Julai 2018

Balasan baik kepada orang yang pernah menghina atau membuli kewarga negaraan orang lain. 7892.


Di kaki ayam jagoh, ada taji. Label Politik Malaysia. 

Muhasabah diri. Kokok ayam bukan di kaki. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati mewariskan takwa dan iman untuk rohnya dan kepada orang yang masih hidup. 

Biarlah diri itu menjadi seseorang yang bertanggung-jawab kepada diri sendiri. Jika rasa diri itu benar logiknya tidak perlu diburu atau melarikan diri. Berani kerana benar, takut kerana salah. Lebih baik diam, dari terus bercakap besar, membelenggu diri dengan penafian dan menegakkan benang basah. Beri ruang pihak berwajib mengadilinya dengan harapan dan doa supaya semua itu diadili seadil-adilnya. 

Walau pun satu negara sama warganegara, kerana bersuara memperjuangkan untuk budi bicara dan titik keadilan sang penguasa, seseorang pernah dihina. Dihina kewarga negaraannya. Dibuli kononnya tidak setuju sila balik negeri. Kuasa Allah Subhanahuwatalla bila sang penguasa jadi pembangkang, balasan baik yang dia dapat. Bukan orang lain yang cakap atau diperakui orang lain, tetapi bekas sang penguasa sendiri yang memperakuinya. Hidup ibarat putaran roda. 

Parlimen: Ahmad Zahid puji Nga adil, bersongkok
MyMetroMutakhir
Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

TIMBALAN Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mendapat pujian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana bersikap profesional ketika mengendalikan persidangan.

Walaupun baru hari pertama menduduki kerusi itu, Nga bersikap adil terhadap Ahmad Zahid (BN-UMNO Bagan Datuk) apabila menegur RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) kerana tidak meminta izin terlebih dulu untuk memohon penjelasan ketika perbahasan menjunjung kasih usul titah diraja.

“Yang Berhormat, suka saya mengingatkan Yang Berhormat perlu minta izin sebelum bangun dan bercakap. Kita mesti mengikut peraturan. Sila duduk. Teruskan Bagan Datuk,” katanya.
Begitu juga apabila Rayer bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat untuk meminta Ahmad Zahid menarik balik perkataan ‘munafik’, Nga tetap memberi peluang kepada Presiden UMNO itu untuk memberi penjelasan penggunaan perkataan itu.

“Ahli Yang Berhormat, beri ruang kepada Bagan Datuk membuat penjelasan,” katanya walaupun menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan penyokong kerajaan.

Ahmad Zahid menjelaskan perkataan munafik yang beliau sebutkan sebagai merujuk secara umum iaitu kepada mana-mana pihak yang berjanji tetapi tidak menunaikan janji berkenaan.

Beliau turut memetik ayat al-Quran dalam Surah al-Kafirun yang bermaksud “bagi kamu agama kamu, bagi aku agamaku” dan meminta Rayer menghormati apa yang diperkatakan itu dalam konteks kepercayaan agama Islam.

Selepas mendengar penjelasan itu, Nga memutuskan Ahmad Zahid tidak perlu menarik balik perkataan munafik kerana tidak merujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau mana-mana Ahli Parlimen.

Begitu juga apabila Rayer meminta Ahmad Zahid menarik balik perkataan kroni dalam Pakatan Harapan, Nga dengan tenang meminta Ketua Pembangkang tidak diganggu untuk meneruskan ucapan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 2:13 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/359446/parlimen-ahmad-zahid-puji-nga-adil-bersongkok

ADUN Balakong maut kemalangan
MyMetroUtama
Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@nstp.com.my

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee, meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Grand Saga, Cheras tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi di Kilometer 11. 7 lebuh raya berkenaan.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, Nissan Xtrail dipandu Tien Chee dipercayai terlanggar belakang sebuah lori milik syarikat konsesi Lebuhraya Grand Saga.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa, pemandu kereta Nissan Xtrail sudah meninggal dunia.

“Mangsa adalah ADUN Balakong, Ng Tien Chee, maut di tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menerusi Twitter menggunakan akaun @AmirudinShari mengucapkan takziah kepada keluarga Tien Chee.

“Saya telah menerima berita dukacita YB @eddiengtienchee, ADUN Balakong telah meninggal dunia akibat nahas kemalangan jalan raya.

“Takziah diucapkan kepada keluarga. Saya turut merasa sedih dan terkejut apabila menerima berita pemergian mendiang YB Ng Tien Chee,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 2:18 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/359619/adun-balakong-maut-kemalangan

Emas RM530 bilion dalam kapal karam
MyMetroGlobal
PASUKAN pengesan Korea Selatan dilaporkan menemui bangkai kapal perang Russia yang dipercayai mengandungi emas bernilai kira-kira AS$130 bilion (RM530.70 bilion), lapor Channel NewsAsia (CNA) hari ini.
Laman berita itu memetik satu laporan akhbar Britain, Telegraph sebagai berkata, kapal itu karam ketika pertempuran di laut 113 tahun lalu dan dikatakan mengandungi jongkong dan syiling emas.

Syarikat Korea Selatan itu, Shinil Group berkata, ia menemui kapal Dimitrii Donskoi berhampiran pulau Ulleungdo.

Pasukan itu terdiri daripada pakar dari Korea Selatan, Britain dan Kanada. Mereka menemui bangkai kapal itu pada Ahad lalu dengan menggunakan dua kapal selam untuk merakam gambar kapal itu, kata Telegraph.

Rakaman video menunjukkan kerosakan teruk pada kapal disebabkan pertembungan dengan kapal perang Jepun pada Mei 1905, kata Telegraph.

Rakaman turut menunjukkan meriam, senapang dek, sauh dan kemudi kapal itu dipenuhi tumbuhan marin.

“Badan kapal ini rosak teruk akibat tembakan dengan bahagian belakangnya hampir pecah, namun bahagian tepi dan tepi kapal masing dalam keadaan baik,” menurut kenyataan Shinil Group.

Kapal Dmitrii Donskoi direka sebagai penyerang perdagangan dan sebahagian daripada Perang Russia-Jepun pada 1904. Kapal itu banyak menghabiskan masa beroperasi di Mediterranean dan timur dunia.

Menurut BBC, ada pakar mengesyaki kemungkinan kapal itu membawa emas dengan mempersoalkan mengapa sebuah kapal perang membawa kargo yang sebegitu berharga.

Namun, syarikat yang melakukan penemuan itu berjanji untuk menggunakan sebahagian daripada hasil jualan bagi membiayai pembinaan landasan kereta api yang menghubungkan Russia dan Korea Selatan menerusi Korea Utara, kata Telegraph.

Katanya, separuh daripada harta itu akan diserahkan kepada kerajaan Russia, sementara baki 10 peratus lagi akan digunakan sebagai pelaburan pelancongan di pulau Ulleungdo.

Sebahagian daripada harta itu juga akan didermakan untuk beberapa projek bersama untuk mempromosikan timur laut Asia. - Agensi/ CNA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 9:03 PM
https://www.hmetro.com.my/global/2018/07/359566/emas-rm530-bilion-dalam-kapal-karam

Tarik balik saman RM400 juta terhadap Musa Aman
MyMetroMutakhir
Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@nstp.com
SAMAN RM400 juta yang difailkan terhadap Tan Sri Musa Aman ditarik balik, hari ini, oleh plaintif, Zulkifli Kassim.

Zulkifli dari Kampung Bobot, Kota Belud, memfailkan saman berkenaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah itu, berhubung dakwaan penyelewengan wang Yayasan Sabah.

Peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad, menerusi kenyataan, malam ini, berkata susulan tindakan plaintif menarik balik saman itu, pihaknya akan mendapatkan perintah bagi tuntutan kos terhadapnya.

“Saman ini difailkan untuk memalukan klien saya. Ia penyalahgunaan proses mahkamah.
“Adalah jelas bahawa plaintif ini dinasihat atau digunakan oleh pihak tertentu atau ‘tangan ghaib’ yang sebahagiannya mungkin peguam,” katanya.

Pada 4 Julai lalu, notis undang-undang yang diterbitkan di akhbar tempatan, menyatakan Zulkifli memfailkan saman ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap Musa.

Zulkifli menuntut RM400 juta dengan faedah lapan peratus setahun, kos dan apa-apa perintah yang difikirkan perlu oleh mahkamah.

Musa kini berada di London kerana dilaporkan mendapatkan rawatan kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 9:45 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/359580/tarik-balik-saman-rm400-juta-terhadap-musa-aman

Presiden PKR: Tugas getir menanti Anwar
MyMetroMutakhir
Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

KETUA Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden bakal berdepan tugas getir bagi mengisi kemenangan yang dicapai parti ketika ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah bertanding jawatan nombor satu parti ketika ini jauh lebih ‘berat‘ berbanding membina PKR daripada ‘kosong’.
Katanya, kemenangan yang bakal dikecapi Anwar akan memberikan impak besar kepada PKR, malah landskap politik Malaysia secara keseluruhannya.

“PKR dipimpin oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail) daripada ‘kosong’ sehingga jadi parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kini kita mempunyai 50 Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri lebih 60 (daripada PKR), selain memerintah kerajaan negeri dan jadi blok terbesar dalam PH.

“Dr Wan Azizah mencipta rekod sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama dan menyandang jawatan Presiden PKR.

“Semua ini berlaku ketika PKR menjadi parti politik pembangkang,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Pasca pergelutan sebagai parti politik pembangkang, kata Saifuddin, kemenangan Anwar juga akan membolehkannya menduduki kerusi dalam Majlis Presiden PH, selain mewujudkan gandingan terbaik dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pertembungan idealisme ‘Selamatkan Malaysia’ dan agenda reformasi diyakini berupaya memacu hala tuju negara ke arah lebih baik.

“Biarpun PKR ialah parti yang sangat demokratik dan terbuka, namun kerana kedudukan Anwar sebagai satu institusi, penghormatan yang selayaknya diberikan anggota parti adalah suarakan dokongan dan sokongan itu tidak ditandingi,” katanya.

Mengulas kerangka kepimpinan PKR pasca pemilihan, Saifuddin berkata, kedudukan jawatan Ketua Umum akan ditentukan menerusi perbincangan dalaman parti dan diumumkan bila tiba masanya.

Menyentuh kemungkinan wujud saingan daripada Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beliau yakin bekas Menteri Besar Selangor itu akan memberikan dokongan kuat kepada Anwar supaya menang tanpa bertanding.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 5:55 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/359515/presiden-pkr-tugas-getir-menanti-anwar
















Polis SPRM Dicabar Beku Akaun Keluarga Sharizat Dah Pecah Amanah Macam Najib ! (Saifuddin Nasution)





Tiada ulasan: