Sabtu, 14 Julai 2018

Ada dua jenis manusia menjadi pemimpin buruk. 7871.


Geng takut bini, layak sangat jadi kelompok ini. 2 jenis manusia yang akan menjadi pemimpin yang tidak baik.

Ramai-ramai yang memilih pemimpin sebegini dua kali lima juga. Ertinya pemilihnya pun tidak baik. Hidayah Allah tidak sampai kepada mereka kaum pemilih? Nauzubillahminzalik. 

Pemimpin jenis pertama - Pemimpin tin kosong yang bercakap tanpa berfikir.
dan 
Pemimpin jenis kedua - “Pemimpin yang tidak berkemampuan dan tiada pengetahuan tetapi pandai membodek.” 

Dua-dua jenis pemimpin ini dan termasuklah yang memilihnya adalah kalangan perosak DAKWAH dalam ISLAM. Mereka mewar-warkan konon ISLAM tetapi menghasut dan melebarkan sayap kebencian. Puncanya meletakkan politik di atas ISLAM. Di mana yang sepatutnya ISLAM mendahului politik. 

Kebencian juga ditebarkan bila menyebut MELAYU. Konon tergadai bagai. Walhal Melayu dilindungi Perlembagaan Persekutuan termasuklah Institusi Sultan dan Raja Melayu, Hak Istimewa orang Melayu serta Tanah Rezeb Melayu yang diwujudkan sejak zaman Penjajah British lagi. 

Sanggupkah kita dijajah minda supaya tidak cerdik, terutama oleh dua jenis pemimpin dan penyokong itu, yang terdapat dalam Umno dan Pas? Bila dijajah minda maka lahirlah pemimpin bercakap besar, penuh penafian, sombong bongkak, korapsi dan kliptokrasi. 

Apakah Pakatan Harapan juga ingin melagukan lagu serupa Umno dan Pas, tentu sama sekali tidak. Era pak turut sudah berakhir boss!!!” Begitu juga situasi individu untuk mempengaruhi orang lain, bukan lagi soal mudah, dewasa ini. 

Rakyat semakin cerdik berfikir dan hanya pemimpin dan penyokong yang hilang akal serta lengit sahaja suka bergaduh dan berperang. Yang inginkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang, kalau terjadi pun pemimpin dan penyokong yang menyemarakkan api dendam dan api kemarahan entah lari ke mana dengan memangsakan orang lain berdepan dengan pertelagahan. Nauzubillahminzalik. 
Arshad selar politikus ‘mulut celupar’ sebar kebencian
FMT Reporters
PETALING JAYA: Brigadier Jeneral bersara Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menyelar 2 pemimpin politik kerana bermulut celupar” berikutan kenyataan terbaru mereka tentang perkembangan semasa. Orang yang kurang berpelajaran pun boleh melihat kurangnya logik dan kewarasan kenyataan tersebut, katanya.

Beliau mengingatkan ahli politik supaya tidak menggunakan kaum dan agama bagi menyemai perselisihan dan kebencian, dan berkata ia terbukti strategi yang salah dalam pilihan raya umum baru lepas.

Arshad yang mengetuai Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata pemimpin Umno dan PAS yang gagal menyedari perkara ini “patut dilabelkan sebagai bodoh.” 

Kata beliau, berdasarkan pengalaman dalam persatuan bekas tentera itu terdapat 2 jenis manusia yang akan menjadi pemimpin yang tidak baik.

“Pertama tin kosong yang bercakap tanpa berfikir, dan kedua mereka yang tidak berkemampuan dan pengetahuan tetapi pandai membodek,” katanya.

“Kedua-dua jenis ini sering bercakap buruk tentang orang lain, menyemai kebencian dan mensabotaj orang lain dengan cara salah bagi mendapatkan kelebihan.” kata beliau.

Arshad mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

Lokman menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kerajaan mengikut kehendak DAP yang mempunyai 42 kerusi Parlimen, berbanding 13 kerusi milik PPBM pimpinan beliau.

Dalam pada itu Nasruddin dilaporkan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan orang Islam berikutan pelantikan 3 penjawat tertinggi dalam sistem perundangan dan kehakiman negara.

Arshad berkata, jelas bahawa Nasrudin memaksudkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Menteri Undang-undang, Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Hujah dikemukakan oleh Lokman dan Nasrudin tidak ada logik dan kewarasan hatta kepada orang yang kurang pelajaran,” katanya.

“Kedua-dua Lokman dan Nasrudin adalah pemimpin pertengahan parti masing-masing. Tembakan bertubi-tubi tanpa kendali mereka, walaupun peluru kosong, merosakkan imej parti mereka dan pimpinan atasannya yang tidak bertindak mengawal pimpinan bawahan” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu menyokong perdana menteri dan Kabinet beliau bagi menghadapi cabaran di hadapan.

at 7/14/2018 05:34:00 PTG
Sumber: 
KERENGGA: Arshad selar politikus ‘mulut celupar’ sebar kebencian






















































Tiada ulasan: