Jumaat, 20 Julai 2018

Tanah Jenis Segamat Siri menghasilkan Durian berjenama Durian Segamat. 7893.


Jangan sampai kena ngakal dengan penjual durian gelandangan... nie Durian Segamat. 

Zon Sebenar Pokok Durian Berbuah Enak Di Daerah Segamat: 
Tanah Segamat Siri: Dari Sungai Segamat (di Bandar Segamat) hingga ke Sungai Muar yang mengalir melalui Pekan Buluh Kasap dari Hulu Sungai Muar di Kuala Pilah N9. 

Kawasan tersebut termasuklah Pekan Jabi, Kg Gelang Chin Chin, Kg Sepinang, Kg Kadut, Kg Tonjos, Kg Bumbun, Kg Bukit Lintang, Kg Sermin, Kg Tasik Alai, Kg Gemereh, Kg Spang Loi, Kg Kuala Paya, Kg Serdang, Kg Bukit Keman dan Buluh Kasap. Cuba tengok warna tanahnya merah kemerah-merahan tetapi bukan batu kerikil. 

nAk datang Segamat? Now musim durian boleh roger admin kat ulasan tuu atau bagi user facebook, In Syaa Allah admin reply. Nak makan ikan baung masak lemak cili pedas berapi ...pun ada. 
JOHOR - DAERAH SEGAMAT. 
ARKIB : 21/07/2008
Istimewanya durian Segamat
LAU Chin Hoon (kiri) dan Ayub Rahmat menikmati buah durian yang dihidangkan sempena Promosi Durian Segamat dan Hari Ladang Daerah di Pusat Pertanian Jementah, Segamat, baru-baru ini.

SEGAMAT 20 Julai - Pejabat Pertanian Daerah Segamat telah mengadakan Promosi Durian Segamat dan Hari Ladang Daerah di Pusat Pertanian Jementah sempena musim buah-buahan di daerah tersebut, baru-baru ini.

Program sehari itu dihadiri beberapa pemimpin tempatan serta pegawai kerajaan, antaranya Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Datuk Othman Jais; ADUN Pemanis, Lau Chin Hoon dan ADUN Kemelah, Ayub Rahmat.

Program itu bertujuan mempromosikan durian Segamat dan buah-buahan tempatan lain yang ditanam di daerah berkenaan dan sepanjang ia berlangsung, pelbagai taklimat termasuk penerangan mengenai ciri-ciri dan taburan lokasi tanaman durian di Segamat disampaikan.

Menurut Pegawai Pertanian Daerah Segamat, Zahari Shahid, daerah ini sememangnya terkenal di negeri Johor sebagai salah sebuah lokasi pengeluaran durian dan setiap kali musim buah tiba, Segamat biasanya menjadi tumpuan pengunjung kerana terdapat deretan gerai menjual buah-buahan itu.

"Durian Segamat mempunyai bentuk dan rasa yang berlainan berbanding dengan durian di tempat-tempat lain. Johor merupakan salah satu negeri pengeluar durian yang utama di Malaysia, selain Perak dan Pahang.

"Semua pokok buah-buahan yang ditanam di Pusat Pertanian Jementah termasuk durian menggunakan kaedah organik iaitu tidak menggunakan sebarang racun makhluk perosak," katanya ketika ditemui selepas program itu.

Program dimulakan dengan sesi lawatan ke sekitar Pusat Pertanian tersebut yang merupakan salah satu daripada Pusat Kecemerlangan Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Pusat tersebut menempatkan ratusan tanaman yang terdiri daripada rambutan, limau bali, dokong selain durian.

Pusat Pertanian Jementah juga menyediakan kawasan untuk aktiviti rekreasi bagi kumpulan pengunjung yang berminat.

Katanya, tapak-tapak perkhemahan dalam kawasan dusun yang tenang dengan aliran air sungai yang jernih disediakan untuk kegunaan pengunjung.

Pada akhir sesi lawatan itu, para tetamu dijamu dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan termasuk durian yang terdiri daripada durian kunyit, merah dan IOI, selain durian tempatan Segamat yang diambil dari Sepang Loi, Bumbun dan Gelang Chin-Chin.
Istimewanya durian Segamat

Xyrus Zone
"Life Is The Art Of Drawing Without An Eraser"

Monday, 26 November 2012
Durian Dari Segamat
Di sebabkan jadual kerja yang padat, aku tak berkesempatan nak balik ke kampung halaman di Segamat Johor. (memang aku berasal dari sini sebelum pindah ke JB) musim cuti sekolah dan hampir ke musim tengkujuh ni jugak la musim yang di tunggu2 oleh peminat durian, apa lagi kalau tak musim durian. kebetulan, ada member dari Segamat datang singgah di rumah aku kat kl ni, dah memang rezeki member tu datang bawak durian dari Segamat, so dapat lah aku merasa makan durian segamat yang memang enak banget ni..hehe..

Memang kat kl ni memang banyak gerai2 yang jual durian, semuanya cakap dari Segamat, bukannya aku tanak beli, cukup lah sekali aku pernah terkena dulu, peniaga tu cakap durian dari segamat, tapi melalui rasa nya pun aku dah tau, durian siam! cakap gred terbaik la apa la.. tapi terkena aku. hehe.. bukan lah aku nak kata aku ni terrer, tapi dari kecik dulu memang aku membesar dengan makan raja buah ni. dulu, kalau time cuti sekolah, arwah atok aku memang akan jemput aku pergi rumah dia tiap kali tiba musim durian. kalau setiap kali aku cakap ngan atok aku nak makan durian, memang dia akan belah durian tu banyak2 dan bermacam jenis durian, dari situ lah aku kenal mana satu durian tembaga, yang mana durian isi nipis, dan macam2 nama durian lagi lah (kalau ikut loghat daerah) aku pun lupa.

Bila aku nak sekolah menengah,time ni kalau cuti sekolah masa musim durian, tak payah tunggu atok aku datang, aku dah sampai dulu kat rumah dia.. hehe.. tapi bila dah remaja masa tu, aku kena la tolong dia kutip durian pulak. kebun buah arwah atok aku dulu memang luas jugak lah, selain dari kutip durian, aku kena asingkan untuk tiap2 saiz durian tersebut ke dalam bakul, yang besar, yang sedang2 dan yang kecik dan dari situ lah aku mula tau gred2 durian ni yang telah di ajar oleh atok aku.

Tiap kali musim durian jugak lah tokey2 cina ni selalu datang rumah atok aku setiap pagi nak beli durian (masa tu harga durian memang mahal lagi berbanding sekarang)selesai urusan jual beli, dapat la jugak aku upah dalam rm 20 ke 30 sebab tolong kutip durian, dan teman atok aku malam2 tido kat pondok sebab malam2 kena bangun kutip durian. (tapi kalau malam nak kutip durian time tu memang aku ajak atok aku teman la pasal kebun durian tu pada aku terlalu 'angker' waktu malam) ..hehe ..tapi di sebabkan time tu harga durian tengah mahal, memang kena kutip jugak lah, kalau tak ada malaun lain yang kutip durian kat kebun atok aku tu.. hehe..

Semua tu dah tinggal kenangan,sekarang ni pun kalau pergi rumah atok aku tu hanya dapat makan durian je lah, ada antaranya pokok durian yang rumah atok aku tu dah kena tebang sebab tak menghasilkan buah lagi. ada member2 kl ni pernah tanya aku, apa yang menyebabkan durian Segamat ni sedap dan menjadi sebutan eh? aku pun tak tau nak jawab apa, mungkin di sebabkan tanah segamat ni istimewa kot? sebab kerap di landa banjir agaknya (Segamat juga terkenal kerana banjir nya)..

Yang aku pulak punya dah nampak durian depan mata,lupa pulak nak snap pic nak tampal kat sini.. hehe.. ni antara contoh durian yang menjadi kegemaran aku. gambar durian ni aku ambik dari blog kawan2 aku dari Segamat.
Durian tembaga. yang ni isi dia jangan cakap lah, memang terbaik! isi tebal, kalau makan dua ulas pun dah rasa kenyang,tapi jangan awas,jangan makan banyak2, kalau antibodi tak kuat, silap2 boleh demam panas dan suara pun boleh bertukar growl ala2 David Vincent (Morbid Angel) gitu.. hehe.. aku jugak pernah kehilangan suara sebab makan tak ingat dunia.. heheh..
Yang ni pun best, kalau kat tempat aku isi durian macam ni di gelar "kucing tidur". tengok la isi dia rupa macam kucing tidur kan?yang ni pun isi dia tebal, tapi bijik dia halus dan nipis. dengan warna kuning menyinar tu, mana boleh tahan kan? takkan nak tengok je, kasi bedal lah.. hehe.. kalau yang ni bentuk dia memang kecik2, tapi kecik jangan di sangka isi dia tak bagus, terbaik woo..

Tapi sekarang ni aku dah tak kuat sangat makan durian, tak macam dulu. sekarang ni pun dapat makan 2-3 ulas pun dah rasa kenyang. so, pada sesapa yang nak jalan2 cuti sekolah ni,mana la tau mungkin ada yang nak ke Melaka, JB ke, dan teringin nak makan durian kampung yang betul2 pure, singgahlah Segamat. jangan bimbang, takkan adanya orang Segamat jual durian Siam (jangan bikin malu orang Segamat wey..) harganya pun berpatutan..

Jikalau Muar terkenal dengan asam pedasnya, Segamat terkenal dengan duriannya.yeay!.. 
Xyrus Zone: Durian Dari Segamat

WHY OUR DURIAN MERAH OR SOME CALLED IT 'KASAP' ARE SO SPECIAL?

We have everything from D24 to Musang King but the one we truly recommended is Merah. Come to our orchard at Gelang ChinChin, Segamat Johor.

Durian always has been the Pride of Segamat since the late 80s and 'Durian Merah or Kasap' is the Jewel. In Kuala Lumpur, most of the durian seller called it as 'Durian Kasap'because they origin of this Durian is from Buloh Kasap, Segamat. It is mostly found in Northern Johor and some part Malacca, it is the most sought after by local. Because it grew best in this area, no one really knows it existed till recently. Please do not be confused by 'Udang Merah' and 'Merah', is totally different types of durian. It grew exceptionally well on Red Soil that is found in abundance especially near the suburb of Gelang ChinChin, Buloh Kasap and that's why the native called them Merah or Red in English. Durian 'Merah or Kasap' has a very distinctive bittersweet taste, rich in flavor, enormously fleshy with a seed the size of a small grape. They believed the Red Soil produced very good quality durian that cannot be found anywhere in Malaysia. Do not take my words for it, make your trip here to Gelang ChinChin, Segamat. I'll assure you it will be love at first bite.

Durian yang berbuah lebat di kebun Arman.
Durian yang berbuah lebat di kebun Arman.
SEGAMAT - [ DIKEMASKINI ] Daerah Segamat sememangnya terkenal di negeri Johor sebagai lokasi pengeluaran durian dan setiap kali musim raja buah itu tiba, daerah ini biasanya menjadi tumpuan pengunjung terutamanya peminat buah-buahan tersebut.

Apa yang menariknya, musim buah yang tiba sekali setahun ini mempunyai cerita sebaliknya apabila raja buah itu ternyata memenuhi ruang gerai buah-buahan berbanding buah-buahan tempatan yang lain.


Ramai peniaga dan pemilik dusun durian juga tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan peluang tersebut bagi menambah pendapatan dengan wujudnya gerai-gerai buah di beberapa lokasi strategik di tepi-tepi jalan raya di sekitar daerah ini.

Pemilik dusun durian, Arman Ishak, 60, berkata, musim durian kali ini membawa pulangan yang lumayan buat dirinya apabila dusun duriannya seluas kira-kira tiga ekar di Batu 8, Jementah, di sini, membuahkan hasil yang banyak.

“Disebabkan buah yang terlalu banyak pada setiap pokok, saya terpaksa mengikat dahan pokok durian ini bagi mengelakkannya patah selain terpaksa memasang jaring bagi memastikan buah yang jatuh tidak rosak.

“Apa yang saya lihat, buah durian memang sangat banyak pada musim ini berbanding musim-musim sebelumnya. Sebelum ini banyak putik durian yang tak jadi disebabkan faktor cuaca dan serangan haiwan perosak,” katanya.

Arman berkata, antara pokok durian yang terdapat di dusunnya adalah durian kampung, D24, D13, musang king, tembaga, duri hitam dan udang merah yang harga pasarannya di antara RM7 sehingga ratusan ringgit sekilogram.

Katanya, kos bagi pemasangan jaring dan dawai untuk setiap pokok juga mencecah RM150 selain akan memasarkan duriannya kepada peraih-peraih buah yang terdapat di sekitar daerah ini setiap hari.

Sementara itu, peraih buah-buahan, Yow Qian Huat, 72, berkata, walaupun terdapat penawaran durian yang banyak pada kali ini, harga yang ditawarkan juga masih tidak jauh berubah berbanding sebelum ini.

“Hendak kata murah pun tak juga kerana sekarang permintaan durian sangat tinggi sama ada dari dalam dan luar negara. Ada kalanya, kita terpaksa mengeksport buah-buahan ini ke Singapura, Thailand dan China.

“Durian paling mahal ialah durian jenis D24 kerana isinya yang gebu kekuningan, berulas besar manakala durian kampung isinya padat manis dan ada bau aura durian. Durian kampung juga antara yang paling digemari pembeli,” katanya.

Rezeki musim durian - Johor - Sinar Harian


Tiada ulasan: