Ahad, 15 Julai 2018

Bekas PM main facebook. 7872.


Mahkamah dah bilang jangan ada sembang media, tetapi ex-PM ambil langkah main fb pula.

BERITA»Nasional
Sabtu, 14 Julai 2018 | 9:38pm
Henti guna alasan semua salah Najib
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof cnews@nstp.com.my
DATUK Seri Najib Razak. - Foto Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan perlu menghentikan menggunakan alasan "semua salah Najib" apabila gagal mentadbir atau menunaikan janji manifesto mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) suka menggunakan alasan "semua salah Najib" sebagai prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pemerintah mereka untuk lima tahun akan datang patut dihentikan.

"Saya bukan lagi perdana menteri atau berada dalam kerajaan mentadbir, maka kenapa pula saya dipersalahkan terhadap isu perlantikan Speaker ini?

"Seperti cerita hutang negara RM1 trilion kerajaan PH bersandarkan definisi sendiri yang tiada negara lain dalam dunia gunakan, nama saya terus diperalatkan sebagai alasan serta dipersalahkan setiap kali kerajaan Pakatan gagal mentadbir dengan baik atau gagal menunaikan janji manis manifesto mereka," katanya dalam status Facebook beliau hari ini.

Najib merujuk dakwaan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, bahawa pihak yang mengajukan keresahan terhadap pelantikan Yang Dipertua Speaker hanya mensensasikan isu berkenaan bagi mengalih perhatian terhadap penindasan politik terhadap dirinya.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, alasan "semua salah Najib" yang digunakan kerajaan bukan sahaja tidak adil kepada rakyat tetapi juga masyarakat yang mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada kerajaan baharu.

Dalam status berkenaan, Najib turut mempersoalkan kenapa calon Yang Dipertua Dewan Rakyat masih belum dinamakan sedangkan hanya tinggal dua hari saja sebelum sesi baharu Parlimen bermula.

Katanya, mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat nama Speaker Dewan Rakyat yang dicadangkan perlu dikemukakan kepada Sekretariat Parlimen sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sesi Parlimen bermula.

"Kini hanya tinggal dua hari saja lagi sebelum Parlimen bermula, identiti Tuan Yang Dipertua masih lagi belum dikenal pasti dan ini menjurus kepada pelbagai debat awam berhubung siapakah yang akan mengisi jawatan itu.

"Parlimen adalah badan tertinggi negara ini. Adakah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini dipatuhi? Jika tidak mampu mematuhi peraturan badan tertinggi negara, bagaimana mahu mengakui bahawa kerajaan baharu ini mentadbir berasaskan kepada kedaulatan undang-undang?" soal Najib.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/449127/henti-guna-alasan-semua-salah-najib

No longer ‘coming home’? Apandi now rejects Umno supreme council post
Published 2 hours ago on 14 July 2018
By Zurairi AR
File photo of  ex-Attorney-General Tan Sri Mohamed Apandi Ali in Kuala Lumpur November 4, 2016. — Picture by Yusof Mat Isa
File photo of ex-Attorney-General Tan Sri Mohamed Apandi Ali in Kuala Lumpur November 4, 2016. — Picture by Yusof Mat Isa
KUALA LUMPUR, July 14 — Ex-attorney general Tan Sri Mohamed Apandi Ali has declined a post in the Umno supreme council, just hours after he was appointed in by party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

In a brief statement, Apandi he decided to reject the appointment as it will be linked to his previous career as a judge and the attorney general.

‘After thinking about this thoroughly and deeply, I think it is unreasonable for me to accept the appointment as an Umno supreme council member,’ said Apandi.

‘What is playing in my mind is that my appointment will be mired by all sorts of negative perception that will be linked to whatever move and decision I made while I was a judge and the attorney general.’

Just earlier, Apandi told New Straits Times that his appointment into the Umno supreme council felt like a homecoming.

He also reportedly said that he would now help Umno rejuvenate itself in order to stay relevant.

Apandi was among the 11 names appointed as members of the Umno supreme council today, including former ministers Datuk Seri Anifah Aman and Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

He was reportedly an Umno member between 1982 and 1991, before joining the Bar Council from 1991 until 2003.

Sumber:
https://www.malaymail.com/s/1652388/no-longer-coming-home-apandi-now-rejects-umno-supreme-council-post

BERITA»Nasional
Sabtu, 14 Julai 2018 | 9:48pm
Kerajaan terus bercakap benar biarpun pelabur lari
Menteri Kewangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng (tengah) menyalakan lampu semasa hadir Majlis Hari Terbuka Aidilfitri ADUN Air Putih di Kampung Baru, Jalan Padang Tembak. - Foto Danial Saad
GEORGETOWN: Kerajaan akan terus bercakap benar mengenai situasi ekonomi negara, walaupun ia mungkin tidak disenangi pelbagai pihak.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata menyatakan kebenaran adalah prinsip pentadbiran kerajaan baharu dan wajar diterima semua pihak termasuk pelabur.

"Saya akan meneruskan prinsip bercakap benar, tetapi kalau bercakap benar menyebabkan pelabur lari, kita pun tidak mahukan mereka.

"Kita mahu pelabur yang boleh menerima kebenaran," katanya berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih di Lebuh Padang Tembak di sini, hari ini.

Menurut laporan, ada pelabur asing mula membawa keluar pelaburan sejak Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, dengan nilai ekuiti dibawa keluar mencecah AS$625 juta (RM2.48 bilion).

Aliran keluar ekuiti berkenaan adalah yang terbesar direkodkan negara selepas 23 Ogos 2013 yang menyaksikan aliran keluar ketika itu RM2.9 bilion.

Tindakan pelabur asing itu dipercayai didorong oleh keputusan kerajaan menurunkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada enam peratus kepada sifar, bermula Jun lalu.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, pelaksanaan manifesto PH akan mengambil masa berikutan keadaan ekonomi negara yang tidak kukuh.

"Saya macam berbalik seperti 10 tahun lalu kerana terpaksa 'bersihkan' banyak perkara, cuma kali ini berskala lebih besar.

"Kita harap rakyat boleh faham, kita tidak mampu buat semua manifesto kerana kekangan kewangan tapi komited untuk melaksanakannya," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/449129/kerajaan-terus-bercakap-benar-biarpun-pelabur-lari

.

Tiada ulasan: